Saturday, September 26, 2009

Sedapnya haiwan bakarr

Pagi ni baru dapat guna Celcom Broadband , malam raya, pagi raya hingga malam tadi langsung tak boleh dapat connection, geram betul, dalam hati dah ingat nak tukar service dah.

Pagi semalam plan nak merayau ke pasar pagi Jumaat di Kemaman tapi nak tau sudahnya kami ke mana ????

Kuantan jugak sudahnya kami merayau. Mula2 ke East Coast Mall, jeling2 Parkson , masuk dan beli ... beli apa ????

Apalagi kalau bukan handbags ( 2 lagi tu ) dan sandal (lagi ???? ) ...spare untuk berJJ nanti ..hihi.

Darling dan Izzat pergi solat Jumaat saya temankan Mimi makan KFC sebab lama tak makan , dia tanya tak boikot dah ke, saya kata tak pelah bukan hari2 makan .

Lepas tu cek in Hotel GC yang dekat Mega Mall (memang dah booking sebelum datang ) , saja nak lepak2 kat hotel , malas nak balik Kemaman ...nak sambung cuti ....

Petang 6.30 kami ke Tanjung Lumpur nak buka puasa di restoran ikan bakar . banyak restoran masih tutup , kami pilih Restoran Ikan Bakar Bambu. Order ikan bakar, ketam bakar, sotong bakar, kerang bakar, tomyam campur , saya dan mimi nasi goreng pattaya, izzat nasi goreng paprik, darling nasi goreng kampung . Kami bertiga puasa 6 . Makcik tokeh kedai siap pasang radio kuantan untuk dengar azan, masa azan haiwan2 yang dibakar belum masak. Kami solat dulu (bilik solat amat bersih di sini ) , lepas tu baru sambung makan dan ratah semua makanan. Saya dan Mimi sudah awal, dah terlalu penuh, Izzat dan darling yang slow-slow habiskan haiwan2 yang dibakar. Alhamdulillah semua seafood tu terlalulah amatnya segar, memang berbaloi .

Malam balik hotel masing2 dah keletihan dan tak pasang TV pun sebab bagi laluan untuk Izzat study , ambik family room so Izzat adalah katil sendiri untuk dia selesa study . Saya yang tido awal sekali ....... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz .

Pagi tadi sahur makan baulu cicah nescafe (semalam konon berangan nak makan malam tadi tapi dah kekenyangan ) , buah kiwi dan guava yogurt .

Guess what.... dah dapat berbuka puasa bersama Darling ... macam komen bloggers hari tu, nanti dapatlah kami berbuka bersama bila puasa sunat ..Alhamdulillah.

Friday, September 25, 2009

1/3 present .... 2/3 absent

Lupa sebentar kisah sedih, yang pergi tetap pergi, yang tinggal akan terus hidup selagi belum dipanggil Ilahi.




( Warning : n3 panjang berjela !!!! )




18 September ...

6.40am Saya , Izzat dan Mimi bertolak dari Kemaman menuju Bota . Perjalanan smooth je , sambil Izzat menonton movie Prison Break guna laptop dan duduk di sebelah saya, Mimi tido di belakang , saya pun sedap je tekan minyak .... 1*0km/jam sepanjang jalan , stop kejap ke toilet dan isi minyak di hentian Temerloh , kami terus ke KL dan masuk DUKE terus ke PLUS highway. Masa masuk ke DUKE ada bunyi ' klik' dari bawah kereta. Saya rasa macam kereta lepas tu kadang2 tak boleh ikut arahan saya, saya ke kiri tayar sedikit ke kanan , macam terhoyong-hayang sikit ...beberapa kali saya menjerit kecil pada Izzat " Apa ni Izzat, mama takut lah " . Berhenti lepas tol DUKE, Izzat turun tengok tayar .ok je . Saya terus pandu tapi bila laju ( 1*0km/jam ) tak rasa apa, bila saya slow je tayar terhoyong hayang balik. Saya exit kat Tg Malim cari kedai tayar . Adalah satu kedai ni tak jauh dari tol Tg Malim. Pangil tokeh Cina tu , dia datang cek semua tayar dan dia kata pada saya , " Ok semua, awak punya perasaan saja , sebab tayar lain bunga "( saya tukar tayar bulan lepas sebab terlanggat bucu simen kat bank di kemaman dan stok tayar sama tak de, so guna tayar lain sikit bunganya ) . Bila dah tokeh tu kata macam tu, saya jadi conident balik pandu kereta. Bawak 120km/jam ok, bila slow mula balik macam tayar lari. Bila masuk Simpang Pulai sebab nak menghala ke Lumut , macam2 bunyi sebab dah kena slowdown .


muka boring di workshop


Jam 12.36pm ( 6 jam dari kemaman ) sampai Bandar University dekat Seri Iskandar saya tergerak hati nak cari kedai tayar , Alhamdulillah ada , terus tokeh Cina tu try bawak dan dia terkejut sebab tayar memang terhoyong-hayang . Dia tunjukkan saya yang tayar belakang kiri dah macam nak tercabut. Saya cakap apa yang tokeh tayar kat Tg Malim cakap, dia geleng kepala dan dia kata bunga lain tak de kena- mengena nya dengan tayar terhoyong-hayang . Rupanya bering kereta kena tukar baru dah nak hancur . Tunggulah kami di bengkel tu agak lama sebab spare part KIA tak de kat situ, Bt Gajah pun habis, kena tunggu delivery from Ipoh. 4.30 baru siap dan meredah hujan pulak ke rumah kakak saya ( mereka bershopping di Ipoh masa tu ) dan jam 5 petang kami selamat bertemu mak saya . Alhamdulillah.


19 September ....

pagi lagi dah prepare nak masak ketupat dengan dapur kayu (kakak dan ipar saya yang nak seronok2 masak guna dapur kayu) , setlah api kat garaj dan anyam ketupat di pondok rehat . Saya pulak yang memang ' pandai ' anyam ketupat, tolong potong bawang untuk masak rendang daging petang nanti . Mimi excited sangat dan dia sempat tolong masukkan beras dalam kelonsong ketupat dan petang nanti dia nak makan ketupat yang dia punya .


model ketupat berposing

dapur kayu is on...masak ketupat, rendang dan sup tulang ...besar jasanya


Abang ipar saya try bawak kereta saya dan dia kata ada bunyi lagi di kanan pulak. Saya dah risau sebab nak kena balik jauh. Saya call tokeh tayar tu dan dia kata baik datang biar dia confirmkan apa2 yang patut dan tak patut direpair. That foreman memang baik . Tengahari tu saya ke Seri iskandar semula . Tergerak di hati nak masuk simpang Bota untuk bertemu mak mertua saya sebelum raya esoknya tapi memikirkan rumah tu kena masuk 7km ke dalam dan saya nak rushing ke workshop takut banyak kereta di situ, saya cancel kemahuan saya . Tokeh kata tak de apa2 , tak perlu tukar sebab bering kanan elok lagi , cuma minyak auto je yang kotor, so saya minta dia tukar dan 1.30 pm kereta siap. Nak melencong ke rumah kakak ipar tapi dalam hati kata nanti lewat pulak sebab dah janji dengan Izzat dan Mimi nak ke Setiawan beli barang raya sikit . Taklah saya melencong ke rumah mak mertua . (memang tak de rezeki nak jumpa ! )




20 September...


Pagi raya happy semua , kami solat raya di surau perumahan tersusun Gelung Pepuyu yang cantik dan bersih, 2 minit jalan kaki dari rumah kakak saya . Imamnya ustaz ...( saya lupa nama ) tapi selalu masuk TV beri tazkirah di TV dan dia memang tinggal di perumahan yang sama ) . Balik solat terus bermaafan dan bergambar . Ahli keluarga saya 9 orang termsuk cucu, tapi kami hanya bertiga saja pagi tu... 1/3 present , 2/3 absent ...huhu.

saya bersama mak tersayang


Tak lama lepas tu abang saya dan family tiba dari Ipoh . Baru nak bersembang Darling call dari Abu Dhabi bagitau mak darling / mak mertua saya baru kejap meninggal dunia tersedak masa makan. Saya terus tak dapat menahan airmata sebab rasa terkilan yang saya tak singgah masuk ke simpang Bota dan bertemu mak semalam. Saya plan nak ke sana petang raya / raya ke 2 sebab adik-beradik saya dah janji nak berkumpul di rumah kakak saya raya pertama . Masa tu tengah tunggu adik saya dari Shah Alam dan kakak sulong saya yang beraya di Tapah .

Seharian kami bertiga di rumah kakak ipar sehingga selasai urusan jenazah mak saya minta diri untuk pulang sebelum gelap dan akan datang kembali esoknya sebab darling akan tiba dari UAE petang esoknya.

Malam tu dapat bertemu sebentar kakak dan adik saya dan sempat bergambar ramai2 kecuali abang saya sebab mereka pulang ke Ipoh dan akan beraya di Kedah pula.

My big family 2009 , tak cukup 12 orang lagi ....



21 september .

Seharian kami hanya memerap di rumah, saya memang tak de mood nak ziarah sapa2, yelah darling dalam perjalanan dan mesti tengah bersedih, takkan kami nak bersuka-ria di sini. Saya juga bagi ruang untuk Izzat buat ulangkaji pelajaran ( cadang raya ke 2 memang dah nak balik Kemaman sebab Izzat kurang mood nak raya , risau PMR dah dekat sangat ) . Kakak saya dan family keluar beraya ke rumah mertuanya , saya kata tak pe, pergilah biar saya tunggu rumah dan lagipun mak dan bibik ada . Sembang2 dengan mak ( uzur tak boleh jalan tanpa tongkat ), makan2 dan jam 5 petang kami bertolak ke rumah kakak ipar saya dan angkut sekali barang2 dan saya kata pada mak sebelum kami bertolak ke Kemaman saya singgah sekejap jumpa mak . Malam tu Darling, Zaid, Azra dan Umair tiba , zaid ambik darling di KLIA .





22 September

Pagi kami ke pusara mak yang seminit je dari rumah kakak ipar dan pusara mak betul2 di tepi pagar utama . Sebak rasa bila terkenangkan mak dah tak de . Darling anak bongsu, memang manja dengan mak .


Mimi dapat juga beraya dengan jubah baru , jumpa saiznya di Setiawan .


Lepas tu kami ke Ipoh ziarah mak sedara saya Wanyang dan Ayahlang . Wanyang (kakak mak saya ) dah uzur jugak dan tak boleh bergerak sendiri, kena pimpin atau mengesot ) . Kemudian ke rumah Makcik saya ( adik bongsu mak saya ) tapi tak de orang. Kami tak menjengok pun rumah mak di Manjoi sebab rumah mak dah lama disewakan sebab mak memang tak boleh duduk sorang di situ, kami anak2 tak benarkan. Terus kami ke pusara abah saya di Gurab. Terang benderang tanah kuburan sebab semua pokok dah ditebang dan ini memudahkan kami untuk ke pusara abah sebab selama ni kena belok2 ikut pokok tapi kini mudah je sebab pusara abah betul2 di tepi pagar pintu utama. Dah 13 tahun abah pergi meninggalkan kami.

Lepas tu singgah di rumah abang ipar saya ( abang darling ) di Meru Heights , sembang2 kejap dan terus balik ke Bota.




23 September .... Pagi bertolak ke rumah kakak saya dan salam2 dengan mak dan kakak dan teruklah Umair kena gomol masa tu. Kami bertolak pulang ke Kemaman dan zaid serta family bertolak ke Rembau semula.

Itulah kisah hariraya kami tahun ini. saya kira kembali, kali terakhir saya beraya di kampung (Manjoi Ipoh) tahun 2004... 2005 - 2008 kami beraya di kemaman dan Jordan . beraya di kemaman sebab darling tak de masa raya .

Tahun ni jugak belum ada peluang beraya macam dulu2 , berkonvoi ke rumah sanak -sedara..... tak de rezeki, Semoga tahun2 akan datang kami dapat merasai kemeriahan hariraya kembali InsyaAllah.


( kan dah kata panjang berjela n3 ni.....hehehe )

Thursday, September 24, 2009

Airmata 1 Syawal 1430 / 20 September 2009


Salam Aidil fitri buat semua .

1 Syawal..... siapa sangka kami akan kehilangan insan tersayang , insan yang melahirkan ketua keluarga kami , yang begitu banyak berkorban demi keluarga nya . Dalam menempuh kehidupannya semasa muda , arwah merupakan seorang isteri dan ibu mithali. Layanan terhadap suaminya bak layanan terhadap seorang raja, segala kelengkapan suami tercinta disediakan tanpa sebarang rungutan . Rempah ratus untuk masakan tidak pernah dibeli, semuanya digiling dan ditumbuk sendiri . Pendek kata apa sahaja masakan yang disediakan buat suami dan anak-snak semuanya asli dari hasil tangan nya sendiri. Halaman luar rumah dan ruang di dalam rumah terjaga bersih sentiasa . Namun tak siapa sangka , walau sesetia mana arwah terhadap suaminya , telah tertulis bahawa arwah hidup bermadu bila suaminya kahwin lain sewaktu usia perkahwinan mereka mencecah 22 tahun . Arwah tetap setia menjaga suaminya tatkala suaminya sakit dan meninggal dunia tahun 1979 (sewaktu darling saya berusia 14 tahun ) .

Hampir 15 tahun lalu arwah terkena angin ahmar dan selepas itu pergerakannya amat terbatas dan makin lama ingatannya pun semakin kurang. Kadang2 ingat, kadang2 lupa.

Pagi 1 Syawal dalam jam 10.45 pagi mak telah pergi , setelah tersedak waktu makan ( dia memang selalu tersedak terutama jika minum air ) , dia sempat menyebut yang dia nak pergi dah . Bila ambulan datang , pegawai paramedik mengesahkan mak telah meninggal dunia . Begitu mudah mak pergi .

Kebetulan tahun ni saya balik beraya di Bota rumah kakak saya sebab mak saya tinggal dengan kakak di sana. Mak mertua saya juga tinggal di rumah kakak ipar saya juga di daerah Bota, cuma 15 minit dari rumah kakak saya. Cumanya saya bercadang untuk ziarah raya bertemu mak mertua di petang raya pertama/ pagi raya kedua sebab adik-beradik saya dah bercadang berkumpul di rumah kakak saya pada raya pertama. Ini kali pertama saya pulang beraya ke kampung selepas 5 tahun ( akhir tahun 2004 ) . Saya , Izzat dan Mimi sahaja yang pulang beraya sebab darling hanya akan pulang pada raya ke 6 . Pagi tu dalam jam 11 pagi saya dapat panggilan dari darling bagitau mak telah meninggal dunia dan dia cuba untuk pulang emergency case , namun untuk menatap wajah mak buat kali terakhir memang mustahil sebab bukan mudah untuk pulang dalam waktu singkat. Akhirnya darling dapat terbang pulang dengan pesawat terawal dan tiba di tanahair raya ke dua . Dia dijemput oleh Zaid di KLIA yang beraya di Rembau dan terus pulang ke Perak. Darling hanya menziarahi pusara bonda tercinta , semuanya telah ditentukan Ilahi. Saya , Mimi dan Izzat pulak sebaik mendapat panggilan dari darling terus ke rumah kakak ipar saya dan kami berada di sana sehingga selesai urusan pengkebumian. Saya sempat memandikan jenazah dan Mimi serta Izzat sempat membaca al quran buat Wan dan mencium pipi Wan buat kali terakhir dan Izzat mengiringi jenazah Wan sehingga ke tanah perkuburan . Tak sangka saya Mimi menangis sewaktu melihat wajah tenang Wan , saya juga menitiskan airmata , tak dapat menahan kesedihan saya .

Kini selepas 30 tahun menjadi balu, diusia 81 tahun , bonda Sapiah pergi buat selama-lamanya.... 1 Syawal... kawan2 arab darling kata ...Alhamdulillah sebab mak pergi pada tarikh yang mulia dan penuh rahmat.

Semoga bonda Sapiah diberikan ruang dan kehidupan yang penuh nikmat di alam barzakh dan semoga kita bertemu kembali di syurga MU kelak InsyaAllah. Terimakasih kerana menjadi ibu mertua saya yang begitu banyak pengalaman telah saya timba , pahit dan manis ditempuhi bersama .

Al Fatihah.

Friday, September 18, 2009

Kena mencelah jugak....she's 20 today ....

Oooppppsssss........ kena mencelah jugak sebelum balik beraya di kampung .....



zwani.com myspace graphic comments


Today is Maya's 20th birthday ......

Happy Birthday to you . Semoga sentiasa diberkati...

sorry no present ( kira diskaun 50% dari buku tiga lima sebagai birthday gift ye Maya !! )

Wednesday, September 16, 2009

Raya time ... maaf buat semua ...



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR BATIN






( blog cuti buat seketika )

Tuesday, September 15, 2009

20, 21, 22, 43

Sebelum tido nak update sikit ...baru balik dari sekolah Mimi dan Izzat ada majlis buka puasa dan solat hajat PMR dan SPM.


Bila harijadi Darling saya , saja saya buat suspen sikit umurnya dan kena kira sendiri... bila kira memang jawapannya 44 . Memang betul umur darling 44 tahun, ikut bulan saya lebih tua 7 bulan dari darling. Tak ramai yang sangka umur kami muda sebab sebab dah jadi datuk dan nenek. Jawapan kepada itu adalah kerana kami berkahwin umur muda, saya sebulan lagi nak 20 tahun dan darling 8 bulan lagi nak 20 tahun. Kahwin masa belajar, di tahun 2 di US. Tahun 3 dapat anak pertama , umur saya 21 , tahun 4 dapat sorang lagi anak umur saya waktu tu 22. Zaid jugak kahwin awal macam kami , dia berumur 21 masa kahwin (sama umur dengan menantu saya ). Bezanya zaid kahwin masa dah habis belajar sebab Zaid masuk U umur 16 tahun dan 20 tahun dah graduate . Jadi bila zaid dapat anak dalam usia 22 tahun maknanya umur kami 43 dah jadi datuk dan nenek .

Itu saja nak kabo pada teman-teman ...

Goodnite.....salam.

berapa umur dia ??

Hari ni berapa haribulan ??

15 september 2009.

Hari ni harijadi siapa ?

Harijadi Tokdaddy , my darling .

Berapa umur dia ?

Rahsia....

Janganlah macam tu, berapa umur dia ????

Rahsialah. Dia lahir tahun 1965 .... kiralah sendiri .







HAPPY BIRTHDAY MY DARLING

..... no celebration...sambutlah sorang2 ...hehehe.

Sunday, September 13, 2009

Terbang pulang




Entah macamana boleh booking tersilap time, darling pun hairan sebab selama ini dia belum pernah tersilap booking tiket .

Itu yang terjadi pada Sofie patang semalam di Kuantan Airport . Sepatutnya jam 6.50pm flite from Kuantan ke KLIA , pergi kat kaunter , terus staff tu gelak-gelak....hehehehe... salah time ni .... rupanya ayahnya terbooking 6.50am instead of 18.50pm . Kami semua pun tak cek langsung tiket sebab confident dengan apa yang dibeli. Minggu lepas Maya punya betul time atas tiket tu .



Terpaksalah beli tiket baru , Alhamdulillah flite banyak lagi seat kosong . Tiket yang asalnya diskaun 70% yang hanya kena bayar RM52 kena beli dengan harga RM289 semalam . Nak buat macamana belilah jugak dan selamat dah Sofie terbang ke Dubai- London-Kiev dan akan tiba di Simferopol , Ukraine Isnin /esok hari . Berlepas dari KLIA jam 2 pagi tadi dengan flite Emirates . Dari Dubai ke London nanti dia kan menaiki pesawat Emirates baru yang besar Airbus A-380 yang boleh memuatkan sehingga 830 penumpang . Bukan main excited lagi dia bila tau dia akan menaiki pesawat tersebut .

Izzat saja bersalam macam tu nak tunjuk yang kakaknya tu 'tinggi ' ...hihi.



Dah kurang sorang lagi petang ni bila berbuka puasa .

Terbang pulang ke 'kampung' buat sementara waktu .

Syukur yang dia dapat bersama kami selama 2 bulan setengah dan dapat berpuasa selama 3 minggu di tanahair .

Selamat belajar dan jumpa lagi InsyaAllah.

Saturday, September 12, 2009

Nur Kasih & Cinta Sempurna

Saya bukan peminat drama atau filem , drama atau filem Melayu adalah pilihan terakhir saya kalau nak menonton pun. Entahlah, saya pun taktau kenapa tapi sejak sekian lama saya memang tak minat. P Ramlee ke, saya memang tak minat walaupun abah dan mak memang peminat setia .Anak2 saya semuanya tak kenal siapa itu P Ramlee sebab kami tak pernah tonton filem P Ramlee.

Pagi ni bukan nak cerita bab P Ramlee, tapi nak bagitaunya saya sejak akhir2 ni melekat tonton 2 drama melayu kat TV3 dan TV Oasis .

Nur Kasih.... mula2 tak minat pun nak tonton. Entah macamana tertonton episod 9 dan terpikat dengan jalan cerita dan laonan pelakon2nya yang pada saya amat mantap penghayatan masing2 . Masa anak2 dara 2 orang tu dan ayahnya balik Ipoh jumpa Wan dan Opah dan sedara-mara, saya sunyi tinggal sorang . Tergerak hati nak tonton episod terdahulu dari drama Nur Kasih. Maka melekatlah saya kat depan PC tengok episod 1-8 . Sekarang setiap minggu memang tunggu siarannya kat TV3 . Sedap ceritanya . Nak-nak 2/3 minggu ni scene dalam cerita ( jeddah/mekah ) adalah dibuat penggambarannya di Jordan. Terasa rindu pada tempat2 di Jordan yang ditunjukkan dalam drama tersebut .... itu Nur Kasih .



Bulan puasa ni ada sebuah drama lagi yang baru je habis semalam... Cinta Sempurna di TV Oasis ... jam3 petang ... cerita asal oleh YM Ustaz Hasrizal/Saifulislam.com .. sebanayk 20 episod setiap episod 30minit . Jalan cerita okay tapi penghayatan pelakon agak kurang mantap , nak2 heroin utamanya Shila, memang tak pandai berlakon . Itulah slack nya pada saya, entah berapa kali saya komen bila tengok drama ni, kenapalah ambik dia ni berlakon, tak real betul. Satu lagi yang kurang enak ialah cerita ini banyak sangat scene berdua-duaan, antara Shila dan Uztaz Nazir, Dr Najihah dengan Najib, seolah2 berdakwah dikira boleh berdua-duaan ( boleh buat orang konfius ) .... kira biasa-biasa sajalah drama ni ..... itu Cinta Sempurna.



Apapun saya paling minat tengok cerita/dokumentari di travel channel dan national geographic... memang sentiasa menceriakan saya .

Petang karang nak hantar Sofie pulak kat Kuantan Airport... tengok beg dia tu... ish ish ish....

Friday, September 11, 2009

Cik INa BERJAYA ??????

Pagi semalam dalam perjalanan ke Kuantan singgah beli buah naga di sebelah kebunnya tak jauh dari Kuantan. Lepas tu call HP tanya dah siap ke belum laptop Sofie, dia kata ok dah ( boleh pun siap !! ) . Singgah ambik laptop kami terus ke Bandar Di Raja Pekan , nak ziarah kerabat di raja kata sana .... taklah , sapalah kita nak ke istana ... jalan ke Pekan dah makin besar dan lurus je, lama betul saya tak ke Pekan, tak belok-belok pun , sampai di Pekan terus call Shila pensyarah USIM yang sedang buat MA di Amman yang saya kenal semasa di sana dulu . Dah 2 tahun tak bertemu , rindu rasanya . Dia ambik kami ke rumahnya yang hanya 4/5 minit dari pusat bandar Pekan . Seronoknya dapat bertemu Shila dan Nuha anak keciknya yang baru berusia 4 bulan. Sembang2 kisah rakan2 di Amman , Shila akan pulang ke Jordan semula selepas raya. Semoga bertemu lagi nanti InsyaAllah.

Lepas balik dari Pekan kami singgah Giant sebentar, beli grocery sikit dn terus balik Kemaman. Tengah jalan singgah Bazar Ramadan Gebeng sekejap nak cari kot ada kuih orang pantai barat sebab kat kemaman susah sangat nak cari kuih orang pantai barat ... Alhamdulillah jumpa ... kuih popia basah yang tak de dijual di kemaman ( pernah tanya penjual kuih tentang popia basah, dia tanya balik...popia basah ??? ) . Beli jugak ayam percik, ikan pari bakar . Memang balik sure tak masak dah sebab garenti melepek punya sebab jalan jauh hari ni.

Singgah sekolah Izzat kejap nak bagi selipar jepun yang dibeli di giant untuk dia sebab dia ada program di sekolah malam tadi dan dia lupa bawak selipar jepun dia, saya belikan yang lain sebab zaid tak sempat nak bawak semasa ambik mimi balik sekolah . Jadinya ... cik ina ada lah jugak beli selipar tapi bukan untuk cik ina okay....hihi..

Singgah pulak Farmasi Syaza untuk ambik ubat Sofie yang diorder bulan lepas, baru tiba ubat tu untuk scar treatment ( operation hari tu adalah sikit scarnya , kecik je tiup nya harga RM145, selepas diskaun RM10. ) , dia jugak beli ubat2an untuk bekalan di Ukraine nanti .

Singgah pulak kat Sunway minimarket , beli ais ... first time berbuka dengan ketulan ais dalam 2 jenis minuman orange dan sarsi ( untuk mimi ) .. nikmatnya ..... biasanya minum air mineral/soya tanpa ais .

Sampai rumah .... melepek terus .....

Rumusannya ....

Cik Ina tak beli kasut untuk dirinya .....sebab tak singgah shopping mall .... selamat .......


(gambar2 di Pekan ada tapi kad reader entah ke mana , tak jumpa pulak ni, nanti jumpa saya edit ... kami jumpa tuanku sultan dan permaisuri di bawah payung kuning tau ! ) j


Tuanku Sultan dan Permaisuri di bawah payung kuning..


Baru edit gambar jam 2 pm ....




Muka saya kabur sikit ..... Shila dan baby Nuha

lupa... lepas n3 umair buat kuih, dia dah 3 hari tak buat kuih masa maghrib, dia ikut orang normal, buat kuih waktu pagi ...

Thursday, September 10, 2009

CIK INA BOLEH !!

Dah 2 hari duk merayau dan merayap dengan ahli Anuar's Angels yang masih bercuti, cik Sofie. Nak beli barng dia dah tak boleh sebab beg dia dah nak meletup kembung, so kami jalan-jalan aje. Ke MM 2 hari lepas, saya je beli kasut sebab sale , lepas tu beli big apple donut .

Semalam merayau sekitar yellow town Cukai, saya beli lagi 2 pasang kasut sebab sale teramat murah, balik rumah terfikir baik beli 4 pasang terus yang berlainan kaler , bekalan untuk tahun depan.

Sebenarnya 3 bulan lepas dah beli 3 pasang kasut dan kata pada darling tahun ni tak beli dah kasut sebab dah siap beli cukup untuk tahun ni. Tapi ... apakan daya , memang rasa kena beli jugak sebab murah dan saya memang suka tukar2 selipar , sandal dan kasut masa keluar berjalan . Kalau dah suka kasut tu memang saya akan beli yang sama , warna sama atau warna lain , pattern tetap sama.


Pagi ni nak ke Kuantan , nak ambik lappie Sofie yang baru beli dah rosak dan saya siap call beberapa kali semalam agar siap jugak direpair sebab Sofie dan nak balik Sabtu ni, HP service tu siap kata Isnin baru siap, saya kata tak kira saya nak juga before Jumaat , kalau tak , ganti baru sebab baru lagi beli . Terus semaam dia kata pagi ni siap, saya kata saya datang at noon.

Kalau dah ke Kuantan ,mestilah merayau lagi.. .. janji ...dah tak nak beli kasut .... boleh ke Wanmommy pegang janji ni ... BOLEH, YAKIN BOLEH, CIK INA BOLEH !!!.

Tuesday, September 8, 2009

' buat kuih '


Tiap kali orang buka puasa si kecil Umair ' buat kuih ' , dah lebih seminggu dia ' buat kuih ' waktu maghrib . Kami puas ketawakan dia bila masuk je waktu berbuka dia juga akan duduk atas stroller di sebelah mama dan baba dia , nak beli high-chair zaid kata dia akan cuba lompat keluar dan tak nak duduk , so, biar je dia duduk atas stroller sambil diberi makan buah-buahan . Lepas tu dia mula bunyi semacam je , 'buat kuih' lah tu.

Pelik kan, selalunya orang 'buat kuih' waktu pagi, yang pelik tu time lain tak pulak dia 'buat kuih', bila orang makan buka puasa masa tulah dia nak 'buat kuih ' .

Dia dah mula baik dengan saya tapi kalau mood kurang baik bila saya dukung dia akan menjerit-jerit minta tolong dari waris terdekat dia , kalau dapat duduk atas perut saya dia diam aje, sedap kot, macam tilam dunlop ....hihi.

Salam 18 Ramadan buat semua.

Monday, September 7, 2009

Hiba melanda

Dah masuk Ramadan 17 semua umat Islam berpuasa , macam baru semalam mula berpuasa ......

Dalam pada tahan hati dari sedih , menitis jugak airmata bila Ramadan kali ni tak merasa langsung berbuka bersama darling . Ini kali pertama kami tak dapat langsung berpuasa bersama, not a single day . Sebelum ni paling sedikit 6 hari puasa dapat bersama tapi kali ini zero .....

Bila semua anak menantu dan cucu ada bersama masih terasa sunyi tanpa pelengkap keluarga ada bersama di meja makan semasa berbuka ........

Tambah sedih sebab tahun ni dahlah puasa tak dapat bersama, Syawal pun tak dapat bersama ... bila rotation kerja sudah tetap,memang tak dapat buat apa .. giliran orang lain pulak puasa dan raya di tempat sendiri.

Hari ni pulak terasa hibanya dan saja tukar lagu blog ... " You're my everything "... sedih babe .... mungkin sebab dah kurang sorang ahli di meja makan (tak perlu tambah kerusi komputer untuk lengkapkan dengan ahli seramai 7 orang ), hujung minggu ni tinggal 5 pulak bila Sofie pulak akan pulang ke Ukraine .

Sunday, September 6, 2009

Goodbye Maya

Petang ssmalam Maya berlepas ke KLIA dari airport Kuantan dan malam tadi terus terbang ke Incheon Airport Korea dan tengahari tadi dah tiba di Daegu,Alhamdulillah.






Pagi tadi dia call bagitau beg dia hilang dan dia dah buat report . Saya juga call lost & found di KLIA dan mereka masih mencari di mana beg tu tersesat dan report dari Incheon dah diterima. Tengahari tadi Maya sms bagitau beg dia dah dijumpai tersesat naik flite ke Hong Kong dan akan dihantar ke rumah esok petang tiba. Itulah jadinya kalau beg tak ke sekolah, tak tau baca, tuan beg naik flite ke Korea , beg naik ke Hong Kong . Alhamdulillah jumpa, kalau tak , tak de baju rayalah Maya , kuih raya ada banyak sebab bawak dalam hand luggage .

Semalam tak de airmata di airport sebab masing2 dalam mood happy, sengaja buat macam tu sebab tak nak sedih-sedih sebab InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi nanti (rekod tanpa airmata semasa menghantar anak2 ke luar negara masih bertahan, cuma nangis masa hantar umair pergi Jordan ...hihi ) .

Good luck to you Maya , concentrate on your studies and have a happy life over there.

Saturday, September 5, 2009

Kisah anak 5 tahun berpuasa

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berulang-alik ke tadika dengan manaiki bas dengan tambang 5 sen pergi 5 sen balik . Tiap malam belum pernah lupa baca niat puasa dengan suara yang kuat. Sahur tak pulak meragam dan berselera makan nasi goreng setiap pagi dan minum air teh O . Puasa pulak sehari separuh hari sehari puasa penuh, kiranya selang seharilah puasa penuh. Itu yang dibenarkan oleh abahnya waktu itu. Solatnya tidak sebab hanya diajar puasa mesti penuh selang sehari tapi solat tak payah pun tak pe .

Anak kecil tu kuat berpuasa kalau hari berpuasa. Tiap2 petang mesti pergi kedai cari snacks buat ganjaran puasa dengan berdiri di bahagian depan vespa abahnya . Memang bset sangat terasa bulan puasa masa tu .

Namun tak siapa tahu , dalam 2 minggu yang dimestikan puasa penuh sebenarnya hanya seminggu sahaja yang memang betul2 penuh puasa . Hari2 yang lain tu , si anak kecil tu bila turun dari bas dalam jam 12 tengahari di bawah panas mentari akan terus ke paip air di luar rumah dengan tujuan untuk berkumur-kumur sebab rasa tekak kering. Tanpa rasa bersalah sambil berkumur sambil telan air paip dan lepas tu sambung balik puasa . Nak kata dah buka puasa takut dimarahi oleh abahnya . Tapi 7 hari memang si anak kecil itu benar2 berpuasa dan tak pergi ke paip air di luar rumah sebab ada rasa bersalah pada abahnya.

Kiranya anak kecil 5 tahun tu ada jugak rasa mahu berpuasa tapi keadaan yang seolah-olah memaksa untuk dia mahu jugak merasai air paip akibat teramat kekeringan tekak.

Satu kejayaan jugak tu sebab bukan mudah kanak-kanak dapat berpuasa 7 hari se awal usia 5 tahun .

Anak kecil itu adalah saya pada tahun 1970 ....................

Friday, September 4, 2009

Kisah sahur

Punyalah tak rajinnya nak update blog, tengok hari2 tapi nak menaip memanglah terlampau tak rajin ....... apa nak jadi ni ....

Apapun nak citer lah jugak serba sikit kisah yang tak berapa ada kisah dan taklah kisah kalau takde sapa nak baca atau tak de sapa kisah akan kisah ini....... berbelit -belit kisah tak kisah dan kisah ni..hehehe.

Kisah sahur pagi tadi....

1. Mimi makan biskut lexus cicah vico panas , biskut cornflakes yang Maya buat dan vitagen epal+air mineral.

2. Izzat makan kurma, mertabak setengah keping , biskur famous amos maklang dan air mineral.

3. Maya makan nasi sepiring kecil dengan lauk ayam yang Azra masak , cocoa crunch+susu dan air mineral.

4. Sofie hanya minum air aje dan terus tido balik.

5. Azra makan cereal cornflakes-koko krunch+susu dan air mineral.

6. Zaid makan roti+peanut butter , nasi sepiring kecil dan lauk ayam serta air mineral .

7. Saya ... rahsia sebab......... takleh bagitau ....hihi.


Tengok pada apa yang masing2 makan memang lah sahur kami ni tak perlu masak makanan baru, semua akan makan apa yang teringin di hati , janji bangun sahur dapatkan pahala sunat sahur .

Anda pulak makan apa masa sahur ????



( pagi ni nak ke KMC follow up Mimi dan gang Zaid tu sume nak main bowling kat Megamall , Izzat je kena stay back sebab trial PMR belum habis lagi )