Friday, October 30, 2009

Apa nak jadi........

Waktu darling tak de , saya akan menghantar Izzat solat Jumaat . Saya akan tunggu sehingga dia selesai solat sebab nak balik rumah pun alang-alang je , sekejap je , dapat jugak tumpang dengar khutbah Jumaat .

Tengahari tadi saya dan Mimi tunggu Izzat di luar pagar masjid . Kali ni kami ke masjid yang baru lagi beroperasi, parking space yang luas di dalam pagar , sengaja saya letak di luar pagar sebab senang nak bergerak pulang .

Sambil mimi buat latihan BM dalam buku kerja (Ahad start final exam ) saya mendengar khitbah dan perhati orang2 lelaki yang datang untuk solat Jumaat . Pelik tu , Imam dah baca separuh khutbah ada lagi yang naik motor bersama isteri dan anak balik dari bandar . relax je cara bawak motor , macam tak nak solat je .Nampak gaya memang tak sempat nak solat Jumaat .

Dah start solat , beberapa motor dan kereta baru terhegeh2 nak masuk pagar masjid. Dah tahiyat akhir pun ada lagi yang bercadang nak masuk pagar masjid tapi berpatah balik .

Bila Imam habis bagi salam , dah ada yang keluar dari pagar masjid, heran betul , cepat dan cekapnya makmum .

Apa nak jadi.... lelaki yang sepatutnya jadi pemimpin di muka bumi.. kalaulah macam ni , memang akan hancur muka bumi ini, tengoklah nanti .

Tak cerita lagi bab gang yang datang masjid tapi tak solat Jumaat...merayau 'periksa' kereta orang .. .... tadi tak nampak gang ni sebab saya parking luar pagar .....

Adakah tindakan saya betul ??????

Ada sesuatu berlaku semalam (sebenarnya minggu lepas tapi semalam baru perasan) berlakunya . Apa yang telah berlaku, biarlah rahsia. Saya cuma tak nak ianya diperpanjangkan dan saya terima pengakuan tidak bersalah dari yang disyaki kerana tiada bukti kukuh untuk dia didapati bersalah .

Malam tadi saya bertanya pada diri , adakah tindakan saya betul , melepaskan saja yang disyaki sebab tidak mahu bermusuh dan tidak mahu serabutkan otak saya . Adakah tindakan saya akan menyebabkan yang disyaki berubah laku atau akan terus melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.

Saya cuma harapkan yang terbaik dan setiap kita memang ada melakukan kan kesalahan dan pada saya melepaskan yang disyaki kerana saya mahu beli peluang kepadanya untuk insaf dan berubah. Itulah doa saya kini ( sebelum ni sempat juga saya sumpah-seranah dia dalam hati sebab geram !! ) .

Tuesday, October 27, 2009

Cakap.??? .OK !! ...... OTAK???


Ada orang bab cakap tersangatlah fasihnya dan otak pulak geliga .


Ada orang pulak bab cakap macam ada emas dalam mulut..nak kata ..ekkk... pun payah , macam sakit je bila nak sebut apa-apa tapi otak ligat , bagi apa saja persoalan teori semua dapat diselesaikan.


Ada orang bab bercakap nombor 1 satu siap dengan gaya lagi macam seorang pendebat hebat , bab otak , jarang dapat dipakai apa yang dia cakap .


Ada orang pulak cakap dahlah tak berapa pandai, otak pulak memang tak boleh pakai .



Bukan apa.... masa tunggu Mimi balik sekolah tadi, ada bapak budak yang parking kereta depan saya rancak berbual dengan makcik kantin . Bapak budak tu duduk dalam kereta dan makcik tu berdiri dekat basikal dia bawah pokok betul2 depan saya (saya duduk dalam kereta ). Saya lihat perbualan mereka berdua begitu rancak. Makcik tu siap dengn gaya2 yang pada saya seorang pendebat hebat saja yang dapat buat macam tu . Tak berhenti dia bercakap ( taktaulah apa topiknya ) . Bapak budak tu jugak saya nampak tangan dia kejap2 keluar dari tingkap kereta dan rancak berbalas bualan.


Saya beri lebih perhatian pada makcik kantin dan terfikir..hebat makcik ni. Siapa kata orang jaga kantin tak pandai berbicara . Dalam hati saya kata mesti makcik ni dulu masa sekolah dia seorang yang aktif, mungkin jugak dia seorang pengawas atau ketua kelas atau pemimipin persatuan ....

eemmmm .....

Kalau cakap ok, otak pun ok...Alhamdulillah.

jiran & kereta

Balik hantar anak2 pergi sekolah, saya saja merayau-rayau sekitar perumahan , lama tak jengok2 sekeliling .

Pandu pelan sambil lihat2 dalam dan luar pagar rumah2 jiran . Ada yang kenal wajah taktau nama. Ada yang kenal wajah dan tau nama . Ada yang tak kenal wajah apatah lagi nama.

Minat saya pada kenderaan yang terdapat di rumah2 jiran . Saya perhatikan kenderaan2 mereka . Boleh dikatakan semua ada 2 atau lebih dari 2 kenderaan. Jiran depan rumah saya ada 4 kenderaan, 2 pick up 2 lori . Jiran belakang rumah ada 4 kereta jugak , 2 MPV 2 sedan. Jiran depan rumah jiran belakang saya juga ada 4 kenderaan, 1 SUV, 1 MPV , 2 sedan . Sebelahnya pulak ada 3 kenderaan, 1 MPV 1 SUV 1 sedan. sebelah kiri saya 2 kereta , sebelah satu lagi 3 , 1 SUV, 1 MPV, 1 sedan . JIran hujung lorong depan ada 5 ...semua kereta mewah .

Pendek kata semua ada beberapa buah Sedan /MPV/SUV/motor besar .

Kami ada 2 buah kereta . Kumpul nilai 2 buah kereta 'mewah' kami masih tak dapat lagi nak beli 1 MPV jiran belakang rumah saya .





Oooooohhhhhh my dream car ........... where are you ?????

In my dream pun kadang2 je lalu kereta ituuuuuuuuuu ....hihihi.

Monday, October 26, 2009

Rasul umat Melayu

Malam tadi tertengok TV1 rancangan Ekslusif ( tertekan channel 101 , baru tau ada rancangan ni ) ...eeeemmm... bagus jugak ... malam tadi tentang "Rasul Melayu" .

Krew Ekslusif masuk hutan berjalan kaki 1 jam ke markaz Rasul Melayu tapi yang tinggal hanya bilik air yang separuh roboh dan tapak markaz yang telah ranap dirobohkan . Mereka terjumpa sebuah rumah kayu usang dan salam tidak bersambut . Tiba2 ada seorang lelaki muncul ( perbualan dan wajah dirakamkan melalui kamera tersembunyi ) dan dia dipercayai pengikut si Rasul Melayu .

Pelik betul .......

1 / Mereka tidak solat sebab tidak jumpa ayat Quran yang menyuruh solat.

2/ Mereka minun arak tapi tidak sampai mabuk (memang banyak botol pelbagai jenis arak dalam rumah tersebut ) .

3/ Mereka yakin mereka masuk syurga sebab mereka melakukan perkara baik dalam hidup .

4/ Mereka percaya dia si Kahar tu Rasul untuk umat Melayu .



Rasul Melayu berubah menjadi 'Rasul' setelah balik dari menunaikan haji sekitar 88/89 (menurut kata lelaki dalam Ekslusif ) .

Apa nak jadi ... memang saya begitu pelik .. mengaku Rasul satu hal, menerima kerasulannya satu hal ..... harap mereka bertaubat dan kembali kepada Islam . Amin.



(minggu depan Ekslusif kisah ayah pin pulak ! )

Sunday, October 25, 2009

AUTUMN ... loving it !!

Just now I chatted with Sofie ( almost everyday we chat ) , she told me it's now 6 hours difference between Ukraine and Malaysia since it's already autumn going to be winter soon . Before this it's 5 hours difference .


It's autumn time now . I love fall/autumn so much.

This poem is really me ... let's read ....


AUTUMN

Autumn was it when we first met
Autumn is it what I can't forget


Autumn have made me alive
because in Autumn you entered my life



In Autumn you came like a summer breeze
I didn't realize what it is

In Autumn I fell in love at first sight
I knew that everything was alright

In Autumn there was that special dance
I knew our love will not have a chance




In Autumn you showed me pride
I wish I had never left your side





In Autumn miracles came true
everything I was longing for was you



That Autumn changed my life in many ways
I will never forget those special days


Autumn was it when we first met
Autumn is it what I can't forget

Sheila Butterfly
























It's autumn in Kemaman.....


see, I told, you, it's autumn.. the colour is changing ..hahaha.

Saturday, October 24, 2009

Pertemuan Mesra 3 jam

Melalui komen di FB Chef Hanieliza pertemuan dirancang . Bertempat di rumah Maklang , 6 orang ibu bertemu jam 3 petang tadi ... Maklang, Kakliza, Saz, As, Fa dan saya.



Rasa happy sangat. Bukan setakat pertemuan biasa tapi ada 'kelas' buat topping carrot cake didemonstrasikan oleh kakliza ( maklang yang sediakan kek ) . Maklang jugak sediakan bihun goreng, laksa Johor (dah bertahun saya tak makan ) , tapai pulut dan dadih coklat .



Seronok bila dapat makan-makan sambil sembang-sembang . Bukan sembang kosong, topik kami berkisar dari tips memasak , kisah haji (Saz akan ke tanah suci Nov nanti ) , kisah barang kemas/berlian ( hampir semua bukan pemakai barang kemas tegar ! ) ,.. yang best tu kejap2 snap gambar , kakliza kata macam celebriti pulak dia .



Mula2 ingat jam 5 nak minta diri tapi tak menjadi sebab topik perbincangan masih hangat dan akhirnya awan dah bertukar hitam , jam 6 baru kami bertolak pulang . Singgah MM ambik Izzat dan hantar kawan Izzat pulang ( di kerteh ) dan tiba rumah waktu maghrib .



Terimakasih daun keladi buat Maklang. Juga terimakasih buat Kakliza, Saz, As dan Fa kerana dapat bertemu dan bermesra selama 3 jam .

Makanan = A+

Sembang = A+


Till we meet again....InsyaAllah .

Thursday, October 22, 2009

Big Boys get together .........


Wednesday afternoon , 28 boys were present at my place.... Izzat's friends from school and our neighbourhood . .. a get together after struggling for PMR .



Menu ..... maklubah rice , spicy fried chicken , lettuce , cucumber, air asam , fish + vegetable curry , bubur jagung, pengat pisang, kuih apam , kuih hijau (I don't know the name ) , chocolate cupcakes , cocktail+yogurt and soya milk .



All finished in no time especially the chicken+ air asam , 60 pieces of spicy thumbs licking chicken gone !!

Let these pictures tell the event .









This year they are in Form 3 , if nobody moves to other school next year , they'll be together for 2 more years and then there'll be no m0re giggling /playing/ studying / sharing food / crying in motivation camps together again. Life after SPM will never be the same again .


( pisang yang saya tebang tu..hihi )


I've known many of them since there were small . After coming back from Jordan I was shocked to see how much they have grown . I couldn't recognized a few of them .



Love having them at my house . All the best to all of you .

pisang berbuah sekali je .....

Malu,malu... tapi nak cerita jugak, mungkin ada jugak yang sama' pandai' macam kami....... ke..kami je yang 'pandai ' .

Alkisah sebatang pokok pisang yang ditanam oleh pemotong rumput halaman kami , suami blogger asw ( part time je keje potong rumput, nak keluarkan peluh sebab deme ni dah ada steady bisnes ) . Tumbuh subur pokok tu sebab dijaga rapi (oleh si pemotong rumput ) dan telah mengeluarkan buah . Yang pelik tu dah beberapa bulan buah tu tak jugak masak2. selalu jugak bila saya jemur kain, saya pegang2 buah pisang tu tapi tak juga lembik dan kuning. Darling pun sama jugak berasa pelik sebab buah tu tak masak2.





Minggu lepas asw called tanya kenapa tak ambik pisang tu. Saya pun dengan selamba nya menjawab sebab buah tu tak masak2 dah berbulan2 . Terus dia kata kalau ambik pagi tu petang tu pisang tu akan masak sebab dah lama beno atas pokok. Ooooo begitu kaedahnya , kena potong dan turunkan buahnya barulah cepat ianya masak . Saya pun ambik parang dan potong tandan pisang tu.... betul pun ...petang tu pisang dah start tukar warna kuning. Lupa nak tanya pisang jenis apa tapi memang sedap....semalam dah selamat saya buat pengat pisang semasa jamuan kelas zzat . Separuh bagi pada asw .

2 hari lepas si pemotong rumput macam biasa datang potong rumput dan anak dia mintak parang .... tengahari tu saya dapat sms dari asw... " At** ( nama si pemotong rumput aka suami asw ) pesan, pisang berbuah sekali je , patutnya masa ambik ari tu, tebang le pokoknya sekali, bior tumbuh yg baru, yong oi ! .....Hehehe ."

Hahahahahaha........ mana lah teman tau ..... bab pokok2 ni saya memang kantoi ..... tak pandai langsung .

Bila petang tu chat dengan darling, saya bagitau hal pokok pisang tu dan tanya dia kenapa dia pun taktau sebab dia kampung boy ...... dia pun sama.. balik kampung hanya setelah ayah dia pencen polis dan saya balik kampung setelah abah pencen askar , manalah nak cari pokok pisang atas flat . Seingat saya pokok pisang kat rumah mak saya di Ipoh hanya berbuah setelah saya balik oversea dan bab tebang menebang memang saya tak pernah tau dan ambik tau .

Ijazah dalam genggaman tak semestinya pandai segalanya .... ilmu di mana saja .. hidup ini tak dapat lari dari belajar ...... carilah ilmu hingga ke liang lahad .. pesanan khas buat diri sendiri .

Sunday, October 18, 2009

suka pun ada, boring pun ada

Ada hari nya bila saya tak nak bersosial . Tak nak jawab talipon jika no itu tidak dikenali . Tak nak keluar rumah (izzat tolong jemur kain di luar ! ) .

Apa yang saya lakukan hanyalah bergolek sana-bergolek sini. Buka TV tutup TV (tak de cerita sedap ) . Soal jawab buku kerja Mimi untuk exam . Buka peti ais ambik buah-buahan yang ada (hari ni ada epal dan durian belanda ) , makan ulang2 .

Lambat betul masa berlalu.......... hari yang relax sangat ............ suka pun ada, boring pun ada .

Saturday, October 17, 2009

berendam di BGRC



Rabu jam 1 pm waktu Mimi break for lunch kami isi borang di pejabat sekolah untuk pelepasan awal mimi dari sekolah (biasa balik 3.10pm ) dan terus menuju ke Bukit Gambang Resort City dalam 1 jam 15 minit perjalanan dari Kemaman . Darling dah booking pakej family sempena Izzat selesai PMR . Kami ambik 2 bilik, 1 family suite yang ada 2 bilik untuk kami berempat dan 1 studio untuk Zaid , Azra dan Umair. Kiranya ini adalah first percutian kami bersama Umair dan sebab Umair suka air, kami pilih BGRC kerana ia juga ada water park .

Three men in my life .... love you all guys !!!



Lepas je letak barang , terus kami ke water park yang dekat dengan hotelnya.




Gambang Water Park taklah sebesar A Famosa tapi untuk pantai timur yang tak ada water park ni, kira oklah untuk berendam . Umair lah yang excited sekali, tak senyum langsung sebab macam terlebih excited sebab benda baru . Dia tak nak keluar kolam . Kami ambik giliran jaga Umair sebab masing2 nak mandi kolam yang ada 5 jenis semuanya (ada yang masih dalam pembinaan , yang dah siap 5 ) . Memang enjoy betul kami petang tu , kami keluar hanya ketika ia hampir ditutup jam 6 pm.

Umair dapat kawan baru, Charlie yang macam anak patung , geram betul !!







Malamnya semua tido awal sebab letih main air .

Pagi esoknya kami ke "Active Adventure" area berdepan dengan hotel. Izzat dan Zaid try naik ATV ( All Terrace Vehicle ) yang naik motor masuk dalam tracknya dalam hutan . Mengamuklah Umair nak ikut baba dia naik motor . Kami tunggu di luar hutan sementara budak berduatu enjoy themselves naik ATV.




Lepas tu saja nak have fun, kami semua naik keretapi dari hotel ke water park dan balik ke hotel. Pony ride ada tapi Mimi ni penakut binatang termasuklah kuda. Nak naik horse carriage kuda belum datang pulak, tak merasa nak jadi queen naik kereta kuda .



Jam 11 pagi kami cek out hotel ........ sedih tau ....... kami ke Kuantan ada urusan bank dan terus ke kemaman....Zaid, Azra dan Umair ... .... terus ke Ipoh...pindah ke Ipoh .... mulakan penghidupan di Malaysia . Sedih sekali sebab nak pisah dengan cucu yang dah mula rapat dengan kami ....huhuhu . Entah bila dapat jumpa lagi sebab masing2 jadual padat sehingga hujung tahun , ada rezeki jumpa lagi InsyaAllah.

Itulah kisah first outing / holiday kami bersama Umair , baba dan mama dia .

Friday, October 16, 2009

jadi ke tak, , jadi ke tak....JADI !!!


Cuti hujung minggu ke Brunei minggu lalu malalui beberapa kali tapisan , jadi pergi ke tak.... kejap jadi kejap tak jadi, kejap jadi kejap tak , memang beberapa kali diulang-ulang ......

Tiket sudah dibeli tahun lepas lagi . Biasanya bila darling rasa nak beli tiket yang ada sale , dia akan padankan dengan cuti kerja dia . Maka Brunei memang dia beli pada 8-10 Okt ... tujuan asalnya nak bagi Izzat relax sikit sebelum PMR start dan kebiasaannya PMR start lewat dari 10 Okt , tak sangka pulak tahun ni PMR start 7 Okt dan ada break hujung minggu pulak sebelum bersambung Isnin dan Selasa . Nak tinggalkan Izzat sorang masa exam rasa macam kejam sangat . Awalnya memang dah cancel tapi kalau cancel ini kali kedua terpaksa batal tiket , Langkawi pernah kami batalkan sebab anak2 ada sukan sekolah hujung minggu tu (April lalu ) . Kebetulan Zaid kata dia akan balik Kemaman sebentar sebelum berpindah ke Ipoh dan dia balik kena pada tarikh ke Brunei. Izzat ok aje, dia tak kisah kalau kami pergi sebab masa tu hujung minggu dan dia hanya ada 1 exam hari Jumaat tu dan kami pulang pada Sabtu itu .... so, jadilah akhirnya , baru sibuk booking hotel dan pakej melancong sekitar bandar Seri Begawan.

Brunei sebuah negara yang damai, aman dan tidak sibuk , tidak ramai penduduk dan pada dasarnya saya suka Brunei , orangnya sopan dan lebih melayu dari orang melayu di Malaysia, dari segi percakapan dan berpakaian , saya amat sukakannya.

Di bawah ini gambar2 sekitar lawatan kami tak termasuk shopping di area Gadong .

Alhamdulillah lawatan pendek untuk mengenali negara jiran terdekat memuaskan hati kami .

Bahagian pintu masuk ke Istana Nurul Iman , Istana bagi Sultan Hassanal Bolkiah , info tentangnya boleh klik di sini .



Masjid Jamek Sultan Hassanal Bolkiah yang punya 29 kubah emas kecil melambangkan baginda adalah Sultan ke 29 bagi Kesultanan Brunei . bersama pemandu kami Encik Asmi (memang orang melayu Brunei sering berpakaian melayu lengkap terutama hari Jumaat dan solat Jumaat .

Masjid Sultan Umar yang mempunyai 28 buah kubah kecil melambangkan Sultan Umar adalah Sultan ke 28 .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Royal Regalia .. segala peralatan semasa pertabalan Tuanku Sultan dipamirkan di sini.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++







+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


ready nak ke Kg. Ayer


rumah dan masjid di Kg Ayer ..memang unik, segalanya ada di sini, sekolah rendah dan menengah, pejabat imigresen,, klinik, dll ... pendek kata memang lengkap sebagai sebuah kampung....





dalam rumah untuk diziarah pelancong di Kg Ayer ..hebatkan.....




semuanya adalah di rumah bapa pemuda pemandu bot ini ..........
di belakangnya adalah sekolah .









++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Jerudong Park yang telah hilang serinya dan tiada apa sangat di taman tema ini .........





Water dancing yang menarik di Jerudong Park Garden yang diadakan setiap malam .