Sunday, November 29, 2009

cucu & cuti


Suasana meriah di rumah masih dirasai . 7 daripada 9 ahli keluarga ada di rumah termasuk darling yang tiba malam tadi , Zaid, Azra dan Umair yang tiba sehari sebelum raya. Syukur semuanya sihat dan gembira dapat bersembang dan bergurau senda sama-sama .



Sempatlah jugak saya buatkan 3 jenis biskut raya yang mudah buat bahan mengunyah masa bersama.






Gelagat cucu saya Umair bermain bersama Maksu Mimi membuat kami tak tak kering gusi. Ada aje yang dilakukannya yang mencuit hati kami . Satu yang saya masih 'geram' bila Umair masih tak berapa gang dengan saya. Tak boleh nak peluk dia lama-lama , pasti dia cuba melepaskan diri dari pelukan saya .




Mood bercuti masih melanda dan blog ini jugak akan bercuti buat seketika.





Selamat bercuti buat semua yang bercuti .... jumpa lagi InsyaAllah.

Wednesday, November 25, 2009

sembelih

Mata tadi dah nak tido sangat tapi teringat satu kisah masa kecik2 dulu ......

Pagi raya aidil adha ...... umur 5 tahun .... 1970.... Masjid Tanah , Melaka......

Tuan rumah sewa kami buat majlis korban lembu dan bukan mudah dapat lihat orang sembelih lembu kalau bukan hariraya haji . Saya dengan penuh semangat berlari ke arah belakang rumah tuan rumah tapi ramai pulak orang yang turut sibuk nak melihat upacara korban pagi tu. Saya kanak2 yang ingin sangat nak lihat bagaimana lembu disembelih mula mencari taktik yng dirasakan berkesan untuk dapat first class spot di celah-celah puluhan orang dewasa yang majoritinya pakcik2 dan abang2 . Saya nekad memanjat pagar kawat duri untuk letakkan posisi saya lebih tinggi sedikit. Malang tak berbau...... masa tengah nak berdiri tu entah macamana ada manusia mana yang menolak saya dan secara otomatik lutut saya tergesel kawat duri . Menjerit kesakitan dan tangisan saya juga adalah kerana lutut saya dah terkoyak lebih kurang 3 cm panjangnya dan darah keluar dengan banyak . Ada jiran hantar saya balik rumah dan mak (abah bertugas hariraya tu ) letak plasta di luka saya .......... akibatnya .... saya tak dapat lihat bagaimana lembu disembelih dan lutut saya berparut hingga kini dan kisah ini akan saya ingat kembali tiap kali tiba hariraya aidil adha .

sekadar hiasan ......


Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam walau di mana kalian berada . Sesungguhnya hidup ini adalah pengorbanan.

Tuesday, November 24, 2009

bagi peluang enjoy puas-puas .





Kejap dia baring atas sofa tonton cartoon " word world " lepas tu "Shaun the sheep " lepas tu " Higgly town heroes " lepas tu " The Mickey Mouse Club " lepas tu tu, lepas tu, lepas tu all cartoons di disney channel .......


Lepas tu main art class pulak , cari gambar dalam majalah "ana muslim " dan "sayang muslim " start melukis wajah2 dan gambar2 dalam tu , lepas tu colour , lepas tu buat kad untuk sesiapa yang dia suka , hampir tiap hari saya dapat kad " I love u " dan yang paling besar adalah bersaiz manila kad . Jemu atas kertas, dia ke pc pulak , lukis lah, edit gambar lah , tonton upin ipin kat youtube lah .





Kadang2 main "Dress up Dolls " hadiah birthday dari Maya dan solve puzzle " Princess" hadiah birthday dari Sofie . Lepas tu main "Tumbling Tower " sorang-sorang .Nak main kat luar hujan dan lagi satu tak de kawan , yang ramai di sini kanak2 lelaki . Memang dia tak de kawan .






Kesian pun ada kat Maksu Mimi ni .

Pagi ni nak keluar beli mainan baru . Biarlah macam kanak2 pun mainan ni (memang dia kanak2 !! ) tapi dia nak main building bricks pulak ( dulu masa kecik main dah , ni dah hilang ke mana ) . Tanya dia nak hadiah exam ap , dia kata taktau nak apa, kiranya mainan ni nanti sebagai hadiah exam dia .


Buat masa ni saya biarkan aje dia enjoy main sepuas-puasnya , tak nak bagi dia tengok buku belajar lagi , biar dia rasa cuti ni dia happy .

Sunday, November 22, 2009

Mentari terbit

Hujan masih turun . Telah 3 hari turun tanpa henti . Harap tak naik banjir . Longkang besar masih bertahan , belum penuh , tak seperti 2 hari lalu, air longkang telah melimpah ke atas jalanraya , saspen je .

Pagi ni duk belek2 gambar2 masa pergi ke KT tak lama dulu . Gambar2 mentari terbit yang dirakam oleh Maya di tepi pantai motel yang kami bermalam nampak cantik untuk dikongsi bersama . Pantai ini betul2 di bersetentang dengan Pulau Kapas .

Mari kita saksikan saat matahari terbit ....

Musim tengkujuh ni memang lah nak nampak matahari pun agak payah ....


Gambar diambil dari mula nak terbit hingga hari cerah .....

















Salam cuti-cuti buat semua yang cuti ..........

Saturday, November 21, 2009

Ihtifal SRI Al Amin

Pagi semalam kami ke SRI Al Amin sempena hari Ihtifal sekolah itu . Kebetulan Mimi kena hadir kerana mendapat anugerah pelajar cemerlang Tahun 1 2009 . Mimi dapat no 3 . Seperti kata Mimi dah tak de rezeki untuk dapat no 1 atau 2 .


upacara perasmian ihtifal 2009

kali pertama naik ke pentas sebagai penutup pencapaian Tahun 1




antara persembahan pelajar


Semoga Mimi lebih berjaya lagi di tahun-tahun akan datang InsyaAllah.

Thursday, November 19, 2009

titis-titis hujan & senyuman

Walaupun hujan tak berhenti sejak semalam, hati ni rasa happy je sebab hari ni hari terakhir sekolah bagi tahun ini. Ini juga bermakna bukan saja anak2 bercuti , saya juga bercuti dari menjadi drebar menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik sekolah. Begitu juga dengan anak2 , belajar hampir setahun , memang kena cuti dan rehatkan minda buat seketika .

Walaupun begitu esok kena ke sekolah lagi sebab ada Hari Anugerah Cemerlang dan Mimi terlibat . Final exam baru ni dia dapat no 3 . Memang bukan rezeki dia untuk dapat no 1 / no 2 , dia pun kata dah tak de rezeki. Kena cuba lagi tahun hadapan .




Lagi satu buat saya happy sebab minggu depan dah nak raya haji. Walaupun darling tak balik masa raya tapi yang buat saya gembira ialah Zaid dan family akan merayakan raya haji bersama kami di sini. Rindu pada cucuku akan terubat jua InsyaAllah , tak sabar dah rasanya , dah beberapa kali mimpi tentang Umair .

Semua yang dinyatakan di atas buat saya tersenyum sendirian .... titis-titis hujan terus membasahi laman rumah ku ..... sejukkkkkkkkkk .



Tuesday, November 17, 2009

KUCING

Harini cerita pasal kucing sebab ramai juga bloggers yang bela kucing .

Walaupun masa darjah 1 dulu saya pernah masuk radio Sarawak dalam rancangan kanak2 , saya nyanyi lagu "Kucingku Belang Tiga " , tapi hakikatnya saya tak pernah suka kucing .

Saya tak gemar kucing, geli dan kadang2 takut kucing . Kira macam kami sekeluarga geli kucing kecuali Zaid yang pernah bela kucing masa di Jordan . Arwah abah saya dulu memang tak suka kucing tapi kucing tersangatlah suka datang rumah , entah dari mana . Abah akan bagi makan dan akan 'ekspot' kucing tu ke pasar2 yang berdekatan sebab memang kami takut kucing .




Entah macamana pada awal tahun 80an dulu abah tergerak hati untuk membela seekor kucing berwarna perang yang dibawa balik oleh kakak sulong saya dari kolej dalam keadaan lemah dan kurus kering . Kami namakannya blue/biru sebab matanya biru . Sayang sekali Blue mati semasa saya berada di US. Lepas tu kami tidak pernah membela kucing lagi hingga kini.

Semasa tinggal di Bakau Tinggi di Kemaman ni memang kucing selalu jugak bertandang ke rumah kami . Pernah sekali kami juga 'ekspot' kucing ke pasar kemaman tapi amazingly kucing tu balik semula ke rumah kami selang sehari lepas tu. Entah macamana ia tau jalan pulang. Entah2 ada yang 'ekspot' balik kucing tu rumah kami .

Semalam lepas ambik anak2 balik sekolah kami ke pasar Binjai untuk beli sedikit makanan dan kuih-muih untuk minum petang . Biasalah pasar memang ada kucing. Masa nak beli kuih adalah seekor anak kucing berwarna perang+putih yang gesel2 di kaki Mimi.Mimi dah lari ke kiri kucing tu ikut ke kiri , saja macam nak main sedangkan Mimi teramatlah takutnya kucing . Lepas tu kucing tu lari kepada pelanggan lain. Masa masuk kereta untuk pulang ada seorang wanita ni yang kereta dia parking sebelah kereta kami tiba2 turun dan menuju ke arah pasar tadi yang hanya beberapa meter dari kereta . Dia balik semula membawa anak kucing perang+putih tadi , terus masuk kereta dan berlalu pulang .

Saya bagitau Mimi lain kali kita ke pasar Binjai tak de dah kucing kenit tu untuk gesel2 Mimi lagi dan untunglah kucing tu sebab ada yang sudi mengambilnya tinggal bersama .

Sesuatu yang kita tidak suka tidak bermakna orang lain juga tidak suka . Allah jadikan manusia ini berbeza-beza dari pelbagai sudut . Walaupun begitu dalam bab kucing ini walaupun saya tidak suka kucing tapi kalau kucing datang rumah saya akan bagi juga makanan tapi nak jemput masuk rumah ....sorrylah ye ......

Friday, November 13, 2009

Celoteh pagi Jumaat

Pagi Jumaat menjelma lagi bersama titis-titis hujan membasahi bumi , Alhamdulillah .

Lama dah tak cerita kisah Maksu Mimi .

Dia baru habis final exam minggu lepas dan masih belum tau result sepenuhnya . Masa exam memang dia tekun mengulangkaji . Saya ada beritau dia bila dah study hard kalau masih tak dapat 100 markah masa exam saya takkan marah sebab dia dah study dan itu namanya dah tak de rezeki. Kalau tak study memang saya akan marah .

Dialog dalam kereta ke sekolah :

mimi : kalau mimi dapat no 2 mama marah tak ?

mama : kalau dah study mama tak marah.

mimi : no 5 ?

mama: dah study mama tak marah .

mimi : no 10 ?

mama : haaaa ??? tak naklah no 10 .... tapi kira dah tak de rezeki lah tu .



Baru ni dia dapat markah sabjek sains sosial (subjek sivik ) dapat 86 %. Saya pun tanya :

mama : haa! ni kenapa 86 aje ??

mimi : dah tak de rezekilah tu !!





Saya bagitau mimi yang saya akan buat mammogram , lebih senang sebut x-ray tet** . Bukan main nak berguling dia gelak bila saya sebut macam tu . Geli hati sangat sebutan tet** tu . Lepas solat selalunya dia yang akan baca doa cuma kadang2 saya akan sambung doa tersebut baru amin bersama. Pagi semalam lepas solat subuh dia baca doa dan saya sambung lagi doa tanpa kuatkan suara dan terus amin bersama . Dia terus tengok tepat wajah saya sambil kata :

" Ni mesti doa untuk x-ray tet** . Kalau tet** sakit masuk hospital ke ? kena bedah ke ? "

Saya mengangguk aje .

Thursday, November 12, 2009

LEGA !


Alhamdulillah , lega sangat masa dapat keputusan mammogram pagi tadi , semuanya normal , syukur , syukur , syukur.

Wednesday, November 11, 2009

jogging sambil rehatkan minda






Harini ambik kesempatan berjogging setelah sekian lama tidak sempat berbuat demikian . Lupa sebentar risau terhadap mammogram . Pagi yang cerah dan berangin membuatkan saya rasa sungguh tenang dan lega masih dapat beraktiviti di pagi hari .





Pagi tadi saya bawa kamera bersama , saja nak tunjukkan tempat saya jogging ( berjalan yang banyaknya !!) di Pantai Teluk Mak Nik bersebelahan INTAN Pantai Timur kerana ianya sangat sesuai untuk berjogging sambil menikmati keindahan alam persekitaran yang belum tercemar.






Best tak dapat jogging di sini ???




Marilah singgah ...... lepas jogging kita siap sedia untuk ber bbq !!

RISAU

Dua hari lalu bekas jiran saya diberitakan menghidap kanser payudara stage 2 . Terdiam saya seketika kerana tidak menyangka sama sekali bahawa dia juga kini salah seorang penghidap kanser . Menurut kata kawan2 bekas jiran saya ni tidak pernah alpa membuat annual medical cek up namun kali ini jawapan yang diterima amat memeranjatlan bukan sahaja buat dirinya malah kami juga di sekelilingnya.

Kesan dari berita sedih tersebut saya jadi hilang mood untuk bersosial seketika . 2 hari saya tidak keluar rumah kecuali menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik dari sekolah. FB saya on tapi saya sekadar membaca tanpa meninggalkan apa2 komen ke atas status rakan2 . Saya mahu bersendirian dan memikirkan apa yang patut saya lakukan .

Saya mesti mulakan langkah pertama ..... melakukan mammogram .

Telah lama saya tangguhkan untuk melakukan mammogram .

Fikir punya fikir saya akhirnya telah membuat temujanji melakukan mammogram di salah sebuah pusat payudara di Kuantan dalam minggu ini juga .

Kini hati semakin risau . Memang cukup risau dan bertambah risau menjelang hari temujanji tersebut.

Doakanlah agar saya mendapat berita gembira pada hari tersebut InsyaAllah .

Tuesday, November 10, 2009

what ever will be will be !!

It's a bright day indeed , Alhamdulillah .

Went thru some old songs and would like to share this song with you guys.... click play to listen ....enjoy !!



Monday, November 9, 2009

CHILD

Monday morning blues ...... care to glance at this cartoon ??????


Sunday, November 8, 2009

syukur dapat bertemu

Semalam berlangsung pertemuan alumni Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman dan sebagai bekas guru di situ saya juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ia berlangsung di pusat pengajian tersebut .

ada yang masih single, ada yang dah berderet anak , inilah wajah2 kesayangan hamba



Gembiranya hati saya bila dapat bertemu ramai anak murid yang ada antaranya telah berbelas tahun tidak bersua muka . Sekolah ini adalah sekolah agama swasta yang saya curahkan bakti selama 6 tahun( 93-98 ) iaitu setelah saya berhenti bekerja sepenuh masa di sekolah kerajaan . Ramai pelajar di sekolah ini tinggal di asrama kerana datang dari seluruh pelusuk negara .

mak2 dan anak2



Saya memang rapat dengan pelajar dan selalu merindui mereka . Setelah seorang demi seorang menamatkan pengajian dan ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara , suasana semakin berubah. Saya berhenti mengajar dan kami jarang bertemu kerana masing2 sibuk dengan urusan belajar dan ramai yang sudah berumahtangga.


bekas murid ... dah jadi bapak orang


Semalam bila saya diminta berucap , saya tidak bersedia sebenarnya , namun saya gagahkan jua dan menahan sebak di dada kerana memang saya sayang dan rindu pada mereka semua. Saya rindu saat di mana mula mengenali mereka, sekolah mereka (pondok moden yang terlalu asing bagi saya ) , adakala saya belai mereka adakala saya herdik mereka , semua itu buatkan saya sebak, kenangan yang tidak mungkin berulang .

antara ustaz-ustaz glamour yang hadir




Semalam saya amat berbangga kerana ramai antara anak murid saya telah menjadi ustaz yang ada di kalangan mereka yang sampai ke tahap yang saya boleh beri gelaran ulama kepada mereka . Beberapa orang menjadi Pengetua sekolah agama di tempat mereka dan juga menjadi pendakwah bebas yang semakin terkenal . Tak kurang juga ada yang telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya , muda lagi dah jadi usahawan dan punya syarikat sendiri yang berkembang maju .

wajah2 yang kurindui dan kusayangi



Apa yang cukup menceriakan saya ialah bila dapat bertemu puluhan cucu yang turut hadir. Ada yang 1 anak, 2, 3,3 4, 5, 6... setakat tu aje yang saya tahu, dah potong cikgu ye , cikgu ada 5 anak, anak murid ada 6 anak , syabas !

tengoklah cucu-cucu Wanmommy..... berderet






Tahniah buat pihak penganjur yang berjaya mengumpulkan bekas2 pelajar , semoga lebih ramai lagi bekas pelajar akan menyertai majlis sebegini di masa akan datang, InsyaAllah.



Semoga bertemu lagi... kalau lalu di Kemaman silalah singgah rumah Teacher ye ... ( pesanan dibuat kerana ada yang bagitau semalam yang mereka baca blog teacher ...hihi...malu I )