Saturday, April 16, 2011

Friday Laksa !!

Friday (yesterday) -- had a great time at East Coast Mall Kuantan ..I just don't know why on earth each weekend we 'must' be out of this lonely planet (Kemaman) and the most popular spot to feel 'alive' would be Kuantan , Kuantan and Kuantan .



Right after Friday prayer at Masjid Negeri we went straight to ECM .. Mimi and I performed our zuhur prayer first and then only we got into Laksa Shack Restaurant ( each time datang mesti try restoran berlainan ) .. I got my Laksa Nyonya , Mimi with her Laksa Sarawak( semangat p'raya lah tu ) , Darling and Izzat had Asam Laksa . we did order Roti Jala set too .... The food was okay ... not that delicious ..just okay ...




Then we spent an hour at MBS bookshop , I didn't buy any book since I still have a very thick book (800++ pages) to read " A Doctor in The House" to read for the entire week .. Mimi and Izzat bought a few school and story books .




That's all .. came back to Kemaman after asar since Izzat had his futsal game at 6pm ...

Friday is gone ..and today ..Saturday .. just wanna go to Giant to get some groceries ..

Have a great weekend to all !!

Thursday, April 14, 2011

Blueberry muffins anyone ???

I ni kalau bab2 masak -mamasak ni memanglah kurang (rajin dan pandai) ..tapi adalah beberapa menu yang I memang pakar ( angkat diri sendiri ) .....

Blueberry muffins yang I buat semalam .


Nak dijadikan cerita , semalam terasa nak buat sedikit terapi minda dengan membuat blueberry muffin yang ada blueberry filling ......... jangan tertipu ye .. I cuma singgah beli tepung muffin yang telah siap dibancuh , lepas tu balik terus masukkan telur, minyak dan air serta fillingnya (blueberry), mudah dan cepat ..pastu masuk oven .. 40 minit ..dah pun siap ..buat sikit aje , dapat 15 biji muffin . I lunch makan 2 muffins . Mimi balik sekolah dalam jam 3 .30 petang . Mula2 dia excited bila tau I buat muffin .. tapi ..bila dengar blueberry ..terus dia tak nak .. not her taste ..I ingat dia dah suka sebab dah makin besar ( Mimi susah sikit bila bab buah2an ) .. taklah bersentuh .. petang Izzat balik dari sekolah , Izzat pun makanlah beberapa muffins .. dan malam Darling balik , makan lah juga beberapa muffins .. pagi tadi I pack 6 muffins for Izzat bawak pegi school dan 2 untuk Darling makan dalam kereta ...

Dah janji dengan Mimi nak buatkan chocolate muffins untuk dia ..esok InsyaAllah ... itu le kisah muffin dari dapur Silversarina........

Monday, April 11, 2011

Pagi yang basah ..

A wet and cold Monday morning ,kalau dapat duduk memerap dalam selimut kan ke best . Entah kenapa I suka hujan , ia membuat hati jadi tenang dan sejuk . Ingat dulu masa kecik2 kalau hujan je amat teringin nak mandi hujan tapi selalunya mak tak bagi main hujan takut demam . Jika berjalan dalam hujan kalau boleh tak nak pakai payung dan kalau boleh nak cecahkan kaki dalam lecah dan becak hujan , rasa bebas sangat bila berbuat begitu .





Tapi kini bila dah semakin bertambah usia , keinginan tu masih ada tapi malu untuk keluar main hujan , orang lalu nanti kata dah buang tebiat kot si makcik Ina ni main hujan .. tapikan ... suatu petang tu jiran sebelah tak de .. hujan lebattt .. I pun apa lagi ajak Mimi main hujan kat laman rumah .... Ya Allah .. happynya rasa dapat betul2 mandi air hujan ..lari2 ke sana ke mari macam budak kecik , tak de pulak kereta lalu, apalagi, makin menjadi le main hujan sehinggalah guruh berdentum di langit ..baru lah stop main hujan ... masa hujan sekali lagi tak lama lepas tu I ajak Mimi main hujan lagi ... dia tak nak lah pulak ....takkan nak main sorang2 ... sian kat I .. keinginan tak dipenuhi ...hinggalah kini .. itu kisah hujan ..dan kini hujan semakin lebat membasahi bumi Kemaman ini .. jumpa lagi .....

Sunday, April 10, 2011

Hellooooooooo .......

Bersua kembali di alam blog setelah tersimpan di dalam muzium Silversarina buat seketika waktu ..terlalu banyak perkara yang bersarang di fikiran yang membuatkan blog ditinggal bersawang ...

Pendek cerita , macam2 berlaku sepanjang 3 bulan blog bersawang di muzium ,cuma yang dapat dikatakan hanyalah kehidupan Silversarina semakin ceria di samping ahli keluarga serta sahabat2 tercinta ... Darling telah kembali bekerja di tanahair , so no more ulang-alik ke airport saying goodbye and welcome home ... we are staying under one roof again , syukur .. 5 years of being apart .. manakan sama suasana dahulu dengan masakini ...





Tahun ni belum fly ke mana-mana lagi ..kekangan masa serta pelbagai aktiviti sekolah (Izzat is in Form 5 , so, SPM tahun ini .. kena berkorban apa saja ) ... Mimi di tahun 3 kini , she's getting taller now ..

Anak2 yang menuntut di luar negara juga akan menamatkan pengajian menjelang musim panas tahun ini InsyaAllah .

Kehidupan Silversarina lebih teratur dan bertambah sihat tahun ini , jika dulu hanya berjogging/brisk walking 1.5km sehari (3x seminggu) , kini telah diupgradedkan kepada 2.5km sehari serta beberapa work-out di gymnasium serta aerobik 2x semingggu ..so ..I guess my stamina dah bertambah sedikit dari tahun lalu , syukur .

Itu saja buat kali ini,semoga bertemu lagi .