Sebelum menulis kisah ziarah di tanah seberang Indonesia saya ingin blog tentang perjalanan dan percutian kami di malaysia.
Hari Jumaat kami ke Rembau ke rumah besan untuk menetapkan tarikh kenduri di kedua-dua belah pihak. 12 Julai dia Rembau dan 19 Julai di Kemaman.

rumah besan di rembau...saya suka binaan tradisional ini
Terus ke taman Tuanku Jaafar , Seremban ke rumah sepupu hubby yang mengahwinkan anak2nya semasa kami ke Indoensia, so siap belikan hadiah buat 2 pasang pengantin tersebut.
Bermalam di rumah kakak sulong saya di kem Sungai Besi dan esoknya sempat singgah sebentar di Taman Melati di rumah teman baik saya, kak ana , sekadar sebentar kerana terus ke rumah anak saudara suami berjumpa kakak ipar yang baru pulang dari umrah, waktu tu dah hampir 6 petang, perancangan awal terus ke ipoh tapi masing2 dah terlalu letih, so kami bermalam di situ sahaja somewhere di gombak setia .
2 malam di Ipoh dan 26 Mei sempat sambut birthday Izzat yang ke 14 bersama anak-anak saudara .
Happy Birthday Izzat !!

Sebelum bertolak ke KL, saya sempat ke kediaman rasmi MB Perak bertemu anak sulongnya yang akan melangsungkan perkahwinan Jun nanti dan menyampaikan hadiah kawin kerana memang saya tak dapat hadir nanti sebab hubby tiada masa tu. Berbual sekitar sejam lebih tanpa Datin Seri kerana YAB MB serta isteri ada urusan di Istana pagi tu. Sempat jugaklah bersembang dan berkongsi cerita kehidupan mereka sekeluarga, nak tau kena pergi ziarah sebab saya rasa tak patut saya dedahkan perbualan eksklusif saya dengan anak YB .

bersama anak sulong MB Perak di kediaman rasmi mereka di Ipoh...
Selasa terus ke Shah Alam ke rumah adik bongsu untuk tinggalkankan kereta di sana dan menumpangkan ibu saya buat seketika sementara kami ke Indonesia .
Malamnya kami berlepas ke Jakarta dan telah siap menanti kami di sana ialah Bapak Ali yang ditugaskan membawa kami ziarah di sana selama 5 hari . Kami terus dibawa ke Bandung, 2 jam perjalanan dari Sukarno Hatta Airport . Kami menginap di guest house yang dimiliki oleh sahabat suami saya yang sama bekerja di UAE dengan bayaran yang amat minima. Rumah binaan lama bekas binaan Belanda yang amat dingin dan nyaman walau tanpa kipas dan air-cond . Bertemu penjaga rumah bung afendi serta isteri cik Renee kami dihidangkan dengan nasi kuning sebagai sarapan . Rumah yang dikira antik dengan hiasan ala eropah , amat selesa sekali, hanya beberapa minit dari tengah bandar Bandung .
Terus kami menuju ke Puncak Gunung Tangkuban Perahu dan kami temui pemandangan yang amat cantik sepanjang perjalanan ke sana. Suasana yang nyaman dan pokok2 tirus di kiri kanan jalan terasa seolah-olah kami bukan berada di Indonesia. Terdapat jualan "kelinci" / arnab di sepanjang jalan menuju puncak dan juga gerai-gerai jualan sate kelinci . Kawasan pergunungan yang penuh dengan kebun-kebun sayuran dan buah-buahan memang satu pemandangan yang cantik.

jalan menuju puncak Gunung Tangkuban Perahu... cantik sekali....
Setiba di puncak gunung kami dapat melihat dengan jelas kawah-kawah gunung berapi terutama kawah gunung berapi Ratu yang jelas terbentuk akibat ledakan gunung berapi dan bau belerang yang cukup kuat dapat dihidu.
Darling dan Izzat buat keputusan untuk turun ke kawah Domas yang masih aktif yang terletak nun jauh di bawah dan kena menuruni gunung. Mimi pulak cepat-cepat kata nak ikut serta. Saya berbelah bagi, nak ikut tapi rasa macam tak larat. Hubby kata tinggal aja di puncak dan ikut bapak Ali turun bukit nanti. Takkan saya nak tinggal kat situ yang penuh dengan penjual yang cukup menyiksakan diri, serbaneka barangan dijual dari topi bulu arnab , telur batu berukir, batu magnet hinggalah ke lumpur gunung berapi yang harganya mencekik darah.

setelah menuruni bukit sejauh 900 m... lihat kawah Domas di bawah.. lagi 300 m... huhuhu.
Saya pun kata saya nak ikut.... huhuhuhu...
Mula-mula okay.. tak lama kenudian mimi terjatuh sebab tersangkut kaki di batu yang banyak, berdarah bibir dan hidung sebab dia tak mahu dipegang tangannya... hubby pegang mimi lepas tu... sampai 900 m ke bawah, kaki saya dah mulai sakit. kira macam jungle trekking...saya terpaksa gunakan kaki kanan untuk melangkan satu anak tangga ke anak tangga yang lain , bak kata pakpayne jalan macam ketam, menyenget . Ada lagi 300 m untuk tiba di kawah yang penuh lumpur panas yang jelas kelihatan asap nya dari atas. saya gagahkan jugak walaupun sakit tambah terasa. Kini tour guide memimpin mimi dan hubby memimpin saya takut terpeliot/ tersilap langkah . Sampai 30 m terakhir saya dah tak mampu lagi melangkah...sakit sangat...saya duduk di anak tangga kayu dan tak semena-mena saya sebak dan sedih serta kecewa..kaki saya sakit sangat dan buatkan saya frust memikirkan nanti lepas 'main' lumpur saya terpaksa mendaki semula bukit walaupun tidak setinggi tadi kerana kenderaan menunggu di parkir yang lebih ke bawah tapi kena mendaki 1 km juga nanti. Saya tak segan terus mencurah-curah airmata depan hubby dan seorang lagi tour guide di situ...izzat dan mimi telah tiba di lumpur bersama seorang lagi tour guide. Saya benar2 menangis sebab saya fikirkan kalau saya tak mampu berjalan lagi, bukannya ada helikopter yang dapat menyelamatkan saya dalam hutan dan kawah tu dan takkan larat orang nak mengendong saya dengan saiz badan yang XXL... saya terus menangis... saya tak sangka saya begitu kecewa. Saya suruh hubby dan tour guide agar teruskan perjalanan ke lumpur panas dan saya akan cool myself down before sambung perjalanan. memang saya pun tak sangka yang saya menangis . Dalam 7 minit camtu, saya kuatkan semangat kembali menapak dengan memegang kayu-kayu pagar yang ada dan saya tiba jua di kawasan kawah gunung berapi Domas dan terus rendam kaki dalam lumpur panas. Sempat bergambar dan sempat mengumpul kembali tenaga dan semangat untuk perjalanan pulang ke parkir kerete nanti. Terdapat beberapa kumpulan pelancong termasuk dari malaysia di situ dan pemandangan yang tidak pernah saya lihat sebelum ini, kawah yang masih lagi aktif ... Subhanallah, sungguh menakjubkan.

setiba di bawah di kawah domas ....


Kami mula mendaki semula ke parkir , pendakian 1 km yang amat menyesakkan nafas dan menyakitkan lutut dan kaki dan saya tak dapat menahan diri dari memberitahu hubby yang " This is the most stupid thing I've ever done in my life .." takkan diulangi lagi...geram ada sedih ada bila hubby kata " Siapa suruh ikut, kan I kata tunggu kat atas ." .. lagi geram jadinya. Izzat kata muka mama masam mencuka dan mama tak adventurous langsung... geramnyaaaaa....
Tengah jalan landai ada servis motosikal yang boleh dibonceng, hubby kata naiklah... mana saya nak, buat tergolek jatuh gaung lagi teruk sebab dalam hutan nak naik motosikal.. dan saya dah berzaman tak naik motosikal, takkan saya nak peluk pinggang budak muda menunggang motosikal pulak... terhencot-hencot saya teruskan jugak perjalanan hingga selamat sampai ke kereta yang sedia menanti, alhamdulillah.
Hati masih sedih dan geram. Sedih kerana rasa sangat yang diri ini dah semakin tua, tak mampu menghabiskan challenge 'amazing race' dengan cepat. Geram sebab gagal mengawal rasa berputus asa tapi saya puas sebab dapat juga sampai ke bawah walaupun lambat .
Lepas tu kami menuju ke Restoran Daun / Sapu Lidi yang sungguh tradisional dan begitu cantik hiasannya.... kaki makin terasa sakitnya... nantikan sambungannya .......