Sudah lebih 12 tahun kami tidak bertemu Fauziah, adik darling berlainan ibu yang menetap di Sabah setelah berkahwin dengan orang Sabah dan bekerja di sana. Lepas rasa rindu kami padanya dan keluarga. Selalunya kalau Fauziah balik ke Semenanjung kami memang tak sempat bertemu sebab masalah masa dan kelapangan . Kami sempat lunch di rumah mereka dan dinner di Gayang Seafood Restaurant bersama-sama . Semoga dapat bertemu lagi InsyaAllah.
Antara tempat yang kami lawati :
Kota Kinabalu :
Kami menginap di Marina Court kondo 3 bilik untuk 4 malam, Dapat condo yang betul2 mengadap laut .
1. SK Tanjung Aru , sekolah saya semasa darjah 4-6 , tak banyak berubah.
2. Lok Kawi Wildlife Park.
3. Pasar malam Kg. Air .
4. Pasar Kraftangan (Pasar Filipina ) .
5. Muzium Sabah.
6. Heritage Village.
7. Bukit Bendera , boleh nampak KK dari atas bukit ini.
8. Clock Tower KK.
9. 1 Borneo .. shopping complex terbesar di Borneo .
10. Gayang Seafood restaurant ... sedapnyaaaaaaaaa.
11. Pulau Gaya .
12. Pulau Manukan...teramatlah cantiknya.
Tamparuli :
1. Jambatan Gantung Tamparuli .
Ranau :
1. Kinabalu Park .
2. Poring Hot Spring.
3. Refflesia Blooming ...kebetulan ada sekuntum yang sudah 5 hari kembang , dapat jugak tengok 'live' .
4. Sabah Tea Plantation.
Kundasang :
1. Kinabalu Park dan kaki Gunung Kinabalu...sungguh kagum .
2. Kundasang War Memorial ... lebih dari 2000 Australian dan British terbunuh semasa zaman Jepun.
Perjalanan dari KK ke Kundasang amatlah cantik denagn gunung ganang di kiri kanan jalan . Kami bermalam di Mount Kinabalu Heritage Hotel yang terletak betul2 di puncak bukit yang setentang dengan Gunung Kinabalu. Sayalah yang paling teruja bila lihat puncak gunung di depan mata ... memang sungguh AMAZING !!
Lebih dari 1200 keping gambar kami sempat ambil ..... saya letakkan beberapa keping buat kali ini.
Thank you Darling for sponsoring this vacation . Semoga murah rezeki dan dapat bawak kami melancong lagi InsyaAllah.












