
1977 kali terakhir saya berada di Kota Kinabalu... 32 tahun lalu...rasa macam baru je tinggalkan bumi negeri di bawah bayu ni. Hampir 3 tahun kami sekeluarga tinggal di Kem Lok Kawi, KK kerana arwah abah seorang askar pada masa itu. Saya sempat bersekolah di 2 buah sekolah di sana iaitu SK Kem Lok Kawi selama satu penggal semasa darjah 4 dan kemudian bertukar ke SK Tanjung Aru ( dekat dengan airport KK ) . Saya sempat di sekolah ini penggal ke 3 darjah 4 hingga penggal ke 2 darjah 6 . Dulu perpindahan askar ke tempat lain tak kira penggal ke hujung tahun ke tengah tahun ke , kalau arahan pindah terus je pindah atau stand by untuk pindah . Arwah abah pulak jenis takkan tinggalkan kami di kampung dengan dia sahaja yang pindah ( memang ada jugak askar yang buat macam tu , tinggal anak bini di kampung, mereka aje yang pindah randah atas alasan susah nak tukar2 sekolah anak2 ) . Cuma masa di KK, bunyi2 nak kena pindah ke semenanjung dah lama bunyinya , abah buat keputusan hantar kakak saya yang sulong dan yang ke 2 sambung belajar di semenanjung terlebih dahulu iaitu awal tahun itu bertukar sekolah di semenanjung kerana kakak sulong saya masa tu nak ambik SPM dan kakak kedua saya nak ambik LCE .
Dari kem saya hanya nampak puncak je , bukan nampak pokok2 jugak sebab jauh .... sekadar gambar hiasan.Dulu pagi2 masa tunggu trak askar datang ambil kami ke sekolah , memang saya selalu kagum bila nampak puncak Gunung Kinabalu, dari rumah kami di kem kalau cuaca cerah memang boleh nampak puncak gunung sayup2 . Kami tak berkesempatan ke kaki gunung ( 108km from KK ) kerana dulu jalanraya memang tak de, yang ada hanyalah jalan batu2 besar yang jeep aje yang boleh lalu. Kakak sulong saya je yang sempat mendaki hingga ke puncak gunung semasa dia mengikut ekspidisi sekolah mendaki gunung di Tg. 4. Bagi kami paling jauh yang abah pernah bawak adalah ke Kota Belud (75km from KK ) . Hujung2 minggu memang abah akan bawak kami berjalan ke Tuaran, Papar, Kota Belud atau paling tidak kami akan ke pantai yang hanya depan kem saja .
Kini selepas 32 tahun saya akan kembali ke bumi indah itu . Memang saya suka sangat nak pergi KK Rabu ini .Kenangan lama bersama kawan2 Sabahan dan beberapa orang dari Semenanjung ( my best friends were Sabahan ) benar2 buat saya amat teruja ke sana lagi.
Jumpa lagi nanti bersama bingkisan dari Sabah....


















