Dalam perjalanan ke KLIA kami sempat berjalan-jalan ke KLCC dan Alamanda Putrajaya dan tak lupa singgah di kawasan rehat Awan Besar untuk merasai satay kajang Tn Hj. Samuri.
Telah agak lama kami idak menikmati keindahan di sekitar KLCC namun cuaca terlalu panas di luar yang agak tidak selesa dan memang Ahad adalah hari warga asing mengambil peluang bersiar-siar di situ, terasa kami pula yang orang asing di kalangan warga asing yang jauh lebih ramai berbanding warga tempatan.
Berada di Alamanda suasana santai amat terasa kerana majoriti pengunjung hadir ke sana bersama keluarga. Alamanda amat strategik bagi penduduk sekitar putrajaya meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu di samping kemudahan membeli-belah yang terdapat di sana. Saya berpendapat kakitangan kerajaan yang bertugas dan tinggal di Putrajaya amat bertuah kerana selain diberikan kemudahan perumahan yang cantik dan tersusun, pejabat-pejabat juga amat cantik bangunannya. Melihat kepada kemudahan yang tersedia saya pasti setiap kakitangan akan melipatganda usaha bagi menjana kemajuan pentadbiran negara .
KLIA seperti biasa lengang bukan kerana tiada penumpang tapi kerana bangunan yang terlalu besar menenggelamkan bilangan manusia yang berurusan di sana sekaligus nampak seperti kurang digunapakai. Hanya penumpang yang melepasi aerotrain untuk ke terminal berlepas antarabangsa akan merasai kehadiran penumpang yang ramai di ruang menunggu dan kawasan membeli-belah bebas cukai.
Apapun perpisahan yang dirancang ( memang telah tetap tiket pergi/balik ) akan disusuli pertemuan kembali di bulan Julai akan datang, InsyaAllah. Saya relakan perpisahan terancang ini demi masa depannya jua dan setakat ini belum setitik airmata saya mengiringi perpisahan setiap anak yang pergi mengejar cita-cita. Bukan tidak sedih tapi saya cuba ingatkan dalam hati agar setiap perpisahan juga menjadikan anak-anak lebih kuat serta tabah berada di perantauan.
Doa diiringi agar tercapai yang dicita-citakan. AMIN.
25 comments:
maya belajar apa kat korea ?
Dia ambik Chemical Engineering nak masuk tahun 2.
kak rina... anak nak timba ilmu. nak akhirat pun kena ada ilmu, nak dunia pun kena ada ilmu. bagi saya tak la sedih sangat pun. dulu ada anak sedara susuan saya yang study kat pakistan & ditakdirkan Allah s.w.t. dia meninggal & kebumi juga di sana. ibu bapa dia begitu tabah & air mata pun tak menitik kerananya(mungkin sebab dia orang dah tanamkan dalam diri bahawa anak mereka insyaAllah mati syahid).
alhamdulillah ye anak2 akak 'menjadi'.. boleh le turunkan tips2 pada saya ni...
(smlm jenguk syafiah saya sempat kata kat usben.. y not we treat like she is in the hostel..insyaAllah Allah akan jaga dia.. kan ke Allah itu sebaik-baik Penjaga)
Salam
Sellau singgah tapi first time tinggal komen
Berpisah dengan anak memang pedih kan. Saya ni anak sorang, perempuan pulak. Hubby dah awal awal buat decision, no hostel & no abroad. Biarlah baik buruk dia depan mata kami. Tapi manalah tahu esok lusa lain pula jadinya..
Cepatnya masa berlalu kan.Ni kena ambil iktibar dari semangat kakRina. Kita ni anak kat asrama seberang pulau tu pun...waktu makan teringat-ingat!Semuga Maya selamat dan ceria, cerdas dan berjaya.
Cepatnya masa berlalu kan.Ni kena ambil iktibar dari semangat kakRina. Kita ni anak kat asrama seberang pulau tu pun...waktu makan teringat-ingat!Semuga Maya selamat dan ceria, cerdas dan berjaya.
Cepatnya masa berlalu kan.Ni kena ambil iktibar dari semangat kakRina. Kita ni anak kat asrama seberang pulau tu pun...waktu makan teringat-ingat!Semuga Maya selamat dan ceria, cerdas dan berjaya.
InsyaAllah...InsyaAllah akan berjaya..berkat usaha gigih Maya dan doa ibubapa tercinta...
Kejpa betul dah sebulankan...
tu lah terperanjat juga bila u sms smlm kata ada kat KLIA menghantar Maya...cepat sekali masa berlalu tak sempat singgah sg pun...apa2 pun selamat menuntut ilmu Maya dah semoga berjaya:)
salam Ina,
laa..kenapa tak singgah Shah Alam...semalam we all tak buat apa pun, just lepak-lepak kat rumah... dah penat berjalan-jalan..so nak bersantai dirumah saja..
macam dirancang2 aje kita ni, I tulis berkenaan berpisah dgn Asma', U pun tulis n3 berkenaan berpisah dgn anak you... ada sixth sense kot kita ni...hehehe
Rina...maya anak rina yang ke berapa?
Memang betul...melepaskan anak duduk jauh dari kita merupakan sesuatu yang boleh buat kita menitiskan airmata...tapi demi masa depan anak2...segalanya terpaksalah diredhakan...
Semoga Maya akan berjaya dlm mengejar cita2nya...
Dah lama kak lady tak ke Alamanda....
sedihnya bila terpaksa berpisah walaupun sekejap. neeza tak sanggup sebenarnya nak hantar orang orang tersayang di airport.. walaupun terpaksa hantar jugak. sebab tak sanggup merasakan kehilangan walaupun sekejap...
silversarina..
semuga maya berjaya dalam pelajaran di sana.. tentu dah berabuk cakap korea dia hehe
sebut pasal tigo nenek kat blog zino tu.. ni nak tanya sikit.. sebenar e tigo nenek tu dokek bona dengan kampong mak zino.. agak e mertua tu pun boleh kenal omak den hehe..
zaman sekolah2 dulu ado lah masuk situ hehe
perpisah terancang diiringi restu orang tua, insyaAllah selamat...
Salam sarina, mak tehpun macam sarina tidak pernah menitiskan air mata bila menghantar anak kat mana jua demi ilmu yang mereka akan menuntutnya. Bukan Lia saja yang mak teh hantar jauh-jauh malah yang paling kecil mak teh pernah hantar ialah adik lia Yana da Aly semasa mereka berumur yana berumur 11 tahun dan Aly berumur 10 tahun. Mak teh hanter mereka ke Sudan pada tahun 1998. Syabas sarina ! kerana tabah hati melepaskan anak-anak belajar. Jadilah macam ibu Imam Shafie.
suealeen,
Sebak baca kisah anak sedara susuan suealeen. Bila menuntut ilmu kita relakan mereka pergi walau sejauh mana sekalipun.
betul tu , buat macam melawat syafiah di hostel...don't worry sihat nanti kembalilah dia ke rumah.
zareda,
thanks for dropping by.
I memang dari anak-anak kecil dah galakkan mereka belajar tinggi di luar negara jika ada rezeki, tentang asrama terpulang pada mereka, anak 1 & 2 memang nak duduk asrama, macam maya anak ke3 dapat asrama penuh tak nak pergi, anak 4 & 5 I yang tak nak dan takkan bagi duduk asrama sebab dah tak de orang kat rumah..macam2 kan...apapun yang kita lakukan adalah untuk kebaikan mereka semua.
kalau anak sorang... taktaulah nak setkan macamana :)
cikmilah,
akan tiba masanya bila anak yang masuk IPT kita akan relakan mreka belajar di mana sahaja demi masa depan mereka. Rindu memang tak dapat dinafikan tapi dengan adanya internet memang amat membantu, hari2 boleh chat and calls cuma tak dapat sentuh.
maklang,
Cepat sangat kan masa berlalu..I tiap-tipa hari ada je aktiviti dengan maya,dia cuma keluar outing dengan kawan2 lama 2 kali je, itupun I jemput jugak diaorang datang rumah kalau tak memang tak sempat nak jumpa.
kak elle,
ada jugak nak sg tapi memang tak sempat dan jauh pulak tu, dapat jugak dia berjalan ke Kelantan, jadilah.
nurazzah,
I dah masuk your blog..kelakarkan, kisah yang sama dan gambar pun di lokasi yang sama.. macam janji je pulak.. anyhow, selamat kembali ke jordan buat asma' dan don't worry she'll be more than okay..
kak lady,
maya anak ke 3 .
Terimakasih atas doa dan ucap selamat buat maya... tak kira di mana mereka berada doa kita yang mesti diiringkan buat mereka.
Seronok lepak kat Alamanda, kedai pun tak mahal sangat.
neeza,
waktu di Jordan sokmo hantar ambik orang pergi dan balik jordan, lama-lama dah tak rasa apa dah, sedih tapi pada waktu sama happy sebab tau perpisahan akan berganti pertemuan.
zino,
Dia pun orang kata dah macam muka orang korea, bahasa pengantar di U bahasa KOrea memang kena mahir.
Kg Tiga Nenek dah tak de sapa tinggal selepas mak mertua kena angin ahmar 14 tahun lalu. Kalau mak zino kenal arwah ustaz Husin yang pernah mengajar di sekolah rendah astana raja, dia tu pak sedara my hubby, mak mertua pulak orang kampung panggil makngah sepiah.My hubby pernah sekolah di astana raja darjah 5/6 dan lepas tu sekolah sains tuanku jaafar kuala pilah sampai tg 5.
agaknya mak zino kenal tak keluarga my hubby??
mama rock,
InsyaAllah..kita dulu dah melaluinya dan sedih bila berpisah, tapi bila jadi mak memang mak kena lagi tabah.
mak teh,
I ingat masa nak masukkan Zaid anak I ke sekolah tahfiz dulu masa umur dia 11 tahun, I consulted seorang ustaz sebab I takut hilang kasih sayang, ustaz tu bagitau usah khuatir sekiranya kita redha dan relakan anak kita demi agama dan masa depan mereka , nescaya Allah akan pelihara kasih sayang sampai bila-bila. Memang kena tabah... setakat ni 3 anak dah duduk belajar berjauhan tapi Alhamdulillah pertautan hati dan sayang pada mereka tak pernah pudar dan begitu jugak sayang mereka pada kami semua.
Semoga kejayaan sentiasa bersama maya, amin.....
uiks...sis ada kat alamanda last sunday?sy pun ke sana gak,petang ard 6pm..tp tak masuk dlm,lepak kat playground luar tu.
balik dah maya...suka tgk blog dia..hehe,comey.kalo takde gambo mesti org ingat dia kanak2 riang,dia mesti manja kan?semoga maya cemerlang dan beroleh rahmatNya selalu.
Saya plak yg sedih... ...
Tak sangka telah sebulan kita berjumpa kan kak.. Sekejap aje masa berlalu.
dia belajar course apa kat korea.
KAMATO,
Doa itulah yang diharapkan, terimakasih.
tulipurple,
Dia memang suka yang kanak-kanak punya life, simple and tak de stress katanya, novel,movies semua yang disney punya products yang diminati. Nampak macam manja tapi tegas, sekali dia balas balik , huhh lasernya terasa...:)
ajzie,
ha ah tepat sebulan pertemuan kita, macam baru semalam kan .
cikdinz,
Dia ambik Chemical Engineering nak masuk tahun 2 dah ni.
Post a Comment