Friday, June 26, 2009

MJ yang kutinggalkan ...........

Pagi ni otot lengan rasa ringan dan dah berkurang sakitnya . Keluar sarapan pagi dan ke SMA Al Falah (sekolah Maya dulu ) untuk ke pesta buku yang diadakan di situ. Izzat dan mimi beli beberapa buah buku rujukan dan lepas tu singgah di kedai bahan kek . Cadang nak buat cupcakes petang nanti.

Balik rumah , on pc dan tup-tup nampak berita tentang kematian Raja pop Michael Jackson . Jika berita beliau memeluk Islam dan menukar nama kepada Mikaeel bulan November 2008 adalah benar , Al Fatihah saya sedekahkan kepada MJ .



Saya 'kenal' MJ lama dulu semasa di sekolah menengah dan bila masa di US (83-87) memang tengah tergila-gilakan nyanyian dan tarian dari lagu2 MJ. Memang salah satu hobi saya dulu adalah menghafal lagu dan menari lagu yang rancak2 termasuklah lagu "Beat it " nyanyian MJ. Saya siap berpakaian seperti MJ dan hafal rentak dan steps "beat it " .

Setelah saya bertudung dan mengikuti usrah seorang brother dari Mesir , MJ saya tinggalkan . Tiada lagi "beat it " atau lain2 lagunya yang saya ikuti . MJ hilang dari hidup saya dan ingatan saya . Saya akui MJ seorang penghibur yang tiada bandingannya.

Itulah kehidupan, sejauh mana hebat sekalipun , bila tiba ajal tiada siapa dapat menahan .

12 comments:

Unknown said...

salam kak rina,
tadi jengah bloh srg kwn pun ade berita ni.. ingat kan sengaja org buat gimmick..

saya masa budak2 dulu pun suka MJ.. lebih2 lagi lagu Billy Jean.. ;)

zura aini said...

tak boleh bayangkan kak menari ala2 MJ, ekekeke

saya lebih suka dia ni sebagai lelaki berkulit hitam, salah satu sebab kena heart attack mungkin banyak sangat effect penukaran warna kulit dan masalah mcm2.
saya cakap dengan anak tadi, semua raja muzik mati cepat. elvis mati cepat. memang susah nak dapat pengganti.

silversarina said...

kakyong,

Memang boleh kata semua lagu MJ sedap dan dia memangs eorang entertainer yang hebat .




zany,


Woooo... itu kisah dulu body 48kg je tau, memang kaki menari , mesti melopomg kalau tengok akak buka langkah gaya MJ ..hehehe.

Akak suka wajah ori dia, bila dah di'cat' dengan macam2, jadi hodoh sangat .

Sya said...

Sya pun suka lagu dia esp lagu thriller.. remember balik dr ITM singgah rumah kawan kat KL tenguk video tape lagu MJ ni and ikut sama ngan geng

Kak Elle said...

rina lain kali bolih lah menari kita tengok ye..haha

saya mengadap cnn dr pagi....

JHaZ KiTaRo said...

i'm not really a big fan of his, tapi saya tak nafikan ada beberapa lagu die yg saya betul2 suke n hapal mcm 'you are not alone', 'black or white', 'we are the world', etc..

kesian jugak kat die sbb org selalu kutuk2 die waktu die hidup.. bile die dah takde baru semue org nak sedih2.. dah jadi lumrah manusia kan.. bile org tu dah takde, baru la kite nak hargai.. hmmm..

anyway, saye tgh terbayang2 mcm mane agaknye makcik ina menari lagu beat it.. hihihi.. :P

zino said...

macam mana sarina manari dengan irama lagu tu dulu ya...

al-fatihah.. utk arwah..

silversarina said...

sya,

Masa dulu2 memang tarian dia tu sungguh menghiburkan dan kita boleh ikut ...just for fun kan , sama2 gang.





kak elle,

Mai sini I tunjukkan pada akak, tapi kena ikut sekali tau...hihihi.

silversarina said...

jhaz,

Zaman you memang dah kurang sikit kehebatan MJ dan memang dia dah tak ori daris egi fizikal sebab banyak sangat buat plastic surgery .

Jangan tak tau, makcik memang 'hantu' menari masa muda dulu, kat sekolah lagi memang dah selalu menari atas pentas ( sekolah all girls ) , kat US pun menari sesama gang je . Sekarang ni ada jugak masanya makcik buat peranagi gila2 menari, tapi mimi kata makcik gedik...hehehehe.






zino,

Tengoklah video MJ tu,macam tu lah I menari..hahahaha.

maklang said...

terkejut jugak pagi tadi..

tapi kalau ajal dah sampai...nak buat macamanakan...

Cat Cat said...

Eh Kak Rina,
Betul ke MJ tu dah memeluk agama Islam?? Blur pulak Cath tak tau langsung... May his soul rest in peace.

silversarina said...

maklang,

Betul tu, manusia semuanya akan mati , tak siapa tau bila.





Cath,

Dalam media banyak cerita kisah MJ masuk Islam , tengok macamana pengkebumiannya nanti.