Nak sambung kisah Manila (ada 1 part je lagi lepas entry ini ) .... kisah kenderaan yang kami temui di Manila , ada yang biasa ada di negara kita dan ada yang tak de di negara kita .
kereta kerbau masih digunakan di kawasan pertanian .... kerbau merupakan National Animal bagi Filipina.
Lihat gambar2 di sini ... tidak termasuk LRT yang kami tak sempat naik dan tak sempat tangkap gambar , hanya nampak ia bergerak laju di celah-celah bangunan di sekitar Manila City.
Kami jugak sempat singgah kedai buku dan rembat buku2 di bawah yang harganya amat jauh murahnya di sana berbanding di tanahair . Kalau ikut hati memang nak beli banyak lagi buku tapi nanti tak terbaca pulak .
Itu sahaja buat kali ini ... jumpa lagi InsyaAllah .
19 comments:
Rina...tak pernah lagik naik kereta kuda...teringin lah pulak...hehehe
Akak...banyak pulak tayar-tayar tergantung kat jeepnie tu, ek.
wah..siap boleh kempen pilihan raya lagi kat bas awam..
kak anie,
saya suka naik kereta kuda sebab rasa macam queen dalam fairy tale , kalau ada peluang memang saya naik punya :)
suweileh family ,
ha ah tayar spare kot , akak naik pening tengok banyak sangat jeepnie kat jalanraya , macam servis ( van ) di syria .
zaid,
Ha ah kempen kat merata-rata boleh termasuk kenderaan awam .
Salam!
Rajinnye Yong Ina dan anak2 membaca buku. Bukannya senang nak wujudkan budaya membaca krn perlu disiplin dan etika!
teringin naik kete keghebo tu...hehe
tajnur,
Saya memang hantu buku , mungkin sebab itu anak2 mengikut suka baca buku , dulu siap jadual lagi setiap hari Rabu akan ke library awam baca buku dan apa sahaja bahan bacaan yang ada, bila dah ada internet banyak baca dari internet dan juga bahan bercetak.
asw,
Boleh ke Filipina try naik kereta kerbau , by the way bahasa tagalog panggil kerbau , kerbau jugak tau :)
salam kak
rasanya kat sana mcm indonisia juga , boleh lihat perbezaan taraf hidup dr yang serendah2nya sampai yg seatas2nya
alhamdulillah, syukur dgn kehidupan dan taraf hidup rakyat kita kalau nak dibandingkan dgn mereka
macam2 kenderaan kat sana ya!
Kak Zai rasa bandar dia sesak macam Medan kot,segala kenderaan ada.Dulu masa kak Zai kesana cuaca panas berbahang jalan raya pula kelam kabut.
best untuk ulat buku bersupping membeli buku di sana :)
Salam! Yong Ina,
Teman dulu, rajin juga baca2 buku2 novel Inggeris, tapi kena juga maintain habit ni, kalau tidak comprehension kita`deteriorates`. Lagipun lebih fokus kpd Kesusasteraan Bahasa Arab dan AlQuran krn itu yg lebih perlu buat masa ini.
salam kak,
sampai ke manila rupanya. macam2 juga kenderaan yg ada kat sana. macam2 adaaa...
Tak tahu pun buku2 kat sana lagi murah dari sini...
macam2 jenis kenderaan yg dorang guna eh...
bestnye buku2 murah kat sane...
rezeki,
Betul tu , lebih kurang sama macam Indonesia , masih ada yang tinggal di bawah jambatan dan rumah hanya dari card board buruk, kesian memang kesian .
kak nab,
kenderaan dari yang canggih hingga yang teruk rupanya .
kak zaitun,
Teruk dari Medan lagi kak .
mak su,
borong buku memang best sebab jauh beza harganya di sana .
tajnur,
very true indeed .
rajinnya yeop belajar sastera arab, teman yang pernah duduk jordan 2 tahun pun tak dapat bahasa arab sebab penyakit malas nak buat homework, setakat bagi arahan naik turun taxi dalam arab bolehlah, dah tu jiran pulak boleh english, lagilah teman tak berapa dapat bahasa arab .. nak baca kisah tman di jordan kliklah ke sini .. http://loveujordan.blogspot.com
cikguzue,
ada peluang kami jalan tapi tak sampai ke tempat bersalji ...hehe.
mamamia,
sebelum akak ke sana akak dah baca dalam internet yang buku2 english kat sana murah2, memang pun , senang2 je boleh dapat yang kat sini RM39.90 /RM49.90 kat sana hanya RM21 , maunya tak 'giler' dibuatnya .
sofie,
jeepnie tu yang paling banyak atas jalanraya .
buku2 yang bawah tu izzat yang beli , dia pun sama naik macam mama memborong buku :)
Salam!
Teman belajor bahasa Arab ni pun sebab nak mendekati AlQuran, spt mana yg terdpat dlm Tafsir Mukadimmah Ibnu Kathir bhwa Ibnu Abbas ra berkata,`Tafsir AlQuran trdpat 4 wajah iaitu yg pertamanya Hanya Allah Taala yg mengetahui maknanya, tafsir yg kedua hanya org2 Arab saja yg mengetahui akan maknanya, tafsir yg ketiga dimana hanya Ulama yg rokhsih ilmunya mengetahui maknanya (termasuk Rasulullah) dan tafsir yg keempat dimana tidak seorang pun diuzurkan/dikecualikan atas kejahilannya`.
Mcmnana handalpun org Ajam, perlu juga rujuk sikit2 pd org Arab mcm loghat kitalah, manalah org Cina tau w/pun jadi guru BM.
Post a Comment