Thursday, June 30, 2011
Jogjakarta & Solo ..
Jogjakarta , nama yang sering di dengari , lalu cuti sekolah yang baru lalu , kami berempat ke kota ini serta kota Solo . Tak sangka pulak, Jogjakarta ini damai tidak seperti Jakarta, Bandung dan Medan yang sentiasa sibuk . Jogjakarta sebuah kota yang penuh dengan kolej dan IPT , yang paling tersohor adalah University Gajah Mada .
Selain itu Jogjakarta sebuah kota yang tidak ada pilihanraya untuk memilih Gebenornya kerana ia ada Raja yang juga Gabenor bagi Wilayah Jogjakarta itu .Ini ilmu yang saya baru tahu .
Jogjakarta juga terkenal dengan kuil Buddha lama iaitu Borobudur , yang dulunya merupakan 1 daripada bangunan ajaib dunia ..tak sangka , dulu belajar kisah Borobudur ini, kini dapat dilihat di depan mata .
Selain itu, Jogjakarta dan Solo merupakan hub bagi batik Indonesia .. sangat terkenal batiknya yang halus seninya .
Semasa di Solo , kami dibawa ke istana raja lama dan yang paling saya teruja bila dibawa ke tebing Sungai/Begawan Solo yang waktu sekolah dulu saya pernah join kumpulan koir dan kami selalu nyanyikan lagu Begawan Solo ..cumanya kini airnya tidak lagi biru, tapi berkeladak seperti air teh susu .
Itu sedikit sebanyak percutian kami di Jogjakarta dan Solo .. nak bagitau airportnya adalah airport terkecik pernah kami temui ...
Apapun, kami sangat happy .. Alhamdulilalh .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
selamat kembali berkarya..... lama nya rumah ni berabuk hehe..
Zino ,
baru jumpa vacuum cleaner, tu yang baru gilap balik :)
Banyak beli batik.
Kak zaitun,
ada jugak beli sikit2 , I ni kurang gemar batik ..kain batik sarong lagi tak minat, taktau nak pakai pun :)
salam puan,
semasa melancong selalunya puan ikut package or free n easy...
salam aidil fitri utk puan dan keluarga...
Post a Comment