Sunday, July 10, 2011

Kak Tien .. persahabatan semanis wajah mu ...

Assalamualaikum dan selamat petang semua ....... letih baru pulang dari bercuti di Melaka belum habis lagi .. apapun , hari ni I tangguhkan dulu kisah cuti itu ..... kerana dah ada cerita lain yang mahu dikongsi bersama ....

Persahabatan dengan Puan Kartina Aziz /Kak Tien ..pelakon serba-boleh yang terkenal ...

Mimi bersama Kak Tien di KLCC ..


Semuanya seperti juga persahabatan I dengan Datuk Malek Noor ... I berkenalan dengan Kak Tien di Facebook.... tak jangka persahabatan ini semakin manis semanis Kak Tien .. sebetulnya ..I bukan penggemar drama/filem Melayu , tapi tipu kalau I kata I tak kenal siapa Kak Tien .. wajah beliau sering muncul di kaca TV dan apa yang ada di skrin TV itu jugalah watak beliau di luar layar ..amat peramah, periang dan kelakar orangnya .. sentiasa gembira bila dapat berceloteh bersama ....

Pertemuan pertama di KLCC ...

Pertemuan pertama dengan Kak Tien juga adalah di Dome, KLCC ketika pertemuan bersama rakan2 facebook tempoh hari .. ingat semasa Kak Tien tiba dan memeluk I .. dia kata .." Oooo Rina.. lamanya tak jumpa .." .. hahahaha .. itu lah kali pertama kami bersua muka ... lepas tu bersembang , tak ingat apa dah hingga Datuk Malek Noor tegur .. " Korang ni pompuan kan, kalau dah jumpa ..pok pek pok pek..... aku ni sapa nak layan .." ...hahahahaha .. lawak betull .

Lepak di Taman D R Seenivasagam Ipoh .. ada je buat lawak .. hahaha .


Di bengkel kacang putih di Ipoh ..



Kemudian pertemuan ke 2 , tak dijangka langsung .. semasa cuti kemenangan SUKMA dan piala FA bagi Terengganu , kami pulang ke Ipoh melawat anak menantu dan cucu ..I sempat mesej rakan fb serta bekas rakan sekelas di Ipoh untuk sama2 bersarapan di Ipoh ... tak jangka Kak Tien yang juga rakan baik kepada rakan I di Ipoh turut hadir pagi tu .... sekali lagi kami berpeluk dan bersembang dan bercerita .macam2 lawak dan tak kering guai dibuatnya oleh gelagat dan cerita dari Kak Tien ..tersangat merendah diri .. kami ke Taman D R Seenivasagam , ke bengkel kacang putih di Kg Buntong ..dan makan cendol di Jalan Maxwell .. selamba aje Kak Tien .. tak kisah makan di warung pun ... tersangatlah happy kami berempat hari itu ...




Cendol di Jalan Maxwell .. santai ..

Terimakasih rakan2 ku .. Kak Tien, Ija dan Amy .


Itulah kan .. orang kata ..persahabatan yang manis boleh berlaku di mana2 ..dari alam berlainan ..cyber ke dunia realiti ..hanya keikhlasan yang menentukan kemanisan sesebuah persahabatan itu terjalin dan terus berpanjangan ..InsyaAllah .

2 comments:

rezeki said...

salam kak

alhamdulillah, ikatan ukwah berpanjangan


saya dulu lama juga merantau kat ipoh dalam 3-4 tahun, sebut taman dr sinavasegam , teringat dedulu kenangan lama heheheh

silversarina said...

rezeki,

Taman D R tu memang femes, akak pun jarang ke sana, rupanya masih ada tempat yang damai untuk santai cuma tasik ikan tu ah agak terbiar ...ppssssttt ..... kenangan manis ke tu ???