Thursday, February 21, 2008

Wo Ai Ni Beijing...

( Nak lari dari kekalutan calon-mencalon PU12.... jom kita melancong !!! )

This Beijing trip took place in 2005 ....... 20 of us altogether with 13 from Kemaman boarded the Singapore Airlines and six hours later we reached Beijing.

Miss you all.... Beijing Tour Jun 2005



summer palace

pearl factory

Beijing is the capital of China and the second largest city after Shanghai. It is also a vibrant city of 15 million inhabitants that is rich in culture and history. We had a wonderful experience visiting various historical and famous tourist spots all around Beijing in a week. Muslim tour package brought us to a few old mosques and muslim restaurants mostly of uzbek cuisine.


inside the Forbidden City



Forbidden City Entrance

The Great Wall of China


The Great Wall... top view...


The Summer Palace


We were first brought to the government owned factories of herbs , jade, tea,crystal , pearl, enamel and silk where we could view how those things are made and of course we could purchase them( they are much more expensive here , wait until you get to the shopping complex to shop !! ). Then only we were brought to all those fantastic tourist spots like the Tiannamen Square, Forbidden City, Summer Palace, Great Wall, Old Beijing, Acrobatic & Shaolin Show, a few shopping Complexes ( shop till you drop !! ), Beijing Tunnel , Massage parlour and a day was spent in Tianjin another large city in the southeast of Beijing where we visited the heritage market.


The Crystal Ball, Crystal Factory

Yummyyy... makan besar........




Massage..eeeiiiii gelinya kaki.....

The Forbidden City, called Gu Gong in Chinese, was the imperial palace during the Ming and Qing dynasties. Now known as the Palace Museum, it is to the north of Tiananmen Square. Rectangular in shape, it is the world's largest palace complex and covers 74 hectares. Surrounded by a six meter deep moat and a ten meter high wall are 9,999 buildings. The wall has a gate on each side. Opposite the Tiananmen Gate, to the north is the Gate of Divine Might (Shenwumen), which faces Jingshan Park. The distance between these two gates is 960 meters, while the distance between the gates in the east and west walls is 750 meters.

Got this name calligraphed in Tianjin, China..... ( Sumayyah )


The Summer Palace is mainly dominated by Longevity Hill (60 m high) and the Kunming Lake. It covers an expanse of 2.9 square kilometers, three quarters of which is water. In its compact 70,000 square meters of building space, one finds a variety of palaces, gardens, and other classical-style architectural structures.

Izzat.... I love this calligraphy


The Great Wall of China, one of the greatest wonders of the world, was enlisted in the World Heritage by UNESCO in 1987. Just like a gigantic dragon, the Great Wall winds up and down across deserts, grasslands, mountains and plateaus, stretching approximately 6,700 kilometers (4,163 miles ) from east to west of China. With a history of more than 2000 years, some of the sections of the great wall are now in ruins or even entirely disappeared. However, it is still one of the most appealing attractions all around the world owing to its architectural grandeur and historical significance.


Tianjin is one of the four municipalities in China. Its name means 'the place where the emperor crossed the river'. In recent years Tianjin has received more and more attention from both tourists at home and abroad due to its numerous travel resources and rich history.

Beijing in 2005 was extremely busy with the 2008 Olympic preparation with a new airport and stadium were still under constructions.



Our Beijing trip was absolutely a trip of a lifetime , full of superb heritage values and full of sweet everlasting memory.............

( I highly recommend you to visit Beijing /China .... AMAT BERBALOI !! )

Wednesday, February 20, 2008

Pulangkanlah Syarlinie.....

Telah lama saya cuba menahan diri dari menulis tentang kehilangan adik Syarlinie bukan kerana tidak prihatin tapi saya tidak dapat menahan sebak dan sayu serta geram apabila mengenang kisah sedih ini.

Satu persoalan yang sentiasa bermain di dalam benak fikiran saya adalah...

Mengapa dia diculik ??? Apa yang penculik mahu dari adik yang malang ini ???

Pelik bila difikirkan telah hampir 2 bulan dia diculik namun tiada tanda-tanda dia akan dipulangkan atau ditemui .

Saya dapat bayangkan betapa hiba dan kecewanya hati ibu dan bapa syarlinie yang sentiasa menanti kepulangan anak tersayang. Tak tertahan melihat setiap hari ibu syarlinie merayu agar penculik memulangkan kembali anaknya...Sayu..sungguh sayu...

Saya pernah hampir kehilangan anak saya yang pertama Zaid semasa dia berumur 19 bulan dan ini yang menyebabkan saya begitu takut dan gementar bila ada kes-kes kehilangan anak .

Kisah Zaid hampir hilang ini berlaku dalam tahun 87 di bandar Reading, Pennsylvania , AS . Pagi itu kami berkonvoi dari Washington DC ke Philadelphia untuk menziarahi keluarga senior yang berpindah ke sana dari DC dan setelah selesai semuanya kami semua bergerak ke Reading sebuah bandar kecil yang menempatkan pelbagai factory outlets dari pelbagai jenama barangan.

Bila kami tiba di outlet OshKosh B'Gosh ( jenama pakaian kanak-kanak terkenal ) dan tak sampai 5 minit kami di dalamnya, saya dapati Zaid telah tiada sedangkan baru sebentar dia ada di sebelah saya ( saya mendukung Sofie ). Saya panik dan sahabat-sahabat semua diberitahu tentang kehilangan Zaid. Airmata saya terus turun dengan laju kerana saya amat takut perkara ini berlaku kerana di AS saban hari kanak-kanak diculik dan hilang dan gambar mereka yang hilang akan ditampal di kotak-kotak susu, di perhentian bas, di atas karung kertas grocery.

Kami mencari di sekitar dalam outlet itu sendiri dan sebahagiannya mencari di luar. Habis di seluruh setiap helai pakaian kami geledah namun Zaid tidak kelihatan dan sudah puas kami memanggil namanya namun tiada jawapan ( bayangkan dia masih kecil yang belum berapa tahu bercakap dan berjalan pun belum berapa laju lagi waktu iti ). Saya tak berhenti menangis dan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya waktu itu. Tak henti saya berdoa agar Allah mengembalikan semula anak saya .... Sayu dan hiba waktu itu, rasa bagai nak rebah saya dibuatnya.....

Tiba-tiba .....

"mama,mama..." suara Zaid kedengaran dan dia muncul dari celah-celah pakaian yang digantung .

Saya terus menjerit dan memeluk erat Zaid dan kami masing-masing terus bersorak gembira kerana rupanya dia masih ada di dalam kedai itu dan kini dia kembali muncul di hadapan kami semua.

Perkara ini telah lama berlaku , namun satu yang masih menjadi tanda tanya ialah macamana Zaid boleh berada di celah-celah pakaian tersebut kerana kami telah geledah di situ lebih dari sekali dan kami yang mencari Zaid berjumlah hampir 15 orang ( 4 buah kereta )... Saya serahkan segalanya pada Yang Maha Mengetahui....

Kesimpulannya, kehilangan anak atau insan tersayang adalah sesuatu yang amat menyayat hati...

Saya sama seperti ibu Syarlinie merayu kepada sesiapa yang telah menculik kanak-kanak ini, pulangkanlah semula Syarlinie ke pangkuan keluarganya.

Ya Allah , kembalikanlah keharmonian dan keselamatan dalam kehidupan seharian kami. AMIN.

Tuesday, February 19, 2008

Mama TAK DE Kampung Kan????

"Mama dan ayah tak de kampung kan ?? " tanya mimi .

"Ha ah, tak de kampung." jawab saya dan suami.

Pelik pulak bila budak sekecil mimi boleh perasan yang kami berdua tak de kampung. Memang kami berdua tak de kampung kerana ayah masing-masing memang telah tiada dan ibu masing-masing tidak sihat dan tinggal di rumah anak-anak. Rumah kampung ditinggalkan kosong tanpa penghuni.

Rumah ibu mertua telah berbelas tahun ditinggalkan setelah mak kena angin ahmar . Kini mak tinggal dengan kakak ipar di Perak. Rumah ini memang dalam kampung kecil yang hanya punya lorong kecil untuk sebuah kenderaan lalu.Suasana malamnya begitu gelap dengan bunyi cengkerik jelas kedengaran memecah keheningan malam.

Rumah mak saya pula bukan dalam kampung tradisional, ianya kampung tersusun dan kami hanya pulang ke kampung setelah arwah ayah pencen. Kini tiada siapa lagi yang tinggal di situ setelah mak tidak sihat akibat sakit jantung dan darah tinggi .

Pendek kata mimi tidak kenal kampung itu apa kerana kami tak lagi pulang ke kampung kerana memang kami tidak lagi punya kampung....

Itu saja entry kali ni..... KAMI TIADA KAMPUNG !!!!!

Monday, February 18, 2008

Perpisahan Terancang.....

Tiba di rumah jam 4.30 pagi tadi selepas ke KLIA menghantar Maya kembali ke Korea setelah genap sebulan bercuti . Begitu cepat masa berlalu ,pejam celik dah sebulan. Rasa baru kelmarin kami menyambut kepulangannya dan pagi tadi jam 7.15 waktu malaysia dia sms bagitau dia dah pun berada di tempat mengambil bagasi di Incheon Airport, Korea.



Dalam perjalanan ke KLIA kami sempat berjalan-jalan ke KLCC dan Alamanda Putrajaya dan tak lupa singgah di kawasan rehat Awan Besar untuk merasai satay kajang Tn Hj. Samuri.



Telah agak lama kami idak menikmati keindahan di sekitar KLCC namun cuaca terlalu panas di luar yang agak tidak selesa dan memang Ahad adalah hari warga asing mengambil peluang bersiar-siar di situ, terasa kami pula yang orang asing di kalangan warga asing yang jauh lebih ramai berbanding warga tempatan.


Berada di Alamanda suasana santai amat terasa kerana majoriti pengunjung hadir ke sana bersama keluarga. Alamanda amat strategik bagi penduduk sekitar putrajaya meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu di samping kemudahan membeli-belah yang terdapat di sana. Saya berpendapat kakitangan kerajaan yang bertugas dan tinggal di Putrajaya amat bertuah kerana selain diberikan kemudahan perumahan yang cantik dan tersusun, pejabat-pejabat juga amat cantik bangunannya. Melihat kepada kemudahan yang tersedia saya pasti setiap kakitangan akan melipatganda usaha bagi menjana kemajuan pentadbiran negara .




KLIA seperti biasa lengang bukan kerana tiada penumpang tapi kerana bangunan yang terlalu besar menenggelamkan bilangan manusia yang berurusan di sana sekaligus nampak seperti kurang digunapakai. Hanya penumpang yang melepasi aerotrain untuk ke terminal berlepas antarabangsa akan merasai kehadiran penumpang yang ramai di ruang menunggu dan kawasan membeli-belah bebas cukai.







Apapun perpisahan yang dirancang ( memang telah tetap tiket pergi/balik ) akan disusuli pertemuan kembali di bulan Julai akan datang, InsyaAllah. Saya relakan perpisahan terancang ini demi masa depannya jua dan setakat ini belum setitik airmata saya mengiringi perpisahan setiap anak yang pergi mengejar cita-cita. Bukan tidak sedih tapi saya cuba ingatkan dalam hati agar setiap perpisahan juga menjadikan anak-anak lebih kuat serta tabah berada di perantauan.



Doa diiringi agar tercapai yang dicita-citakan. AMIN.

Friday, February 15, 2008

Accept OR Reject ?????

Early this week while chatting with my friend she mentioned that her niece who fell in love with a guy who is a Eurosian had to forget the whole idea of marrying her boyfriend just because her family disapproved her relationship.


Why ?


The Eurosian guy doesn't know who his parents are and all he knows he was brought up by a malay couple and until now his parents are nowhere to be traced.


So, the girl's family rejects the guy since they do not want their daughter to marry a man who they considered as an illegitimate child .




According to my friend the guy is a very Islamic and educated person where he is an active student at the college which mostly involves the preaching of Islam and he rarely misses the jemaah prayer at the mosque.


I know the girl's parents are so careful and selective since the guy is going to be their daughter's husband and their son-in-law and Islam also teaches us to select our husband/wife from the good family .However, having known that this guy is himself a very pious and is well brought up by his foster parents for me it is a pity to 'punish' him for a big sin that wasn't done by him. He should be given a fair chance to live his life like the rest of us and if everyone in this world rejects him what is going to happen to him ? Why can't we accept him as who and what he is rather than digging for the clueless answer?
That's all I want to share with all my friends out there ..maybe you have a different opinion on this matter....Have a fruiful Friday............InsyaAllah.

Thursday, February 14, 2008

Adakah benar dia 'HANTU' ???????

Beberapa hari sebelum pilihanraya 2004...........

Kami ditugaskan berkempen di sebuah kampung tidak jauh dari bandar Kemaman dan tiba di sebuah rumah yang didiami seorang pemuda berambut panjang serta seorang wanita muda dan seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3 tahun. Kami memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kami ke kawasan tersebut .Tugas kami termasuklah memudahkan semua pengundi yang berdaftar untuk memastikan nama mereka ada tercatat dalam daftar mengundi di samping memperkenalkan calon parti yang bakal bertanding.

Pemuda tersebut menyatakan mereka sekeluarga berasal dari Johor dan baru tiga bulan tinggal di kampung tersebut dan dia mengaku yang dia dan isteri tidak mengundi sebab masih belum berdaftar. Jadi urusan kami nampaknya berakhir di situ kerana tiada pengundi di rumah tersebut.

Sebelum beredar ada seorang makcik yang bersama saya bertugas begitu berminat dengan seekor anak kucing yang tuannya adalah pemuda tersebut. Bila pemuda tersebut nampak makcik itu sangat berminat dengan kucing comel itu dia pun berkata..

"Kalau makcik hendak kucing tu makcik datanglah minggu depan (lepas hari mengundi ) sebab saya akan berpindah semula ke Johor ."


Hari Mengundi........


Saya ditugaskan berada di pusat mengundi berhampiran kampung pemuda tersebut tinggal dan saya terkejut bila ternampak pemuda tersebut beserta isterinya selamba berjalan memasuki pusat mengundi untuk membuang undi. Setelah itu pemuda tersebut berulang-alik mengambil dan menghantar pengundi dengan motosikalnya yang saya andaikan pengundi dari kampung yang sama. Semasa motorsikal pemuda tersebut lalu di hadapan saya, saya merenung wajahnya dan nampak jelas dia cuba melarikan pandangan matanya .

Kini masa pilihanraya berulang kembali dan saya kembali berfikir adakah pemuda tersebut 'HANTU' yang dihebohkan sebagai salah satu faktor kekalahan parti pembangkang di Terengganu musim pilihanraya lalu...........

Insiden ini tidak boleh menjadi bukti kerana perbualan kami semasa di rumah pemuda tersebut dan kewujudan dia di pusat pembuangan undi tidak dirakam dan jika dirakam sekalipun mahkamah akan hanya menganggap ianya invalid......

Wednesday, February 13, 2008

Harijadi Siapa Hari Ini ????




SAYA YANG KE 43 !!

Tuesday, February 12, 2008

The Decision Is Final.......

Every morning while sending Mimi to her kindergarten I pass through two child care centres and there were times when I noticed a few mothers and sometimes fathers 'push' or 'force' their toddlers to stay at the centres. The way the toddlers react when they reach the centre really sadden me who a long time ago quit my job just to take care of my children, just to be at home , to be a fulltime housewife. I am always touched( may be I am being a bit out-dated) with the idea of sending our own kids to be taken care by other ladies. For me, after 9 months of heart wrenching morning sickness and going thru the labour pain , the baby is all mine. I want all my children to grow up before my very own eyes.

When I quit my job I had to 'plug' my ears with all the babbling and the ' pot pet pot pet' not only from my parents but also from my uncles and aunties. They couldn't understand why I wanted to quit since I was an oversea graduate . They were even shocked when I told them that I wanted to take care of my kids and family. I used to have a helper but when I found out she had an affair with my neighbour I made up mind that I should quit and when she told me she wanted to quit because she's getting married I was so relieved ( I don't have to feel guilty of what's going on between she and the neighbour ). So, at that point I prepared my resignation letter and after that my working life was history.


Even though I lost my monthly salary and other benefits but I never turned back. I am grateful with whatever Allah has bestowed upon me. Day by day I gained my satisfaction with all the development and improvement achieved by my children, Alhamdulillah.

Even though I am not as rich as Paul Mc Cartney ( property estimated RM5.18 billion ) and not as poor as the unfortunate people who appear in the Bersama Mu, I am more than happy to live my moderate life all along.....

I guess each and everyone of us has to decide which path and route to take as long as the decision is final and it's the ONE that we aim for.........
++++++++++++++++++++++++++++

Let's eat korean famous healthy food.....KIMBAP....










Gotta get ready for dinner tonight...hubby's friends are coming over....ENJOY THE KIMBAP...

Sunday, February 10, 2008

Sorry...TRY AGAIN...


Tahun Baru Cina baru ni kami juga seperti bersama 'beraya' sebab tetamu hadir tanpa henti dari pagi sampai hampir pukul 6 petang..dimulai dengan kawan-kawan izzat yang datang untuk siapkan assignment BI diikuti dengan kawan-kawan maya yang hadir bertemu maya dan akhir sekali kawan-kawan my hubby datang menghantar surat jemputan kahwin salah seorang darinya...meriah sekali rumah kami hari tu...Kebetulan memang saya plan nak masak mee soto dan yugurt cocktail, so memang rezeki mereka pada hari itu.


juadah yang saya sediakan...


Sebelah petangnya my darling hubby buat plan tergempar...pergi Kota Bharu... telah 6 tahun kami tidak menjengok ke KB yang dahulunya merupakan 'kampung ' ke2 kami iaitu semasa Zaid bersekolah di sana kami ke sana 2 kali sebulan .






kawan-kawan izzat menjamu selera ....




Sebelum subuh JUmaat kami bertolak ke KB dan misi pertama terus ke Pengkalan Kubur nak bershopping...sempat terperasan wajah encik zino yang memang ke Kelantan juga.... rupanya bukan dia (dia sms kata tekaan saya kurang tepat ! )...Shopping pada hari Jumaat itu adalah dilepaskan dari tax khas buat hari itu sahaja, belilah set arcopal, corelle atau apa sahaja tidak akan diperiksa oleh pihak kastam semasa keluar dari kompleks membeli-belah tersebut.Usah dikata ramainya manusia membanjiri kompleks ini. Saya juga sempat membeli set cadar+comforter 100% cotton yang dahulunya saya pernah membeli di sini yang memang tahan lama dan sejuk kainnya dan dikenakan tax RM30 semasa membelinya dahulu, kali ni tak perlu dibayar..dalam katalog direct selling ianya berharga hampir RM500 tapi di sini amat murah( tak nak reveal harga, sapa nak tau kena pergi sendiri...hehehe !! ).



Selepas solat Jumaat kami ke KB Mall untuk lunch sahaja, nak shopping dah kurang mood sebab dah dapat apa yang dikehendaki sebelum ini. Sempat berjumpa sahabat dari Penang yang kebetulan datang ke KB .Jalan dari pengkalan Kubur ke KB Mall jam teruk sebab dari 3 lanes jadi 1 lane semasa di atas jambatan.





ambil nafas sebentar di Pengkalan Kubur...



Oleh kerana kami pergi ke KB secara tergempar, maka hotel tak ditempah lebih awal... kami memulakan pencarian hotel bermula kam 6 ptg.... bayangkan 20 hotel yang kami singgah dan telefon semuanya full house.Dari hotel 'tahi bintang ' (yang mulanya saya bertegas taknak) hinggalah ke 5 bintang semuanya penuh .Kami mulanya bercadang selepas berehat di hotel kami akan ke Stadium kota bharu untuk menyaksikan pelancaran Tahun Melawat Kelantan dan Sabtu kami ingin melawat mudir sekolah zaid dan sahabat kami yang baru pulang dari Jordan.





Namun kini hampa dan badan terasa letih teramat sangat. ...kami mencari dan mencari dan anak-anak mula buat kelakar setiap kali hotel diberitakan full, mereka katakan ayah tak dapat cari clue "The Amazing Race" , so kata mereka..."Sorry, Try Again".....kami akhirnya membuat keputusan untuk terus mencari hotel di pinggir bandar dan itu membawa kami ke Pantai Irama, Bachok namun hotel dan motel di tepi pantai hingga ke Tok Bali semuanya masih..."Sorry. Try Again "...... kami terus mencari dan akhirnya hotel ke 21 ...Hostel Latihan Dan Rekreasi Taman Rehlah di Pantai Bisikan Bayu di Kuala Besut yang menemukan kami dengan clue tersebut.... itupun yang tinggal asrama dengan satu bilik ada 4 katil tingkat dan satu bilik air..... jam menunjukkan 10.30malam, telah 4 jam kami mencari hotel, tak kira dah, hostel ke motel ke janji ada katil dan bilik air, kami terus terima. Alhamdulillah dalamnya ,cadar serta bantalnya bersih dan ramai penginap yang berkeluarga juga singgah bermalam di situ.



inilah bilik asrama kami di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu....






Sabtu ,kami tidak lagi kembali ke KB sebaliknya meneruskan perjalanan pulang ke Kemaman dengan singgah di Kuala Terengganu dan tiba di sebelah malamnya .




dapat jugak berehat di Pantai Bisikan Bayu...cantik....


KOta Bharu kini bukan lagi seperti dulu, jika dahulu kami senang mencari hotel dengan hanya walk-in tapi kini jika anda tidak mahu menerima kad "Sorry, Try Again" buatlah tempahan lebih awal.......




(pada En Zino dan family, maaf dipinta kerana tidak dapat bertemu kali ini...InsyaAllah ada rezeki kita bertemu di lain masa...)

Wednesday, February 6, 2008

Inilah Restorannya....


Taktau nak type apa tapi nak type jugak.... kebetulan hari ni tak berapa busy.


cupcakes khas buat jiran kami Mr.Chin


Biasanya bloggers yang rajin memasak siap menyenaraikan nama masakan serta resipinya tapi bagi saya yang amat kurang memasak sejak balik dari Jordan kerana nak lepaskan gian makan makanan Malaysia dan lebih kepada Jalan Jalan Cari Makan tiada resipi yang asli dari saya.


cupcakes khas buat cat cat dan aiyah nonya dan kak elle jugak




Saya senaraikan restoran yang telah dilawati semenjak pulang dari oversea yang saya ingat dan tak ingat nama restorannya :
1.Restoran As Sofia .
2.Beriani House.
3.DCni Kopitiam.
4.Restoran Ibu Ani.
5.Restoran 619 .
6.Restoran Kak Yah.
7.Restoran Abu Nur.
8.Restoran Geliga .
9.Restoran Abdullah .
10.Restoran SMK Bkt.Mentok.
11.Warung Nasi Lemak Geliga.
12.Restoran Bus Station.
13.Medan Selera Pantai Marina.
14.Medan Selera Pantai Batu Hitam.
15.Restoran Soup Gear Box.
16.Warung Jalan Air Putih.
17 .Warung Kuih Bingka Gong Pauh.
18. Restoran Limbung.
19.Restoran Yellow Town.
20.Warung Kak Pah.
21.Restoran KLC.
22.Gerai goreng pisang Sunway.
23.Gerai goreng pisang pjbt. persekutuan .
24.Restoran Beriani Fasa 3 .
25.Restoran Farhan.
26.Mc Donald.
27.KFC .
28 Pizza Hut.
29.Restoran Kayu Nasi Kandar .
30.Satay Samuri Outlet ...( tak sempat nak tunggu zino dan nbk466 belanja...hehe)
31.Medan Selera Pantai Klebang.
32.New York Hotel.
33.Allson Klana Hotel.
34.Medan Selera Genting Sempah.
35.Shah Inn (paling tak sedap!! ).
36.Mama Chop Papa Grills.
37.Restoran di Petronas Karak .
38.Restoran Jejantas.
39.Warung Cendol.
40.Medan Selera Astaka.
41.Medan Selera Kampung Besut.
42.Restoran Balqis.
43.Long John Silver.
44.Medan Selera di JB(tak ingat namanya ).
45.Warung Kebab Melawati.



Itulah antara restoran yang telah dilawati dan dicuba makanannya..... gerai favourite ialah restoran 619, simple tapi menarik penampilan restorannya , terasa macam nelayan di lautan... nasi lemak paling best di Restoran Kak Yah.

Hari ni kami cuma JJCM masa breakfast ke Restoran As Sofia...





pizza tomyam sebelum masuk oven



Balik breakfast terasa RAJIN nak buat pizza ( perisa asli dan tomyam) serta bakar cupcakes untuk jiran Mr Chin sempena CNY....... kalau cat cat dan aiyah nonya dekat boleh saya hadiahkan cupcakes buat mereka.Apapun Happy Chinese New Year buat semua kaum tionghua .





lunch dan dessert.... disebabkan cat cat dan aiyah nonya tinggal jauh, kami tolong makankan cupcakes ni....



Alhamdulillah rezeki dari Allah Yang Maha Pemurah kami sertai rasa syukur atas segala nikmat dariNYA.

Tuesday, February 5, 2008

Bertemu dan Berhibur.....Indahnya.

Malam tadi kami sekeluarga ke Dataran Geliga menyaksikan konsert dari penasyid popular, YM Ustaz Aqil Hayy seorang bekas penyanyi rockers yang kini bergiat cergas berdakwah melalui hiburan yang berlandaskan Islam. Beliau juga telah menghasilkan beberapa album nasyid serta zikir munajat.Konsert Maal Hijrah malam tadi adalah anjuran PAS DUN Cukai.( jangan lupa hiburan juga ada dalam Islam !! )


Telah begitu lama saya tidak menonton persembahan konsert secara live. Bertempat di tepi pantai dan diiringi hembusan bayu laut yang dingin serta langit yang sedikit berawan, begitu syahdu kami menikmati alunan nasyid yang diselang-seli dengan jenaka sepontan ustaz Aqil.Puas dapat menatap wajah penasyid ini yang pada saya mempunyai suara yang begitu enak dan lunak , amat sesuai menjadi penghibur.Walaupun digelar Ustaz Rock namun cara penyampaian serta nyanyian yang mantap bukan setakat menghiburkan malah boleh menginsafkan diri terhadap tanggungjawab sebagai insan serta hamba yang hanya hidup sekadar sementara sahaja.

Persembahan mantap dari Ustaz Aqil..visual kurang jelas sebab diambil dari jauh...

Saya mula mengenali YM Ustaz lebih kurang 7 tahun yang lampau kerana ketika itu saya menubuhkan sebuah kumpulan pentomim dan drama (Lestari) yang saya sendiri bertindak sebagai pengarah dan kumpulan kami sering dijemput membuat persembahan bersama Ustaz Aqil .Suatu waktu dahulu anak-anak buah saya yang menyertai kumpulan pentomim ini telah menjelajah hampir ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia.

Malam tadi selepas selesai konsert saya ke belakang pentas bertujuan berjumpa dan bertanya khabar serta mengambil gambar ustaz Aqil sebagai kenangan. Namun kami hanya sempat bergambar tanpa dapat berbual walau sebentar kerana dikerumuni peminat-peminat untuk mengambil tandatangan /autograph serta bergambar.Saya bernasib baik kerana mengenali body guard yang bertugas dan diberi laluan untuk mengambil gambar ustaz tanpa halangan.


Izzat dan maya bergambar bersama Ustaz....di belakang pentas....





Selesai bergambar tiba-tiba muncul di hadapan saya anak-anak buah pentomim saya yang telah sekian lama tidak saya temui. 4 dari 9 dari ahli kumpulan hadir bersama malam tadi sebagai penonton. Secara kebetulan mereka ada di kemaman kerana bercuti...Adi dan Khairi kini bertugas sebagai bilal di masjid di sini dan juga sebagai wiremen(lepasan politeknik ) , Manan kini bertugas di pelantar minyak dan baru dua hari pulang bercuti di darat dan Fauzi masih menuntut di salah sebuah IPTA tempatan dan juga pulang bercuti pertengahan semester. Saya begitu gembira bertemu mereka semula setelah kami berpisah lebih dari 3 tahun dan kali terakhir persembahan pentomin kami adalah dalam tahun 2004 setelah masing-masing membawa haluan masing-masing meneruskan cita-cita .



Saya , Izzat, Manan, Khairi, Fauzi dan Adi...anak-anak buah pentomin di atas pentas...





Sebelum berpisah Manan sempat berkata...." Kak Ina, kita tubuh kumpulan drama baru...." .........yang pada saya sukar direalisasikan ketika ini kerana masing-masing kini punya tanggungjawab tersendiri dan bukan mudah menyiapkan sebuah drama/pentomin .Satu pentomin yang hanya 15 minit mengambil masa 2 bulan untuk berlatih dengan 3 jam setiap hari dan selalunya dilakukan di sebelah malam.Ini kerana drama/pentomin adalah dipersembahkan secara live di hadapan penonton sama seperti persembahan teater.




Sesungguhnya pertemuan di konsert Maal Hijrah malam tadi telah benar-benar membawa saya kembali ke zaman yang begitu indah yang sukar dilupakan, InsyaAllah.

Sunday, February 3, 2008

Umpama Jeans Rockers...

Petang Jumaat lalu kami ambil angin ke bahagian luar bandar Kemaman yang belum pernah kami lalui semenjak balik ke sini. Tujuan kami ingin meninjau sebuah resort yang terletak di Cheneh , Cheneh Recreation Resort (CRR) yang sering kami kunjungi suatu waktu dahulu . CRR merupakan sebuah resort yang sering dijadikan tempat latihan dan kursus motivasi yang merangkumi sebuah kawasan yang lengkap dengan asrama, chalet, dewan, tasik serta jet ski , aktiviti berkayak, camping ground , pendek kata semuanya lengkap di sana.


Setiba di CRR , hilang selera untuk meninjau apabila pintu gerbang nya penuh belukar dan semak samun di kiri kanan jalan masuk utama . Kami terus ke lorong dalam dan terhenti setibanya di tasik jet ski kerana pelawat tanpa urusan tidak lagi boleh mengambil angin di sekitar CRR kerana kini CRR telah dikhaskan untuk Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN) .


Pada hemat saya, CRR memang amat sesuai untuk PLKN , namun persekitarannya seperti tidak terurus terutama di pintu masuk ke CRR, amat berbeza zaman ianya mula beroperasi dahulu.


Setelah sedikit kecewa kerana tidak dapat melawat CRR kami membasahi tekak dan mengisi perut di restoran KLC ( sepupu KLCC...hehehe) dan meneruskan perjalanan pulang mengikut laluan lain yang melalui kawasan yang dipanggil Mak Lagam.




Laluan ini dikira jalan pintas dari kawasan felda cheneh /cherul ke bandar cukai , 30km jaraknya yang belum berusia 10 tahun seingat saya. Saya sungguh terkejut apabila kereta mula bergerak memasuki jalanraya ini. Saya umpamakan jalanraya ini macam seluar jeans yang rockers selalu pakai, berlubang di sana-sini yang begitu sukar untuk dielak kerana hampir keseluruhan 30 km lubang di mana-mana.




Kali terakhir saya lalu jalanraya teruk berlubang ialah jalanraya dari Teluk Intan ke Klang tapi tidaklah seteruk jalanraya Mak Lagam ini. Sungguh dahsyat. Alhamdulillah kami sempat tiba di Cukai sebelum maghrib. Saya rasa seriau memikirkan bagaimana melalui jalanraya ini di sebelah malam yang gelap .


Masih ada jalanraya yang begitu teruk di zaman ini...mungkin pilihanraya yang bakal menjelang akan menampal lubang-lubang di jalanraya ini....


Saturday, February 2, 2008

Akhirnya Kau Pergi Jua......

Al Fatihah buat arwah Tuan Haji Mohd Zakry Zainal Abidin yang kisahnya ada saya ceritakan dalam entry ini .

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir jam 5.15 petang tadi di Damansara Specialist Hospital.

Penyakit barah usus yang dihidapinya tidak dapat dirawati lagi.

Masih terbayang wajah sayu dan lirikan matanya yang redup dan tidak bermaya sewaktu kami meminta diri selepas menziarahi beliau 4 Januari lalu . Barah tahap 4 yang dikesan pertengahan tahun lalu tidak dapat diubati lagi.

Meninggalkan seorang isteri dan 5 orang anak ( 1 - 12 tahun ).Semoga kalian tabah megharungi dugaan dari Allah.

Saya akan ke Paka bersama suami pagi esok untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Semoga roh Tuan Hj Zakry ditempatkan bersama roh mereka yang beriman. AMIN,




Camping di Hujung Minggu

Hujan masih turun mencurah-curah membasahi bumi Kemaman, musim tengkujuh belum berlalu pergi, malah ada penduduk tempatan yang mengatakan akan ada sekali lagi musim banjir sebelum bulan Mac ini, namun semuanya ketentuan dariNYA.


Sebagaimana yang saya selalu nyatakan, JJCM kami belum berakhir (saya dan izzat telah janji JJCM selama setahun selepas pulang dari Jordan !! ).Tapi tak bermakna saya tidak langsung memasak , masak tetap masak cuma tidak setiap hari.


Maya pulang dan teringin nak makan nasi tomato dan saya tak pernah jumpa nasi yomato yang sedap di Kemaman, oleh itu saya memasaknya (macam saya sms kak elle yang nasi tomato saya yang tersedap setakat ini...angkat bakul...hehehe ).





Tadaaaaa.... nasi tomato silversarina.......



Saya juga menyambung JJCM hari berikutnya dan terjumpa kuih asli tempatan yang dipanggil kuih kepal.Bulat disalut tepung dan dalamnya kelapa dicampur kacang dan gula.Ini pertama kali saya merasai kuih kepal ini, rasanya boleh tahan sedap.


kuih tradisional tempatan...kuih kepal.


Khamis malam Jumaat kami berbarbeque dan bercamping di halaman rumah ,aktiviti yang telah begitu lama tidak kami lakukan bersama. Jika dahulu kami sering bercamping bersama kawan-kawan izzat dan anak murid tuition saya sehingga penuh halaman dengan 10 buah khemah tapi malam kelmarin kami bercamping khas untuk kami berlima dengan 2 buah khemah sahaja. Sambil suami memanggang ayam, ikan, sotong dan sausages kami seronok berbaring menghadap langit yang ada sedikit bintang bertaburan di sana-sini.Mimi yang paling gembira berlari ke sana ke mari sambil mengira bintang.




ada gaya chef tak...dengan seluar pelikat jambu tu.....



kanak-kanak riang.....



mari makan-makan.....

Tapi nak tau kesudahannya???????


Kami tidak tidur di dalam khemah sebab panas dan masing-masing sayang nak tinggalkan bilik beradu yang sejuk dan nyaman............ Kena camping jauh dari dari rumah baru tak boleh masuk tidur dalam rumah........ Dah tua ni mood tidur dalam khemah makin pudar............


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!

Thursday, January 31, 2008

Sedia Berkhidmat...

Bulan ini telah 6 bulan Zaid mendirikan rumahtangga , begitu cepat masa berlalu. Baru terasa bagai kelmarin majlis akad nikah dan kenduri diadakan di Amman. Kini kami telah mula merancang kenduri menyambut menantu yang dijadualkan dalam bulan Julai . Namun tarikh sebenarnya belum dapat diputuskan kerana beberapa perkara terpaksa diambilkira.Kini saya memulakan tugas sebagai a wedding planner. Baru sebentar tadi senarai jemputan mula diedit dan disave .Jemputan sudah pastinya termasuk gang bloggers yang selama ini menjadi rakan setia silversarina.





Sebelum ini kami sukar menetapkan bila kenduri ini akan dapat dilangsungkan kerana beberapa perkara yang paling utama adalah:





Bulan November lalu Zaid memberitahu isterinya telah berbadan 2 dan baby due awal Julai 2008. So, kami bercadang buat majlis sambut menantu dan cucu dalam bulan Ogos apabila mereka semua kembali ke tanah air selepas habis pantang bersalin. Namun gelaran grandma tak kesampaian bila pertengahan Disember dapat berita sedih yang menantu dah keguguran, usia kandungan baru masuk 2 bulan dan disebabkan pemandu bas arab bawak terlalu laju dan main langgar je lubang besar, maka keguguranlah jadinya. Tak ada rezeki lagi nak menimang cucu. Waktu dapat tahu bakal jadi grandma, rasa happy tak terkata sebab dapat di upgradekan dari makcik ke nenek blogger.... hahahaha. Masing-masing happy sangat termasuk mimi yang siap lukis gambar anak abangnya. Bila dapat tahu baby dah tak de, mimi tanya kenapa baby dah tak de, saya hanya jawab baby terjatuh dalam bas.



InsyaAllah menantu saya akan tamat pengajian satu semester lagi dan akan pulang ke Malaysia selama sebulan dalam bulan JUlai untuk majlis kenduri ini nanti. Zaid dan Azra akan menetap di Jordan selepas itu dan setakat ini rezeki mereka murah. Syarikat HZ Travel & Tours yang berdaftar kini mula menerima pelanggan dan pelancong di sana. Alhamdulillah.Sesiapa yang ingin melancong ke beberapa negara di timur tengah boleh lah melayari laman web HZ travel and tours yang saya link kan di kiri laman blog saya ini ( promote business anakanda!! ).



Jadi mulai saat ini bertambah tugas saya lagi satu selain surirumah.... A Wedding Planner untuk majlis yang sederhana, InsyaAllah. SEDIA BERKHIDMAT.

Wednesday, January 30, 2008

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom

Rabu 30 Januari 2008 21 Muharam 1429 Hijrah...... Dipetik dari harakahdaily.net.




Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.





Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.



Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.




Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.




Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.




Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.




Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.



++++++++++++++++++++++++++++++


Sedih dan sebak apabila mendapat tahu berita sedih ini. Perginya tiada pengganti. Ulama yang berpegang tegas pada prinsip nya yang berlandaskan Islam tidak pernah sesal dengan apa yang dilaluinya.


Almarhum pernah hadir di teratak kecil kami di Kemaman ini untuk sarapan pagi sebelum berlepas ke lapangan terbang kembali ke Kuala Lumpur setelah menghadiri majlis ceramah di surau kawasan perumahan kami pada malam sebelumnya. Begitu merendah diri dan amat lembut dan sopan bila bertutur.Kenangan yang tidak akan kami lupakan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman.


Al Fatihah.AMIN.


Keharmonian Hidup Tak Kira Di Mana..

(Amaran : Entry ini sedikit berbau perkauman !! )

Saya berasal dari Ipoh tapi hanya kembali ke sana semasa berada di sekolah menengah dan kemudian terus hidup merantau hingga kini. Semasa di sekolah dan tinggal di Ipoh saya rapat bergaul dengan kawan-kawan dari bangsa lain Cina dan India. Kami bergurau , bermain, outing di hujung minggu semuanya kami lakukan bersama. Tak kurang juga kami bertengkar dan berbahas apabila ada perkara yang tidak dipersetujui bersama dan selalunya mengenai isu perkauman.


Saya masih ingat di kalangan sahabat melayu yang suka bertekak adalah HW , di kalangan sahabat Cina pula NFC dan dari kaum India si HK . Saya masih ingat dengan jelas bila HK dan NFC komplen pasal kelebihan pelajar melayu yang menerima biasiswa, HW suka menjawab ..

" Kalau tak suka duduk malaysia, you pergilah balik India/China."

Tak lama lepas tu saya teringat HK pulak pernah kata pada HW..

" Malaysia pun bukan negara you, baik balik Indonesia lah sebab orang asli adalah orang asal Malaysia."


Saya kini menetap hampir 20 tahun di Kemaman(terengganu) yang rata-rata penduduknya adalah bangsa melayu dan sekolah yang pernah saya curahkan ilmu adalah 100% pelajarnya berbangsa melayu. Saya berani mengatakan orang tempatan (terengganu) amat kurang memahami budaya dan cara hidup bangsa lain walaupun negara Malaysia adalah negara majmuk berbilang bangsa .Tapi ini tidak bermakna melayu terengganu memusuhi /membenci bangsa lain, cuma kurang mengenali , itu sahaja.


Baru-baru ini ada seorang sahabat suami yang pada asalnya hendak membeli rumah di sebuah kawasan perumahan tapi membatalkannya kerana dia dapati rumah yang dia beli dikelilingi rumah bangsa lain khususnya bangsa Tionghua. Saya rasa alasan yang diberi tidak masuk akal, hanya kerana tidak mahu berjiran dengan bangsa lain dia membatalkan niat membeli rumah tersebut. Selepas 50 tahun merdeka masih ada lagi sifat perkauman yang menebal di kalangan rakyat malaysia dan saya pasti bukan sahabat ini seorang sahaja yang berperasaan begitu. Memelikkan saya orang Tionghua boleh tinggal dikelilingi bangsa melayu tapi tidak sebaliknya.



Jiran hadapan dan belakang rumah saya adalah berbangsa Tionghua dan mereka cukup baik dan tidak pernah memberi sebarang masalah kepada kami walaupun telah berjiran hampir 10 tahun ( jiran hadapan baru 4 bulan kerana dia baru membeli rumah tersebut). Semasa Mr. N , jiran di belakang rumah ingin meletakkan pagar konkrit di bahagian dapur, dia siap datang berbincang untuk berkongsi tanah sebanyak 3 inci seorang disepanjang pagar konkrit tersebut dan kami bersetuju.Izzat selalu bermain bola di halaman rumah dan pernah sekali bola terkena pasu Mr. N dan pecah, Izzat memohon maaf dan tidak pula dimarahi Mr. N .


Walaupun baru mengenali Mr C , jiran di hadapan rumah, kami sering berbalas kuih dan coklat dan pernah kami secara kebetulan makan di restoran yang sama dan Mr C dengan baik hati membayarkan harga makanan kami. Saya amat senang bergaul dengan keluarga Mr.C . Walaupun anjing Mr C akan menyalak setiap kali Izzat turun dari bas sekolah kerana masih belum kenal Izzat , itu tidak menjadi masalah, lambat laun pasti anjing itu tidak menyalak lagi dan hanya akan melompat-lompat bila nampak Izzat... ( maklumat hasil pengalaman kawan Izzat yang tinggal di kawasan kami yang juga berjiran dengan bangsa Tionghua ).


Manusia dilahirkan belbagai bangsa, warna kulit, agama, adat resam tapi tidak bermakna kita tidak boleh bersatu dalam menjamin keharmonian hidup tak kira di mana kita berada..........

Tuesday, January 29, 2008

Bila Body Diulit di Mayang de' Ulit....

Akhir sekali dimanjakan body ini adalah Syawal lalu dan semalam saya dan maya ke Spa Mayang de' Ulit di Kerteh . Tujuan kami hanya untuk dibelai body dan mendandan rambut di spa kepunyaan sahabat baik saya yang telah membuka spa ini demi minat dan hobi melihat wanita menjaga kecantikan dan merehatkan badan lepas penat bergelumang dengan anak-anak , kerja rumah dan pejabat.


Pada mulanya saya bercadang untuk lulur rempah tapi bila tiba di sana saya lihat ada satu servis baru yang dijalankan iaitu body hidroterapi saya memilih untuk mencuba khidmat ini. Terlebih dahulu air suam diisi ke dalam bath tub dan dipasang alat mengeluarkan bubble dan dititikkan larutan khas untuk tindakbalas bubble dan mengurangkan sebarang penyakit jika ada yang dirumus khas oleh Dr Phulket perintis Healthy Bubble Bath.
Mula-mula terasa begitu panas bila body terkena air buih yang terpasang.Beberapa posisi seperti duduk , mengiring, menyangkung, meniarap perlu dilakukan semasa proses bubble bath ini. Ini bertujuan agar bubble ini mengenai points utama di badan untuk menyahtoksid dari badan. Terasa nyaman dan sedap sekali menjalani proses ini yang berakhir dalam masa setengah jam.LEGA...
Lulur lain kali kerana Syawal dah buat lulur dan pada saya lulur adalah satu rawatan badan yang paling enak dan saya cadangkan buat kaum wanita untuk mendapatkan khidmat lulur ini. Lulur bukan sahaja menghilangkan daki dan kekotoran yang melekat di badan jika ada malah ia juga dapat membetulkan urat saraf dan pengaliran darah apabila diurut semasa proses lulur dilakukan. Cubalah....
Maya pulak memilih untuk membasuh dan trim rambut serta lulur . Bebarapa kali dia mengekek ketawa apabila dilulur di bahagian ketiak.... sampai ke malam dia masih eksyen kerana kulit dan body nya nampak putih melepak , licin dan bersih. Memang best katanya.
Outing ibu anak semalam memang telah lama tidak kami lakukan dan ianya sesuatu yang mengasyikkan terutama bila body masing-masing diulit di Mayang de' Ulit.......