Tuesday, January 8, 2008

KESIHATAN TUNJANG KEHIDUPAN....

Hujung minngu lalu kami sekeluarga ke Damansara Specialist Hospital menziarahi sahabat suami ,Hj. Z yang terlantar sakit barah usus dan berada di tahap krtitikal. Sahabat yang dahulu nya seberat hampir 100kg kini hanya tinggal 50kg dan kelihatan sungguh tidak bermaya.
Menurut isteri beliau suaminya di kenalpasti mengidap barah usus sekitar bulan Jun 2007 dan setakat ini telah 14 kali menjalani rawatan kimoterapi dan kini suaminya tidak dapat menerima apa-apa makanan .Hidup bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub....
Sayu dan sebak melihat keadaannya.... Beberapa kali dia berkata pada suami dia sakit dan tak bermaya serta mengantuk. Morfin yang disalurkan juga menyebabkan dia tidak dapat banyak bercakap tapi dia masih kenal suami saya.
Melihat kepada keadaannya , hanya doa yang mampu dipanjatkan agar Allah mengurangkan beban sakitnya .

Dalam usia 30an dan mempunyai 5 anak berusia 1 - 12 tahun dan melihat pada ketabahan isterinya mengharungi segala dugaan benar-benar menyentuh hati ini. Siapa sangka seorang pekerja dan bapa yang gagah dan sihat bertukar sakit dalam masa hanya 6 bulan.
Semoga ALLAH merahmati keluarga Hj. Z ........AMIN.

+++++++++++++++++++++++++++++

Sewaktu kami bercuti ke Mesir bulan Julai 2007 lalu kami sempat bertemu dan berkunjung ke rumah sahabat lama kami di kemaman, Ustaz Mohd Razi, seorang pelajar yang sedang membuat Master Degree di sana. Beliau mempunyai 3 orang anak dan yang bongsu lahir semasa kami masih berada di Aswan, Mesir dan sempat juga kami bertemu si kecil yang baru berusia seminggu masa itu.


Suami dan anak-anak bersama Ustaz Razi ( 4 dari kiri ) semasa di Kaherah, Mesir.


Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa anak pertama (Hajar ) dan yang ke 3 ( baby Khaulah) terpaksa menjalani pembedahan mata kerana mangalami Glaukoma Kongenital dan mereka kini memerlukan bantuan kewangan bagi tujuan rawatan tersebut. Kisah dan bantuan yang diperlukan boleh di ikuti di sini


khaulah


hajar




Anak sulungnya Hajar pernah menjalani pembedahan mata semasa di malaysia ( saya sempat menziarahi mereka semasa di kemaman ketika itu) . Sedih bila tau baby yang baru berusia 5 bulAn juga mengalami masalah mata yang sama yang jika tidak dibedah dan diberi rawatan segera kemungkinan mata akan buta.





Mimi dan Hajar semasa kunjungan kami ke rumah Ustaz Razi di Kaherah, Mesir Julai 2007.



Kepada pembaca dan bloggers yang bersimpati bolehlah menghulurkan bantuan kepada mereka . Hulurlah sumbangan seberapa termampu demi masa depan anak-anak yang masih belum mengerti betapa pentingnya penglihatan dalam hidup mereka....


Baru sebentar tadi saya dapat berhubung dengan isteri ustaz razi dan beliau menyatakan sebanyak 4 kali pembedahan terpaksa dilakukan dan setiap pembedahan menelan belanja RM6000 dan dalam keadaan mereka masih belajar sememangnya mereka tidak mampu membiayai kos rawatan tersebut.



Sesungguhnya dalam kehidupan ini tiada yang kekal, kesihatan yang menjadi tunjang dalam kehidupan juga tidak kekal.....

9 comments:

Kak Elle said...

saya doakan supaya Hj Z & keluarga tabah menempuh dugaan ini dan saya doakan juga Hj Z won't suffer too much in this critical stage.

kesian nya budak2 kedua umur kechil dah di timpa dgn glucoma dan saya harap ramai yg akan menghulur bantuan.

Eddie Putera said...

semuga kita semua ambil ikhtibar atas ujian yang Allah berikan kepada saudara2 kita ini..Semuga tabah.

Ummi said...

Tq rina kerana mengingatkan kita pada yang kurang bernasib baik.. kadang2 kita ni tak sedar ada yang lebih memerlukan.

Anonymous said...

Also, hope not too late to welcome you to the world of blogging.

maklang said...

Semua tak kekal..Hanya Dia saje yang kekal...

Doa maklang semuga semuanya dapat menghadapinya dengan tabah...

silversarina said...

kak elle,

Hubby terasa sebak bila terkenang Hj . Z...

I pun tak sangka baby kecil hadapi masalah mata yang sama macam hajar... mereka akan pulang dan pembedahan akan dilakukan di UKM, InsyaAllah.



++++++++++++++++++


adiejin,


InsyaAllah mereka semua tabah menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa. TQ.




+++++++++++++++


ummi,


Bila kita sentiasa sihat dan senang, tersedar seketika melihat masih ada insan yang amat memerlukan..

akak akan terus bersama mewarnai alam cyber....



+++++++++++++++++


maklang,


Kita samalah berdoa semuanya bertambah baik hendaknya.Amin.

Queen Of The House said...

Sedih bila fikirkan makin ramai saudara dan kenalan kini menghidapi cancer. It's a disease that just seems to be becoming a big menace. Semoga Haji Z dan family tabah.

And then, some diseases strike old and young alike. I pray the two small children will recover.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Maal Hijrah kak Sarina.

Semoga segalanya dipermudahkan Allah bagi Hj Z. Dan keluarga.

silversarina said...

QOTH,

Semuanya dugaan dari yang Maha ESA... bersamalah kita bantu mereka yang memerlukan.

Salam maal hijrah.




+++++++++++++++++


bp,


salam maal hijrah kembali dan terimakasih atas doa pada mereka.