Sunday, January 20, 2008

DUA PERTEMUAN TIGA HATI .........

Dua pertemuan berlangsung Jumaat yang membawa bahagia..............


Pertemuan Ibu / Anak

Maya telah selamat sampai ke tanahair setelah berada di negara winter sonata dan autumn in my heart selama 16 bulan. Dia telah tamat mengikuti kursus bahasa korea selama setahun dan kini berada di tahun 1 dalam jurusan kejuruteraan kimia di sana.




Terlalu berminat untuk melanjutkan pelajaran di negara tersebut, minat dipupuk dengan menonton siri-siri drama dan wayang gambar berbahasa korea . Saya juga pernah didesak agar menonton sebuah wayang gambar korea bertajuk " Taegukgi" dan akhirnya saya sempat melelehkan airmata sebanyak 3 kali kerana cerita kisah benar ini memang amat sedih . Saya juga pernah 'terlajak' menonton bersama Maya siri drama korea yang bagi saya amat merugikan masa kerana sirinya panjang dan jalan ceritanya berbelit-belit. Selepas itu saya tidak mahu lagi menonton siri drama korea yang panjang.




Apapun saya gembira kerana maya kini senang dan selesa bergaul dengan rakyat tempatan dan sahabat seperjuangan dan masa cuti sebulan ini akan kami gunakan semaksima mungkin bermesra dan berkongsi pengalaman ibu/anak . Rindu kini terubat jua...........

Pertemuan Rakan Blogger


Di sebelah pagi Jumaat sebelum ke airport menyambut kepulangan maya , saya sempat membuat temujanji bertemu seorang lagi rakan blogger yang dulunya tinggal di Jerman. Puan ajzie ditemui di De Palma Hotel Shah Alam tapi hanya sebentar dapat bertemu kerana kami terpaksa merayau mencari buku sekolah Izzat yang telah kehabisan di Kemaman. Pertemuan Ajzie serta Ammar dan Alya di lobby hotel adalah untuk mengotakan janji saya kepada ajzie tentang satu barangan berupa pakaian yang saya bawa balik dari Jordan. Asalnya saya seharusnya mengirim pakaian tersebut melalui pos tetapi selepas kami berdua akan berada di kawasan yang sama pada waktu yang sama , maka temujanji dibuat . Ajzie masih muda dan nampak ceria dan aktif.Ammar dan Alya memang amat comel tapi masa amat cemburu yang tidak memungkinkan Alya bermesra dengan Mimi .






Kepada Ajzie akak ucapkan terimakasih atas pertemuan yang hanya seketika namun ianya dapat menemukan kita dalam suasana persahabatan. Cuma saya harapkan kita dapat bertemu lagi sebelum ajzie terbang lagi. Jangan lupa berhubung jika ke pantai timur. Rumah saya sentiasa menanti ajzie serta keluarga, InsyaAllah.

14 comments:

Kak Elle said...

selamat pulang bercuti maya...ni nanti ibu mesti masak macam untuk maya makan kan?

rina dah tambah lagi satu teman bercerita di rumah tu...jgn pulak tak update entry nanti:)

best nya berjumpa ajzie...I ke germany cuma dpt bersua di telephone aje.

Anonymous said...

bestnye cuti.. by the way, film taegukgi tu mmg best gile.. one of my favourite international films (tgh dlm mood international films skarang ni.. hehe)

cikMilah said...

Selamat pulang princess...
KakRina nanti sure masak best-best ni..atau nanti Maya yang masak kimbap kat mama dia!

Anonymous said...

maklang pun tumpang gembira...

Cat Cat said...

Selamat bercuti di tanahair tercinta, Maya...

Kak Rina, kalau boleh, Cath pun nak jumpa Kak Rina in person but unfortunately this coming CNY, Cath tak balik... This is the first year Cath tak balik Malaya... Rindu pulak kat mak dan ayah... and my siblings too.

Kak Elle said...

tumpang lalu ye rina...

cat cat kalau u balik bukan sahja rina u bolih jumpa kak elle also....hahaha...I will be in KL CNY 7-10 Feb...balik ah cath:)

Ummi said...

Buat hati mama dah balik.. mesti bestkan..

Makcik Runner said...

wah sejak balik ke mesia ni ramai yek rakan bloggers u dah jumpa...jeles la camni hehe

maya mesti terror cakap jepung ek?

blackpurple @ jowopinter said...

Salam,

Nanti emaknya pun boleh belajar bahasa Korea dari anaknya itu kan. Hehehe.

Bila lagi nak jumpa blogger2 yang lain. Jowopinter misalnya. Hehehe!

silversarina said...

kak elle,

Terima kasih . Dah 2 hari tukar-tukar masakan, I masak sambal udang, maya masak kimchi chide, I masak tart telur maya masak hottoek ... memang best dapat jumpa 'gang' lama ..hehehe.


jhaz ,

makcik pun rasa taegukgi tu memang world class movie..... enjoy your 'film festival' :)


cikmilah,

Thank you. Macam I bagitau kak elle kami bertukar masakan...nak rasa kimbap dan kimchi datanglah kemaman.

silversarina said...

maklang,

Kegembiraan mengubat ridu..tq.


cat cat,

Kalau dekat boleh akak kirim limau mandarin jumbo size... anyhow with Robert and your cute little girls around, CNY will always be the best ever.

nanti balik kita gather-gather and makan-makan ye.



kak elle,

to cat cat : balik cepat kak elle nak sponsor flite tiket tu :)

silversarina said...

ummi,

Berjumpa anak yang dah dewasa memang bersembang ajelah kejenya :)


kc,

Maya tau bahasa korea bukan jepung.... Bila kita boleh berjumpa ye ???


bp,


Maknya dah tua malas nak belajar dah....

Akak no problem bila2 boleh jumpa, tapi bp kan pemalu orangnya :)

Aiyah Nonya said...

I am also a sucker for those Korean movie. Tear jerkers most of them but I will still faithfully watch them with soaked tissues and red eyes. The guys in my house just can't understand why I still watch them.
At the moment I am watching 'Hwang Jini' - about a Korean dancer and poet. The other one is 'Coffee Prince'
Aiyah ...here I go on and on, on Korean movies again. :)

Have a nice day

silversarina said...

The reason I'm not that eager to watch korean dramas / movies ia that 'nangis-nangis ' part....hehehe.