Friday, December 25, 2009

Bukan mudah menggapai kejayaan

Salam Jumaat buat semua . Mesti masih ramai yang berjalan makan angin karana cuti hujung minggu yang panjang dan mimggu ini juga adalah minggu terakhir cuti sekolah. Pagi tadi dah selesai beli pakaian sekolah anak2 . Buku teks dan tulis akan diberi semasa di kelas bermula . Jadi bayaran buku sahaja lagi yang belum beres kerana bayaran pendaftaran serta yuran pengajian telah dibereskan semalam .

Semalam akan jadi kenangan manis buat kami seisi keluarga bila keputusan PMR Izzat diketahui saya terus panjatkan kesyukuran tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa hanya DIA yang menentukan segalanya , Alhamdulillah.

Terimakasih kepada semua rakan yang tak putus2 menyampaikan ucapan tahniah sempena kejayaan Izzat semalam. Ada yang kata anak2 saya semuanya bijak2 sebab tradisi 9A PMR dalam family dapat dipertahankan dan ada yang kata anak2 saya tak payah belajar pun tak pe sebab dah sedia pandai .......

Hari ni saya nak cerita sikit pasal pencapaian anak2 dalam bidang pelajaran . Ianya bukan mudah . Tiada jalan mudah . Tanpa usaha gigih dan tekun dalam menuntut ilmu takkan berjaya cemerlang. Kalau sebelum ini yang kuat belajar adalah Zaid dan Sumayyah . Mereka struggle dalam setiap mata pelajaran . Bersengkang mata menghafal dan memahami apa yang dipelajari . Safiyyah jenis sedikit relax, tak de jadual belajar yang tetap, cuma satu... dia akan mudah menitis airmata jika tak faham sesuatu yang dibaca .. sampai sekarang dia macam tu . Bila giliran izzat pulak untuk ambik exam besar ... memang dialah yang paling kuat study antara semua anak . Tak perlu kelas tuition sebab kelas tambahan di sekolah sudah lebih dari cukup , kadang2 hingga jam 10.30 malam baru habis kelas dari jam 7.45pagi . Memang padat . Kemudian Izzat akan bangun solat dan study lagi di dinihari hingga subuh dia ke surau solat berjemaah . Puasa sunat Isnin Khamis juga kerap dilakukannya . Dia nampak bertenaga sepanjang masa sehingga cikgu di sekolah kata dia tak pernah nampak letih/ mengantuk semasa di sekolah. Izzat memang makan pelbagai vitamins dan kismis doa memang setiap hari diamalkan ... itu sedikit cerita macamana anak2 belajar .

PMR baru2 ni memang selesai setiap subjek saya akan bertanya macamana exam hari itu, Izzat jawab semuanya ok .. saya percaya bila dia kata ok, memang dia ok ... saya tau dia memang aim untuk dapat 9A , percubaan dia dapat 8A 1B(Sains ) dan semasa PMR subjek Sains dia kata sedikit susah tapi dia boleh jawab semua . Saya sempat bermimpi dia dapat 7A 2B dan dia menangis mohon maaf sebab tak dapat 9A , saya kata tak pe , saya tak marah pun . Dia ada mimpi dia dapat 9A . Bila semalam sebelum pergi ambik keputusan di sekolah saya dah pesan pada dia yang dia kena terima apa sahaja keputusannya nanti, semuanya rezeki dan ianya semua datang dari Allah . Saya gusar dan gemuruh sebab takut dia tak dapat apa yang dia mahukan . saya sendiri telah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusannya. Elok masa kami nak bersiap-siap ke sekolah semalam, cikgu sekolah Izzat yang juga kawan saya called saya dan tanya saya adakah izzat akan bertukar ke sekolah lain , saya kata tak, dia takkan tukar ke sekolah lain... terus dia kata dia baru lepas ambik result PMR di PPD dan dia bagitau Izzat dapat 9A . Tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya saya ketika itu dan sebaik letak talipon saya bagitau darling dan izzat serta mimi yang izzat dapat 9A dan terus cium pipi izzat dan suruh dia buat sujud syukur . Selagi saya tak lihat slip result izzat selagi tu saya macam masih belum percaya . Terus kami ke sekolah dan bila dah lihat semuanya baru rasa lega dan syukur sangat2 . Memang syukur sangat2 kerana apa yang diimpikan telah menjadi kenyataan . Segala penat jerih diberi ganjaran oleh Allah swt Alhamdulillah.

Izzat akan teus belajar di SMI Al Amin Kemaman untuk 2 tahun lagi InsyaAllah. Terimakasih kepada semua guru yang sanggup berkorban tenaga dan masa mendidik Izzat hingga berjaya . Semoga syurga tempat kalian kelak di negeri abadi.

Buat kawan2 ingin saya tegaskan yang bijak saja tak dapat menjamin kejayaan sebab usaha jugalah yang paling utama serta yakin dengan kuasa yang ada pada Allah kerana hanya DIA sahaja penentu segalanya . Teruskan berusaha dengan gigih dan tekun tanpa jemu InsyaAllah kejayaan akan jadi milik kita .

Berdoalah setiap masa untuk menggapai kejayaan , setiap ahli keluarga kena berdoa untuk kejayaan semua . Setiap ketilka usah dilupa senjata utama para mukmin adalah doa .

Bukan mudah menggapai kejayaan ..........

Thursday, December 24, 2009

PMR


ALHAMDULILLAH ..... Izzat dapat 9A .




Wednesday, December 23, 2009

HK Disneyland

Melancong ke Hong Kong tak lengkap kalau tak ke Disneyland . Seronoknya kami berada di sana dari time ia dibuka di sebelah pagi hingga selesai pertunjukan bunga api jam 8 malam iaitu time ia ditutup , memang best nak-nak ada anak sekecil Mimi .





Setakat ini gambar2 yang dapat kami kongsikan bersama sempena percutian kami ke Macau dan HK . Syukur atas segala nikmat dari NYA.

Tuesday, December 22, 2009

Hong Kong .... fantastic !!

bergambar bersama the royal family di Madame Tussaud Gallery , The Peak, HK.


Hong Kong ….. 11 hari kami HK cukup buatkan kami kenal bandaraya ini yang tidak pernah sunyi kerana penduduknya berjumlah 7 juta hidup padat dalam sebuah Negara yang begitu kecil..


Kami menaiki ferry dari ferry terminal di Macau dan mengambil masa 1 jam untuk tiba di Victoria Harbour di Kowloon . Cuaca mendung dan hujan gerimis dan laut agak bergelora dan ferry yang moden pun melambung2 dipukul ombak. Saya cuba menahan tekak dari terloya namun tiba di pertengahan laut ferry dipukul ombak besar berulang kali dan saya dah tak tahan lagi, terus muntah , nasib baik sempat muntah dalam beg muntah yang disediakan. Bila saya muntah mimi pulak nak muntah… mimi pun muntah jugak. Saya dah tutup mata hingga tiba di HK dan bila turun dari ferry kepala masih lagi terhoyong-hayang dan saya sorang yang diperiksa suhu badan kes H1N1 (CCTV di HK bersepah-sepah so mungkin dia dah nampak saya je yang lembik macam orang sakit ) .

Kami terus ambik taxi ke hostel kami di Chungking Mansion di Nathan Road , sebuah penginapan murah di tengah2 Kowloon dan hampir dengan pelabuhan . Empunya hostel ini seorang berbangsa Sikh yang telah lama tinggal di HK dan dulu bertugas sebagai seorang askar British. Bilik kecil kami punya katil kelamin 2 buah dan amat bersih. Mula2 tiba di bangunan mansion ini rasa macam kat Bollywood , penuh ‘Shah Rukh Khan’ berniaga di area ini .



11 hari ..bunyinya macam lama tapi HK memang banyak tempat menarik untuk dilawati .


Antaranya :


1/ Shopping sekitar Nathan Road susah cukup buatkan kami tak muat beg, pelbagai outlets terdapat di sini , sekitar penginapan kami sahaja.


2/ Victoria Harbour untuk lawat The Clock Tower dan The Avenue of Stars yang terdapat cap tapak tangan celebrities HK termasuk Jackie Chan, Bruce Lee, Andy Lu, Michelle Yeoh juga ada . Avenue ini terletak betul2 di tepi pelabuhan di bahagian Kowloon yang setentang dengan Hong Kong di seberang ( Bandar HK itself is an island ) .


3/ New World Centre , Museum of Art, Space Museum semuanya berdekatan dengan hostel kami dan Victoria Harbour .


4/ Kami ke Wan Chai area di HK dengan subway dan terus ke Central Plaza ke tingkat 49 untuk melihat sekitar HK dari bangunan tinggi . Memang berceracak ribuan bangunan di sekitar HK .


5/ HK Convention Centre dan area pengisytiharan pembebasan HK dari British . Bangunan ini betul2 setentang dengan Victoria Harbour di Kowloon yang kami jejaki sebelum ini .




6/ Ammar Mosque di HK dan sempat lunch di Community Hall Islamic Canteen di situ dan dapat merasa dumpling dan dim sum halal serta nasi gorieg dan mee goring di situ .


7/ Melihat Symphony of Lights di Victoria Harbour di sebelah malam . Kali pertama lihat kurang cantik sebab hujan gerimis dan berkabus , tak clear sangat persembahannya . Kami di Kowloon nampak pertunjukan lampu2 di bangunan2 di sebelah HK. . Kurang menarik dan saya lebih gemar pertunjukan fountain dance di Brunei lagi.


8/ Time Square dan Causeway Bay di mana pelbagai kedai terdapat di sana dan termasuk gerai makanan Indonesia serta pusat shopping bagi golongan atasan HK.


9/ Kami kembali ke HK Space Museum untuk menonton dokumentari pendek “ Dinosaur Alive “ yang buat saya pening sedikit kerana teater terasa bergerak mengikut langkah dinonaur yang berlari, melompat dsb..




10/ Selepas selesai menonton kisah dinosaur kami mengambil subway ke pusat shopping murah iaitu di area Mongkok ,memang murah barangan di situ . Pasar malam nya yang panjang deretan gerainya memang amat menarik . Sempat jugak rembat apa yang diingini sebab murah .


11/ Kami menaiki star feri dari kowloon ke Wan Chai iaitu menyeberang dari kowloon ke pulau HK . Kami hanya berjalan kaki ke star ferry terminal sebab memang amat hampir dengan hostel kami. Tiba di HK Convention Center kami mengambil tiket bas yang tidak berbumbung untuk menikmati panorama bandaraya sibuk yang kiri kanannya penuh dengan bangunan tinggi lama dan baru . Memang macam masuk hutan batu , HK memang penuh dengan bangunan tinggi dan juga penghuninya yang tak henti bertali-arus memenuhi Bandar , di setiap lorong dan jalan penuh dengan manusia .


12/ Kami ke Kowloon Park untuk sambung shopping terutama handbags yang memang pelbagai dan murah .



13/ Solat Jumaat di Kowloon mosque yang hanya 4 minit berjalan kaki dari hostel kami dan macam berada di Karachi sebab ramai betul ahli jemaah yang asal dari Pakistan.


14/ Kami ke HK International Airport untuk menyambut kedatangan Sumayyah dari Korea yang datang untuk sama2 bercuti bersama kami di HK. Alhamdulillah happynya kami semua dapat bertemu kembali setelah hampir 4 bulan tidak bertemu .



15/ Malamnya kami ke Mongkok lagi untuk sambung shopping bersama Maya.Sebelum pulang sempat kami ke Mongkok 3 kali , punyalah ramainya manusia di sana tapi memang bset shopping kat sini.


16/ Tengahari Ahad kami ke Kowloon Park untuk menonton pertunjukan “Martial Arts” , pertunjukan seni pertahanan diri yang penuh seni nya .Dalam park ni penuh warga Indoensia yang umumnya bekerja sebagai pembantu rumah dan Ahad mereka cuti .Mereka bertemu kawan2 dan siap membuka gerai2 makanan halal termasuk bakso dan gado2. Sempat kami membeli gado2 dan nasi berlauk ikan dan ayam .


17/ HK Disneyland seharian dari pagi hingga malam …. Seronok tidak terkata , pelbagai permainan dapat dirasai termasuklah persembahan teater secara live yang sungguh berkualiti .Sehari suntuk kami di sana .


18/ Ocean Park yang terdapat panda bear, dolphin dan pelbagai mainan termasuk roller coaster dan river raging log juga kami cuba di sini. Saya memang teruja untuk melihat panda bear dan bila panda tu duduk betul2 depan kami (panda dalam rumah kaca ) memang saya happy sangat. Kami juga bepeluang menaiki hot balloon dan memang amat seronok berada di dalamnya dan melihat kawasan sekitar Ocean Park .


19/ The Peak …. Kami menaiki tram mendaki bukit dan melihat panorama HK dari puncak bukit . Kami juga melawat “Madam Tussaud” iaitu galeri yang menempatkan pelbagai patong lilin terdapat di sini yang merangkumi celebrities termasuk Brat Pitt, Eddie Murphy , Queen Elizabeth , BYJ dll. Memang meriah berada di dalam galeri tu ..


20/ Ngong Ping 360 iaitu menaiki kereta kabel yang melalui monastri Buddha di lereng bukit . Cable car di sini amat panang 5.7km merentasi beberapa buah bukit . Berada di Ngong Ping memang bahagia sebab ianya menarik dan nyaman di atas bukit dengan bangunan2 klasik cina.


21. Stanley market dan Repulse Bay yang terleatk di hujung pulau HK dan pantai yang sungguh cantik serta sebuah pasar yang agak murah .


Itulah antara tempat dan aktiviti yang sempat kami lawati dan lakukan . Pelabagi jenis kenderaan awam kami gunakan sepanjang berada di HK .Sememangnya lawatan ke HK amat menarik yang pengalaman di sana tidak dapat diulangi walau di mana jua .


Alhamdulillah ,percutian kali ini amat menggembirakan kami semua . Terimakasih kepada darling yang menjadikan percutian kami satu kenangan manis sepanjang hayat .


( gambar2 di Disneyland akan saya letak bila selesai slides nya )

Sunday, December 20, 2009

Gambar2 Macau

Salam buat semua .

Slides di bawah adalah sedikit dari ribuan gambar yang sempat kami rakamkan di Macau .



Slides pertama .... perjalanan ke Macau , Area LArgo do Senado, The Fortress (kubu lama Portugis ) , The Ruins of St Paul (biara lama yang telah terbakar ) .







Slides ke 2 .... Ferry Terminal, The Fisherman's Wharf ( bekas kampung nelayan yang diubahsuai menjadi pusat pelancong ) , The Macau Tower .









Slides ke 3...... The Venetian Hotels & Resort .. 'bandar' dalam bangunan yang terletaknya hotels, casinos, shopping arcade ....sememangnya hebat , silingnya seperti langit asli ....amazing !






Harap tak de yang terloya tengok gambo2 ni .... jumpa lagi nanti .... kisah HK pulak .

Saturday, December 19, 2009

Cuti2 Macau & HK Part 1





Salam buat semua .



Syukur dapat bersama lagi setelah kembali dari percutian kami selama 2 minggu di 2 buah Negara iaitu Macau dan Hong Kong . Perasaan gembira tak terkata kerana dapat berjalan lagi melihat Negara orang .Ucapan terimakasih buat darling yang sponsor kami dan menjadi tulang belakang (dari booking tiket , hotel, planning aturcara dsb ) dalam setiap percutian kami , Alhamdulillah.



Kali ini adalah kali pertama kami berJJ dengan banyak beg besar termasuk 2 beg makanan ( satu untuk kami dan 1 untuk Sumayyah yang akan bersama kami nanti di Hong kong ) . Bawak makanan sebab Macau susah nak dapat makanan halal , Hong Kong tak sukar sebab muslim ramai tapi kami bawak juga sedikit bekalan makanan untuk dimakan bersama semasa berjalan2 ..


Kami berlepas dari Kuantan Airport menaiki pesawat MAS dan dari KLIA kami terus ke Tune Hotel di LCCT kerana flite kami ke Macau adalah keesokan harinya . Jadi, kami bemalam di Tune Hotel yang “ Sleeping at 5 star hotel at 1 star price “ … yelah tu , towel dan toiletries kena bawak sendiri, air-cond bilik kena bayar lain dan di setkan berapa jam yang boleh guna air-cond . Bilik memang buat kami nak ketawa aje bukan sebab bilik kelakar tapi inilah bilik terkecil yang pernah kami lihat , muat2 katil dan di kiri katil hanya ada dalam 2 kaki baki ke dinding dan di kanan katil ada 1 kaki je baki nak ke dinding. . Malam tu berimpit lah kami berempat tido , siap buat rule “ semua kena tido mengiring , tak boleh melentang “ …hehehe.


Kami menaiki shuttle hotel ke airport yang hanya 2 minit dari hotel . LCCT sentiasa padat , nak-nak musim cuti sekolah , memang sibuk betul LCCT .


Kami berlepas ke Macau menaiki pesawat Air Asia “ everyone can fly “ , memang pun sebab murah dan servis setakat ini okay , no komplen so far. .


Tiba di Macau sebelah petang dan dah mula nampak bandaraya Macau yang bergemerlapan dengan hiasan lampu hampir di setiap bangunan , memang sungguh ‘hidup’ susasana malamnya . Terus ke hotel kami di tengah2 bandaraya dan dalam perjalanan ke hotel memang dapat dilihat Macau memang pusat judi yang utama di dunia . Tak putus-putus lampu2 di bangunan ( kini musim sejuk, jadi walau pun baru jam 6 petang namun dah gelap macam dah tengah malam ) menayangkan iklan judi di setiap premis judi .


Kami menginap di hotel antik (antara hotel terawal di Macau ) yang sengaja kami ambil kerana terletak di tengah2 bandar dan juga kerana ianya murah . Ada satu ruang tamu dan satu bilik tido dengan 2 katil kelamin . Bilik kami di tingkat 8 .Kira okaylah sebab kami hanya perlu tempat tido setelah penat berjalan dan merayau seharian .


Antara tempat yang kami lawati :


1/ Largo de Senado …. Area sebelah hotel kami yang menjadi tumpuan utama pelancong ke Macau yang mengandungi pelbagai bangunan dari pelbagai Negara di Eropah termasuk bangunan lama peninggalan penjajah Portugis . Buat pengetahuan semua, pada 20 Dec ini adalah genap 10 tahun Macau bebas dari penjajahan Portugis . Bayangkan begitu lama dibawah jajahan namun Negara Macau berkembang begitu pesat terutama dari industri perjudian.

2/ Fortress /kubu lama yang terletak di atas bukit juga berdekatan dengan Senado area. Dari kubu ini jelas kelihatan bandaraya Macau . Terdapat juga Macau Museum di atas bukit ini .





3/ Ruins of St Paul. Kesan gereja lama yang terbakar lama dulu dan kini hanya bahagian hadapannya sahaja yang kelihatan. Ianya pernah merupakan biara Kristian yang amat terkenal . Penduduk Macau rata-rata adalah beragama Kristian , memang gereja ada di mana-mana dan paderi2 juga kelihatan di mana-mana.



4/ Ferry Terminal .. kami ke sana untuk booking tiket ferry untuk ke Hong Kong yang mengambil masa sejam dengan ferry laju .

5/ Fisherman Wharf yang terletak di sebalah ferry terminal . Sebuah pusat pelancongan yang mengandungi pelbagai pusat permainan termasuk theme park, dari Aladdin world hinggalah ke volcano dan pelabagai kedai yang direka khas dari senibina nya berkonsepkan Negara eropah.

6/ Kami kembali ke Senado area untuk menyusuri gerai2 di belakang lorong2 bangunan mewah yang menjadi tumpuan masyarakat macau membeli-belah. Barangan di Macau tidaklah murah . Jus buahan biasa segelas berharga $10 / RM5 . Makanan lain saya tak pasti sebab memang kami tidka membeli sebarang makanan sebab ragu tentang halalnya .


7/ Macau Tower. Memang saya begitu teruja untuk ke sini kerana ingin merasa bagaimana pasukan The Amazing Race asia yang pernah ke sini dahulu dalam pengembaraan /pertandingan tersebut. Terletak lebih kurang 500m dari hotel , kawasan Tower ini memang cantik. Tower yang berketinggian 368m dan uniknya di ketinggian 58 tingkat sebuah dek observation dibuat lantai dari kaca see-thru yang jelas menunjukkan betapa tingginya bangunan itu. Memang gayat mulanya untuk memijak lantai see-thru itu tapi lama-lama jadi biasa. . Di tingkat 61 terdapat open deck untuk aktiviti sky-walk, bungy jump , climbing untuk sesiapa yang adventurous tapi bayaran nya mahal. Untuk sky walk sahaja harganya $588 dan bungy lebih dari $1500.


8/ Flea Market di Taipa . Dari Macau kami ke bahagian Taipa untuk ke pasar lambak tapi tiada apa sangat barang yang dijual. Cenderamatanya sama sahaja harganya di Senado area.

9/ Venetian Hotel & Resort juga di bahagian Taipa.. Di sini juga saya amat teruja sebab pernah menonton di TV pembinaan Venetian ini yang amat menakjubkan. Sebuah bangunan yang begitu agam yang terdapat bukan hanya bilik2 hotel, pusat judi ( memang judi paling utama di Macau ) , pusat membeli-belah yang begitu indah dan terasa seperti berada disebuah Bandar besar . Hebatnya bangunan ini yang amat cantik dan bersilingkan langit buatan siap dengan awan dan langit birunya dan seolah2 kita bukan berada di dalam sebuah bangunan. Inilah bangunan yang paling cantik yang pernah saya lihat . Habat sungguh .


10/ Guia Hill sebuah bukit terdapat rumah api lama dan kami meuruni bukit menggunakan kereta kable jenis lama (naik bukit naik taxi ) dan ini lah satu-satunya perkhidmatan dan produk yang bernilai RM1 yang kami perolehi di Macau .

11/ Malam terakhir kami ke kawasan Macau Tower sekali lagi untuk melihat suasana malam di Macau dari tasik di hadapan tower tersebut. Memang Macau hidup di malam hari dek lampu2 bergemerlapan di bangunan2 yang utamanya pusat2 judi .

Berakhirlah sudah lawatan kami ke Macau selama 3 hari .Hari ke 4 kami mengambil First Ferry ke Kowlooon, Hong Kong . Nanti akan saya ceritakan lawatan itu pula yang mengambil masa 11 hari ……….. jumpa lagi .




(ribuan gambar kami rakamkan... susunan gambar di atas tidak mengikut susunan tempat yang kami lawati...nanti bila siap slide saya akan letak dalam entries akan datang ... )

Sunday, November 29, 2009

cucu & cuti


Suasana meriah di rumah masih dirasai . 7 daripada 9 ahli keluarga ada di rumah termasuk darling yang tiba malam tadi , Zaid, Azra dan Umair yang tiba sehari sebelum raya. Syukur semuanya sihat dan gembira dapat bersembang dan bergurau senda sama-sama .



Sempatlah jugak saya buatkan 3 jenis biskut raya yang mudah buat bahan mengunyah masa bersama.






Gelagat cucu saya Umair bermain bersama Maksu Mimi membuat kami tak tak kering gusi. Ada aje yang dilakukannya yang mencuit hati kami . Satu yang saya masih 'geram' bila Umair masih tak berapa gang dengan saya. Tak boleh nak peluk dia lama-lama , pasti dia cuba melepaskan diri dari pelukan saya .




Mood bercuti masih melanda dan blog ini jugak akan bercuti buat seketika.





Selamat bercuti buat semua yang bercuti .... jumpa lagi InsyaAllah.

Wednesday, November 25, 2009

sembelih

Mata tadi dah nak tido sangat tapi teringat satu kisah masa kecik2 dulu ......

Pagi raya aidil adha ...... umur 5 tahun .... 1970.... Masjid Tanah , Melaka......

Tuan rumah sewa kami buat majlis korban lembu dan bukan mudah dapat lihat orang sembelih lembu kalau bukan hariraya haji . Saya dengan penuh semangat berlari ke arah belakang rumah tuan rumah tapi ramai pulak orang yang turut sibuk nak melihat upacara korban pagi tu. Saya kanak2 yang ingin sangat nak lihat bagaimana lembu disembelih mula mencari taktik yng dirasakan berkesan untuk dapat first class spot di celah-celah puluhan orang dewasa yang majoritinya pakcik2 dan abang2 . Saya nekad memanjat pagar kawat duri untuk letakkan posisi saya lebih tinggi sedikit. Malang tak berbau...... masa tengah nak berdiri tu entah macamana ada manusia mana yang menolak saya dan secara otomatik lutut saya tergesel kawat duri . Menjerit kesakitan dan tangisan saya juga adalah kerana lutut saya dah terkoyak lebih kurang 3 cm panjangnya dan darah keluar dengan banyak . Ada jiran hantar saya balik rumah dan mak (abah bertugas hariraya tu ) letak plasta di luka saya .......... akibatnya .... saya tak dapat lihat bagaimana lembu disembelih dan lutut saya berparut hingga kini dan kisah ini akan saya ingat kembali tiap kali tiba hariraya aidil adha .

sekadar hiasan ......


Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam walau di mana kalian berada . Sesungguhnya hidup ini adalah pengorbanan.

Tuesday, November 24, 2009

bagi peluang enjoy puas-puas .





Kejap dia baring atas sofa tonton cartoon " word world " lepas tu "Shaun the sheep " lepas tu " Higgly town heroes " lepas tu " The Mickey Mouse Club " lepas tu tu, lepas tu, lepas tu all cartoons di disney channel .......


Lepas tu main art class pulak , cari gambar dalam majalah "ana muslim " dan "sayang muslim " start melukis wajah2 dan gambar2 dalam tu , lepas tu colour , lepas tu buat kad untuk sesiapa yang dia suka , hampir tiap hari saya dapat kad " I love u " dan yang paling besar adalah bersaiz manila kad . Jemu atas kertas, dia ke pc pulak , lukis lah, edit gambar lah , tonton upin ipin kat youtube lah .





Kadang2 main "Dress up Dolls " hadiah birthday dari Maya dan solve puzzle " Princess" hadiah birthday dari Sofie . Lepas tu main "Tumbling Tower " sorang-sorang .Nak main kat luar hujan dan lagi satu tak de kawan , yang ramai di sini kanak2 lelaki . Memang dia tak de kawan .






Kesian pun ada kat Maksu Mimi ni .

Pagi ni nak keluar beli mainan baru . Biarlah macam kanak2 pun mainan ni (memang dia kanak2 !! ) tapi dia nak main building bricks pulak ( dulu masa kecik main dah , ni dah hilang ke mana ) . Tanya dia nak hadiah exam ap , dia kata taktau nak apa, kiranya mainan ni nanti sebagai hadiah exam dia .


Buat masa ni saya biarkan aje dia enjoy main sepuas-puasnya , tak nak bagi dia tengok buku belajar lagi , biar dia rasa cuti ni dia happy .

Sunday, November 22, 2009

Mentari terbit

Hujan masih turun . Telah 3 hari turun tanpa henti . Harap tak naik banjir . Longkang besar masih bertahan , belum penuh , tak seperti 2 hari lalu, air longkang telah melimpah ke atas jalanraya , saspen je .

Pagi ni duk belek2 gambar2 masa pergi ke KT tak lama dulu . Gambar2 mentari terbit yang dirakam oleh Maya di tepi pantai motel yang kami bermalam nampak cantik untuk dikongsi bersama . Pantai ini betul2 di bersetentang dengan Pulau Kapas .

Mari kita saksikan saat matahari terbit ....

Musim tengkujuh ni memang lah nak nampak matahari pun agak payah ....


Gambar diambil dari mula nak terbit hingga hari cerah .....

















Salam cuti-cuti buat semua yang cuti ..........

Saturday, November 21, 2009

Ihtifal SRI Al Amin

Pagi semalam kami ke SRI Al Amin sempena hari Ihtifal sekolah itu . Kebetulan Mimi kena hadir kerana mendapat anugerah pelajar cemerlang Tahun 1 2009 . Mimi dapat no 3 . Seperti kata Mimi dah tak de rezeki untuk dapat no 1 atau 2 .


upacara perasmian ihtifal 2009

kali pertama naik ke pentas sebagai penutup pencapaian Tahun 1




antara persembahan pelajar


Semoga Mimi lebih berjaya lagi di tahun-tahun akan datang InsyaAllah.

Thursday, November 19, 2009

titis-titis hujan & senyuman

Walaupun hujan tak berhenti sejak semalam, hati ni rasa happy je sebab hari ni hari terakhir sekolah bagi tahun ini. Ini juga bermakna bukan saja anak2 bercuti , saya juga bercuti dari menjadi drebar menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik sekolah. Begitu juga dengan anak2 , belajar hampir setahun , memang kena cuti dan rehatkan minda buat seketika .

Walaupun begitu esok kena ke sekolah lagi sebab ada Hari Anugerah Cemerlang dan Mimi terlibat . Final exam baru ni dia dapat no 3 . Memang bukan rezeki dia untuk dapat no 1 / no 2 , dia pun kata dah tak de rezeki. Kena cuba lagi tahun hadapan .




Lagi satu buat saya happy sebab minggu depan dah nak raya haji. Walaupun darling tak balik masa raya tapi yang buat saya gembira ialah Zaid dan family akan merayakan raya haji bersama kami di sini. Rindu pada cucuku akan terubat jua InsyaAllah , tak sabar dah rasanya , dah beberapa kali mimpi tentang Umair .

Semua yang dinyatakan di atas buat saya tersenyum sendirian .... titis-titis hujan terus membasahi laman rumah ku ..... sejukkkkkkkkkk .



Tuesday, November 17, 2009

KUCING

Harini cerita pasal kucing sebab ramai juga bloggers yang bela kucing .

Walaupun masa darjah 1 dulu saya pernah masuk radio Sarawak dalam rancangan kanak2 , saya nyanyi lagu "Kucingku Belang Tiga " , tapi hakikatnya saya tak pernah suka kucing .

Saya tak gemar kucing, geli dan kadang2 takut kucing . Kira macam kami sekeluarga geli kucing kecuali Zaid yang pernah bela kucing masa di Jordan . Arwah abah saya dulu memang tak suka kucing tapi kucing tersangatlah suka datang rumah , entah dari mana . Abah akan bagi makan dan akan 'ekspot' kucing tu ke pasar2 yang berdekatan sebab memang kami takut kucing .




Entah macamana pada awal tahun 80an dulu abah tergerak hati untuk membela seekor kucing berwarna perang yang dibawa balik oleh kakak sulong saya dari kolej dalam keadaan lemah dan kurus kering . Kami namakannya blue/biru sebab matanya biru . Sayang sekali Blue mati semasa saya berada di US. Lepas tu kami tidak pernah membela kucing lagi hingga kini.

Semasa tinggal di Bakau Tinggi di Kemaman ni memang kucing selalu jugak bertandang ke rumah kami . Pernah sekali kami juga 'ekspot' kucing ke pasar kemaman tapi amazingly kucing tu balik semula ke rumah kami selang sehari lepas tu. Entah macamana ia tau jalan pulang. Entah2 ada yang 'ekspot' balik kucing tu rumah kami .

Semalam lepas ambik anak2 balik sekolah kami ke pasar Binjai untuk beli sedikit makanan dan kuih-muih untuk minum petang . Biasalah pasar memang ada kucing. Masa nak beli kuih adalah seekor anak kucing berwarna perang+putih yang gesel2 di kaki Mimi.Mimi dah lari ke kiri kucing tu ikut ke kiri , saja macam nak main sedangkan Mimi teramatlah takutnya kucing . Lepas tu kucing tu lari kepada pelanggan lain. Masa masuk kereta untuk pulang ada seorang wanita ni yang kereta dia parking sebelah kereta kami tiba2 turun dan menuju ke arah pasar tadi yang hanya beberapa meter dari kereta . Dia balik semula membawa anak kucing perang+putih tadi , terus masuk kereta dan berlalu pulang .

Saya bagitau Mimi lain kali kita ke pasar Binjai tak de dah kucing kenit tu untuk gesel2 Mimi lagi dan untunglah kucing tu sebab ada yang sudi mengambilnya tinggal bersama .

Sesuatu yang kita tidak suka tidak bermakna orang lain juga tidak suka . Allah jadikan manusia ini berbeza-beza dari pelbagai sudut . Walaupun begitu dalam bab kucing ini walaupun saya tidak suka kucing tapi kalau kucing datang rumah saya akan bagi juga makanan tapi nak jemput masuk rumah ....sorrylah ye ......

Friday, November 13, 2009

Celoteh pagi Jumaat

Pagi Jumaat menjelma lagi bersama titis-titis hujan membasahi bumi , Alhamdulillah .

Lama dah tak cerita kisah Maksu Mimi .

Dia baru habis final exam minggu lepas dan masih belum tau result sepenuhnya . Masa exam memang dia tekun mengulangkaji . Saya ada beritau dia bila dah study hard kalau masih tak dapat 100 markah masa exam saya takkan marah sebab dia dah study dan itu namanya dah tak de rezeki. Kalau tak study memang saya akan marah .

Dialog dalam kereta ke sekolah :

mimi : kalau mimi dapat no 2 mama marah tak ?

mama : kalau dah study mama tak marah.

mimi : no 5 ?

mama: dah study mama tak marah .

mimi : no 10 ?

mama : haaaa ??? tak naklah no 10 .... tapi kira dah tak de rezeki lah tu .



Baru ni dia dapat markah sabjek sains sosial (subjek sivik ) dapat 86 %. Saya pun tanya :

mama : haa! ni kenapa 86 aje ??

mimi : dah tak de rezekilah tu !!





Saya bagitau mimi yang saya akan buat mammogram , lebih senang sebut x-ray tet** . Bukan main nak berguling dia gelak bila saya sebut macam tu . Geli hati sangat sebutan tet** tu . Lepas solat selalunya dia yang akan baca doa cuma kadang2 saya akan sambung doa tersebut baru amin bersama. Pagi semalam lepas solat subuh dia baca doa dan saya sambung lagi doa tanpa kuatkan suara dan terus amin bersama . Dia terus tengok tepat wajah saya sambil kata :

" Ni mesti doa untuk x-ray tet** . Kalau tet** sakit masuk hospital ke ? kena bedah ke ? "

Saya mengangguk aje .

Thursday, November 12, 2009

LEGA !


Alhamdulillah , lega sangat masa dapat keputusan mammogram pagi tadi , semuanya normal , syukur , syukur , syukur.

Wednesday, November 11, 2009

jogging sambil rehatkan minda






Harini ambik kesempatan berjogging setelah sekian lama tidak sempat berbuat demikian . Lupa sebentar risau terhadap mammogram . Pagi yang cerah dan berangin membuatkan saya rasa sungguh tenang dan lega masih dapat beraktiviti di pagi hari .





Pagi tadi saya bawa kamera bersama , saja nak tunjukkan tempat saya jogging ( berjalan yang banyaknya !!) di Pantai Teluk Mak Nik bersebelahan INTAN Pantai Timur kerana ianya sangat sesuai untuk berjogging sambil menikmati keindahan alam persekitaran yang belum tercemar.






Best tak dapat jogging di sini ???




Marilah singgah ...... lepas jogging kita siap sedia untuk ber bbq !!

RISAU

Dua hari lalu bekas jiran saya diberitakan menghidap kanser payudara stage 2 . Terdiam saya seketika kerana tidak menyangka sama sekali bahawa dia juga kini salah seorang penghidap kanser . Menurut kata kawan2 bekas jiran saya ni tidak pernah alpa membuat annual medical cek up namun kali ini jawapan yang diterima amat memeranjatlan bukan sahaja buat dirinya malah kami juga di sekelilingnya.

Kesan dari berita sedih tersebut saya jadi hilang mood untuk bersosial seketika . 2 hari saya tidak keluar rumah kecuali menghantar dan mengambil anak2 pergi dan balik dari sekolah. FB saya on tapi saya sekadar membaca tanpa meninggalkan apa2 komen ke atas status rakan2 . Saya mahu bersendirian dan memikirkan apa yang patut saya lakukan .

Saya mesti mulakan langkah pertama ..... melakukan mammogram .

Telah lama saya tangguhkan untuk melakukan mammogram .

Fikir punya fikir saya akhirnya telah membuat temujanji melakukan mammogram di salah sebuah pusat payudara di Kuantan dalam minggu ini juga .

Kini hati semakin risau . Memang cukup risau dan bertambah risau menjelang hari temujanji tersebut.

Doakanlah agar saya mendapat berita gembira pada hari tersebut InsyaAllah .

Tuesday, November 10, 2009

what ever will be will be !!

It's a bright day indeed , Alhamdulillah .

Went thru some old songs and would like to share this song with you guys.... click play to listen ....enjoy !!



Monday, November 9, 2009

CHILD

Monday morning blues ...... care to glance at this cartoon ??????


Sunday, November 8, 2009

syukur dapat bertemu

Semalam berlangsung pertemuan alumni Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman dan sebagai bekas guru di situ saya juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ia berlangsung di pusat pengajian tersebut .

ada yang masih single, ada yang dah berderet anak , inilah wajah2 kesayangan hamba



Gembiranya hati saya bila dapat bertemu ramai anak murid yang ada antaranya telah berbelas tahun tidak bersua muka . Sekolah ini adalah sekolah agama swasta yang saya curahkan bakti selama 6 tahun( 93-98 ) iaitu setelah saya berhenti bekerja sepenuh masa di sekolah kerajaan . Ramai pelajar di sekolah ini tinggal di asrama kerana datang dari seluruh pelusuk negara .

mak2 dan anak2



Saya memang rapat dengan pelajar dan selalu merindui mereka . Setelah seorang demi seorang menamatkan pengajian dan ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara , suasana semakin berubah. Saya berhenti mengajar dan kami jarang bertemu kerana masing2 sibuk dengan urusan belajar dan ramai yang sudah berumahtangga.


bekas murid ... dah jadi bapak orang


Semalam bila saya diminta berucap , saya tidak bersedia sebenarnya , namun saya gagahkan jua dan menahan sebak di dada kerana memang saya sayang dan rindu pada mereka semua. Saya rindu saat di mana mula mengenali mereka, sekolah mereka (pondok moden yang terlalu asing bagi saya ) , adakala saya belai mereka adakala saya herdik mereka , semua itu buatkan saya sebak, kenangan yang tidak mungkin berulang .

antara ustaz-ustaz glamour yang hadir




Semalam saya amat berbangga kerana ramai antara anak murid saya telah menjadi ustaz yang ada di kalangan mereka yang sampai ke tahap yang saya boleh beri gelaran ulama kepada mereka . Beberapa orang menjadi Pengetua sekolah agama di tempat mereka dan juga menjadi pendakwah bebas yang semakin terkenal . Tak kurang juga ada yang telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya , muda lagi dah jadi usahawan dan punya syarikat sendiri yang berkembang maju .

wajah2 yang kurindui dan kusayangi



Apa yang cukup menceriakan saya ialah bila dapat bertemu puluhan cucu yang turut hadir. Ada yang 1 anak, 2, 3,3 4, 5, 6... setakat tu aje yang saya tahu, dah potong cikgu ye , cikgu ada 5 anak, anak murid ada 6 anak , syabas !

tengoklah cucu-cucu Wanmommy..... berderet






Tahniah buat pihak penganjur yang berjaya mengumpulkan bekas2 pelajar , semoga lebih ramai lagi bekas pelajar akan menyertai majlis sebegini di masa akan datang, InsyaAllah.



Semoga bertemu lagi... kalau lalu di Kemaman silalah singgah rumah Teacher ye ... ( pesanan dibuat kerana ada yang bagitau semalam yang mereka baca blog teacher ...hihi...malu I )