Hari ni nak tulis kisah kegemaran I selepas berhenti blogging ..... FACEBOOK !!
Mula-mula kawan2 ajak I berfacebook , I kata I tak minat , I lebih suka blogging , Lepas tu teringin pulak nak try , daripada kawan hanya kurang 10 orang ,ia bertambah . Tapi I tak suka sangat kalau terlalu ramai , hingga kini I sentiasa tapis balik sahabat dalam list sahabat facebook dan kini I ada 600+ sahabat dan I tapis dari semasa ke semasa , yang ramainya sedara-mara dan juga bekas pelajar I .
Tak dinafikan dalam FB ni ada macam2 jenis manusia kita dapat kenal , bukan setakat luaran , kita juga boleh kenal dalaman seseorang melalui status yang ditulis . Ada yang happy selalu dan kita pun gembira bila baca . Ada yang statusnya melambangkan kedengkiannya terhadap seseorang yang lain. statusnya asyik berbau tidak kepuasan hatinya terhadap status orang lain . Ada penyakit hati gamaknya . Orang lain gembira ,dia yang susah hati .. ada yang diam membisu seribu bahasa (ini yang yang ramai ) . I pun tak faham kenapa mereka nak join FB sedangkan tak berhajat nak update status mahu pun klik "like" pada status sahabat lain .pelik,pelik !! Mungkin banyak lagi ketegori lain di FB ...hurmmm ...tak nak sambung tulis sebab nak jaga jari(menaip) dan lidah (bercakap di dalam hati) sebab ini bulan Ramadan .....tak baik komen banyak2 ...bulan2 lain pun sama juga ....sebab tu orang kata ......Silence is Golden !!
Sunday, July 22, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Assalamualaikum. FB mmg seronok sbb mudah dan simple. Cuma kdg2 tu rasa mcm tak de privacy pulak, kdg2 rasa x larat ak baca status org pun ada. Yg best nyer dpt jumpa blk kwn2 smpai ke sekolah rendah tu...
Salam...Mak Cik!!..
Rindunya...lama tak jengah blog ni..mak cik, kenduri saya bulan Oktober..nnti jemput datang yer..
:)
Salam, Salam Ramadhan Al-Mubarak..
Saya juga dah join FB, tapi frankly speaking walaupun aktif jugak di FB, nun jauh di sudut hati, blog masih mendapat tempat... kerana pada saya di blog saya dapat menulis ringkas ataupun panjang, dapat meluahkan rasa hati dalam bentuk penulisan yang lebih terkawal..sedangkan (ini pendapat saya sendiri) di FB saya dapati kita lebih suka mengupdate status yg terkini secara ringkas, dan kadang-kala ramai yang meluahkan perasaan , samada perasaan suka, duka, gembira, sedih, nak kutuk orang lain, nak puji orang...lebih bebas dan kebanyakannya menggunakan bahasa percakapan/perbualan ...lebih informal... tapi suatu perkara yang tak suka di FB ialah susah nak retrieve semula status lama-lama yg kita tulis... kalau di blog, senang nank cari, dgn menggunakan keyword dalam label yg kita buat...sebab tu masih menulis di blog walaupun aktif juga di FB ...
suka blog lagi sbb mcm cikni kata takde privacy.. hehehe..
KakNIe,
ya betul , di fb kurang privacy ,tapi kadangkala rasa puas sebab komen2 dari sahabat menghiburkan , tergelak depan screen sorang2 ... cuma di blog memang bila tulis tu tak kisah orang baca ke tidak, orang komen ke tidak sebab ia bersifat umum ,sesiapa saja boleh baca walau tanpa komen ...di fb kebanyakannya kita kenal siapa yang kawan kita .
Adam,
Helloooooooo.......lama tak dengar kabar berita .wahhh....dah nak bernasi minyak , bagitau tarikhnya nanti, IsnyaAllah akan cuba diusahakan untuk hadir :))
Tahniah !!!
Nurazzah8,
I ni dah kena sampok hantu FB , kalau tak update boleh naik gila dibuatnya .........kawan2 I ramai di situ , anak murid I juga ramai di situ , dah macam satu keluarga besar .tapi .... rindu untuk berblogging tetap ada cuma malas menulis panjang2 tu yang buat I menyepi .
Blogging senang nak trace our stories ,itu benar , memang amat mudah .
Mulan ,
I benci tapi rindu (pada blog ) ..soal privacy tu buat2 tahan aje di fb :))
Assalamualaikum Rina... selamat kembali ke dunia blog...hehehe...
Akak sekarang jarang ada masa untuk FB... begitu juga Blog... banyak urusan yang terpaksa dibereskan dulu...
Kak Anie,
I ni dah ketagih FB , nak juga bertenggek walau kerja banyak ...heheh .
Post a Comment