Thursday, July 12, 2012

Setahun berlalu ........


Setahun berlalu tanpa sebarang entry ...... tiba-tiba terasa rindu untuk kembali menulis .

Kat mana nak mula ni  ....hurmmm ....

Tahun ini hanya tinggal Mimi sahaja yang masih bersekolah , di Tahun 4 , Izzat dah habis SPM dan result SPM nya Alhamdulillah dia berjaya cemerlang dengan  11A ( 9A+ , 2A ) dan berjaya memperolehi biasiswa TNB ke UK dan dia buat A-level di sebuah kolej di tanahair sebelum terbang ke UK , InsyaAllah . Kakak2 Izzat, Sofie dan Maya sudah graduate tahun lalu dan kini masing2 sudah memulakan kerjaya masing2 ,sebagai doktor dan sorang lagi jurutera , Alhamdulillah .




I juga sudah naik pangkat , dah jadi ' Datin Seri ' Wanmommy kerana hujung tahun lalu I dapat sorang lagi cucu .kini sudah ada 3 cucu , semuanya lelaki .Boboiboy , Alhamdulillah , selalu I timang budak2 tu di alam maya aja , rindu sangat, kalau jumpa , teruk I kerjakan .mesti depa tak gemar kan ....hahaha .

Kini kita di ambang Ramadan ..rindu pada Mak.....Mak telah kembali kepada penciptanya pada 9 Ramadan tahun lalu , kini tiada lagi senyuman Mak  tiap kali kami menziarahinya .....pusara Mak bersebelahan pusara Abah , semoga Mak dan Abah bahagian di sana , Amin .Al Fatihah buat Ayah Bonda .




Kepada semua sahabat , selamat menyambut Ramadan, semoga ia menjadi Ramadan terbaik kita semua InsyaAllah .

14 comments:

Mulan said...

welcome back...!!!

congrats izzat... congrats 'datin seri' wanmommy...!!!

alfatihah untuk mereka2 yang telah kembali ke rahmatullah termasuk ayahandaku also..

Kamsiah yusoff said...

salam ukhuwah dari saya...

silversarina said...

Mulan , happy baca you all punya entries , tergerak nak update ..hehehe .

Thank you , doakan kejayaan anak2 kita semua .Amin .

silversarina said...

Kamsiah , salam perkenalan .

Zaitun said...

Salam Rina...

Lama kak Zai tak dengar berita kalau ada pun cuma dari Mimi,semoga Rina sihat dan bahagia disamping keluarga. Tahniah dah naik pangkat,comel2 belaka. Tahniah juga buat Izzat semoga cita2 menjadi kenyataan.

Al-Fatihah buat kedua ibu/bapa Rina juga buat semua yang telah pergi.

silversarina said...

kak Zaitun ,

ha ah, rindunya kat akak .semoga akak sihat dan bahagia selalu ....thank you akak .

NURAZZAH8 said...

Salam, WELCOME BACK to the bloggin world!!! rindu nak baca entries dari you...have been waiting patiently since last year... ..

I pun ada masa merudum mood nak tulis, tapi ada lah juga update sekali sekala ...tak sanggup biarkan blog tu semakin menyepi...

miss masa dolu-dolu kita berkomunikasi di antara bloggers all over the world, sorang kat Malaysia, sorang kat Jordan, sorang kat Singapore, sorang kat Vietnam, sorang kat UK, sorang kat Saudi, sorang kat Dubai ...etc... dunia blogging merapatkan ukhuwwah kita semua! Alhamdulillah ...

teruskan menulis ...

Nurazzah8

FaAtip said...

Alamak, I punya pun dah 2 bulan dah...hehehee.

Mujur tak lupa password! Welkang beckkkkkk....

silversarina said...

Nurazzah,

terasa rindu betul saat2 berblogging dulu ...bertemu dan bersembang dalam blog, so happening ....nak cuba nak istiqamah balik ...... susah dah wei nak update , dah lain .. tadi beberapa kali masuk gambo, dah lupa caranya ..hahahaha .

silversarina said...

Fa,

password memang ingat sebab dah bertahun2 password tak pernah tukar ..harapnya tak bersawanglah lagi kali ini :))

Unknown said...

salam kembali kak..

tahniah buat izzat dan semua anak2 akak yang lain.

cikMilah said...

olala.. si dia juga kembali.. jomm.. terus menulis....

silversarina said...

Yus,

rinduuuuuuuuu Yus ,hopefully akak terus update blog ni :)))

thank you so much .

silversarina said...

Cik Milah ,

hahahah ...tiba2 mood tiba .