Kembali mengingati kisah S ( kes suami bermain kayu tiga ) saya sempat menziarahi sahabat atau bekas anak murid yang terpaksa melalui kehidupan yang cukup mencabar dengan kes dera oleh suami yang tidak pernah sedar akan kesalahannya.
Saya tergerak hati ingin melawat sahabat itu seminggu selepas hariraya aidil fitri tahun lalu. Setibanya saya di rumahnya yang terletak sejam dari rumah saya, S terus memeluk dan menangis di bahu saya dan dalam esakannya dia memberitahu yang dia baru pulang dari pejabat ugama . Saya minta agar dia bertenang dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.
S menunjukkan lengan dan dan bahagian tepi bibirnya yang lebam akibat di tampar dan dipijak suaminya sehari sebelum itu dan dia ke pejabat agama untuk mengadu masalah dan dia nekad untuk meminta cerai dari suami yang terlalu panas baran . Suaminya yang saya katakan menjadi PA seorang yang berpengaruh baru sahaja pulang dari Eropah seminggu sebelum hariraya . Menurut S 2 hari sebelum raya suaminya membuat hal tanpa ada alasan dia memijak bahagian leher S yang sedang dalam posisi sujud ketika mengerjakan solat. Dia menuduh S ada hubungan dengan lelaki lain hanya kerana S menjawab panggilan talipon yang tersilap dial dari seorang lelaki.
Kasihan saya lihat lebam-lebam di tubuh S sehingga menitik airmata kerana berasa sungguh simpati atas apa yang berlaku. Saya juga menasihati S agar memulakan hidup baru dan eloklah kalau dia telah membuat keputusan untuk berpisah kerana tiada guna diri diperalatkan menjadi tempat luahan kemarahan....
Kisah ini di bulan Syawal lalu.....
Disember lalu saya menerima panggilan talipon dari S dan saya amat terkejut kerana S tidak jadi berpisah dan atas nasihat pegawai di jabatan agama S kembali bersama suaminya dan berpindah ke rumah lain yang agak jauh dari adik-beradik yang menurut pegawai agama tersebut suami S telah mengatakan campur tangan keluarga S yang menyebabkan dia selalu panas baran.
Saya terdiam, kelu untuk berkata-kata. Saya benar-benar ingatkan S telah berpisah kerana pada pandangan saya suami S memang tidak boleh dipercayai kerana dia bukan sahaja mendera S malah masih lagi bermain kayu tiga dengan wanita isteri orang .
Saya hanya berpesan agar S cepat-cepat mendapatkan bantuan sekiranya dia didera lagi. Saya sudah malas untuk masuk campur urusan rumahtangga S kerana saya sudah puas memberi pandangan dan nasihat namun nampaknya S masih mahu bertahan tinggal dengan suaminya pada saya tidak layak digelar suami....
Saya jadi tawar hati untuk mendengar sebarang masalah darinya dan saya tidak lagi menyimpan no telefonnya yang kerap sangat bertukar akibat dilempar jatuh berkecai oleh suaminya ketika sebarang pertengkaran berlaku dan saya menganggap kes S ini akan tiada penghujungnya....
Thursday, January 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Hmmm..... Teringat saya kepada kes Ana yang pernah saya ceritakan di entri Nov 2007 saya tak lama dulu.
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
takut kalau dapat suami cam tu kan...
moga2 S tabah...dan moga2 dia dapat mencari jalan keluar..
Astaghfirullah, Nauzubillah...
Mula2 kesian, lepas tu gerammm !Kenapa S lemah sangat? Dalam hal sulit gini, kita hanya boleh bagi nasihat, S seharusnya rasional, bukan emosional.
Semuga ada yang mampu dan berkuasa menolong S.
Assalamualaikum! Have lost contact with you for quite sometime until OO gave me your new blogname. Kenapa lama tak mengunjung mak teh? Where are you now? Harap sihat dan selamat serta bahagia.
mungkin talian kasih masih ada atau pun ingatkan masa depan anak2:)
memula mmg kesian kat S,,,tapi nampaknya S takde keputusan muktamad,kalau S betul² ingin membela nasibnya sendiri,dier akan meneruskan perceraiannya,tapi nampaknyanya S tiada pendirian tetap,,,ntah la labuuu
Hi Sarina, regret my Bahasa is very rusty, macham jatuh dalam ayer laut...only can faham 23% of your posting. Learned my Bahasa 3 years before Tunku Abdul Rahman cried out "Merdeka" 7 times at Merdeka stadium. Yes, that long ago, ha ha. So better not comment, might come out something about love instead, ha ha.
Anyway, just popped in to say hello. Ada kueh, kopi?
Ha ha. You keep well, Sarina. Love the colours of your new blog, Lee.
when a woman stays too long in an abusive marriage she is overwhelmingly controlled by the husband in all directions so it is hard for her to break off. all she needs is a constant moral support from her beloved ones and a clear present mind to want to get out from such marriage...its all up to her now.
Hmmm, kesian juga dengar kes S ni. Perempuan memang lemah. Lemah sekali dalam segala-galanya... Semoga S tabah...
itu lelaki dayus....
harap2 suami dia sedar akan kesilapan lalu dan membina semula kehidupan ...
tapi perbuatan dia tu memang melampau..
Sometime den pun malu nak mengaku yg species den yg tuhan utuskan jadi khalifah dimuka bumi nie berperangai begitu. Moga2 lelaki yg membaca disini termasuk den dijauhkan dari sifat ini.
happy belated anniversary dear sis!!!
blackpurple,
Akak pun teringat kisah S ni lepas baca your Nov arkib... sedih bila kenangkan semua ini masih berlaku.
maklang,
Masa belum kahwin nampak baik sangat, dah ahwinbaru nampak belangnya.
cikmilah,
I pun tak faham kenapa S masih sanggup kembali pada lelaki yang macam tu tapi pejabat agama bagi jaminan akan ambil tindakan kalau suami dia pukul dia lagi.
mak teh ,
Alhamdulillah I'm doing just fine staying in Kemaman. I ada jugak contact kawan-kawan Alia... miss them so much...thanks for dropping by. Do drop by my house kalau ke kemaman.
kak elle,
Betul tu akak sebab S memang bagi alasan anak-anak yang masih kecil . Tapi kalau ikutkan suami dia tak jaga pun anak dan kena jugak penampar kalau dia mengamuk... Susah nak faham apa sebenarnya yang diinginkan oleh S.
ida natrah,
S memang ada buat laporan polis tapi tarik balik dakwaan selepas suami dia memujuk semula, it's too complicated. It's true yang S kena be firm dengan keputusan yang dia ambil.... I cuma khuatir yang S akan alami sakit jiwa , kesian tapi tak dapat membantu :(
uncle lee,
Thanks for dropping by, I can only offer you a glass of fresh orange ..I guess it helps to prevent you from catching cold in the freezing winter at your place...
Have a nice weekend !!
kc,
Adik-beradik S pun macam dah malas nak masuk campur but I myself memang tak faham kenapa dia masih lagi bertahan and pihak berkuasa acam mengiyakan saja apa yang dikatakan oleh suami S.
cat cat,
Wanita sepatutnya tahu hak sebagai isteri tapi nampaknya S seolah-olah tidak berdaya melawan dan sanggup berbaik semula. I really hope she'll survive .
cikdinz,
memang benar suami S lelaki dayus..I hate this type of man.
zino,
I tak pasti suaminya akan berubah because dah banyak kali S diperlakukan sebegini cumanya S tak tegas selepas report polis dibuat dia tarik balik dakwaan didera suami.
nbk466,
I rasa segelintir saja lelaki yang jenis macam suami S ni . Tapi memang kejam lelaki yang menjadikan isteri sebagai barang yang boleh diperlakukan apa saja.
mulan,
Thank you dear.. memang I pun sambut belated anniversary..hehe.
silversarina...:-)
i feel for the wife - S. Di telan pahit di buang sayang.
idham
isk isk... kalau sas, agaknya dah lama cabut... sas ni takde kesabaran dalam hal2 macam tu, huhuhu...
sedap la nampak jus oren kat header akak nih...
idham,
Yelah agaknya macam you kata, ditelan pahit dibuang sayang. I kasihan tapi geram pun ada dengan tindakan S but I'm sure she has 1001 reasons to be back with her hubby.
Thanks for dropping by :)
sastri,
Akak rasa kes macam ni bukan kes terpencil dan tindakan S kembali kepada suaminya mungkin kerana anak-anak ... Kita wanita kena tegas dan tau peranan dan hak sebagai wanita dan isteri... sas untung kerana ada wak yang gentleman :)
hai...best lah blog teacher ni..buat lah cantik2 lagi..letak banyak2..ekekeek..letak lah gambar cantik2 kat jordan
Post a Comment