Sunday, January 13, 2008

Pertemuan Membawa Berkat.....

Hari ni nak cuba buat entry style novel......


Sebaik usai solat maghrib Sarinah serta suami dan dua anak kesayangannya bergerak menuju ke bandar petroleum yang terkenal di pantai timur Malaysia, Kerteh . Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memenuhi undangan sahabat yang dikenalinya menerusi alam maya atau lebih tepat lagi menerusi blog ini .


Sarinah, maklang, mimi dan kakliza ( biar gambar nampak sisi je katanya !! )


Kereta dipandu cermat suami tercinta sambil itu di dalam hati Sarinah sedikit berasa gemuruh kerana pertemuan ini juga akan menemukannya juga dengan sahabat cyber yang sudah sepuluh tahun menetap di di Vietnam dan kini kembali bermastautin di Kerteh iaitulah Puan Mulan.
Dalam perjalanan itu Sarinah menerima satu pesanan ringkas dari rakan blogger dari Singapura yang menggunakan nama samaran kak elle .... yang amat teringin untuk hadir dalam pertemuan malam ini namun apa kan daya semua tiket bas telah habis dan yang ada hanyalah tiket kapalterbang dari Singapura ke Kuantan yang berharga Sg$645 yang menurut kak elle sama harga dengan pergi ke Sydney...pesanan ringkasnya berbunyi..
"I can smell d grilled chicken fr here yum yum and d cheese cake supaya to keep my mind of those food I am knitting away sob sob "..
Sarinah membalas pesanan ringkas tersebut .." Keep on knitting babe . I makan untuk akak ."


Sarinah serta suami dan Mulan di ruang tamu....

Jam 8.10 minit malam Sarinah tiba di rumah atau lebih tepat mahligai maklang yang sungguh indah dan menawan. Taman yang penuh dengan pelbagai pokok menyambut Sarinah serta keluarga dan kemudian kemudian disambut mesra oleh maklang dan paklang.


" Ini Mulan ke ? " tanya paklang .


" Tak. Ni Sarinah. " balas Sarinah.


" Paklang tak berapa kenal...Sarinah... nama dalam blog apa ? " paklang bertanya lagi.


" Loveujordan. " balas Sarinah kembali sambil tersenyum.


" Ohhh..loveujordan...tau-tau.. " paklang berkata sambil ketawa kecil.




Sementara menanti kedatangan Mulan dan keluarga , maklang , paklang serta jiran maklang yang juga seorang blogger dari fotopages , Saz serta keluarga Sarinah berbual mesra. Tidak lama kemudian Mulan tiba.


" Kak Rina ye... dapat juga berjumpa .. " mulan menyapa Sarinah dengan penuh sopan.

Mulan masih muda dan berwajah jelita dan menawan serta punya suami yang kacak persis hero hindustan. Pendek kata pasangan yang macam pinang dibelah dua. Anak-anaknya Zarif dan Marissa juga comel dan kebetulan malam itu pakaian Marisa dan Mimi anak kecil Sarinah serupa, baju t merah jambu dan berseluar jeans biru.

mimi dan marisa sama warna baju dan seluar.....


Jemputan semua dipersilakan menjamu selera di meja utama di ruang makan maklang yang amat selesa sekali dengan set meja makan dari kayu jati. Makanannya pula amat menyelerakan dan umum memang telah lama tahu bahawa maklang adalah seorang yang pakar dalam bab masak-memasak. Ayam bakar dengan sos barbeku, spegetti bersos daging, kentang masak oregano, salad serta dressing thousand island , kek keju dan kuih abok-abok memang betul-betul menaikkan selera setiap yang hadir. Izzat anak Sarinah yang sememangnya 'hantu ayam' menghabiskan 3 ketul ayam bakar ...... ish ish ish sungguh tak malu...bisik Sarinah dalam hatinya.


maklang, paklang, hakim serta keluarga Saz.

Sedang kami menjamu selera tiba-tiba seorang lagi blogger hadir yang merupakan ikon dan diva dalam bab masak-memasak dan fotopagesnya pernah tercatat sebagai fotopage paling popular iaitulah kak liza. Sarinah berasa begitu bertuah kerana dapat bertemu kak liza yang sentiasa menjadi rujukannya serta anak-anak dalam bab masakan dan makanan. Kak liza juga adalah jiran terdekat maklang. Sama pandai masak..teruja hati Sarinah kerana malam ini dipertemukan dengan 4 orang rakan blogger cuma sedikit terkilan kerana tidak sempat mengetahui fotopage Saz. Nanti akan ditanyakan pada maklang berkenaan fotopage itu.


juadah pada malam itu....sungguh menyelerakan.

Usai makan-makan kaum bapa mengambil tempat di ruang tamu dan kebetulan kesemua bapa adalah berkecimpung dalam bidang kerja yang sama , minyak dan gas... 'orang minyak' kalau dah bertemu memang akan bercerita tentang minyak .Taktaulah mereka masukkan agenda masalah minyak masak dalam perbualan sebab kaum ibu bersembang pelbagai topik dari Vietnam , anak-anak sampailah ke masak-memasak. Memang seronok sekali dapt bertemu dalam suasana santai begini.Telah lama Sarinah tidak merasa teruja dan gembira dapat bertemu sahabat yang masing-masing terlalu asing sebelumnya tapi bertaut hati seolah-olah telah lama kenal.




Memandangkan keesokan harinya , Ahad adalah hari persekolahan, jam 10.30 malam Sarinah serta jemputan yang lain meminta diri . Terimakasih Maklang dan paklang sekeluarga atas jemputan tersebut . Semoga bertemu lagi di lain masa. Kepada Mulan, Saz dan kak liza salam perkenalan dihulurkan semoga persahabatan berpanjangan. Itulah yang terselit di hati sanubari Sarinah .



Kereta meluncur pergi membelah keheningan malam kembali ke daerah tenang dan damai dengan syukur dipanjatkan ke hardat Ilahi.... ALHAMDULILLAH .



TAMAT.....amacam ?? ada gaya novelis tak ?????

32 comments:

Anonymous said...

Terimakaseh kembali kerana sudi ke teratak kami. Maaf sekiranya ada yang tak memuaskan..nak2 bab2 layanan dan makanan yang minta2 tak indah khabar dari rupa..

Harap2 jangan serik..nanti datanglah lagi...Maklang and Paklang memang seronok betul dapat bertemu kawan2 dialam nyata!

Harap2 ini adalah pertemuan pertama bagi pertemuan2 seterusnya...Insyaallah....

Saz ada fotopages: Ibu Sara link ada kat blog maklang

Kak Elle said...

wah wah seronok nya dia bertemu kekawan cyber in person:)

saya bersedawa beberapa kali kerna di suap olih mulan and u .....hehe...sabar....sabar....di lain masa my turn pulak....hahahaha

Kak Elle said...

lupa ... ada potensi adi novelist...continue episode kedua ok?

Kak Elle said...

sori panjang lebar pulak ahri ni...kak elle bukan nama samaran nama betul...hehe

silversarina said...

maklang,

I memang mula-mulanya mula gementar nak ke rumah orang kaya macam maklang dan risau hubby rasa tak selesa tapi Alhamdulillah hubby bagi compliment yang semua yang hadir humble dan bersahaja. Alhamdulillah.

Nanti nak set masa sesuai nak jemput kalian ke rumah kami pulak.

Terimakasih sekali lagi.

silversarina said...

kak elle, kak elle dan kak elle ,

Rugi besar akak tak terbang semalam.Kalau ada akak mesti lagi best :)

Masa makan semalam memang I ingatkan dalam hati yang I jugak makan untuk akak..burppppp ....

Kak elle bukan samaran ke?? hehehe...

Kak Elle said...

hahaha.....no leave till june rina oi .... kita umpa di KL or Sg aje lah...

nama cerita ni panjang nanti satu I pos and entry about it.

mommy said...

wah bloggers di alam maya bertemu di alam realiti..interesting..hehe

Anonymous said...

hehehe.. teringat zaman kegemilangan mirc dulu.. ramai jugak cyberfriends yg saye jumpe.. perasaan berdebar2 tu mmg ada.. anyway, i enjoyed reading your so called 'novel'. hehe. nanti kalau ade gathering lagi, boleh aa saye join same ye.. boleh kite bergossip same2.. hihihi..

SoFie NuR said...

wah..bestnye makan2...hihihi...

bile lak turn kat umah kite?!!!

Aiyah Nonya said...

Hey it is nice to met up with fellow bloggers. It is always nice to be able to put a face and a memory of the person we have been making friends with.

Btw your novel style - Ada gaya.
Continue on.

Have a nice weekend.

Pondok Al Imran said...

Salam Sarina, seronok dapat jumpa semua, eventhough baru 1st time jumpa you all, nanti jemputlah datang ke rumah Saz pulak ya. Actually Saz punya fotopages tak adalah se creative as Sarina & Mak Lang, nak tukar to blog tapi tak ada masa lagi, maklumlah siang kerja, mlm je dpt mengadap laptop

Kaklong Syikin said...

salam,

seronoknya pertemuan bloggers ni

Anonymous said...

hahahhaha...nampak gambo sipi jer yer..
tak per..kira halal jerlaa...

seronok baca citer yg dituliskan ala-ala novel..
memang ada potensi jadi novelis tu..abis arr...hehehhe

MAMAMIA said...

Cara penceritaan berjaya membawa saya seperti sama-sama berada di sana.

Buat saya lapar membayangkan ayamgolek, kentang oregano etc..

Nak cuba jadi novelis ke??

Queen Of The House said...

Seronoknya dapat jumpa kawan-kawan yang walaupun selalu berjumpa di alam maya tapi tidak selalu/tak pernah di alam nyata. Tapi bila bertemu .... macam dah kenal lama pulak.

I hope to meet Kak Elle when she's in KL this CNY.

Eddie Putera said...

haha..ini bukan entri style novel. Ini macam rancangan Nona..keh keh.

Cat Cat said...

Sungguh aku tidak sangka rupa-rupanya Kak Rina begitu berbakat sekali dalam menulis novel.

Terima kasih kepada Kak Rina kerana sudi berkongsi pengalaman pertemuan pertama kali bersama blogger-blogger yang dicintai.

Mulan said...

kak rina..!! tu make-up tebal sbb tak sempat mandi, baru sampai dari kl kan... dah tuo saya ni.. he he..

anyway saya tak boleh tido malam tu sbb happy giler dpt jumpa kak rina, maklang, saz & kak liza. seronok betol.. jgn jeles semua orangggg...!! nanti rumah siap, datang ya..

silversarina said...

princess,

Lebih menarik sebab baru kenal yang ni sapa, yang tu sapa..tak sangka pulak mama dapat berkenalan dengan rakan bolggers , jumaat ni nak jumpa sorang lagi blogger yang dah lama kenal... sape tu ekkk ??? ....heheheh.



+++++++++++


jhaz,


nak buat novel lah..hehehe.

next gathering you boleh join sama dengan syarat kena bawak beg doktor dan bagi perkhidmatan cek bp dsb nya PERCUMA.... hehehe. makcik-makcik bergossip , doktor jhaz busy checking sana sini... :)


++++++++++++++


sofie nur,


sedap makan... tak jumpa tarikh sesuai lagi nak buat kat kemaman , sebelum ayah balik atau next time bila ayah balik malaysia.


++++++++++++


aiyah nonya,


The dinner was a wonderful way to get to know each other better.. best.

A novel??? It'll take 5 years to write a novel..... tak berasap my kitchen nanti...no no thank you.

silversarina said...

ibu sara,

nice meeting you too .

tak pe nanti bertambahlah gang bloggers di kemaman ni.



++++++++++++++++


kak long,

memang seronok jumpa tambah pulak dapt makan hasil air tangan maklang yang pandai masak.... yummmyyy.


+++++++++++++


kak liza,


I memang excited betul dapat jumpa kak liza tau, tak sangka dapat jumpa. tulah I letak gambar sisi sebab takut di'saman' heheheh. harap dapat jumpa lagi :)



++++++++++++


mamamia,

wah. boleh buat novel ni lepas tu tak de sapa nak publish sebab ayat tak sedap...hehehe.

silversarina said...

qoth,

kak elle ada bagitau dia nak ke KL masa CNY tapi I tak dapat hadir sebab mungkin hubby dah balik bekerja tapi kalau dia tak balik lagi mungkin I pun akan hadir...nak jugak jumpa bloggers yang lain....InsyaAllah.


++++++++++++


adiejin,


Bukan nona ..NYONYA....minta you jadi producer...hehehe.


+++++++++++++


cat cat ,


Bakat terpendam dan terpadam je...


+++++++++++++


mulan,


akak ikhlas puji you and hubby.. memang sama padan ... tak sangka dalam masa beberapa bulan lepas balik malaysia dapat berjumpa ... sungguh tak sangka.

Kiah Kardashian said...

pergi blog mak lang tadi bau cheesecake, ni blog kak rina bau ayam pulak....

hai...takkan amik bau ajer. tak aci la camni

zlaa said...

Salam. Amboi..meriahnya dia orang. Makanan sedap-sedap pulak tu. Jealous..jealous..

Anonymous said...

Aik.. ada lagi geder-geder blogger weekend ni... sapa tu Rina, macam duduk sebelah kampung jer kan! Best nya makan dan sembang..Lain kali kita buat potluck nak????

aNIe said...

Sarina..seronok ye...sekali berkunjung ke rumah maklang...ramai pulak yang terjumpa...

Pak Lang & Maklang...memang merupakan tuanrumah yang ramah...hehehe...tk jadi tuan rumah pun ramah kan?

Bila lah kita dapat jumpa lagik...

NorAiniJ said...

Ada gaya, ada gaya novelist.. ada sambungan tak entry ni?

I rasa bukan program Nona, Nyonya ke yg jatuh rating nanti...Chef Wan pon mau tutup kedai..wekeke

Ummi said...

Kak Rina, naklah jugak join..ahhh jeles ni..

Anonymous said...

wahhhhhh memang pandai kak rina mengulas kata2. Teruja saya dengan cara ka rina bercerita..

Geli hati dengan ayat kak rina.. Bila orang-orang minyak berjumpa..hihii..

Anonymous said...

mulannn..
saya jeles tau..hihihi

silversarina said...

zakiah,

dapat bau pun dah berkat tau...ha datanglah ke pantai timur boleh kita jumpa dan makan-makan lagi.



+++++++++++++++


zlaa ,

tak pe . nanti you dah habis belajar dan balik malaysia kami buat majlis besar-besaran sambut kejayaan you, INsyaAllah.

Cheers !!


+++++++++++


cikmilah,

mailah kemaman boleh kita gader-gader lagi dan buat poyluck macam you suggest..., kalau ada pesembur rojak..waduhhhh sedapnya..hehehe.


+++++++++++


kak lady,


Memang ramah diaorang tu, sebab tu sentiasa ada je tetamu yang datang...berkat.

Nanti satu masa mesti dapat jumpa jugak, INsyaAllah.

silversarina said...

nj,

Novel ni hanya kisah pertemuan bloggers, so nak sambung kena ada gathering lagi baru sambung..so don't worry chef wan dan nona masih selamat setakat ini..hehehe.



+++++++++++++


ummi,


marilah datang kemaman, kami sambut dan buat makan-makan lagi :)


++++++++++++++


ajzie,


Kalau kat sini memang ramai orang minyak , dah tak takut dah dengan diaorang ni malah ramai anak dara yang ingin mendekati sebab dikatakan orang minyak ni poket selalu penuh..penuh dengan apa pun entah...... bil-bil kot ????