Hari pertama kami sempat ke pulau sentosa dan mengambil pakej pelancong yang lebih memudahkan urusan lawatan ke tempat seperti Aquarium , Cine Blast , Dolphin Show , Palawan Beach dan the Merlion.
Saya berasa sedikit gemuruh bila berada di dalam Cine Blast studio kerana tak tertahan dengan simulator 3D yang berkaitan kisah sebatang kayu balak menyebabkan saya memejam mata semasa separuh jalan tetapi masih terasa 'gayat' dan 'seram' nya apabila kerusi simulator serta angin yang bertiup dan jeritan dari 'penumpang/ kayu balak' memenuhi studio. Jantung mimi berdegup begitu kencang tetapi dia lebih berani dari saya kerana dia menonton dan menjadi kayu balak sehingga tamat.
di dalam Cine Blast Studio....
Setelah hampir separuh hari berada di atas Pulau Sentosa kami ke Vivo City dan saya sempat membeli sedikit cenderamata dan kami terus ke Singapore Plaza di Orchard Road. Sempat juga kami membeli belah yang kami rasa masih murah di Singapura walaupun $ lebih tinggi berbanding RM seperti leather handbags, toys dan kitchen ware.
Hari ke 2 kami sempat singgah di kediaman kakak blogger yang amat peramah dan baik hati yang saya kenali hampir setahun lalu... kak elle . Kami tiba agak lewat dari yang dirancang kerana tersilap station . Namun keramahan kak elle membuatkan kami begitu selesa menjamu selera. Sambal udang , rendang ayam serta daging rempah serta sagu dessert( tak ingat apa namanya ) memang sungguh lazat. Mimi tanpa segan dan tidak melayan pertanyaan kak elle tekun mengupas kulit udang dan menambah nasi yang amat jarang dilakukannya ( ini bukti masakan kak elle benar-benar sedap !! ) . Kak elle juga sempat menghadiahkan mimi serta kami semua dengan pelbagai coklat dan laundry basket disney dan saya juga berasa amat gembira kerana menerima pemberian sebuah handbag biru ( my favourite colour ) Jane Shilton London....
pemandangan dari atas rumah kak elle.... tersusun dan bersih.
hadiah dari kak elle...TQ TQ TQ ...
Kami berpisah setelah sejam setengah bertemu dan bermesra. Kak elle seorang yang sopan dan menarik serta baik hati dan saya berasa seperti telah lama mengenalinya. Terima kasih kerana sudi menjemput kami makan tengahari. Semoga bertemu lagi dan ingin sekali bertemu di Kemaman pula.
Kami kemudian ke Woodlands dan menyambung sessi membeli-belah dan terus ke JB dalam hujan lebat ..... Keesokannya kami menyambung percutian ke Melaka Bandaraya Bersejarah......
Percutian di Singapura benar-benar telah memberi kepuasan kepada kami dan kami akan kembali lagi suatu hari nanti ( tiket percuma ke Chinese Heritage tak sempat gunakan...)
11 comments:
Sarina...lamanya kak lady tak menjejak kaki ke sana...sejak anak bujang & anak dara tu berusia 6 & 4 tahun...Lama tuuuu....
Mesti dah banyak sgt yang boleh dilihat di Pulau Singa tu eh...
Yang best sekali dpt jumpa kak elle tu...hehehhe...dpt beg lagik...bestnya...kak elle...nak satuuuuu!!!
Rina kedatangan mu bersama keluarga mmg ku tunggu2 dgn bebesar hati maklum lah rumah saya tak seindah mahligai maklang di kerteh:)saya lebih gembira dgn tetamu yg datang dari jauh tu..dan jgn lupa kalau kemari lagi singgah ye?
tumpang lalu..kaklady kalau nak bag kena lah dtg kerumah nanti ada lah buah tgn saya pada kaklady.....hahaha
sakan kak rina jumpa bloggers ni...
teringat bawak rayyan g sentosa last year...
singapore dah jauh berbeza yek. last pegi situ tahun 79! mahal gak kalo nak vacation kat situ...
this is for kak elle;
err kalo saya pegi sana sudikah kak elle memberi hadiah surprise buat saya? dasar muka tatau malu pompuan sorang ni HAHAHAHA!
Kak rina, the last time I pergi sana masa mengandong kan Imran. Tu dia almost 7 years already. Tak tau bila lagi bole menjejakkan kaki ke sana.
kak lady,
Pakat pergi ramai-ramai kita geledah kolekso handbag kak elle...hehehe.
kak elle,
Seronok dapat bertemu akak , kat mana dan apa bentuk rumah tak jadi halangan yang keselesaan bertemu sahabat.Terima kasih.
zakiah,
nanti kita jumpa pulak ekk .. mesti rayyan happy tengok dolphin show :)
kc,
wah lama dah sangat tu tak ke negara jiran... kira ok lah jugak currency rate $1=RM2.30 daripada pergi negara lain yang lebih tinggi nilai matawangnya.
Mintak je kak elle tu ada banyak lagi handbags...hehehe.. I tak mintak ekk kak elle yang nak bagi.. :)
ummi,
Bawak anak-anak seronok kat sentosa island tu , macam-macam ada.
bestnya rina pegi jalan2 ke Singapore, saya dah lama tak kesana, plan hari tu nak pegi juga time cuti sekolah tapi tukar program pulak, bila nak ke kerteh lagi, datanglah rumah
kak rina, dah lama rasanya tak pergi s'pore jalan-jalan coz selaunya kena gi visit all my mak and pak sedara kat sana - so sudah nya time tu cukup2 visiting je. kena plan jalan diam2, nanti kalau ada orang tau we all kat sana ada yang kecik ati if we tak stop by :)
maklang last pergi sentosa entah berapa abad yang lepas...entah bila nak kesana lagi!
Bestkan kak elle tu...masakan dia memang power!
ibu sara,
pergilah bawak anak-anak mesti mereka gembira. InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau ke Cukai datanglah jengok kami jugak.
mama rock,
Ohhh kira Singapore dah macam kampung you, memang kalau balik kampung seronok dapat melawat saudara mara. I ni tak de sedara kat sana, so pergi memang nak melancong itu pun baru sempat melawat sikit je, kalau ada peluang nak pergi lagi, best.
Thank you for dropping by.
maklang,
I ni first time pergi sentosa , bawak anak-anak memang best pergi sini.
Kak elle kakak yang betul-betul kakak :)
Post a Comment