Wednesday, January 30, 2008

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom

Rabu 30 Januari 2008 21 Muharam 1429 Hijrah...... Dipetik dari harakahdaily.net.




Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.





Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.



Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.




Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.




Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.




Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.




Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.



++++++++++++++++++++++++++++++


Sedih dan sebak apabila mendapat tahu berita sedih ini. Perginya tiada pengganti. Ulama yang berpegang tegas pada prinsip nya yang berlandaskan Islam tidak pernah sesal dengan apa yang dilaluinya.


Almarhum pernah hadir di teratak kecil kami di Kemaman ini untuk sarapan pagi sebelum berlepas ke lapangan terbang kembali ke Kuala Lumpur setelah menghadiri majlis ceramah di surau kawasan perumahan kami pada malam sebelumnya. Begitu merendah diri dan amat lembut dan sopan bila bertutur.Kenangan yang tidak akan kami lupakan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman.


Al Fatihah.AMIN.


11 comments:

aNIe said...

Al-Fatihah buat Almarhum Dato' Ishak Baharom...Almarhum memang terkenal sebagai seorang ulama yang pendakwah yang disegani...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh

Takziah buat keluarga Almarhum...

Anonymous said...

Innalillahi....

Al fatihah..semoga ruhnya diletakkan dikalangan yg tertinggi...

Kak Elle said...

al fathiha untuk arwah.

cikMilah said...

Inna lillahi wainna ilaihirajiun..Alfatihah........hingga akhir ayat.
Saya amat kagum dengan keperibadian beliau, tuturkatanya cukup berhemah & berhikmah. Semuga beliau detempatkan di darjat tertinggi olehNya.

zlaa said...

AlFatihah. Sungguh sedih I membaca berita ini. Mudahan rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yg soleh

silversarina said...

kak lady,

Sayu bila teringat wajahnya yang sentiasa tenang , ulama akhir zaman yang banyak berjasa.




simah,

Ilmu yang ditinggalkannya menjadi bekalan di alam barzakh.


kak elle,

bersama mendoakan agar kita juga peroleh keberkatan dari ilmu yang dicurahkan oleh Almarhum, InsyaAllah.

silversarina said...

cikmilah,

Perginya seorang ulama sukar dicari ganti.


zlaa,


Memang macam tak percaya bila dapat tau berita ini semalam.. beruntunglah almarhum yang berjuang demi Islam hingga ke akhir hayat.

Sue.Aleen said...

lahai.. pernah jadi Mudir kat sekolah agama batu 38 rupanya... sekolah husband tu...

humble dan penyabar orangnya arwah ni.. moga dia tergolong dalam golongan orang yang dirahmati Allah s.w.t. hendaknya, ALFATIHAH

silversarina said...

suealeen,

Sifat yang mencerminkan peribadi seorang ulama.

Thanks for dropping by.

Anonymous said...

innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. moga rohnya dicucuri rahmat Allah swt.. harimau mati meninggalkan belang.. manusia mati meninggalkan nama..

silversarina said...

jhaz dear,

Tepat sekali. Tiada tolok bandingnya.