Wednesday, January 30, 2008

Keharmonian Hidup Tak Kira Di Mana..

(Amaran : Entry ini sedikit berbau perkauman !! )

Saya berasal dari Ipoh tapi hanya kembali ke sana semasa berada di sekolah menengah dan kemudian terus hidup merantau hingga kini. Semasa di sekolah dan tinggal di Ipoh saya rapat bergaul dengan kawan-kawan dari bangsa lain Cina dan India. Kami bergurau , bermain, outing di hujung minggu semuanya kami lakukan bersama. Tak kurang juga kami bertengkar dan berbahas apabila ada perkara yang tidak dipersetujui bersama dan selalunya mengenai isu perkauman.


Saya masih ingat di kalangan sahabat melayu yang suka bertekak adalah HW , di kalangan sahabat Cina pula NFC dan dari kaum India si HK . Saya masih ingat dengan jelas bila HK dan NFC komplen pasal kelebihan pelajar melayu yang menerima biasiswa, HW suka menjawab ..

" Kalau tak suka duduk malaysia, you pergilah balik India/China."

Tak lama lepas tu saya teringat HK pulak pernah kata pada HW..

" Malaysia pun bukan negara you, baik balik Indonesia lah sebab orang asli adalah orang asal Malaysia."


Saya kini menetap hampir 20 tahun di Kemaman(terengganu) yang rata-rata penduduknya adalah bangsa melayu dan sekolah yang pernah saya curahkan ilmu adalah 100% pelajarnya berbangsa melayu. Saya berani mengatakan orang tempatan (terengganu) amat kurang memahami budaya dan cara hidup bangsa lain walaupun negara Malaysia adalah negara majmuk berbilang bangsa .Tapi ini tidak bermakna melayu terengganu memusuhi /membenci bangsa lain, cuma kurang mengenali , itu sahaja.


Baru-baru ini ada seorang sahabat suami yang pada asalnya hendak membeli rumah di sebuah kawasan perumahan tapi membatalkannya kerana dia dapati rumah yang dia beli dikelilingi rumah bangsa lain khususnya bangsa Tionghua. Saya rasa alasan yang diberi tidak masuk akal, hanya kerana tidak mahu berjiran dengan bangsa lain dia membatalkan niat membeli rumah tersebut. Selepas 50 tahun merdeka masih ada lagi sifat perkauman yang menebal di kalangan rakyat malaysia dan saya pasti bukan sahabat ini seorang sahaja yang berperasaan begitu. Memelikkan saya orang Tionghua boleh tinggal dikelilingi bangsa melayu tapi tidak sebaliknya.



Jiran hadapan dan belakang rumah saya adalah berbangsa Tionghua dan mereka cukup baik dan tidak pernah memberi sebarang masalah kepada kami walaupun telah berjiran hampir 10 tahun ( jiran hadapan baru 4 bulan kerana dia baru membeli rumah tersebut). Semasa Mr. N , jiran di belakang rumah ingin meletakkan pagar konkrit di bahagian dapur, dia siap datang berbincang untuk berkongsi tanah sebanyak 3 inci seorang disepanjang pagar konkrit tersebut dan kami bersetuju.Izzat selalu bermain bola di halaman rumah dan pernah sekali bola terkena pasu Mr. N dan pecah, Izzat memohon maaf dan tidak pula dimarahi Mr. N .


Walaupun baru mengenali Mr C , jiran di hadapan rumah, kami sering berbalas kuih dan coklat dan pernah kami secara kebetulan makan di restoran yang sama dan Mr C dengan baik hati membayarkan harga makanan kami. Saya amat senang bergaul dengan keluarga Mr.C . Walaupun anjing Mr C akan menyalak setiap kali Izzat turun dari bas sekolah kerana masih belum kenal Izzat , itu tidak menjadi masalah, lambat laun pasti anjing itu tidak menyalak lagi dan hanya akan melompat-lompat bila nampak Izzat... ( maklumat hasil pengalaman kawan Izzat yang tinggal di kawasan kami yang juga berjiran dengan bangsa Tionghua ).


Manusia dilahirkan belbagai bangsa, warna kulit, agama, adat resam tapi tidak bermakna kita tidak boleh bersatu dalam menjamin keharmonian hidup tak kira di mana kita berada..........

12 comments:

Queen Of The House said...

Syukurlah you dapat jiran-jiran yang baik, tak kiralah bangsa dan agama apa pun. My next door jiran ... alahai, buats akit hati aje kalau fikirkan. Itulah, kalau hidup berkomuniti, kenalah tahu nak jaga hati jiran2.

Cat Cat said...

Kak Rina,
Betul cakap Kak Rina... Kita ni semua manusia jugak... Apa sangat nak kira kaum, bangsa, warna dan agama...
Cath pun ramai jugak kawan bangsa melayu dan india... Pernah juga berkongsi hati dengan orang terengganu tapi apa nak buat, jodoh tak ada... :(

Ummi said...

kak rina.. betullah tu.. tak kira bangsa sepatutnya kita mesti hidup harmoni.. orang iraq sebelah i ni suka memberi makanan.. :)

Anonymous said...

Sokong Cath!!!!
sejak mula kerja sampai kini, 70% of my collegue are C and I. Mereka sebenarnya hormat kita lebih jika kita hormati diri & agama kita sendiri. Alhamdulillah, so far we talk freely. Memang ada beza pendapat tapi kata kuncinya ialah hormat. Jangan tak tau, cikMilah sibuk baking biskut dan kek untuk CNY, next week. Sampai auntie Wong depan rumah sudah jerit..."Ooi.. hang nak raya ka, aku yang nak Makan Besar...hahaha". Boleh di gelaknya kita!!!

Kak Elle said...

sebagai rakyat yg hidup di negri cosmopolitan mesti pandai menyesuaikan diri...tak kira bangsa atau ugama...

kita kena belajar hidup bersama sebagai rakyat dan jiran...

di maklumkan saya tak pernah keluar ngan malay guys mostly chinese..saya tak kisah pasal kami hanya berkawan sahja dan mereka sgt hormati budaya melayu kita..bila ke rumah pandai menyesuaikan diri dgn my family.

Rina both my neighbours kiri kanan semua bnagsa china dan kami sungguh damai:)

blackpurple @ jowopinter said...

Salam kak sarina.

Di kawasan perumahan saya rasa muhabbah itu agak kuat juga. Jiran sebelah kanan saya bangsa Cina. Ok saja. Setiap musim perayaan bertukar2 buah tangan.

Tapi tak dinafikan, perasaan sangsi disebab perbezaan kaum tetap akan ada, tak banyak pun sedikit. :)

Anonymous said...

Kat taman saya ni pulak ada sorang je C, tupon dia tengah jual rumah dia. Teori saya, mungkin dia bimbang kalau ada kematian ke apa, takde orang dia kat situ kot.

silversarina said...

qoth,

Alhamdulillah jiran I okay, memang sukar kalau tak dapat jiran yang boleh bertolak ansur.


cat cat,

Masih ramai manusia yang sukar untuk berkasih sayang sesamamanusia tanpa mengira kaum dan agama, tapi kita yang sedar akan pentingnya suasana muhibbah ini perlu mainkan peranan memupuk sayang sesama manusia biar keamanan menjelma selamanya.

silversarina said...

ummi,

orang iraq dan arab memang patutnya lebih faham apa itu keamanan setelah mengalami penindasan dan kacau-bilau di negara sendiri.

Peace !!



Cikmilah,

CNY ni seronoklah jiran-jiran you dapat makan kek dan kuih... :)

silversarina said...

kak elle,

I pernah bagitau Anuar yang I dapat rasakan yang Singaporeans lebih mengamalkan muhibbah sebab I dapat lihat kak elle sendiri tinggal berjiran mostly dengan bangsa Cina dan dapat hidup aman damai tanpa rasa curiga antara satu sama lain.



blackpurple,

Baguslah kita semua dapat tinggal berjiran dengan bangsa selain melayu agar dapat mengenali adat budaya mereka dan secara tak langsung perpaduan dapat dijelmakan, InsyaAllah.



anonymous,

Emmmm ... mungkin betul pandangan you atau mungkin ada sebab lain. apapun jiran adalah orang yang paling dekat dan rapat yang perlu kita semua sayangi.

kakLuna said...

prejudis,prejudis,prejudis...mmg itulah ada dlm jiwa org malaysia. baik kaum melayu terhadap kaum lain, begitu juga sebaliknya.

sy pernah, sedang dan akan seterusnya melalui keadaan2 itu.rumah sy skarang dibeli dr org cina, off course la jiran2 sy nnt juga cina. tp Alhamdulillah, sy x de msalah sbb sy sudah lama berkecimpung dgn pelbagai bangsa samada masa berjiran kecil2 dahulu atau ketika bekerja.

sy mgakui mmg melayu lah yg paling prejudis tetapi kaum cina pula terkenal dgn sifat kedekut,india pula sukar berbaik sangka dgn cina.

pd sy begini, kalau selagi x memesong akidah kita, apa salahnya berbaik2 dgn mereka, kelak kita juga akan mendapay layanan yg baik dr mereka.

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold h3l6n7ht