Tuesday, January 29, 2008

Bila Body Diulit di Mayang de' Ulit....

Akhir sekali dimanjakan body ini adalah Syawal lalu dan semalam saya dan maya ke Spa Mayang de' Ulit di Kerteh . Tujuan kami hanya untuk dibelai body dan mendandan rambut di spa kepunyaan sahabat baik saya yang telah membuka spa ini demi minat dan hobi melihat wanita menjaga kecantikan dan merehatkan badan lepas penat bergelumang dengan anak-anak , kerja rumah dan pejabat.


Pada mulanya saya bercadang untuk lulur rempah tapi bila tiba di sana saya lihat ada satu servis baru yang dijalankan iaitu body hidroterapi saya memilih untuk mencuba khidmat ini. Terlebih dahulu air suam diisi ke dalam bath tub dan dipasang alat mengeluarkan bubble dan dititikkan larutan khas untuk tindakbalas bubble dan mengurangkan sebarang penyakit jika ada yang dirumus khas oleh Dr Phulket perintis Healthy Bubble Bath.
Mula-mula terasa begitu panas bila body terkena air buih yang terpasang.Beberapa posisi seperti duduk , mengiring, menyangkung, meniarap perlu dilakukan semasa proses bubble bath ini. Ini bertujuan agar bubble ini mengenai points utama di badan untuk menyahtoksid dari badan. Terasa nyaman dan sedap sekali menjalani proses ini yang berakhir dalam masa setengah jam.LEGA...
Lulur lain kali kerana Syawal dah buat lulur dan pada saya lulur adalah satu rawatan badan yang paling enak dan saya cadangkan buat kaum wanita untuk mendapatkan khidmat lulur ini. Lulur bukan sahaja menghilangkan daki dan kekotoran yang melekat di badan jika ada malah ia juga dapat membetulkan urat saraf dan pengaliran darah apabila diurut semasa proses lulur dilakukan. Cubalah....
Maya pulak memilih untuk membasuh dan trim rambut serta lulur . Bebarapa kali dia mengekek ketawa apabila dilulur di bahagian ketiak.... sampai ke malam dia masih eksyen kerana kulit dan body nya nampak putih melepak , licin dan bersih. Memang best katanya.
Outing ibu anak semalam memang telah lama tidak kami lakukan dan ianya sesuatu yang mengasyikkan terutama bila body masing-masing diulit di Mayang de' Ulit.......

12 comments:

Cat Cat said...

Wah, luxury-nya... Dapat massage2 & bubble bath pulak tu... Cath dah lama idam nak gi massage kat spa... Tapi kat USA, mahal sangat... $75 for 1/2 hour.

silversarina said...

cat cat,

Kat US dan Jordan memang mahal nak urut2 ni, kat sini murah je , RM40 1/2jam .

Nanti you balik boleh urut dan lulur selalu biar makin gebu sampai Robert terpaksa geleng2 kepala lagi..hehehe.

aNIe said...

Alamak...Rina...jelesnya kak lady...apa taknya...dah lama tak pergi SPA...last pergi semasa sebelum raya tahun lepas...

Bestkan bila dpt orang urutkan badan...ringan rasa badan...mata pun macam nak lena aje...

Ummi said...

alah.. syioknya.. last sekali pergi bulan april tahun lepas.. ni yang nak buat ambik cuti and terus pergi ni..

Anonymous said...

Ala jealous nyerrr...cikMilah kalau buat facial atau urut sure lena punya,bila dah siap beautifian kejut kan , wah , segarnya alam maya!

Kak Elle said...

rina tak aci patut I pergi Spa tu...ni badan ngah sakit2 sekali...

silversarina said...

kak lady ,

Ambik 'cuti' pergilah membelai diri di spa pasti best.


ummi,


You deserve it..oh La la !!



cikmilah,


Leka dan lena bila diulit :)



kak elle,

Mai datang sini kita pergi Mayang de' Ulit :)

Makcik Runner said...

syiok tau kena urut ni! malam tidor mesti lena kan?

Anonymous said...

kak rinaaaa.. best nya kakkkk dapat mengulit badan...


p.s
Kak rina saya belum sempat pos lagi.. insyallah saya akan cuba pos dalam minggu ini yea kak. Minta maaf.

silversarina said...

kc,

berehat sambil meluruskan urat agar kembali segar :)


ajzie,

Tak pe. Bila lapang baru pos , akak tak kisah .

Take care !!

Eddie Putera said...

nak lulur gak ah..daki banyak ni..tang ketiak ngan siku..

silversarina said...

adiejin,

Mintak cik Farah genyeh dan sental dengan berus dawai gerenti licin semuanya..gurau ekk...