Tuesday, January 15, 2008

RUGIKAH RM DEMI PENDIDIKAN ????

Ibu bapa diminta 'tak berkira' dengan sumbangan

KEMENTERIAN Pelajaran mengakui peruntukan disalurkan ke sekolah setiap tahun tidak cukup bagi menampung semua aktiviti dirancangkan sekiranya sesebuah sekolah itu mempunyai banyak perancangan meningkatkan kualiti pelajar mereka. ..........

Kos pendidikan di Singapura, Indonesia lebih tinggi

BEBERAPA pemimpin persatuan mewakili ibu bapa di negara jiran menyifatkan bayaran bagi pendidikan di negara ini adalah termurah dan terbaik di kalangan negara Asia, malah boleh dikategorikan antara terbaik di dunia. ...........



Dua tajuk rencana di atas dimuatkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 14hb. Januari 2008 membuat saya termenung seketika kerana isu yuran sekolah tidak habis-habis dibincangkan semenjak sessi persekolah bermula awal tahun ini.

Sedikit terkilan kerana kenapa baru sekarang isu yuran sekolah ini menjadi isu panas sedangkan telah selamanya setiap anak yang bersekolah memang semestinya membayar yuran sekolah .

Apa yang diutarakan di sini adalah pandangan peribadi saya terhadap isu panas ini.

Semenjak dari sekolah tadika, sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah bagi anak-anak saya kesemuanya saya masukkan ke institusi pengajian swasta melainkan maya dan sofie yang saya masukkan ke sekolah agama kerajaan negeri dan mrsm apabila mereka berada di tingkatan 2 dan 4. Soal yuran sekolah tidak pernah menjadi isu dan beban bagi kami kerana kami tahu institusi pengajian swasta dan kerajaan yang dipilih dapat memberikan suasana pembelajaran yang terbaik .

Saya tidak mengerti mengapa ibubapa menganggap yuran yang sekadar RM 100 - Rm300 setahun menjadi beban kepada mereka sedangkan ilmu yang diperolehi tidak ternilai dari segi wang ringgit. Memang benar adalah tanggungjawab pihak pentadbiran negara menyediakan segalanya secara percuma tetapi dalam konteks negara Malaysia yang sedang membangun memang mustahil perkara ini boleh terlaksana dalam masa terdekat.

Baru-baru ini semasa di KL kami sempat berbincang isu yuran sekolah dan saya memang tidak pernah tahu berapa yuran sekolah yang dijadikan isu hangat ini dan setelah bertanya kepada anak saudara yang bersekolah di sekolah menengah kerajaan yurannya hanyalah RM86 setahun dan buku teks percuma. Saya terlopong seketika kerana tidak menyangka begitu murah yuran sekolah menengah ketika ini sedangkan saya membayar RM860 untuk pendaftaran Izzat dan RM640 untuk pendaftaran mimi tidak termasuk yuran bulanan.

Walau bagaimanapun saya berasa kerajaan perlu melupuskan yuran sekolah 100% kepada keluarga yang tidak mampu dan rasanya tidak sukar mengenal pasti keluarga mana yang mampu atau tidak dengan kerjasama dari rekod yang ada di jabatan kebajikan masyarakat dan JKKK.

Bagi majoriti rakyat Malaysia rasanya tidak perlu bising-bising atas isu ini kerana sememangnya tanggungjawab ibubapa membiayai kos sara hidup , perlindungan dan pendidikan anak-anak dan telah diberi buku teks percuma sudah lebih dari memadai. Usahlah menganggap nya sebagai beban kerana apa yang diperolehi oleh anak-anak dalam pendidikan adalah demi masa depan mereka juga.

Amanah sebagai ibubapa mendidik anak akan diberi ganjaran pahala dan syurga menanti buat sesiapa yang melaksanakan amanah dengan niat ikhlas hanya keranaNYA.



18 comments:

Kak Elle said...

wow..wow...yuran sekolah di Malaysia mahal ye?kalau murid2 dr golongan tak termampu membayar bolih dpt subsidy tak Rina?

tu lah I tertanya2 juga bila membaca di blog2 ramai yg mereka terpaksa mengeluarkan $$ untuk membayar yuran...katakan kalau yg mempunyai anak 2-3 ke sekolah macam mana tu?walaupun yg saya tahu tahun ni text books free dr kerajaan...yuran ni terlalu tinggi untuk yg tak kemampuan..*this is my opinion as a neighbour*....

here in sg secondary school students pay $8 fees every month and primary school $5 per month.The needy will get subsidary and pocket fund and ofcourse free text books...these are govt school.. and some school provides breakfast for really poor children which so far very encouraging:)

The SAP school fees are higher about $200 per month but once again if the gifted child comes from an average family income they also get help from the school or bursary.

Here also if the child is in top 10 and come from a family income of less than $3000 they get edu fund of $200 - 300 depending of schools level...and of course there are badan kebajikan that give away bursary even to primary school students....any outings is paid 50%by edu-fund too.

sorry eh Rina panjang lebar pulak hari ni.....

finally school fees are deducted from parents acct directly so student do not need to carry extra $$ to school.

mana gambar laksa nyonya tu?nak tengokkkkkkkkkkkkkk

Unknown said...

SILVERINA...:)

Baca novel di bawah berulang kali -suka sgt dengan kemeriahan suasana pertemuan bloggers tu...watak2 utama novel memang ramah dan baik hati belaka....dah tu makanan fuyyyoooooo best best nampak!!!

now, pasal yuran sekolah - saya rasa, kenakan yuran setimpal ok jer, tapi jangan lah gomen cakap education free tapi kenakan bayaran itu dan ini.
cakap jer, mana ada free dalam dunia nie - nak sekolah bayarlah!
tanggung jawap gomen menyediakan pekerjaan, majukan negara, bawa pelabur asing, sediakan infrastuktur, bayar gaji mencukupi, kontrol ke amanan negara dan keselamatan anak2 kita...TELUS!!! biar ada ketelusan...rakyat tak lah konfuse....

heheheh

itu pendapat saya la...

idham

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Saya bersimpati dengan ibubapa. Tetapi dari satu hal yang lain, kalau yuran ASTRO, kos mencuci kereta di pusat mencuci kereta saban minggu, kos membeli rokok, kos membeli alat solek mampu dibeli / dibayar tanpa rungutan, apalah sangat dengan kos pendidikan anak-anak.

Dari satu hal yang lain, isu pendidikan sepatutnya tidak dijadikan isu politik untuk parti-parti tertentu, parti dominan terutamanya. Pendidikan adalah pendidikan. Jangan berdolak-dalik. jangan jadikan kata-kata 'pendidikan percuma' itu cuma sekadar retorika. Membandingkan negara ini dengan negara lain dalam isu-isu yang melibatkan duit adalah perbandingan yang kurang bijak.

[Cuma pendapat saya]

Kiah Kardashian said...

Yang menjadi isu nyer yuran skolah tu tahaper haper. ada yang mintak yuran komputer RM30 setahun tapi komputernyer tak nampak pun. Aper hal pulak? itu kalau sorang. Kalau 3 orang?

Jadi bg la option; economies of scale. Sapa anak ramai skolah yang sama kurangkan la charge per head.

yang jadi isue lagi yuran naik...gaji mak bapak tahap tu aje. Banyangkan starting salary bebudak baru grad sama macam 10 tahun dulu. ada jugak yang offer Rm1200 sebulan?!!.

eh kita takder anak skolah lagi la kak. Tapi...ini aduan orang orang terdekat la...kalau anak saya skolah sok tah yuran aper lagi la tuh.

cikdinz said...

pemimpin kita takde alsan lain. m'sia punya lebih murah dari negara lain...
dah basi lah alasan tuh....

zlaa said...

Salam. Wah..isu panas ni.. Sebenarnya I setuju dengan Idham. Kenakan yuran yang setimpal. Tahun ini agak 'bising' mungkin silap faham parents, sebab ingatkan yuran sekolah akan free sebagaimana yang diuar-uarkan. Tengok-tengok yang kurang hanya beberapa ringgit saja. Mana tak bising..

Sebelum tahun ini, tak ada masalah pun. Yang kurang berkemampuan pun masih membayar yuran sekolah anak-anak tanpa rungutan. Dan Alhamdulillah, tahun ini juga dengarnya buku teks free. Itu yang sepatutnya.

Anak-anak you cukup bertuah. Tapi, tak semua bertuah macam anak-anak you. Only very small percentage yang berkemampuan hantar hantar anak ke sekolah swasta. Jika di kampung-kampung, untuk hantar anak tuisyen di sekolah pun tak mampu walaupun sekolah dah bagi subsidi. Ada yang ibu hanya berjual nasi lemak, bapa lari entah ke mana, dan kebanyakan bekerja kampung yang pendapatan tidak tetap ataupun tinggal di bandar tapi pendapatan cukup-cukup makan. Eh.. dah keluar tajuk ni..

Tapi, seeloknya berilah subsidi pada golongan kurang berkemampuan. Itu lebih bermakna.

Makcik Runner said...

ekcelikan che dah bosan ngan retorik ruling govt nih. balik2 isu basi yg dah terlebih dos bakteria...

dr dulu sampai skrg rakyat tak pernah lak dengar bising pasal kena bayar yuran sbb yuran tahunan kat sekolah anak che ni cuma dlm kadar affordable lagi. ni tetiba PU tak lama lagi keluarlah segala macam isu lama dan lapuk..aiyah! gua sudah bosan lorr..hehe

tapi che setuju kalo yuran tu dimansuhkan kpd golongan miskin dan kurang mampu sbb rasanya ramai rakyat mesia yg masih tergolong dlm kategori daif..yg ni kena check betul2 lah jgn yg mmg mampu pun dapat habuan sekali

silversarina said...

Kak elle,

Terimakasih kerana panjang komen dan memberi info tentang pendidikan di Singapura.

Nampaknya kerajaan Singapura lebih perihatin dalm bab pendidikan dan meyediakn pelbagai kemudahan dan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan . Dengan ini setiap rakyat tidak punya alasan untuk tidak meneruskan pelajaran
sehingga ke peringkat tinggi.

gambar laksa nyonya dalam next entry ye...... mimi suka sebab ada udang :)

silversarina said...

idham,

kalau ada watak 'bakpo' tu mesti novel lagi mengancam dan gathering lebih meriah :)

Saya mula memahami kenapa ibubapa menyuarakan rasa tidak puas hati dalam isu yuran ini kerana telah dijanjikan yuran percuma dalam masa sama masih banyak yuran yang tidak perlu dikenakan.

Saya bersetuju adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tapi apa yang terjadi kini semakin ramai graduan menganggur .

terimakasih berkongsi pandangan.

silversarina said...

bp,


Terimakasih kerana meninggalkan komen yang panjang kerana tujuan akak membuat entry ini adalah memang ingin mengetahui apa sebenarnya yang menyebabkan isu yuran ini panas.


Tentu sekali tidak berasas nak bandingkan yuran antara negara kerana purata pendapatan di antara negara juga berbeza. Pihak pemerintah tidak pula membandingkan dengan negara yang menyediakan pendidikan percuma sehingga ke peringkat IPT seperti Germany . Bila pendidikan dipolitikkan jadilah ianya satu pembohongan yang nyata.

silversarina said...

zakiah,

OOO ini jugak satu lagi maklumat yang ingin kakak tahu. Rupanya ada yuran yang dikenakan haya sekadar mengutip RM tapi 'habuk pun tarak'..kalau akak pun marah. Pelik tu bila di sekolah swasta ok pulak berjalan kelas/aktiviti yang termasuk dalam yuran jadi yuran yang dibayar tidak lah dikira 'menipu' ibubapa . Tentang dikurangkan bayaran bagi yang anak ramai bersekolah di sekolah yang sama, di sekolah izzat memang telah dilaksanakan sejak sekian lama.

Rasanya masa Rayyan masuk sekolah itu yuran bangku di kantin jugak akan dikenakan...hehehe.

TQ for sharing .

silversarina said...

cikdinz,

Orang politik memang kerjanya bercakap tak kira apa yang dicakapkannya berulang dan tidak masuk akal . Tapi pelik bila mereka bercakap ada saja kepala yang mengangguk dan mengiyakannya tak kira apa saja isu yang diulas .

silversarina said...

zlaa,

Thanks sebab share your opinion dalam isu ini. Actually I hairan jugak bila yuran sekolah ada ibubapa yang berkira sangat tapi kalau benda lain macam kata blackpurple di atas seperti rokok, astro dan lain-lain lagi tak kisah pulak buang duit.

Memang sepatutnya pelajar luar bandar di kecualikan dari dikenakan yuran .

Agaknya lebih elok yuran yang RM4.50 / RM9.00 itu yang wajib dibayar dan yuran 'mengarut' yang sampingan tu yang dimansuhkan dan dibiayai oleh kerajaan.

Rasanya dari isu Sains Matematik in English sehingga kini isu yuran makin menyerlahkan kelemahan kementerian pendidikan tapi pihak yang bertanggungjawab buat muka selamba seolah-olah nothing happens...

silversarina said...

kc,

Pemansuhan yang diwar-warkan akhirnya memakan diri sendiri dan menteri yang berkenaan nampak gelabah dalam menangani isu ini .

Sejak kembali ke tanahair I sebenarnya malas nak menganalisa isu-isu berbangkit ini mungkin kerana I tidak 'menggunakan servis 'dari sekolah kerajaan tapi rasa terkilan jika rakyat kurang mampu/ miskin masih dibebani dengan isu yuran ini.

Thanks you beri pandangan.

maklang said...

maklang ada dengar jugak orang komplen. kata yuran free tapi yang dipotongnya ialah yuran RM4.00 aje..

david santos said...

Good posting, Silvesarina. Thank you.

Justice for Nurin Jasmin

aNIe said...

Kak lady ni memang setuju kalau yuran dihapuskan 100% bagi mereka yang tak berkemampuan...tapi bagi mereka yang mampu apa salahnya membayar ...lagik pun sekarang ni mana ada bende yang percuma...segala2nya nak guna duit.

Aktiviti sekolah sekarang pun kalau nak dijalankan...nak jugak sumbangan duit...cuma kita harap wang yang disumbangkan itu digunakan dengan sebaik mungkin ke arah yang boleh memberikan menafaat untuk semua.

Kalau lah terasa wang yang dibayar tu mahal...anggap ajelah kita sama-sama menyumbang untuk golongan mereka yang tak berkemampuan...

silversarina said...

maklang,

mana tak bising sebab ingatkan yuran yang mahal tu dipotong rupanya yang sikit tu, macam tertipu jelah ibubapa rasa.



+++++++++++


david santos,

thank you for being here !!



++++++++++++


kak lady,

sekolah di bandar kebanyakan ibubapanya dari golongan mampu bayar yuran jadi okay lah bayar lebih demi perlaksanaan aktiviti di sekolah. Semoga perkara ini tak berlanjutan dan berilah keadilan pada ibubapa yang berpendapatan rendah dengan memberi pendidikan percuma kepada anak-anak mereka.