Wednesday, June 25, 2008

JEMPUTAN MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami sekeluarga mempersilakan

Tuan/Puan / Encik / Cik



SEMUA NAMA DI DALAM SENARAI SILVER LINKS DAN SEMUA YANG PERNAH MENINGGALKAN KOMEN DI DALAM BLOG LOVEUJORDAN DAN SAVE & SOUND SILVERSARINA



seisi keluarga ke MAJLIS MENYAMBUT MENANTU sempena perkahwinan putera kami



ZAID BIN ANUAR


dengan pasangannya


SITI NURADZRA BINTI ZULKAFLI


pada hari Sabtu, 19 Julai 2008 di Kemaman.




Bunga rampai kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Semoga Majlis tambah berseri dan diberkati.









*********************************************************************



Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghantar jemputan secara peribadi kepada semua bloggers kerana tidak semua yang saya ada alamat surat-menyurat dan emel . Apapun saya amat berbesar hati sekiranya para sahabat semua dapat hadir ke majlis tersebut.




Maaf juga saya pinta kerana saya tidak dapat aktif blogging buat masa ini , baru terasa 'semput' terkejar ke sana terkejar ke sini dan mulai esok anak-anak saya akan pulang bercuti , bertambah sibuk lah saya nanti .




Saya doakan agar semua sahabat sihat dan ceria selalu .



27 comments:

cikMilah said...

Terima kasih mak pengantin...Semuga majlis beroleh rahmat dan berkat. Doa di kirim dari jauh...Wah.. berpenat sikit tak apa kakRina , semua cahaya mata berada di depan mata. Selamat berbahagia...

maklang said...

patut lama menghilang...

Doakan maklang cepat sembuh, mana tahu by then dah boleh berjalan2 nak pergi wedding..InsyaAllah...tapi paklang tak ada waktu tulah...nak ke Melaka, ada family day.

Neeza Shahril said...

kalau neeza kat sini, Insyaallah neeza pergi. Apakan daya, neeza jauh beribu batu... neeza doakan majlis berjalan dengan lancar..

semoga kak Rina tak semput di hari majlis nanti sebab nak salam dengan orang ramai.. hehehe.. kena duduk lah jawabnya mak pengantin sebelah bapak pengantin.. dapat lagi 1 pasangan pengantin hehee..

silversarina said...

cikmilah,

Sama-sama, terimakasih atas doa yang diiringi .

Tak sabar nak kumpul semua ahli keluarga which will be after 9th of July :)

silversarina said...

maklang,

kad maklang ada I simpan dan minggu depan ni memang nak distribute kad jemputan di area kerteh.

Maklang jaga diri, usah buat kerja berat2 lagi tau, biar sembuh sepenuhnya .

silversarina said...

neeza,

Nak jemput mak neeza jugak ni,akak masih lagi belum habis hantar kad jemputan...area bukit kuang pun belum sampai lagi, InsyaAllah dalam 3 hari ni akak akan ke area situ.

zlaa said...

Terima kasih. Doa saya dari kejauhan muga majlis walimah ini berlansung dalam penuh keberkatan dan dipermudahkan semua urusan.

silversarina said...

zlaa,

Terimakasih . Semoga bertemu di majlis perkahwinan anak-anak yang lain ... lambat lagi kot :P

KAMATO said...

Semoga perjalanan kenduri itu akan berjalan lancar

zino said...

semuga majlis berjalan lancar... ada tanya mem nak pegi kenduri tak?
dia tanya kat mana?
trengganu.. hehe
ha??

biasa utk majlis pertama memang macam tu bila nak buat kali kedua tak ada risau langsung hehe

Cat Cat said...

Kak Rina,
Cath jauh, tak dapat nak hadiri ke majlis Kak Rina menyambut menantu... Cath jamu aje kat alam ciber ya... Tima kasih Kak Rina.

Anonymous said...

mekasih di atas undangan itu tapi rasanya tak dapat hadir pada hari tuh...apa2 pun selamat menyambut menantu pulang...hehehe. mesti meriah giler nih

KC

Mulan said...

insyaAllah... tak lama dah tu..!! bantuan sedia menanti ni..

Kak Elle said...

terima kasih di atas undangan tapi apakan daya saya tak dapat bersama sebagai di rancang dulu sebab kami akan mengadakan tahlil 40 hari untuk arwah bapak pada 20th June...apa2 pun saya ucapkan selamat pengantin baru pada mempelai semoga istana yg dibina akan kekal keakhir hayat insya'allah.

Best nya semua akan pulang bersama menjayakan majlis.

Pi Bani said...

Terima kasih kerana sudi menjemput, walaupun tak dapat nak hadir, cuma dapat kirim doa saja dari jauh, semoga majlis mendapat berkat dan berjalan lancar.

Jangan lupa nanti lepas majlis, dah dapat rehat sikit, letaklah gambar2 majlis dalam blog. Tak dapat hadir majlis, dapat tengok gambar pun jadilah. Nak juga tengok kot-kot mak pengantin pulak lebih glamour dari pengantin... :)

Kak Elle said...

tahlil 40 hari pada 20th July salah type tadi...maaf.

ROFI said...

Kak Rina,

Terima kasih atas jemputan. Kalau ada kelapangan, insya Allah, akan diusahakan.

Take care and selamat pengantin baru buat pengantin.

Sue.Aleen said...

kak rina,
practise make perfect. ada lagi 4 orang nun! jangan semput dulu! rehat2kan diri sebentar.

camni ler kenduri kawen.. memenatkan walau pun simple je!

neway, saya kena pujuk cik abang kalo nak pergi. maklumlah dia tu yang bakal driver...

cikliah said...

Selamat Pengantin Baru opsss... Selamat Mendapat Menantu...
Tahniah ! Tambah sorang anak baru dalam family... ;)

NBK466 said...

Apa salahnya gunakan kemudahan jaman IT nie utk kebaikkan... Harap2 segalanya SUKSESS yah..

mama said...

ok kalau ade rezeki insyaAllah saya p majlis kak ina tu coz tempohari hubby ade jgk bunyi cam nk pergi.
selamat berbahagia

Anonymous said...

congrats dapat menantu baru..
congrats to pengantin baru as well..

tengok la kalau free kita org datang melahap nasik minyak haha! insyaAllah...!

Aiyah Nonya said...

Thanks for the invitation.

Congratultions to the bride and groom. Wishing them all the best. And to you too.
Take care,

silversarina said...

kamato,

Terimakasih atas doa itu kerana saya amat memerlukannya ,risau juga walaupun majlis hanya buat sederhana aja.



zino,

walaupun pengantin dah kahwin tapi bila kata kenduri memang nak kena pastikan pelbagai perancangan berjalan lancar. Tulah kan kalau anak yang yang lain kawin sure dah tak kalut sangat sebab dah ada pengalaman .



cat cat,

Terimakasih kerana sudi hadiri kenduri akak walau di alam cyber, nak pos gulai kawah thru DHL , diaorang terima tak...hehehe.



KC,

Kalau free boleh lah jalan2 ke kemaman.. anyway thanks .

silversarina said...

mulan,

Ahad ni akan ke Kerteh distribute kad jemputan, InsyaAllah . Datang jangan tak datang, tak datang tak nak kawan dah..hehehe.



kak elle,


Terima kasih mendoakan perjalanan majlis berjalan lancar dan juga buat pengantin 'lama' . Kami juga doakan agar majlis kenduri athlil arwah atok juga mendapat berkat, InsyaAllah.



Pi Bani,

Salam, terimakasih kerana menerima jemputan kami, InsyaAllah saya letakkan gambar-gambar majlis nanti... mak pengantin memang gila glamour, baju kelip-kelip ..hehehe.

Bila balik Ipoh hajat hati memang nak bertemu Pi Bani namun tak pernah tercapai niat sebab jadual di Ipoh selalunya padat sebab kedua-dua belah family tinggal di Ipoh , so kena round pergi semua rumah . Namun saya akan cuba cari ruang dalam trip yang akan datang ( raya ) mungkin kita dapat bertemu .



rofi,

sila dan jemput hadir, boleh kenal dan bermesra. Terima kasih.

silversarina said...

suealeen,

Ha ah berderet lagi ayang akan kahwin, InsyaAllah, majlis yang ni second round , so memang buat majlis sederhana je.

semoga berjaya pujuk cik abang , jemputlah datang ye .



cl,

Terimakasih.kalau lapang jemput datang kemaman.



nbk466,

Tq kerana sudi mendoakan kejayaan majlis, dah semakin jauh je rasa nbk nun di selatan tu....salam pada mem ye.



mama,

datang ye jangan tak datang ... lama dah nak jumpa , salam pada baba .


jinggastudies,

Ni orang dekat memang kena datang, kalau tak akak tak nak kawan dah... hehehe.



aiyah nonya,

Thanks for the wishes .


Btw, I'll find time to read your Siem Rap trip , haven't finished reading the adventure yet !

Have a nice weekend.

Mak Teh said...

Sarina, selamat menyambut menantu dan cucu! Terima kasih di atas jemputan. Nampaknya susah nak datang tp manalah tahu kut ada rezeki kami mungkin sampai. Hehehe!