Saturday, June 14, 2008

Kisah Makan Kenduri.....

Nak sambung kisah makan kenduri semalam.....

Punyalah sedapnya lauk-pauknya.... nasi putih, gulai kawah , singgang ikan tongkol, sambal belacan, ikan masin goreng, labu kuning masak air, jelatah timun dan nenas perak style . Semua saya ambil kecuali singgang ikan tongkol sebab memang tak suka singgang. Mimi makan nasi dengan gulai kawah (seketul je daging sebab nasi sejemput ) dan dia nak ikan tongkol masak singgang, pandai pulak dia makan singgang sebab saya tak pernah masak singgang sebab masakan ini amatlah di anti oleh maya dan izzat .

Sambil makan sambil bersembang bertemu rakan-rakan yang ada masih baru pertama kali bersua semenjak pulang dari Jordan. Laju je makan sebab khemah untuk lelaki masih kosong sebab saya pergi masa solat jumaat ( memang target tak de lelaki, bebas nak bergerak dan bersembang ) . Nak tau saya buat apa buat pertama kali dalam sejarah pergi makan kenduri ??? Saya ulang ambik jelatah timun dan nenas sebab sedap teramat sangat, nasi tak tambah tapi saya meratah jelatah itu. Nasib baik semuanya kawan saya yang melayan para tetamu, saya kata aci tak saya nak meratah jelatah, mereka menjawab nak semangkuk pun boleh...... perli ke apa ni...hahahaha. Mungkin ini adalah makanan perak yang telah begitu lama tidak saya rasai buatkan ianya rasa terlalu sedap dan salah seorang tukang masak bagitau yang buat jelatah tu orang Banjar... wah... pandai orang Banjar adun jelatah style perak...

Lihat pada komen tentang gulai kawah , saya nak mencari umbut yang neeza katakan mungkin ada di pasar binjai yang tak jauh dari rumah saya.. pasar ni buka di sebelah petang sahaja... nak cuba cari petang ni , sedapnya umbut yang dah tak berapa ingat bila kali terakhir saya memakannya.

Haa...tu dia... satu entry tentang makanan kenduri yang simple tapi sedap menjilat jari.....

Salam hujung minggu buat semua.... ada ke yang ke pejabat pos pagi ni untuk claim 'duit minyak ' ???? Saya punya kenderaan lambat lagi....

15 comments:

Anonymous said...

memang sedap kan sesekali makan nasi kenduri!

Anonymous said...

Minggu lepas ada kenduri di Melaka, 2 minggu yg lepas juga ada kenduri di BP.. masa cuti sekolah, sana sini situ semua kenduri..

Neeza Shahril said...

sedapnya kak Rina makan... neeza boleh imagine.. kat area rumah neeza tu, kalau diorang nak buat jelatah, mak neeza la tukang gaul2nya.. dia bagi tahu potong ini, itu.. then dia datang, adunkan.. diorang pun suka makan.. walaupun diorang bukan orang perak..

kalau kak Rina jumpa umbut tu, tolong masak dan makan kan untuk neeza ye hehee.. neeza memang suka umbut tu.. masak lemak atau masuk dalam gulai kawah.. memang neeza pilih umbut je.. hehee

Anonymous said...

style skrg dah x main nasi minyak dengan ayam masak merah atau pun masak lemak. kalau kat N9 lah. diorang belasah ikan masin gulai, ulam jantung, x pun gulai umbut ngan ikan goreng sekali sambal belacan. pergh! makan kenduri kawin jadik mcm makan kt rumah. x malu nak tambah banyak kali. (tapi agak2 lah hehehe)

maklang said...

hmmm..patut bawak cni sikit gulai kawah tu...

victoire said...

singgang ikan tongkol a.k.a singgang ikan aye utk orang ganu. hehehe
isk, feveret saye tuh..
nikmat gile makan nasik lauk singgang ikan ngan cili api a.k.a lada jarum..
pastuh kalu ade tempoyak, budu ngan petai jeruk..
memang tak ingat dunia saye makan.

ni tak sabar nak balik summer nih.
makan gini kat umah tok saye la.
umah dia dekat ngan umah saye.
kat umah, ikan singgang je lepas.
petai jeruk ngan budu kena ban di abah saye dia x makan. hahahaha

tak sabar nak jadi partner lunch tok saye, hehehe.

Abang Long said...

Aduhai jelatah. Memang kecur air liur. Abang long juga keturunan Banjar.

YuszTieY said...

salam...
kat sini pon dah nak mula dah jugak acara makan gulai nasi minyak org kahwin...exam abis jer...mula la kedengaran ade yg akan kawen sikit masa lagi...musim cuti da loni..best kan lauk org kawen..uhuhuuuu tak sabonya nak makan lauk kat mesia..

kak rina org perak kat kaw mana..kami org tepeng

silversarina said...

mama ranggie ,

Bila dimasak dalam kawah memang lain sedapnya :)


ajzie,

betul tu, cuti sekolah yang lalu tak henti orang kawin, akak rasa ribuan pengantin punya tarikh kawin yang sama :P


neeza,

semalam pergi binjai, terpinga2 pakcik jual sayur dan kelapa bila akak tanya umbut...tak dok... jawab mereka:(

silversarina said...

babazahra',

masakan N9 memang lah paling sedap di dunia, itu memang tak dapat dinafikan, akak dari dulu sampai sekarang kalau ke N9 memang takkan lepas peluang rasa masakan N9 , kalau kenduri memang lagi sedap dan berselera makan kalu lauknya bukan yang fancy , wah...sedapnya .



maklang,

ehhh kena pantang gulai kawah tau...hehehe.




k-riey,

lupa orang terengganu memang takkan jadi pure terengganu kalau tak suka makan singgang ikan aye..... nanti balik cuti bolehlah rasa singgang ikan aye dan budu dan petai tu.... wah anak lagi terror dari bapak, makan petai lagi tu... hehehe.

silversarina said...

abang long,

sedapkan jelatah tiada tandingan :)



yusztiey,

akak orang manjoi, ipoh.. kecik2 pernah duduk taiping jugak.

bestnya makan kenduri di mesir, ada kompang tak kawin kat sana ?

YuszTieY said...

setakat ni kalau buat majlis kawen kat umah persatuan perak kat cairo tu ader la kompang..sampai arab tu kuar jenguk tgk pengantin mesia(pengantin lelaki jer la)..kalau kat mansurah ni kalau buat majlis ramai2 anjuran unit bait muslim ader la kompang gak...

silversarina said...

yusztiey,

mesti terkejut arab sebab kjompang kita lagi sedap bunyinya :P

cikliah said...

orang banjar buat jelatah sedap eh ?
*wink*wink*

silversarina said...

cl,

orang banjar yang dah lama merantau, sure pandai macam-macam :P