Al Fatihah .
Berita pemergian Ayah Chik Taman Islam Kemaman kami terima subuh pagi tadi. Airmata saya mengalir deras sebaik meletakkan talipon . Sayu , sedih dan pilu. Semalam kami sempat menziarahi Ayah Chik di hospital kemaman akibat kencing manis, kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan paru-paru berair dan petang semalam beliau dipindahkan ke Hospital Besar Kuantan . Kami juga sebelum ini sempat ziarah beliau pada hari kedua raya dan masa itu beliau juga dalam keadaan uzur. Tak kami jangka Ayah Chik pergi mengadap Ilahi begitu cepat kerana kali terakhir kami bersua iaitu sebelum Ramadan beliau kelihatan ceria dan sihat.
Untuk pengetahuan semua Ayah Chik adalah seorang guru Al Quran yang amat pakar sekali , seorang pejuang pendidikan Islam dan dia juga adalah penggerak Pusat Pengajian Taman Islam di Kemaman yang telah berusia puluhan tahun dan telah melahirkan ribuan pelajar berteraskan pendidikan Islam. Anak-anak saya Zaid, Sofie dan Maya mendapat pendidikan awal di Taman Islam ini dan saya mula mengenali Allahyarham Ayah Chik tahun 1993. Ayah Chik seorang yang periang, peramah dan mudah didampingi sesiapa saja . Ayah Chik tegas semasa mengajar . Walaupun Ayah Chik beristeri tiga namun ketiga-tiga isteri nya amat akrab antara satu sama lain.Berkat sikap Ayah Chik yang pandai mengambil hati isteri-isteri beliau .
Saya baru pulang dari menziarahi jenazah Allahyarham dan akan kesana semula jam 3 petang ini kerana jenazah akan dikebumikan selepas solat asar petang nanti.
Sesungguhnya pemergian Ayah Chik tiada pengganti. Jasanya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya . Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.
Thursday, October 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Al-fathiha dan salam takziah pada keluarga arwah.
al fatihah...moga rohnya ditempatkan bersama golongan yg solihin...
pernah tgk arwah dr jauh mase zaman ngaji kat IB dulu..
al fatihah..semoga roh beliau dicucuri rahmat!
alfatihah... inilah antara petanda akhir zaman.. diangkat orang² yang soleh di kalangan kita...
al-fathihah
Al-fatihah ...semoga roh beliau di tempatkan bersama para solihin.
Takziah kepada keluarga arwah.
Al-Fatihah buat allahyarham Ayah Chik...semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang soleh...
Sakitnya sekejap aje sebab ALLAH lebih menyayanginya...
semoga ayah Chik dicucuri rahmatNya...amin...
Takziah dan AlFatihah. Moga rohnya dirahmati. Rasanya I pernah sampai ke Taman Islam tu. Hantar kiriman makanan seorang sahabat pada anaknya yang belajar di situ.
Takziah dan AlFatihah....semoga semua amal ibadat Beliau yang begitu istimewa mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah....
sebak!
semakin usia meningkat, semakin bermakna setiap peringatan tentang mati!
salam takziah kepada keluarga arwah.. al-fatihah..
kak elle,yusztiey, mama ranggie ,suealeen,nurl , makteh,anie, maklang,zlaa, pp , zino,k
Memang sebak bila yang pergi adalah orang yang banyak berjasa , sehingga last minute Ayah Chik hanya ingat nak solat saja , itulah orang berilmu Allah saja di bibirnya, ribuan manusia hadir semalam , saya rapat dengan Ayah Chik dan amat terasa kehilangannya :(
beliau juga adalah guruku satu ketika dulu
Post a Comment