Friday, October 24, 2008

Kisah benar minggu ini.

Himpunan kisah benar sepanjang minggu ini.....


1. Perbualan dari meja sebelah semasa bersarapan di padang astaka .....

Suami : Nak ke taman ( permainan ) bawa adik . Jap lagi ambik order ( sarapan ) .

Isteri : Abang nak minum apa ?

Suami : Cam biasalah.

Isteri : Minum apa ?

Suami : Biasalah ( nada agak tinggi ) . Order je cam biasa.

Isteri : Biasa , biasa, salah order karang marah .

Si suami terus berlalu bawa si anak ke padang permainan sementara menanti minuman 'biasanya' diorder .

Komen saya : Apa salahnya si suami cakap je dia nak minum apa kan mudah, entah2 dia yang biasa minum luar, mana isterinya nak tau apa yang biasa diordernya....ego lebih ..menyampah.





2. Di satu simpang 4 ber traffic light dekat Masjid Sultan Ahmad...lampu merah .

Sebuah motorsikal selambanya terus jalan walaupun lampu merah dan pada masa yang sama sebuah lagi motorsikal yang juga dari arah yang lampunya juga merah dengan selambanya jalan terus juga dan motor tu pulak siap bawa isteri yang mengendong ( bukan mengandung ) bayi kecil ..... sikit lagi nak berlanggar sesama sendiri .

Komen saya : Maaf pada penunggang motosikal , saya memang selalu fed up dengan perangai kalian, otak selalu letak kat lutut, tak memikir keselamatan diri sendiri, patutlah mangsa kemalangan jalanraya selalunya golongan yang otak di lutut .


3. Semasa menanti Izzat memebli kasut di yellow town (tak de parking kosong , parking kat line kuning dekat paip bomba , tunggu dalam kereta ) .

Dua pemuda bangla saya lihat ulang-alik dari kedai kain ke casa limbong bawa peralatan pengantin ( pameran pengantin kini ada di casa limbong selama 3 hari ) . Peliknya setiap kali keluar dari kedai kain mereka hanya membawa sedikit sahaja barangan seperti satu tiang pelamin, 3 paket kain , ulang lagi bawa lagi sebatang tiang pelamin dan masa menanti Izzat saya kira tak kurang dari 5 kali mereka berdua ulang alik .

Komen saya : Rugi tenaga..kan senang bawak je banyak barang sekaligus, cepat je siap semua kerja dan nampak macam tiang2 tu macam ringan je , jalan pun macam jalan sempoi je, bukan macam jalan orang yang bekerja.



4. Di pasar borong kemaman ...lepas beli ulam-ulaman saya singgah di kedai selipar sebab tertarik dengan selipar berbulu yang dulu banyak di jordan ....

Saya : Berapa harga selipar ni ?

Penjual : 8 ringgit.

Saya : Pakai dalam rumah sedap ni ( nak peramahlah kononnya ).

Penjual : Memang selipar dalam rumah ni .Orang dok pakai kat luar.

Dalam hati saya : Malunya saya , memanglah mana ada orang pakai selipar berbulu siap ada gambar kartun rabbit kat luar rumah... lain kali usahlah jadi peramah sangat, beli aja tak payah nak tunjuk pandai , kan dah malu. Saya beli dan memang sedap dipakai dalam rumah...hehehe.


( selipar/stokin yang neeza bagi masa balik May lalu amatlah sedapnya dipakai masa tidur, setiap malam akak pakai nya, dan memang tak sesuai dipakai di luar rumah ...hahahaha ) .


Itu sahaja buat minggu ini.... selamat bercuti buat semua.

22 comments:

arsaili said...

salam..tergelak pun ada baca aunty punya entry nih..eheheh..tapi apa yg di komen tu memang benar...dan yg akhir sekali tu...penjual tu tatau nak berkomunikasi dgn pelanggan...mak saya suka pakai selipar macam tu kat hotel apa..ahahaha bukan setakat kat umah...ahahaha

silversarina said...

arsaili,

memang makcik tak terfikir pun yang dia akan respon macam tu, memang betul pun, mana aada orang gi jalan2 pakai selipar bulu ...hehehe.

thanks for dropping by .

aNIe said...

Peristiwa yang pertama tu...memang selalu akak kene...'macam biasa'...selalu kalau minum ngan akak pun dia tukar2 jenis air...so mana yang biasanya...? Geramkan...

Yang bab beli selipar bulu tu...memang terkenalah tu...hahahah...silap soalan tu...

Kak Elle said...

hehe the truth nothing but the truth:)

betul apa dia mcm biasa???ada ke air jenama macam biasa??? kang salah order istri juga yg kena marah..ego suami yg bertimbang rasa.

bedroom selipar ... bilang aje kat penjual tu kita tak bodoh tau ler makna pakai dlm rumah....hahaha

Lee said...

Hi Sarina, could'nt help smiling at the conversation you had, ha ha.
Hey, I like the song you have here...unusual one but nice.
You keep well Sarina, Lee.

Unknown said...

Sarina :-)

hehheehe....tersenyum pulak membaca kesah benar nie...
memang banyak kan yang terjadi di sekeliling kita, yang boleh kita jadikan pengajaran kepada kita sendiri dan orang lain juga...jika kita memerhati dan prihatin.

sedap lagu dikir barat halim yazid tuh!!

abg id

Anonymous said...

kalau tanya suami yang ego jugak diorang akan jawab, itu mau test isteri dia tahu tak apa yang dia biasa minum, tapi kalau tanya suami yang baik macam saya nie hehe nampaknya diorang berdua tu x pandai berdiplomasi sesama pasangan. kasar.

eh wanmommy, mana gambar umair nie? bikin satu blog lah, day by day sampai dia boleh bikin blog sendiri. tengok perubahan muka, rambut, gigi n segalanya. x payah cerita panjang pun.

Neeza Shahril said...

kalau neeza jadi wife mat tu, neeza order air masak je.. biar padan muka.. nak garang sangat dengan bini..

okay je peramah akak tu neeza rasa.. pekedai tu boleh je ubat ayat dia.. jadi cam ni.. 'memang sedap ni.. tak sejuk' instead of memang pakai dalam rumah pun.. macam tak pandai berkomunikasi je dia tu..

selipar tu neeza pakai masa winter je kak sebab kalau tidak, panas... hehee..

Sue.Aleen said...

kalau kes saya dengan suami pulak jenuh tunggu husband nak order bahagian dia.. tak pernahnya 'biasa'. sampai kita plak selalu cuit.. eh cepatlah.. @ jika belum sampai ke tempat makan, kita siap² peringat yang dia nak makan apa..

saya pun selalu nak beramah mesra, kununnyalah! tapi bila nampak promoter berdesup lari... hahaha...

happy weekend kak rina... lepas ni saya kena masuk HSB balik!

cikdinz said...

itu lah dunia skang ni....

mommy said...

hehe lawak2 baca entry nie..
straight to the point betul penjual tu..kalau ye pun, buat lawak2 ckit ke..^^

zlaa said...

I suka kisah benar pertama. Nak tunjuk ego tak kena gaya. Realiti lelaki Melayu. Ahaks..

CikguZue said...

seronok baca kisah2 ni....kisah2 yg menambah keceriaan hidup.
thanks kak.

mad redo1 said...

1 - bukan nak membela, tetapi selepas lama kahwin mungkin si suami expects si isteri dah tahu apa yang biasa... not applicable to mad redo1 pasal dia minum macam-macam, so takleh nak order yang biasa...

2 - mad redo1 memang penunggang motorsikal tegar, tetapi pada masa yang sama amat menyampah dengan pengguna motorsikal kufur nikmat...

3 - dah pernah ada pengalaman dengan mamat bangla nih, lebih pentingkan jambul dari tanggungjawab yang diberi

4 - mad redo1 tak pakai selipar dalam rumah... hehehe...

silversarina said...

anie,

Rasanya kalau my hubby kata biasa I dah dah tau sebab kami sokmo order air yang sama sebab kerap makan di luar, kalau pagi teh tarik kurang ,manis, kalau lunch limau nipis , kalau dinner any fruit juice kalau ada durian belanda itulah pilihan kami .

Kalau that guy jawab pun tak luak suara dia, jawab jelah teh, teh tarik, kopi o dan gerai tu bukan ada minuman yang fancy pun yang panjang nak disebut :P




kak elle,

mungkin dia nak test bini dia tapi I lihat muka dia memang tak macam hubby I , muka orang tu pun nampak garang ( sebab darling I memang baik , I je yang selalu cari pasal ..hehehe.)

Penjual tu jawab innocent je dan rasanya dia penjual baru sebab tak pernah nampak ada gerai selipar kat pasar borong tu, dia pun nak buat peramah jugak... beli jugak sebab murah dan memang dah terpikat , mimi pulak duk geli kat bulu-bulu selipar tu :P

silversarina said...

Uncle Lee,

So, uncle boleh faham all the true stories that I wrote.... bagus macam tu because I think your bahasa is improving.... thanks for being here.




pp,

Ragam manusia ni buat saya selalu fikir berapa ramai agaknya hidup mereka dalam tekanan , serba tak seronok sebab sikap sendiri jugak, benda mudah disusahkan .

I suka dikir Halim Yazid, minggu lepas di ke kemaman ada program dikir motivasi untuk pelajar sekolah, penuh dewan bandaran .

silversarina said...

babazahra,

Depan umum si suami boleh selamba je , rasanya memang mereka tak bahagia ( dari kacamata akaklah, sibuk je akak ni.. heheh ).

Blog cucu tu taklah wanmommy buka blog dia sebab dia ada baba dia , baba dia kumpul gambar dia dah dekat seribu, setiap pergerakan Umair disnap nya gambar, anak sorang lah katakan, tunggulah bila dah berderet askarnya kot tak sempat nak pegang camera pun :P




neeza,

Akak taktau dia order apa sebab kami dah blah lepas habis makan , tengok muka suami dia pun 'tak berselera' ...nampak kebengisannya ....heheh.


stokin tu sedap pakai sebab ia lekap di kaki tak macam biasa yang akak beli mudah terlucut ,memang akak sejak puluhan tahun tido pakai stokin tak kira panas atau sejuk , tido malam je , kalau tak pakai stokin memang takleh tido ,thanks again.

silversarina said...

suealeen,

Kalau macam tu tak pe, kita tau yang dia tak de minuman biasa :)

Semoga safiyah semakin sihat dengan rawatan yang diberikan ,InsyaAllah.

Take care !





cikdinz,

Biasalah ..realiti kehidupan ..cikdins selalu order air biasa jugak ke ...hehehehe.




princess,

mimilah puiak geli kat bulu selipar ... setakat ni memang pakai dalam rumah...heeheheh .

silversarina said...

zlaa,

dulu2 akak selalu admire mat saleh sebab cara diaorang layan wife diaorang macam layan si puteri raja, mereka macho dan gentlemen ... Alhamdulillah dapar darling melayu yang ada jugak sikap macho mat saleh :)




cikguzue,

Kisah di sana jugak tak kurang pelbagainya dan sekali sekala ambik cakna apa yang berlaku di sekeliling kita dapat kita buat penilaian hidup kita sendiri.

silversarina said...

madredo1,

Agaknya suami dia pun ada banyak minuman biasa , mana isteri nak teka yang mana satu, kalaus ebut pun tak susah mana dan tak hilang suara, saja nak cari gaduh benda kecik ( cewah, tetap pertahan isteri itu !! ) .

Senang hati kalau semua penunggang motorsikal macam madredo1 ... kalau jam ikut celah-celah jugak ke...saja nak tau...jangan marah ye :P


Akak tengok mat-mat bangla ni menag ramai yang cun dan macam you kata jaga jambul... macam biasalh budak muda memang kena arah selalu baru lah buat keje.


My hubby pun tak pakai selipar dalam rumah kecuali masa musim sejuk semasa di oversea dulu, tak dapat bayangkan kalau dia pakai selipar bulu ber rabbit.... hahaha...pompuan aja selalu pakai sebab nak jaga kaki taknak bagi sejuk pijak lantai.


Kalau ke kemaman jemputlah singgah rumah .

mad redo1 said...

hehehe... tak dinafikan bahawa aktiviti mencilok tu memang satu kepakaran yang perlu ada dan memang selalu dibuat ketika di kL dulu.

kat Ganu ni jarang je buat, tapi mungkin disebabkan body mortimer besar sikit kot... tapi cilok sekarang dengan berhati-hati, must be the sign of age... hehehe...

cikdinz said...

kalau kat kantin opis ni, dia dah tau saya minum apa. itu yg sebut biasa....hehehee....
kalau kat umah, wife tanya nak minum apa...