Pagi ni tanya Zaid hari ni berapa haribulan , dia kata 12 january .... laaa dah 12 hb rupanya.
12 January ????????
Tahun lepas dah terlupa tarikh ni , takkan tahun ni lupa lagi .... bukan apa, tapi sebab kami ada 2 tarikh yang amat penting , 12 January kali pertama dan ??? Jun kali ke 2, saya memang tak ingat tarikh kedua ni tapi awal Jun. 12 January di US, Jun pulak di Malaysia , benda yang sama terpaksa diulang semula .Kira di Malaysia upacara di US macam tak pakai tarikh 12 January tu, kena ulang semula baru boleh digunapakai tarikh Jun tu, pejabat agama yang arahkan buat semula. Saya tak pernah sambut bulan Jun.sebab tu tarikh pun saya tak ingat dan malas nak ingat.
Apa yang saya tahu saya bernikah dengan darling saya pada 12 January 1985.
Graphics for Marriage Comments
Jadi, hari ini genap 24 tahun perkahwinan kami . Kami kongsi tarikh keramat ini bersama 2 lagi pasangan sahabat-sahabat kami yang sama bernikah dalam satu majlis yang sama dan dihadiri oleh tetamu yang sama. Kami dinikahkan oleh seorang brother Arab di sebuah dewan di Washington DC.
Apa lagi yang boleh saya katakan selain syukur Alhamdulillah atas segala kurniannya dan apa lagi yang mahu saya pinta ... tak de apa lagi selain doa agar kami terus diberkati sepanjang hayat.
Tahun lalu darling ada bersama masa hari ini tapi tahun ini kami berjauhan ... lepas taip entry ni saya nak kejutkan darling bangun tidur ( uae belum masuk subuh lagi ni ) dan ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 24 dan nak ceritakan apa yang mimpi malam tadi semasa terlelap sekitar 3-5 pagi . Biasanya jika saya bermimpi ber***ng saya akan dapat rezeki lebih mewah lagi InsyaAllah.
42 comments:
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH.
Syukur Alhamdulillah. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat tubuh dan akal. AMIN.
Majlis sambutan nak buat dimana ?
Abang Long,
Terimakasih .
Tiada sambutan diadakan sebab sorang di sini sorang lagi di sana , calling-calling ajelah ucap selamat :)
TAHNIAH!.. sambutan pra jubli emas tuh.. hehe
moga2 bertambah kasih sayang akak sekeluarga. :)
semoga bertambah rezki dan rahmah wa mawaddahNYA,sis!wahh...ni bley minta resipi hidup rumahtangga ngan sis.
moga sy pun beroleh kehidupan seperti sis jua...
p/s:kire umair pakai topi party tu sekali sambut aniberseri wanmommy lak ek...hehe
cikgu jawe,
Bila bertambah tahun perkahwinan makin bertambah rezeki dari Yang Maha Esa termasuklah rezeki sayang dan kasih sesama ahli keluarga dan manusia lain, InsyaAllah.
tuipurple,
Bukan mudah nak sampai sejauh ini, pelbagai ranjau dan duri telah kami tempuhi bersama diiringi airmata suka dan duka. selagi kita bernama manusia pasti akan ada kesilapan diri . Alhamdulillah Allah masih berikan kami ruang untuk terus kekal bersama sebelum dijemput oleh Maha Pencipta.
Bolehlah dikira Umair tu sambut anniversary wanmommy dan tokdaddy :)
Akak bagitau tokdaddy yang akak mimpi ber***** tu, dia kata nak dapat duit kutulah tu...lamamnya lagi, ogos baru turn akak.... hehehe.
semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kak dan diberkatiNYa
zany,
Terimakasih atas doa zany.Begitu juga doa akak buat zany.Amin.
Selamat Hari Ulang tahun perkahwinan yang ke 24. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
KAK rina..
semoga berkekalan berbahagia...
Tahniah...moga terus diberkati ALLAH...
hari ini juga hari lahir anak ke 3 saya Asma'
lagi jauh lagi kekal berkasih sayang dan rindu-rinduan..
TAHNIAH! SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-24... SEMOGA TERUS KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.
lagi setahun nak sambut JUBLI PERAK (tumpang lalu nak betulkan cikgu jawe...jUBLI EMAS = 50 TAHUN)
berjauhan ni lagilah rindu-rinduan...calling calling ajelah...
TAHNIAH...........
AMIN UNTUK SETIAP DOA BUAT SILVERSARINA SEKELUARGA.
SEMOGA KEBERKATAN KELUARGA AKAK BERTERUSAN.
congratulations...
happy 24th anniversary..
Tahniah.. diatas ulangtahun perkahwinan yang ke 24..Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
kak rina, selamat ulang tahun...and here's to many more years to come!
tahniah...semuga berkekalan sehingga akhir hayat yer...
dugaan datang dan pergi...moga2 mudah untuk mengharunginya...
alfu mabruk
Happy Anniversary Kak Rina. Moga bahagia ke akhir hayat.
salam auntie...
happy aniversary buat auntie dan suami.. moga bahagia hinggga ke dalam syurga,, ^_^
Selamat hari Ulangtahuan pernikahan ke 24! Semuga kekal bahagia dalam keberkatan Allah hingga ke syurga.
tahniah kak ina...
selamat menyambut ulang tahun ke 24 saya ucapkan...
lurrr.. ingatkan saya n baba je yang ade dua tarikh keramat.. rupanya kak ina pun sama yer..
kalau ikut tarikh pertama genap sepuluh tahun pada 0202 ni walaupun kami terpaksa menyambutnya berjauhan kak...
ALHAMDULILLAH...rumahtangga yang dibina aman bahagia hingga ke 24 tahun...semoga tahun2 yang mendatang akan lebih membahagiakan Ummi dan suami serta anak2...
Tahniah kerana telah melalui 24tahun alam perkahwinan...
SELAMAT HARI ULANGTAHUN buat rina dan suami...
Salam,Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 24. Semoga senantiasa bahagia dan berkekalan hingga ke syurga..Amin, insyaallah.
manlaksam,
terimakasih banyak2 atas doa pakman buat kami.
ummu asiah,
Harijadi asma'sama dengan hari ulangtahun kami, nanti jika kena masa boleh sambut sekali, InsyaAllah.
nurazzah,
Ha ah tak perasan jubli emas/ perak, sebab tahun depan baru nak ingat itu semua.... memang jauh ni kena calling ajelah :)
cucumatlela,
Terimakasih atas ucap selamat cucu pada akak.
drNO,
Thanks doc.
ummi365,
Thanks ummi.
mama rock,
InsyaAllah akan kekal selagi hayat dikandung badan.
maklang,
Itulah kehidupan , adakalanya riang adakalanya gusar, bimbang dan sedih.Apapun harap selalu ceria menemani kita semua.
olie,
Barakallah.
zlaa,
InsyaAllah kami pun doakan agar perkahwinan kami berkekalan ke akhir hayat.
ainul arina,
Itulah yang makcik harapkan, dapat bertemu di syurga abadi.Insyaallah.
ciimIlah,
InsyaAllah bertemu kembali di sana.
mama,
Gamaknya ramai yang ada 2 tarikh nikah macam kita... sianlah dia nanti sambut anniversary sorang-sorang, gang akak lah tu .
Take care !!
aNIe,
Terimakasih atas doa buat kami, InsyaAllah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat kita semua.
Norabella,
Thanks for the wish dan juga kerana berada di sini, lama dah saya nak ke blog nora tapi masih belum kesampaian.
Selamat ulangtahun..semuga Allah merahmati kak Rina sekeluarga...
Happy anniversary..semoga cik ina n pakcik anuar bahagia dunia akhirat..=)
12 januari ek arini?xtgk calendar pun..hehe
HAPPY ANNIVERSARY wanmommy & tokdaddy..
I love you two..^^ (bodek)
p/s : ape ye yang menanti?kereta m**z?curious ni..
Happy 24th Anniversary Kak Rina.. semoga kak Rina dan darling kekal bahagia sehingga ke akhir hayat..
mimpi apa tu?? semoga dimurahkan rezeki juga..
Happy anniversary kak rina.
Semoga terus berkekalan dlm kebahagiannn...walaupun berjauhan, namun dekat di hati,kan.
ooohhh... happy anniversary.. moga semakin happy & semakin berseri2...
Hi Sarina, congratulations and wishing both of you many more to come.
Best regards, Lee.
wa.....tahun ni dah 24 tahun la ye. panjang umur tahun depan jubli perak la nampaknya. mau tukar blog jadi warna silver, sesuai dengan nama silver sarina (tp nanti jd macam tv3 la pulak)
Selamat hari Ulangtahuan pernikahan ke 24! Semuga kekal bahagia dalam keberkatan Allah hingga ke syurga.
Sori terlambat di Batam tak leh go internet..nak tau juga nanti dapat apa ye...hehehe
pinatbate dan saffaa,
Thanks for the wishes.
princess,
Merz tak de..zzzzzzzzz.. I'm not a materialistic person anymore ....believe me ...hehehe.
neeza,
Thanks....mimpi ni memang semacam dah sebati, kalau mimpi ni adalah akan dapat, secara kebetulan sebenarnya :P
cikguzue,
Thanks cikgu, makin jauh makin rindu .
mulan,
Dah tua dah akak ni, nak masuk 25 tahun kawin tahun depan :)
uncle lee,
Thanks for the wish.. hope our marriage is always blooming like uncle's .
Have a nice day !
fazli ntahsapentahni,
Cepat je rasa masa berlalu... orang sana tu blla lagi, jangan tak jemput tau .
kak elle,
Selamat kembali dari seminar , sure akak masih letih lagi.
Terimakasih ,InsyaAllah itulah yang kami harapkan dapat bersama sepanjang hayat dan bertemu di syurga.
tahniah, moga akan boleh berkongsi kegembiraan yang lebih meriah di tahun berikutnya...
madredo1,
InsyaAllah jika masih bernafas di bumi Allah ini.
Post a Comment