Salam pagi Jumaat buat semua. Minggu ni agak panas di siang hari tapi nyaman dan sejuk dari tengah malam hingga ke subuh , Alhamdulillah.
Hari ni mula cuti tahun baru cina yang agak panjang, sekolah hanya akan dibuka semula pada Rabu. Kami tak berjalan ke mana .Hari ini dan esok saya sedikit membusykan diri di rumah-rumah pengantin yang juga rakan-rakan Maya dan Sofie yang mendirikan rumahtangga . Selamat Pengantin Baru . Izzat pula akan ke kem motivasi anjuran JIM di Pusat Integriti Telok Kalong , Kemaman pada Isnin dan Selasa. Dia sendiri yang mahu ke kem tersebut memandangkan kami tak berjalan ke mana-mana . Pastinya saya benarkan , bukan mudah untuk seorang remaja secara sukarela mahu ke kem motivasi tanpa paksaan dari pihak ibubapa atau sekolah . Bagi Mimi pula tak de aktiviti khas untuknya, jadi 'handbag' sayalah cuti ni , ke mana saya pergi ke situlah dia akan ikut , nak tinggal di rumah dah tak de orang .
Semalam saya dan supervisor saya buat briefing pasal bisnes saya pada 4 orang sahabat di rumah saya dan Alhamdulillah bisnes saya sudah boleh berjalan dan dikongsi bersama sahabat-sahabat . Tapi bukan kisah bisnes yang ingin saya tulis pagi ini. Lepas selesai briefing saya hidang air tebu dalam mug yang ala-ala ceramic yang saya bisnes tu . Sembang-sembang adalah yang menyentuh bab hidang-menghidang dan peralatan digunakan untuk menghidang, contohnya mug . Mana-mana kita pergi penggunaan mug dah jadi kebiasaan semasa menghidang air minuman. Tapi tidak pada setengah golongan iaitu golongan tua atau ibu-ibu kita . Saya dulu beli banyak mug warna hijau pekat dari Tupperware sebab mudah dan saya yakin kualiti tupperware tersebut. Saya pernah hidangkan minuman pada sekumpulan makcik yang bertandang , ada yang pandang sinis sebab hidang dalam 'cawan' plastik , sedangkan plastik tu bukan sebarang plastik, tupperware yang agak mahal . Ibu mertua saya seorang yang cukup sopan dan santun, sebagaimana dia melayan suaminya masa hayat arwah ( saya tak pernah bertemu bapa mertua kerana dia meninggal dunia semasa suami saya masih di bangku sekolah , kisah layanan ini saya perolehi dari suami saya ) , begitu jugalah ibu mertua saya melayan anak-anaknya . Bab menghidang minuman mesti cawan berlapik piring , usah cincai bagi cawan atau mug tanpa pengalas . Minuman mesti dihidang bukan diambil atau dibuat sendiri oleh anak/suami . Jika milo yang dihidang, sebelum diminum perlu si ibu/isteri mengacau milo itu semula sebelum anak/suami minum. Layanan ibu-ibu kita kepada suami mereka adalah layanan lebih dari first class . Kami juga semalam bertanya kenapa ibu-ibu kami sanggup berbuat sedemikian melayan suami hingga ke tahap itu. Pada saya sifat taat pada suami mereka amat tinggi . Kawan saya pula kata dia pun taat juga pada suami tapi taklah sampai ke tahap itu layanannya. Kawan saya seorang lagi kata itulah yang dinamakan santun dalam bersuami-isteri. Si isteri begitu santun menjaga agar segala layanan adalah yang terbaik. Itu baru bab hidang minuman.
Saya akui saya ni bukanlah jenis yang santun sebagaimana ibu dan ibu mertua saya dalam melayan suami . Dah terbiasa agaknya sebab berkahwin semasa kedua-dua kami masih belajar dan semua kerja rumah kami buat bersama , hingga masak pun siap berjadual , hari ini saya masak, esok darling masak , basuh kain biasa darling yang buat siap hantar dryer ... kisah dulu lah tu... bab hidang air ni, tak kisah , ikut mood, adakalanya cawan berlapik piring, adakalanya cawan saja tanpa piring dan adakalanya hanya mug, kalau minuman sejuk adakalanya hanya glass plastik je yang saya hidangkan, itu masa saya hidang, jika masa darling hidang pun sama. Maknanya saya ni taklah sesopan dan sesantun ibu dan mertua saya dalam melayan suami dan bukan saya saja yang layan suami sebab suami pun ada masanya menghidang untuk saya.
Semalam kawan saya yang juga ustazah mengatakan hidang minuman berlapik piring bukan sunnah nabi, ia hanya budaya melayu ... budaya melayu yang begitu tinggi nila murninya itulah dinamakan santun yang sebaik-baiknya diikuti dan dilakukan.
Anda pula bagaimana... santun atau kurang santunnya dalam menghidang minuman pada suami .... Saya kurang santun nya ......
**santun bermakna perilaku sopan dan hormat sesuai dengan norma-norma yang berlaku dalam masyarakat.
Friday, January 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
Alahai...kalah lah saya dari segi ini... memang saya termasuk dalam golongan yang kurang penyantun...
ada masa santun ada masa tak berapa nak santun.. hehe
Zar pun tak berapa santun.. ahaks.. tapi abah dan mak zar memang tertib kat meja makan.
Kalau kami balik kampung barulah hubby zar merasa minum dengan cawan berlapik.. kalau tak tu koboi aje, kengkadang siap share satu gelas..
Kalau hidang pakai mug, nak kena pakai alas piring juga ke ?
Kalau ikut kisah sirah, memang ada riwayat bagaimana seorang perempuan yang dijamin masuk syurga, salah satunya ialah wanita itu menghidangkan air dengan bersopan santun. Tapi tak pakai alas piring.
hehehe...bila baca komen abang long, teringat saya satu kisah ... (kisah sendiri)...
selepas membaca kisah wanita yang menyambut suami dengan air di muka pintu, saya pun teringin lah nak buat. satu hari tu, bila hubby balik kerja, saya pun cepat-cepat tuang air dan tunggu depan pintu...bila hulur kat hubby...hubby sambutlah juga..tapi dengan senyum simpul...sambil jeling-jeling kat kita...lepas tu siap cakap.."ni mesti ada apa-apa kan...?" hehehe... nak jadi isteri solehah , nak dapat pahala...tapi di salah erti...sebabnya...saya tak berapa penyantun..sebelum nya tak pernah buat pun...
rina thats what arwah mak always tell us bersantun dgn suami syurga di bawa tapak suami...
skg in modern world semua bertukar suami istri bekerja sama jadi adat bersantun ni dah di lupakan .... kedua2 bersama membuat untuk masing2 unless ada ibu mertua tinggal sama ...betul kan?
Tapi hormat pada suami mesti di wajibkan juga:)
PS....kalau dah guna mug tak payah alas piring kecuali menguna cawan:)
Salam..
kakliza suka gunakan mug untu serving air pada keluarga sebb sekali tuang dah banyak..
then tak payah nak basuh alas/piringnya...
boleh isi air sejuk atau panas..senang kerja..amik yg sama jer..
sopan atau tidak bagi kakliza bukan pada cawan yg exklusif..tapi pada layanan yg diberikan..
mmg jadi kebiasaan kakliza makan atau minum bersama asben...walaupun makan nasi campur dalam pinggan masing2 di depan PC..
hehehhehe...sebb kami ada PC yg bersebelahan..so sorang satu laa..
nurazzah,
samalah kita ... sempoi lagi senang hidup, Alhamdulillah asben kita pun tak mengada=ngada ..hehehe.
zino,
Ikut mood jugak, tapi lebih mudah kan, taklah skema je hidup ni :)
zareda,
senyum akak bila zar guna perkataan koboi, that's the word yang akak duk cari tentang akak ni, serupalah macam koboi ..hihi.
abang long,
Guna mug senang tak payah alas piring , tu yang orang tua selalu tak berkenan guna mug sebab mereka nak alas juga cawan . Pada saya yang penting suami redha dengan layanan saya yang ikut mood tapi taklah selalu cincai. Mudah kalau suami jenis mudah macam kami perempuan yang kurang santunnya :)
nurazzah,
I pun tersenyum baca komen u ni sebab pernah baca juga kisah ni dan pernah nak cuba tapi tak cuba sampai ke habis, agaknya kalau saya buat macam u buat tentu hubby pun akan kata ada muslihat di sebalik air dan tunggu dia balik... tak jadi nak santun hahaha.
kak elle,
Orang dulu-dulu memang amat berhalus dalam layanan terhadap suami, macam kata akak sekarang zaman semuanya perlu dibuat laju dan cepat dan berkongsi keje rumah dah jadi amalan dalam rumahtangga, so para suami pun tak berapa ambik hati kalau air tak terhidang dengan begitu sempurna sebab mereka juga boleh buat dan ambik air sendiri , apapun taat tetap kena taat sebab tanpa redha suami tak mencium bau syurga buat para isteri.
hanieliza,
Kelakarlah bila akak kata makan depan pc masing-masing, memang macam gang je akak dan asben, tu yang best sebenarnya, kita pun senang keje dan suami pun makin sayang. Guna mug tu memang mudah, satu mug pun dah hilang dahaga sebab banyak air dalamnya, amat prakikal , nanti kalau I ke kerteh nak singgah jumpa akak nak bagi rempah nasi maklubah , maybe dalam minggu ni lepas cuti raya cina.
In my home, memang lebih banyak guna mugs sebab practical (dan selalunya mug lebih besar, puas sikit minum). Kalau hidangkan kpd husband, selalunya I lapik dengan coaster. Same kalau air sejuk dalam gelas, kalau tidak, karang basah pulak meja/sidetable.
Tapi bila ada tetamu, keluarlah segala cawan pring semua. Masa tu aje pun agaknya I guna cawan sekarang ni.
Cuma cawan/mug/pinggan plastik tak ada dalam rumah I, not even Tuppaware (sebab Tupperware actually mahal) sebab I tak berkenan lah pulak yang plastik ni.
Agaknya kita sekarang ni kurang ambil berat, tapi bagi generasi mak/mak mertua kita, memang tak boleh main-main pasal ni!
errr... bab menghidang cawan beralas tu, kalau untuk tetamu ye laa... tapi kalau mak hidangkan ayah, yang penting cawan tak sumbing... tapi biasanya nak minum, ayah buat sendiri je... kalau tak, dia akan mintak kami anak-anak daranya yang buatkan...
macamana ek?
bab2 menghidang ni cam leceh je..
kt cni kalau kwn2 dtg lebih dr 2 org, hidang cwn kertas jek ..sbb x de stok cwn..hehe
hai kak ina..
saya pu sama je mcm kak ina... balik muar je saya jd penyantun bila melayan hubby di meja makan. apa tidaknya... bising la mak saya nnt kalau cawan tak berlapik.
kekadang minum petang di rumah saya pun saya buat juga la 'sytle' orang lama tu...heheh tapi cuma 2 cawan yg tersedia di atas meja sebab iaitu untuk hubby dan mak mertua...
untuk saya? saya kongsi cawan ngan hubby sebab dah terbiasa time di jordan dulu.
erkkk...sy ni kire golongan kurang santun gak ler..hehe,kdg2 kongsi jer ngan hubby.tu lah..yg penting si dia redha kan sis.lega gak dgr komen ustazah menurut kacamata islam tu.
heeheh rupanya saya tidak berseorangan. saya pun kurang santunnya. hubby saya sangat simple. pernah juga saya hidang cawan berpiring, tapi dia kata, x payahla, leceh2 nak basuh2. dah kata gitu, jawabnya. tapi mertua saya memang sanagt santunnya. eheh dapat plak menantu sempoi cam saya ni...
apapun ebrgantungs aya rasa pada suami masing2. kalau suami jenis kisah, kena lah ikut kan...
Maaf, saya melompat dan mencelah sekali lagi. Tertarik dengan ayat nurazzah8. Nasib baik si suami tak kata "eh, awak ni, buang tabiat ke ape?" hahahaha ...
Cuba bayangkan andai si suami pula yang tunggu isteri didepan pintu dan menghidangkan air buat isteri.
Bukankah kalau ikut hukum. Suami yang wajib menyediakan makan dan minum untuk keluarga ?
neeza suami isteri suka sangat minum air guna cawan plastic ikea. berebut2 anak beranak sebab masa baru sampai cawan tu bawak 4 je. lepas tu kena pijak dek kakak 1. tinggal 3. baru ni beli lagi kat ikea.. kengkadang sangat la, neeza letak cawan kaca.. itu pun bila nak ambik piring, husband kata, tak payah piring2.. hehe..
kira memang tak santun la neeza ni :P
salam...rasanya semua lelaki suka dilayan dengan santun dan penuh kasih syg...cuma tak tunjuk jer kot..ehehe
Rina...agaknya akak ni santun ke idak ye...kalau cik abang ade kat rumah...minumnya memang berhidang siap dulang dan cawan berlapik...walaupun guna mug...mesti ada alasnya...makan tetap berhidang dan nasinya disendukkan...
Biar bagaimana banyak pun kerja saya...walau segelas air sejuk pun tetap saya yang berikan..jarang benar suami membuka petisejuk sendiri untuk mengambil minuman...santun ke saya?
Tapi kalau anak2...amik sendiri...hahahahha
salam kenal,
kak siverina ni macam biasa kulihat..
Mungkin..
hmmmm
pelanduk dua serupa kut..
Santun..diertikan sebagai menghulur tak kisah guna ape mende pun..ngan cawan ngan mug..
dengan cara lemah lembut.Tunduk sopan dan tersenyum mesra..
kalau tak baling tu kira okay la....
he he he..
saya ni x brp nak santun la. kurang penyabar dlm membuat apa2.
banyak lg perlu perbaiki diri ni..
QOTH,
Tulah I pun sama, bila ada tetamu datang barulah teko ceramic tu muncul atau bila mood betul2 tengah baik dan nak rasa macam orang putih evening tea, barulh kami gunakan cawan yang cantik2 yang ada :)
sastri,
Kira baj sas jenis moden dah tu, abah akak masih lagi tunggu mak yang buat dan tuangkan air , kalau tak harus tak minum dia kot. tapi kini zaman moden ramai dah lelaki yang berdikari di dapur.
princess,
Nasib baik ada papercups kalau tak hirup dalm piring jelah ......ish tak bersantun langsung..hehehe.
mama,
Manja kan kalau share air berdua, tapi silap2 orang tua kata mengada pulak, tapi bertuah kan kalau dapat hubby yang tak jenis banayk songel, tapi kita layan memang layan jugak bukannya cincai tak berlayan langsung.
tulipurple,
Betul tu, redha bukan terletak pada piring alas cawan tapi ikhlas dalam layannan pada suami yang paling utama.
ummi naqeebah,
sama juga kat sini, kalau mudah guna mugs tak perlu nak beralas, tapi kadang2 nak juga berhidang, saya ikut mood jugak , sib baik cik abang pun tak kisah.
abang long,
kalau suami yang menanti macam tu memang saya tanya dah buang tabiat ke ...hehehe.
neeza,
Bila ada anak2 kecil memang lagilah tak payah nak berlapik pelbagai, suami pun faham, tambah kerja je pulak, suami neeza menag baik, akak tau dan boleh kenal dia , Alhamdulillah.
arsaili,
ye kot tpi memang ada yang kesian kat wife dia , so mereka terima aja asalkan tak sampai terbiar tak dilayan.
aNIe,
akak memang santun yang memang payah nak jumpa masakini, Alahmdulillah dan bertuah suami akak . Aaya sendiri tak dapat nak buat macam tu tapi mungkin akak dah terbiasa sebab tu memang kalau tak buat macam tu rasa kekok . Bagus akak , saya suka macam tu, nak jugak cuba buat macam tu nanti, InsyaAllah.
ashley,
Pernah jumpa ke ?? akak di kemaman, ashley mungkin pernah nampak akak di kemaman :)
Betul tu santun asalkan ikhlas dan sopan semasa melayan suami .
drNO,
Setiapa dari kita ada kelemahan diri dan yang penting semangat mahu berubah InsyaAllah kita boleh,
Post a Comment