Tuesday, April 14, 2009

2 kisah ceria


Lama saya tak sempat nak update blog cuma kadang2 mencelah jugak kat beberapa blog bila ada kesempatan.

Hari ni nak letak 2 kisah sekaligus.



1/ Dua minggu lalu.... Ziarah dari sahabat/adik2 angkat kami dari Jordan yang kebetulan datang ke Kemaman kerana ada program. Saya baca di shoutbox yang razyana kata dia akan ke kemaman dan nak ziarah kami jika sempat.Waktu tu kami bercuti di Kuantan sehingga Sabtu dan memang kami bermalam di Kuantan . Saya dapat hubungi mereka semula dan jemput mereka breakfast di rumah pagi Ahad itu. Kebetulan mereka menginap di hotel yang dekat sangat dengan rumah. Bestnya dapat bertemu keluarga Ustaz Razi dan Ilyana yang kami kenal masa di Jordan dulu. Ustaz Razi pelajar U of Jordan di Amman dan sedang buat MA , cuma kini Ilyana kini sudah pun bertugas sebagai peguam dan anak2 sudah kembali ke tanahair, hanya ustaz yang masih di sana, tak lama lagi tamat pengajiannya InsyaAllah. Dulu hanya Insyirah dan Ameer buah hati mereka, kini bertambah seorang lagi, Isyraf berusia 10 bulan. Cucu2 saya memang comel2 semuanya. Insyirah masih comel seperti dulu dan manja pun sama.



Ustaz Razi yang semakin kurus tapi maintain macho beserta iserinya yang makin mengancam comelnya, kami hidangkan dengan nasi dagang special .



Ilyana, Ameer dan baby Isyraf ....dah semakin comel mereka ni .



Insyirah tengah makan roti canai .... aaaaaa.....

Ameer yang dulunya masih kecil dan lembut serta manja kini dah jadi a big boy yang tengah minat sangat kat siri Ben 10 . Kalau lawan dengan Faheem di Amman rasanya dah boleh seri (dulu memang kalah je dengan Faheem hero tu....hehehe ) .
Adik Ameer Isyraf tu memang teramat comel tapi tak suka dipegang . Ustaz Razi dan Ilyana yang memang peramah , memang terasa sekejap sangat pertemuan kami pagi tu. Kami bertemu lagi petang itu di gerai otak2 di Kuala Kemaman dan sempat sambung sembang lagi sebelum mereka pulang ke KL. Selasa lepas ustaz razi kembali ke Amman .

Sayangnya Mimi sekolah Ahad itu , tak dapat bertemu kawan2 lama yang dulu dapat main sama2 ketika hujung minggu di Suweileh dan kadang2 di Abu Nuseir,Amman.



Buat Ustaz RAzi dan family thanks sebab sudi ziarah kami, InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi .



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++










2/ Awalnya nak join gathering makcik bloggers di KLCC, tup-tup hancur berkecai harapan sebab Mimi ada sukan dan Izzat ada camp kadet di sekolah. Sempatlah kami menceriakan hari sukan sekolah mimi . Mimi rumah Bendahara dan masuk 2 acara, lari 100m dan lari lipan berkumpulan. 100m mula2 tu memang Mimi laju tapi dah separuh jalan nampak lari pun dah terhoyong-hayang dan sampai garisan penamat dia dapat nombor 4 . Tak sangka Mimi yang memang agak lembik ( macam Maya..hihi ) boleh masuk lumba lari 100m .Lipan berkumpulan dapat Johan, ketua/kepala lipannya kuat dan laju ,tu yang dapat johan. Keseluruhan Bendahara dapat naib johan.








Mimi tengah leading di awal perlumbaan ....yang merah tepi kiri sekali.....





Ada lagi aktiviti ceria kami tapi nanti sambung lain kali.

28 comments:

Linda Fzalin said...

wahhhh k ina....kuat mimi larik..hehe...caiyok mimi...

Kak Elle said...

wah hebat ada tetamu dr jaug ye...sampai skg saya belum reti makan nasi dagang.

makoi mak nenek baju nya merah menyala...haha

Zareda Norman said...

Wah bersemangat MIMI lari, agaknya penangan baju merah tu,. semangat pun menyemarak nak lari..

Ilyana Ar Razi said...

salam,

malu dehh baca post akak ni. tak puas berborak dan makan sata sebab Isyraf "keriuhan".

post khas yana untuk akak di kemaman tak siap lagi.

apapun terima kasih atas layanan penuh kasih sayang. chewahhh.

silversarina said...

linda,

Memang kuat semangat betul mimi , tak kira asalakn dapat ambik bahagian.

silversarina said...

kak elle,

Nsi dagang ni kalau yang sedap memang sedap, kena yang tak sedap memang takleh nak rasa , hanyir je ikan dia.

Baju merah tu sekolah tempah labuh sangat, itupun dah alter bagi pendek sikit :)

silversarina said...

zareda,

Beria-ia dia nak sukan, tadika tahun lepas pun rumah merah, tahun ni pun sama , lagi meriah sebab siap ada pasukan sorak .

silversarina said...

Ilyana,

First, sorry silap eja nama Istraf, tu akak dah betulkan.

Second, nanti kalau ada peluang jemput datang lagi ke kemaman ye .

Third, boleh sms akak sebab nak no Ilyana semula, tukar ke digi dan banyak nombor tersimpan dalam simkad maxis...hilang banyak no...please sms akak ye... no masih no lama tapi servis tukar ke digi....0179016648 .

mommy said...

mula2 cam x caya je dengar mimi masuk lumba lari..:)
gaya pelari pro dah ada...kalah maya..hehe..stamina jek x cukup lagi..xpe2,suh die muscle pasni.^^

Unknown said...

salam kakrina,
cam meriah jer hari sukan nyer.. kat mana sek nyer tuh.. kdg2 bila tgk ramai anak2 dara comel bertudung ni, teringat plak masa sek kat Ganu dulu..
kat eypoh ni, tak seme bertudung..

silversarina said...

princess,

Kena jogging selalu , sure kalah maya nanti :)




kakyong,

Mimi sekolah swasta , Sekolah Rendah Islam Al Amin , memang semua palajar Islam dan bertudung. Memang geram tengok kecik2 smeua bertudung :)

maklang said...

canatek betul baju sukan mimi...sekali pandang boleh buat baju raya...he..he..

Neeza Shahril said...

amboi mimi.. tak sangka betul. Nampak kecik aje tapi kuat lari tu... caya lah mimi..

effie said...

maya da kuat kot sekarang nie maksu..
da pg ice skating smua..
confirm muskulin maya tue sebenar nyer..
mari tgk sofie cam ner..

Mama Rock said...

kak rina, kalau lari lipan tu semua orang pegang bahu orang depan ke? kalau cam tu kita tere coordincation dia orang nih...kalau makcik2 macam kita ni, kot sorang tersadung kaki orang depan, mau semua terkapar jatuh..dah tak jadi lipan lagi :)

Sya said...

Sya ni kan dr anak satu sampai 4 memang malas ke padang utk sukan.. awal2 dah bg tau anak2.. terukkan

Sastri said...

akak ada kat kl ke? saya dah banyak juga ketinggalan... tak sempat...

MAMAMIA said...

Seronok tengok anak2 bersukan ni kan????

SoFie NuR said...

rindunya kat budak2 tu...dah lama tak buli si amir comey tu..hehe..

memang nak tergelak gak bila dengar mimi masuk 100m..gagah jugak rupanye...

aNIe said...

Rina...lajunya mimi larik...hehehe...

Seronok kan menyambut tetamu yang dah lama kita kenal...tetamu selalunya membawa berkat...

zino said...

seronok tengok budak2 bersukan ni.. kadang2 kelakar je hehe

zlaa said...

Salam Kak Rina, apa khabar? Kak Rina pun nampak comel dalam gambar ke2. Awet muda.

Cat Cat said...

Ceria ya Mimi dalam pertandingan tu... I can see this little girl so active in sports.

silversarina said...

maklang,

T shirtnya labuh bukan main , macam baju kurung :)



neeza,

Akak pun tak sangka dia boleh lari laju sebab kami ni memnag tak pandai lari :)




effie,

Mungkin maya dah kuats ebab dia masuk arm wrestling hari tu, piah dah lama dah memang katang ...hehehe.




mamarock,

Haritu mimi pegang baju kawan2 dan lipan yang terputus dikira batal. Pemenang dikira kaki lipan yang terakhir cecah garis penamat tanpa putus lipannya, memang terhoyong hayang lipan mimi tapi hebat sebab lari laju lipan tak putus.

silversarina said...

sya,

Kami masa anak2 lain masih kecik adakalnya menag tak ke padang sebab busy keje lain, tapi zaman Izzat dan mimi baru dapat saksi anak2 lari di pdang.





sastri,

Akak tak dapat ke KL , entah bila dapat turun KL, sekarang ni busy dengan anak2 sekolah.






mamamia,

Budak2 kecik memang aktif, yang lari jatuh pun ada, macam2.

silversarina said...

sofie,

Nanti kalau sempat kita jumpa diaorang di Shah alam pulak.





aNIe,

Rindu memang rindu pada kawan lama.





zino,


Betul tu, banyak peristiwa lucu bila anak2 kecil bersukan.




zlaa,

salam, akak sihat je ..comel ekkk... nenek dah wel mana ada comel dah :)





cat,


Entahlah , tapi kami ni mak ayah memang tak kuat lari ... kalau mimi kuat lari memnag gene yang lain lah tu :)

Unknown said...

salam kak rina,

ade ke foto lari lipan tu?! tingin plak nak tengok.. cuba membayangkan mcmana yg dikatakan lari lipan itu...

silversarina said...

kakyong, nanti akak letak foto lari lipan tapi tak berapa jelas sebab laju sangat lipan tu lari :)