Sekarang ni busy lagi sebab darling dah balik 'kampung ' dia Ahad lalu , jadi saya sambung balik tugas menghantar/ambik anak2 ke/dari sekolah di samping tugas harian sebagai surirumah .
Surirumah nampak macam mudah, duduk rumah buat kerja . Apa yang orang taktau ialah surirumah bekerja tiada masa tamatnya dan skop kerjanya terlalu luas terutama bagi yang tiada pembantu rumah .
Hari Sabtu lalu semasa ke Tunas Manja membeli barang2 Mimi , terserempak dengan seorang lagi surirumah dan juga blogger yang semakin busy sejak pulang ke tanahair kerana pelbagai tugas harian termasuk menghantar anak2 ke sekolah, ke tempat mengaji dan lain2 tempat lagi dan pagi yang saya jumpa tu dia sedang menanti anak2nya yang ke kelas taekwando . Kami sempat bersembang di celah-celah rak barang2 dan memang saya nampak Mulan semakin kurus sekarang , nampak sedikit keletihan di wajahnya . Patutlah dia juga jarang beronline dan kurang berblogging juga.
Itu surirumah , macamana pulak seorang isteri yang bekerja yang tiada pembantu rumah dan balik rumah kena buat kerja rumah lagi..... mau berasap kepala dibuatnya , nak-nak dapat suami yang 'segan ' nak membantu .
Hampir dua bulan yang lalu, ada kampung yang berdekatan dengan kawasan rumah kami, digemparkan dengan kisah seorang isteri yang bekerja dikatakan meminum sabun pencuci lantai dan meninggal dunia akibat terlalu frust suaminya beristeri lagi , maknanya dia dimadukan tanpa kerelaannya dan sebelum dia membunuh diri dia siap talipon suaminya dan minta suaminya balik tengok apa yang dia akan lakukan dan bila suaminya tiba di rumah dia sudah tidak lagi bernyawa. Bila nafsu menguasai diri, apa sahaja boleh berlaku . Saya dapat bayangkan bagaimana kecewanya si isteri itu kerana pengorbanannya selama ini bekerja di luar dan menabur bakti di rumah sepenuh jiwa raga , suaminya masih mahu memadukannya ... tanpa perbincangan yang panjang .
Bagaimana agaknya emosi suaminya selepas kejadian itu , pasti dihantui perasaan bersalah sehingga akhir hayat , itu jika si suami kesal atas apa yang berlaku.........
Saya bukan menyokong perbuatan isteri tersebut membunuh diri tapi saya pasti ada sesuatu yang amat tidak kena yang akibatnya sampai begitu sekali .
Semoga kita semua yang bergelar isteri tidak kira yang bekerja atau akan sentiasa ikhlas dan tabah menjalankan tugas sebagaibagaimana yang diamanahkan .
Buat para suami , selamilah dan fahamilah hati isteri masing2 agar tidak tanduk yang dilakukan masih dapat diterima oleh kami, isteri , perempuan yang sifatnya lembut tapi tegas .
Saya bawa kisah ini yang masih lagi diperkatakan orang bila lalu di hadapan rumah berlakunya kejadian yang malang itu sebagai iktibar buat kita semua........ Sedihnya ......
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
terima kasih kongsi sama cerita yg menyedihkan tu wanmommy...
jgn kata yg berkelaurga yg bekerja balik kena juga buat kerja2 rumah .. saya yg tak berkeluarga pun tak terdaya nak buat kerja2 rumah skg saya tutup satu mata..lantak lah.....hahaha
salam Rina...lama tak meninggalkan jejak..selalu jengok dan baca tapi tak sempat nak tulis...pagi rasa mcm ada lapang sikit..oklah...
tak ada rezeki kita nak jumpa sabtu lepas..kalau you ada mau tak havoc lagi marche tu sebab siapa tak kenal makcik blogger WanMommy yang sangat terkenal seantero dunia cyber! hehehe...
anyway InsyaAllah jika Allah izinkan kita bertemu lagi, akan ada waktu-waktu itu... ni kena buat perjumpaan dgn makcik-makcik bloggers dari pantai timur pulak!
silversarina, mulan, maklang dll
sedih betul kisah tu ya... kalau ya pun frust jangan lah sampai lupa diri dan membunuh diri...
itulah..mcm Azzah ni...rasa nak tonggang terbalik dunia...hehehe... mcm-mcm hal nak diuruskan... SUPERWOMAN .... Alhamdulillah I ada pembantu yg boleh diharapkan...Dec lepas dia balik for a month cuti pun I dah tak larat rasa...bukan apa..umur kita ni dah semakin menuju ke senja...part masak jaga anak tu ok...bila tiba part nak basuh baju, menjemur, mengangkat dan melipat...nak kemas rumah etc...itu yg 'bercinta' betul...
I mmg envy betul ibu2 berkerjaya yang tidak ada pembantu rumah... salute to all of you...
sedih dengan peristiwa tu.. dan ingatan kepada semua suami...
mmm, bila baca yang k.rina tulis tu, terasa nak bagi komen gak.
memang sedih bila pengorbanan kita seolah x dihargai. Tapi bagi Nita, walau apa pun yg kita buat, kita masih ada pegangan agama, so klu dah x tertahan sgt dgn masalah yg ada, jgnlah sampai ragut nyawa sendir, bukan apa, bau syurga pun kita x dpt nanti, lagilag sedih, dahlah hidup penuh masalah, kat 'sana' nanti pun tersiksa juga, minta dijauhkan Allah.
Ini cuma pendapat peribadi, sbb Nita rasa, kita org pompuan ni, selalunya klu tension sgt, kena cari 1 org utk kita luahkan problem kita tu. Selalu Nita practise benda ni, klu tension, luahkan pada seseorg, insyaallah lepas tu, kepala otak akan ok sikit, then akan rasa problem tu kecik jer, & sure ada solution punya....
Memang penat klu bekerja & at the same time kena maintain rumah jugak. Tapi kat Kemaman ni, yg bestnyer, ada part time maid, yg boleh dtg rumah, iron baju kami utk 1 week, lipat baju yg bertimbun tu, sempat lagi mop & vakum rumah. Semua tu dia buat dlm 4 jam jer & bayaran cuma RM20 jer. Bagi Nita, klu baju dah iron & lipat, lega dah hati ni, x serabut sgt.
Kak elle,
Kerja rumah memang tak pernah habis , bukan akak je yang pejam sebelah mata, saya pun sama...hehehe.
nurazzah,
Bukan main sakan sembang kat gathering ye, tak pe ada masa kita jumpa pulak :)
Bila bekerja dan tak de pembantu rumah , memang takleh rehat jawabnya. Seelok-eloknya biarlah ada yang membantu kan .
kak rina, i guess wanita itu dah out of excuses to justify the husband's existence. tu yg last resort she off her existence...maybe lah kan, tapi kesian!
zino,
Memang sedih, orang keliling siap mengata lagi si mati dan suaminya jugak :(
Nita,
Masa nak uruskan jenazah ada pihak yang tak nak uruskan atas alasan dia mati bunuh diri, tulah dia, di dunia lagi dah dihina , macamana nasib nya lepas tu, saya amat sedih atas apa yang berlaku sebab pada saya ianya dapat dielakkan jika cepat bertindak sebelum segalanya bertambah parah .
Bagus juga servis harian macam tu , dulu masa anak2 kecik susahnya nak cari maid yang memuaskan hati .
mama rock,
Mungkin juga , tapi memang hina kematian dia , tinggalkan anak2 yang seumur hidup akan ingat yang ibu mereka mati bunuh diri akibat tension rumahtangga , sayang sekali :(
Ingatkan dapat berjumpa masa perjumpaan makcik/pakcik bloggers tempoh hari. Datang menjengah dari blog kawan2.
Salam...
ho ho ho.. pesal baju ni makin ketat kak rina...??? siapakah yg bersalah, baju itu atau saya..?? he he..
oh.. sampai camtu dia bertindak.. mesti frust gila2 kan, tapi kalau iman kuat, banyak cara lain utk selesai kan masalah kan..
allahu a'lam..
kesian pada wanita tu.. dalam islam pun dan dinyatakan boleh beristeri lebih dari 1 kalau mampu zahir batin.. kalau isteri terpaksa bekerja cari duit, tu kira tak mampu lah kan. Si suami kena bertanggung jawab atas apa yang jadi pada isteri dia... walaupun di sana nanti..
k inaaa....setuju sesgtttt....especially for those yg bekerja cam lin nihhh....xda pembantu rumah...semua kena buat sendiri...tapi alhamdulillahhhh...xdalah sampai terfikir nak bunuh diri even tahap frust gaban pun...hehe..
salam kakrina,
sedey nyer citer tuh. semoga menjadi pengajaran buat kita.
kalo iman tipis & terlalu ikut emaosi, sampai buat perkara dilarang agama. apa2 pun patut pk pjg, pk anak2.. Ingat Allah. sian kat simati, sian kat anak2nyer... trauma & malu seumur hidup.. Ya Allah, jauhkan lah kami dari perkara sebegini..
hmm.. kerja rumah, ibu2 mana ade holiday kerja rumah , no time limit, & never ending cycle.. :)
sangat tragis.pd pndpt saya, jalan yg diambil unt mereleasekan frust sgtlah tidak berpadanan....di dunia kita dah frust, mcmn nasib di akhirat kalau itu jln yg diambil. nauzubillah.
ibu saya kisahnya lebih tragis. berkat kesabaran yg jitu akhirnya bahagia. :)
sangat tragis.pd pndpt saya, jalan yg diambil unt mereleasekan frust sgtlah tidak berpadanan....di dunia kita dah frust, mcmn nasib di akhirat kalau itu jln yg diambil. nauzubillah.
ibu saya kisahnya lebih tragis. berkat kesabaran yg jitu akhirnya bahagia. :)
kesiannya...mintak dijauhkan Allah dari tindakan sebegitu....
Nauzubillah.. semuga kuat ketahanan hati kita yang berkerjaya berumahtangga tanpa pembantu rumah. Bak kata Azzah, hidup memang kelam kabut, bagi masa dan perhatian pada semua orang dan semua benda hingga tak ada waktu untuk diri sendiri...
Sabar dan doa. Itulah saja senjata yang ada untuk pertahankan kekuatan iman dan keharmonian rumahtangga.
Sesekali, demand untuk enjoy dan have fun dengan kawan-kawan..no kids, no husband. Hehehe...I did it last weekend!at black and red get-together!
Salam rina...dpt dibayangkan betapa kecewanya isteri tersebut...cuma apa yang dikesalkan ialah jalan pendek yang diambil isteri...
Bila kekecewaan telah menguasai hati apa lagi syaitan mulalah memainkan peranannya...
Betullah rina...dok rumah ni kerja tak abis2 kan...sampai kadang nak mengadap blog pun tak sempat...hehehe
semoga dgn kejadian itu, jadi iktibar kepada para suami.
sy pun salute pd isteri2 yg bekerja dan tiada pembantu umah...sy yg hsewife ni pun kdg2 minta bantuan dr cik abg.
moga kisah itew menjadi iktibar pd kita seme...yg payah kalu hidup ni bila nak seronok jer ikut sunnah katanya..bila payah,buat dek jer..
Salam SS,
Sedih dengan cerita begini. Tetapi sebagai orang Islam, perkara begini tidak sepatutnya berlaku.
Jangan si suami pula mengikut sama nanti, kerana rasa bersalah...Nauzubillah...Semoga kita dijauhkan dari perkara begini. InsyaAllah.
dugaan hidup kita datangnya dlm pelbagai bentuk ....
Orang selalu pandang lekeh suriumah ni tapi saya rasa mereka la yang hebat. Sebabnyer mmg tak ada ruang untuk diri sendiri, tak ada bonus, tak ada annual leave tak ada medical leave dan apa2 lagi lah kan.
Walaupun macam tu, cita2 saya mmg nak jadi surumah kembali. Sebb puas kita buat sendiri semua.
Harap2 kalau2 la in future ada yang nak tambah lagi satu, mintak dijauhkan kita bertindak ikut nafsu. Walau camner frust skalipun yer...itu bagi saya merosakkan diri sendiri.
Panjang pulak komen ni. Heheh
betullah kak rina... surirumah ni endless job. di akhir malam terus je pass out. tapi jiwa bebas..
saya selalu beritahu suami. orang perempuan seperti saya ni tidaklah menghalang poligami. cuma perkara sunnah begini diambil di sebelah pihak saja. si suami je bahagia, sedangkan si isteri? sepatutnya biarlah dua² pihak bahagia. dah tu tak habaq awai² dimadukan. tu yang lagi frust tu.
dalam keluarga saya, kakak saya dan mak sepupu saya sendiri berpoligami. saya boleh nampak kemesraan dan kebahagiaan mereka (isteri pertama dan kedua) bila ke mana saja dibawa bersama. dengan anak² lagi. sebenarnya poligami tu isn't a bad thing. orang yang mengamalkannya yang menampakkan ia hodoh dan buruk!
hai kak ina...
abang nuar dah balik 'kampung' yer.. so bila dia balik malaysia semula?
hissshhhh betul ke cerita kak ina tu? tak masuk paper ye cerita pompuan yang frust sampai mati tu kak?
Nong,
Salam perkenalan, InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa di lain gathering.
mulan,
Ni kes tak takut Tuhan , sebab tu tak fikir panjang apa bakal jadi pada dia nanti.
neeza,
Mungkin dia dah tak dapat berfikiran waras , namun tak sepatutnya dia bunuh diri.
Linda,
Kena saling buat kerja serumah, kalau tak memang pengsan dibuatnya.
kakyong,
benda dah berlaku, tak boleh nak patah balik , entah macamana suami dia nak teruskan hidup selepas apa yang berlaku.
yuyuhakusso,
Hidup kena tabah sebab memang kita sentiasa diuji .
maklang,
Itulah yang kita senitasa doakan agar hidup sentiasa berpegang pada jalan Allah.
cikmilah,
Kadangkala bila kesibukan terlampau buat kita rasa frust, tapi macam kata cikmilah kena kuatkan iman harungi semua yang terjadi .
aNIe,
Jalan pintas yang makan diri sendiri, sedih bila ingat apa yang bakal menanti si mati di alam lain :(
maksu,
Betul tu, apa tindakan sekalipun kena bincang panjang lebar dengan isteri.
tulipurple,
Surirumah juga adalah insan biasa yang memerlukan rehat dan penghargaan sebagai motivasi diri .
Zabs,
Setakat ni orangramai masih salahkan suami si mati atas apa yang berlaku , apapun si mati memang tak patut bunuh diri hanya kerana suami kawin lain .
pB,
Betul tu ,hidup kita tak sunyi dari dugaan dariNYA.
Zek Zek,
Akak dah berbelas tahun jadi surirumah, dah lali dengan sepahnya rumah kalau tak larat buat, memang akak biarkan aje , nak semua perfect masuk hospital lah akak :)
suealeen,
Poligami memang halal dalam Islam tapi ai esti dilakukan dnegan penuh adil dan saksama serta isteri perlu memahami apa yang berlaku.
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi, yang dilaknat Allah .
mama,
Cuti sekolah Mei nanti darling balik cuti lagi :)
Apa tak betulnya, rumah si mati tak sampai 1 km dari rumah akak dan kubur pun tak sampai 600m dari rumah akak juga , heboh semua orang kampung , cuma tak masuk paper , si mati kakitangan kerajaan pusat . Masa orang kampung tau dia mati bunuh diri, ada pihak yang taknak uruskan mayat dia dah kubur pun orang tak bagi guna untuk kebumikan mayat , lepas pihak masjid campur tangan baru lah selesai urusan semua, itulah hinanya mati bunuh diri.
Baba balik bila ?????
Post a Comment