Cuti Fasa 2 berakhir semalam. Kami tiba di KLIA jam 11.15 pagi dan singgah ambik kereta di rumah kakak saya di Sungai Besi dan terus pulang ke Kemaman dan tiba malam tadi .
Fasa 3 diisytiharkan batal sebab masing2 dah amat keletihan terutama wanmommy . Fasa 3 cuti diilhamkan secara spontan oleh darling dan destinasinya ialah selatan semenanjung dan Singapura . Memang dah tak larat lagi nak melancong ditambah dengan bekalan pakaian yang habis setelah 12 hari merayau ke sana le mari.
Badan masih letih dan selesai mengemas beg2 serta kain busuk tadi memang rasa tak berdaya dah . Jadinya n3 kali ni saya hanya ingin paparkan gambar2 pemandangan sekitar percutian kami ke Medan, Parapat, Danau Toba termasuk Pulau Samosir dan Brastagi . 6 hari 5 malam semuanya dengan 2 malam di atas Pulau Samosir , 1 malam di Brastagi dan 2 malam di Medan.
Pemandangan di Parapat, Danau Toba , Pulau Samosir dan Brastagi amat menakjubkan . Memang terlalu amat cantik dinikmati. Subhanallah.
Medan bukanlah syurga membeli-belah sebagaimana yang saya sangkakan. Tak sama macam Jakarta dan Bandung. Kurang ' ummppphhh ' bershopping di Medan .......membiak jugak bagasi walaupun tak banyak sangat shopping..hehehe.
Nanti saya ceritakan pengalaman melancong di sana ..syukur Alhamdulillah dapat kami kenali negara orang walaupun sekadar beberapa hari di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
yeaaa pengomen pertama..^^
cantiknya tempat2 tu..
nasib baik fasa 3 cancel..kalau x, manela nak sumbat bagasi2 yang sure akan beranak lagi..~
petik kata mimi.."konon x shopping.."...heheh
princess,
Mimi tu memang pandai cakap, dia pun sibuk bershopping untuk raya lagi tu....hihi.
Ke Danau Toba.. kalau ikutkan susur galur kami dr emak .. moyang asalnya dr sana, tapi memang tak kenal dan tak tau langsung sbb Datok tak nak buka citer.
selamat pulang dari rantauan dan saya fasa 3 di batalkan...tapi takpe di lain masa saya dan singapura tetap menunggu kedatangan rina dan keluarga.. 2 bilik menunggu ketibaan.
harap rina sihat masa berjalan jauh pandai si comel tu bergaya:)
tumpang lalu...
maya kalau bagasi2 beranak terpaksa lah maya ngan sofie angkut kan balik nanti...hehe
wow best nya ..jalan jalan
kak rina
kata orang kalau mau sopping.. bandung is the best kan..
apapun jalan jalan bersama keluarga memang seronok..
counting back..lepas grad dan mula kerja, Medan jadi destinasi cuti pertama..:) Cantik dan nostalgik tempat tu...
best nyer dapat jalan-jalan bersama keluarga...
tumpang gembira tengok orang jalan-jalan....
Selamat kembali! Seronok ye dapat pergi jalan-jalan. Memang cantik pemandangan Danau Toba.
Sedang badan masih muda dan sihat, pergilah jalan-jalan bersama keluarga jangan tak jalan! Perjalanan itu akan menjadi kenangan anak-anak sampai bila-bila.
sya,
Ramai warga danau toba yang berhijrah ke Malaysia lama dulu . Elok kalau sya ada peluang pergi ziarah danau tu yang amatlah cantik dan segar .
kak elle,
memang tak larat betul badan dah.. mungkin di lain masa kami turun SG :)
ajzie,
Cuti ni Alhamdulillah ada peluang berjalan ...heheh.
zareda,
Betul tu, Jakarta dan Bandung lebih best dari Medan sebab barangannya banyak pilihan di Pulau Jawa .
cikmilah,
Lama dah tu..sure simpan kenangan manis sebab memang cantik kat sana.
button planet,
Sekali-sekala dapat jalan, Alhamdulillah.
makteh,
Betul cakap makteh, selagi terdaya dan punya peluang baik jalan tengok tempat orang, setakat dekat2 boleh lah, nak pergi jauh poket pun kering jugak :)
memang seronok ke danau toba. ummi kesana semasa umur 14 tahun pergi melawat kakak arwah atuk yang sulung di Padang. kami naik bas selama 24 jam merentasi pulau sumatera. memang seronok.
byk nyer dpt melawt tmpt owg. tak per btl fasa 3,lain x blh pegi.
tu dia JJCM sampai tak larat hehe.. kami duduk rumah je dah tak larat hehe
ummi365,
Ooo ...kira ummi pun asal dari sumatera lah ... seronok dapat jalan2 ke sana sebab memang kecantikan semulajadi sumatera masih terpelihara.
deewan,
Memang dah letih sangat tu yang tak jadi fasa 3 :)
zino,
Kami ni dah lama tak jalan, tu yang JJCM betul ...hihi.
cantik2 view nya....
Post a Comment