Sunday, June 28, 2009

Hadiah antarabangsa.....

Pagi lepas breakfast nasi kerabu dan air suam saya ke Kerteh seperti biasa setiap hujung bulan jadi 'ceti' kutu . Bukan tak boleh bank-in dalam akun saya tapi saja je saya yang nak kutip duit tu , dapat jugak melencong jumpa kawan2 lama di sana.

Singgah jumpa Mulan di pusat servis kereta sebab dia nak berjalan jauh esok, so kena kasi itu kereta bling-bling di jalanraya . Memang dah janji dengan Mulan kalau saya ke Kerteh nak jumpa dia sebab ada kiriman hadiah dari Queen Elle yang dikirim pada Mulan semasa Mulan bercuti ke Singapore baru2 ni. Sempatlah sembang sekejap dengan Mulan bawah pokok sementara tunggu kereta Mulan siap dicuci . Ada jugak buah tangan dari Mulan . Thanks a lot dear .


Hadiah dari Mulan (Vietnam mari ) .

Hadiah dari Kak Elle ( Singapore mari ) .



Lepas tu ke rumah maklang pulak. Singgah kejap sebab maklang kerja dan hanya bibik yang telah diamanahkan untuk menyampaikan duit kutu dan beberapa barang termasuklah hadiah dari maklang dan jugak dari Simah yang dikirimkan melalui maklang semasa maklang singgah Istanbul cuti baru ni.

Hadiah dari Maklang ( Saudi mari )..air zam-zam terlupa masuk dalam gambar .



Hadiah dari Simah ( Turki mari )



Terimakasih sahabat2 sekelian yang sudi menghadiahkan saya dengan pelbagai hadiah, semoga persahabatan kita berpanjangan InsyaAllah. Walaupun kalian jauh di mata namun akan sentiasa tetap di hati.



Lepas tu baru singgah rumah kawan2 lain yang main kutu dan jugak yang tak main kutu. Hajat nak singgah rumah kakliza tapi no hp hilang pulak dari handset saya dan masa tu dah dekat jam 11 , so cancel lah kali ni. InsyaAllah saya nak jumpa kakliza sebab nak beli buku2 masakan kakliza dan dapatkan otograf chef nya sekali.



Habis urusan saya singgah sebentar di Mesra Mall , mana lagi kalau tak ke Popular cari buku. Mula2 pegang 1, pastu 2, pastu 3 , pastu 4 buah buku . Lepas tu round balik ...letak balik 1, pastu 2, pastu 3...akhirnya beli 1 saja . Sebabnya kalau beli banyak karang memang tak buat keje lain dah selagi tak habis baca semua mesti nak mengadap buku2 tu aje.

Novel baru beli ... cuba nak baca lambat-lambat biar lambat sikit habis...hihi .


Lepas tu (banyaknya lepas tu !! ) , singgah SR nak beli kek , beli 3 slices untuk 3 beranak dan vanilla milkshake ( sorry ye doktor, memang saya teringin sangat nak minum milkshake ni, ubat saya makan doktor , ampun !! ) .



Sementara menanti milkshake saya siap, ada sorang adik ni senyum je pada saya dari luar SR, saya balas je senyuman manis dia tu. Lepas tu ( lepas tu lagi!! ) dia datang dekat dan bagi salam dan tanya adakah saya Kak Rina . Saya terkejut macamana dia tau nama saya, mula ingatkan dia bekas anak murid saya yang memang ramai di Kemasik dan Kerteh , tapi kalau anak murid mereka panggil saya Teacher Ina/Raja Sarinah .

Dia kata dia baca blog saya dan dia ada juga tinggalkan komen di blog /shoutbox , Nita namanya. Dia pun tinggal di Kemaman dan lepas tu ( lagi!!!!! ) suami dia juga datang bertemu saya . Mereka berdua cuti hari ni sebab ada urusan. Mula2 Nita kata dia nampak saya dan dia bagitau suaminya yang dia pasti itu KakRina sebab saya selalu tulis dalam blog saya selalu ke MM. suami Nita yang kata pergilah tegur saya . Manis dan baik je Nita dan suami. Tak sangka ada juga orang kemaman yang kenal wajah saya melalui blog. Rasa glamour lah pulak....hihihi. Pada Nita dan suami selamat berkenalan, ada masa singgahlah rumah akak ye.

Start baca novel sambil nikmati pantai yang damai....jangan jeles ye sapa yang tinggal jauh dari pantai .




Lepas tu (sorrryyy) singgah di pantai dekat kemasik dan start baca buku yang dibeli tadi sambil makan kerepek ubi yang kawan saya di kerteh beri dan minum milkshake. Damai je rasa masa tu....


Lepas tuuuuuuuuuuuuu baru balik rumah, ngam-ngam dah nak masuk zohor.

26 comments:

mommy said...

waah banyak present antarangbangsa..
lepas tuuuu, nti dpt pulak present dr ukraine
lepas tu dari korea...
lepas tuuuuu, dari jordan pulak..
insyaallah

silversarina said...

thanks semua ....saya sayang kamu :)

pinatbate said...

Alhamdulillah..nikmatnya hidup diselimuti rezeki Ilahi..

JHaZ KiTaRo said...

hahaha.. u dah jadi public figure laa skarang ni, makcik ina.. tunggu dua tiga tahun lagi dah sama standard dgn erra fazira.. pegi mane je, org mintak otograf.. hihih

Ummi365 said...

lepas tuuuuuu hehehe..

lepas tu jom kita jumpa.. kak rina sorang je belom berjumpa lagi ni oh lupa dan mulan

Kak Elle said...

hebat wanmommy satu kali jln bukan aje kutip duit kutu hadiah lagi...saya pun sayang kamu...hehe...

mana bolih makan cake gula ada mah...haha

ummu asiah said...

kak rina
bestnye..

ingatkan dah tak nak baca novel..tapi tu la kan...kalau dah minat mmg mcm gian je nk beli lagi.
baru ni dgr tazkirah dr ustz Zahzan..saya pun stop jugak dari baca novel sekejap..lgpun masih bnyk yang belum habis di baca..n beli buku yg direkomennya..travelog seorg da'i..tpi dah berminggu tk habis2..if novel sehari pun boleh habis...terok betol..

silversarina said...

pinatbate,

Syukur diri ini masih diberi ruang untuk mengenali rakan2 yang sentiasa di sisi .






jhaz,

Mmang terkejut jugak masa Nita datang tegur , senyum memanjang dalamkereta sorang ingtakan kisah itu....lalalala.... Doktor Jhaz tak nak otograf makcik ke ...hehehe.

silversarina said...

ummi365,

Bila lah agaknya dapat jumpa , janji kau tetap di hatiku :)





kak elle,


Tulah macam balik shopping, banyak bukan main hadiah bawak balik .

Bab kek dan milkshake tu kira bekalan seminggu lah ...hehehehe ....esok tak nak makan manis dah.

maklang said...

kami ke MM jugak tadi petang..makan lagi..Along sempat sambar buku 1, maklang jumaat lepas menyambar jugak...

tulahkan tak dapat nak jumpa kita ni, sms and talipon aje mengganti diri...

Mulan pun patut dapat jumpa tadi, masing2 terlupa ada janji nak jumpa kat sekolah...kalut balik kerja, barang yang nak hantar kat Mulan pun lupa bawak bila sampai sekolah.....

Alhamdulillah ramai yang sayang...:)

silversarina said...

ummu asiah,

Buku Travelog Seorang Da'i tu salah satu buku yang saya ambik dan letak balik buat kali kedua dalam masa 3 minggu...kena beli jugak next visit to the bookshop . Memang dah agak slow down baca novel tapi memang tak boleh nak stop, gian membaca tetap datang jugak :)

silversarina said...

maklang,

Nak datang hari cuti segan dekat gang yang lain sebab husband masing2 ada kat rumah . Kena jugak pergi hari kerja tapi memang faham semua orang pun busy , macam kata maklang ada sms dan calling tu kira Alhamdulillah dapat berhubung tanya khabar.

Tadi pun sembang dengan Mulan kejap je , siap duk bawah pokok dekat servis keta tu, lama dah tak jumpa dia .

cikMilah said...

apa orang kata.. rezeki rimau! hehe, sekali dapat selonggok gitu...Paling I jeles bab relax-relax baca buku tu...jeles.. jeles...

Cat Cat said...

Terliur tengok kerepek ubi Kak Rina... Tadi shopping kat Kroger nak cari Sweet Potato Chips tapi tak jumpa.. Geram betul..

silversarina said...

cikmilah,

Tak sangka pulak dapat banyak betul hadiah semalam , memang rezeki rimau tu .

Lama jugak saya tak singgah pantai kemasik ni tengok pondok kosong , tu yang angkut semua keluar kereta dan lepak kejap :)





cath,

Laa siannya, kalau nak boleh je nak pos pada Cath, semalam yang kawan akak bagi memang dari Johor , ia rangup dan sedap.

soliloquy said...

isk..cik ina..bestnyer gi pantai...
hehehe..takpe..nanti sy pun nak pi terjun laut...
hooray!
enjoy angin pantai kat msia....sy kat sini pi burnkan diri..hehe
ouh..sy balik 2010 la cik ina..kalo nak bg 'hadiah' bg kat mak sy, nanti dia pos(hahaha...ngada2..guro je)
sejak bila cik ina bc novel ek? cam pelik... :P

Abang Long said...

Seronoknya sambil bersantai baca novel ...

silversarina said...

saffaa,



Ooo tak balik lah tahun ni , tak pe bercuti di negara orang pun best jugak, banyak tempat lagi untuk diexplore... nanti balik 2010 bawak hadiah tau...internatioanl lah katakan ...hehehe.


Udah jadi giler novel baru start tahun lepas dan tahun ni yang bertambah giannya . Sekarang ni kalau ke kedai buku kalau tak beli tak sah :)






abang long,

Pagi ni sambung baca novel kat pantai teluk mak nik pulak, baca sambil senyum sorang2 ..hihihi.

moon said...

Seronoknya dengar cuti hujung minggu kak rina..penuh dengan aktiviti menarik..tepi laut tu memang cik moon jeles hehheheh

silversarina said...

moon,

Ni bukan cuti hujung minggu sebab Ahad sini hari pertama sekolah , sebab tu akak ke kerteh jumpa gang sebab hari cuti tak nak ganggu memasing ada hubby kat rumah :)

Zareda Norman said...

kak rina

HM tuah dah kuar buku baru.. wah ini sudah meneleskan diri zar ni

harus segera carik. Zar ni dah addicted buku buku HM tuah ni..

Kalau kak rina baca tepi pantai, zra baca tepi tasik.. port feberet zar

tulipurple said...

org berbudi kita berbahasakan sis...wahhhh,murahh rezki!
jelesss banget org tu bley senang2 gi lepak tepi pantai...sy lak dah le mkn masa nak sampai pantai,pantai pun tak seindah mana..uhuks'.

pB said...

salam

banyaknya present ....


seronok kalau dpt bersantai begini ...

mama said...

salam ,
alangkah indahnya menjadi kak ina kan.... sangat banyak masa terluang.. hehehheh

silversarina said...

zar,

Habis dah baca semalam ..boleh tahanlah jalan ceritanya, macam penulisnya kata novel ni diceritakan secara santai.






tulipurple,

Kena masanya memang best lepask sorang2 , nak2 pantai macam2 ada 'depan rumah' je .





pB,

Memang best !





mama,

Masa kecoh dengan anak2 dah berlalu, kini memang ada masa terluang untuk aktiviti diri sendiri.

Unknown said...

Alhamdulillah, murahnyer rezeki kak rina... ingatan kawan2... best.. :D