Pagi tadi bangun tengok ada sms dari Simah Turki bagitau yang dia lunch dengan Zaid , Azra dan Umair di Sultan Ahmed area di Istanbul . Memang Zaid ke Turki bawa pelajar2 bercuti ke sana dan saya bagi no telefon Simah, just in case Zaid sempat berhubung mungkin dapat bertemu Simah.Simah pun kata dia pun teringin nak bertemu, Alhamdulillah.
Mak yang kenal dulu bloggers , anak2 yang bertemu dulu. Itulah kuasa blog ni, merapatkan hubungan sesama insan tanpa mengira usia dan di mana sahaja.
Saya kenal Simah tahun 2006 masa mula2 kemaruk blogging di Amman . Pastu ada sesekali berYM ( jarang berchatting sebab masing2 suka "invisible" dan cek laluan dan jaringan antarabangsa ). Pernah saya saja tegur di YM, Simah pun ada kata " Akak pun invisible jugak . " Saya jawab..." Akak jadi polis trafik alam maya ..hihi . "
Hingga kini tak sempat jumpa Simah walaupun rasa dah rapat sangat dengan Simah dan family.
Tup-tup Zaid yang dapat jumpa dulu, dah rezeki mereka .
( gambar belum dapat lagi ) .
Satu lagi pasal blogger Jhaz . Saya kenal dia lebih awal dari Simah dan semua bloggers yang lain sebab blog dia banyak kisah pengembaraan dia di bumi Eropah. Bab berjalan ni memanglah saya minat.
Nak dijadikan cerita saya juga berhubung kadang2 melalui YM dan emel dan memang rasa kenal sangat dengan Jhaz sebagai anak yang pintar dan matang .
Anak saya Safiyyah /Sofie yang punya tuah dapat bertemu Jhaz semasa Sofie bercuti di musim dingin awal tahun ini semasa dia dan kawan2 singgah di Dublin, Ireland. Mak yang kena dulu, anak yang dapat bertemu.
Mei lalu Jhaz ke Jordan dan Zaid pulak bertuah dapat bertemu Jhaz dan sempat bawa Jhaz berjalan-jalan ke Petra . Itulah hakikat alam maya , bertemu dan bersahabat tanpa mengira waktu dan di mana.
Harap2 saya dapat bertemu Simah dan Jhaz suatu hari nanti InsyaAllah.
Wednesday, June 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Silversarina,
InsyaAllah.......adalah rezeki tuuuu. Cuma masa dan ketikanya kita tak tahu bila.
rina belum masa nya lagi untuk bertemu mereka tapi insya'allah satu hari nnt bertemu juga...
kalau Simah tak mai Sg pun mungkin saya tak bertemu dia dan anak2 rezeki saya mereka tinggal ngan saya.
Aha..kita pun dapat sms dr Simah malam tadi...
idup blogging!
Alhamdulillah, kalau niat baik, baiklah jadinya. Berblog untuk tambahkan rakan.
manlaksam,
Tulah harap2nya dapat betemu mereka dan rakan2 bloggers yang lain, jalinkan ukhuwah sesama kita.
kak elle,
Bila dah rasa rapat walaupun kenal melalui blog,memang rasa rindu untuk bertemu.
maklang,
Saya pagi ni baru balas ebab malam tadi dah tidodan nak balas pagi2 buta kat sini kesian pulak dia tengah tido kat Turki :)
sitie bum bum,
Yes, hidup blogging !! Thanks for dropping by !!
zany,
Tak sangka dapat ramai kenalan baru melalui blog .
waaaah.. terharunye bile baca entry ni.. hahah.. itu laa.. tak sangka dpt jumpe your children, sofie n zaid.. padahal u pun i tak jumpe lagi.. hihihi.. betul u cakap.. blogging ni dapat menambah bilangan kawan.. i've made lots of frens thru blogging.. seriously.. insyaAllah nanti kalau rajin, i akan gi jalan2 kemamang.. boleh laa jumpe..
jhaz,
InsyaAllah kita jumpa , dah dekat dah ni, satu negara .
Selamat bercuti !!
Post a Comment