Selepas 5 tahun , inilah kali pertama kami dapat berpuasa dan berbuka bersama .Kali ni juga ahli keluarga kami bertambah masa buka puasa , Umair kenit tu kali pertama merasai Ramadan (tahun lalu belum lahir lagi ) . Dia pun makan 2 biji kurma masa kami berbuka . Dia makan nasi dengan ayam goreng special yang saya masak. Bagi orang besar saya masakkan gulai lemak ketam+nenas sebab saya tau Zaid dan Azra mesti dah lama tak makan ketam ( Jordan kalau ada ketam pun hanya di Safeway/Car4 dan harganya memang amat mahal ) .Kebetulan masa berbuka Zaid bagitau malam semalam dia mimpi makan ketam dan kebetulan memang saya dah plan nak beli dan masak ketam semalam, itulah rezeki ibu dan anak namanya.

Umair kenit tu masih belum friendly dengan saya tapi dah mula kenyit-kenyit mata bila saya tegur. Asyik nak melekap dengan mama dia tapi kalau tak sedar saya pimpin tangan dia bawa berjalan dia ok je, bila dia sedar memang merengek nak kat mama dia balik.Dengan maksu Mimi dah mula main bersama , dengan makngah sofie dan makteh maya dia kadang2 nak , kadang2 tak nak . dengan Uncle Izzat memang dia masih tak nak, dia intai Izzat lepas tu nangis , dari kecik dulu memang dia tak pernah gang dengan Izzat,pelik betul, budak2 kecik bila nampak Izzat kebanyakan nya tak suka Izzat ,entah kenapa ye....

Mimi dan saya dah sihat tapi masih ambil ubat sebelah malam dan sahur. Mimi dah tak komplen sakit dan gastrik saya ada rasa sakit sikit-sikit aje , Alhamdulillah.
Terimakasih kepada semua yang mendoakan kami semua .Syukran .