Saturday, August 29, 2009

Ceria bersama anak2, menantu dan cucu

Meriahnya buka puasa semalam dengan kesemua anak , menantu dan cucu ada di samping saya. Walaupun darling tak de tapi nikmat berbuka bersama ahli keluarga yang lain tak dapat nak saya gambarkan, syukur Alhamdulillah.



Selepas 5 tahun , inilah kali pertama kami dapat berpuasa dan berbuka bersama .Kali ni juga ahli keluarga kami bertambah masa buka puasa , Umair kenit tu kali pertama merasai Ramadan (tahun lalu belum lahir lagi ) . Dia pun makan 2 biji kurma masa kami berbuka . Dia makan nasi dengan ayam goreng special yang saya masak. Bagi orang besar saya masakkan gulai lemak ketam+nenas sebab saya tau Zaid dan Azra mesti dah lama tak makan ketam ( Jordan kalau ada ketam pun hanya di Safeway/Car4 dan harganya memang amat mahal ) .Kebetulan masa berbuka Zaid bagitau malam semalam dia mimpi makan ketam dan kebetulan memang saya dah plan nak beli dan masak ketam semalam, itulah rezeki ibu dan anak namanya.




Umair kenit tu masih belum friendly dengan saya tapi dah mula kenyit-kenyit mata bila saya tegur. Asyik nak melekap dengan mama dia tapi kalau tak sedar saya pimpin tangan dia bawa berjalan dia ok je, bila dia sedar memang merengek nak kat mama dia balik.Dengan maksu Mimi dah mula main bersama , dengan makngah sofie dan makteh maya dia kadang2 nak , kadang2 tak nak . dengan Uncle Izzat memang dia masih tak nak, dia intai Izzat lepas tu nangis , dari kecik dulu memang dia tak pernah gang dengan Izzat,pelik betul, budak2 kecik bila nampak Izzat kebanyakan nya tak suka Izzat ,entah kenapa ye....




Mimi dan saya dah sihat tapi masih ambil ubat sebelah malam dan sahur. Mimi dah tak komplen sakit dan gastrik saya ada rasa sakit sikit-sikit aje , Alhamdulillah.

Terimakasih kepada semua yang mendoakan kami semua .Syukran .

26 comments:

Kak Elle said...

oh dah besar umair dan tambah hensem lagi...tolong gomol kan dia wanmommy....

moon said...

tembam dah umair sekarang...

IKHWANI said...

MasyaAllah! comelnya cucu akak!!! Rasa cam baru jer mak dan ayah dia kawen!!

silversarina said...

kak elle,

Wanmommy pun tak puas gomol lagi, nanti kena double gomeol untuk akak, hehe.




moon,

Dah kurang tembam dah tu sebab lasak sekarang.



OO,

Memang rasa kejap je, dah 2 lebih tahun diaorang kawin , cucu pun dah nak setahun.

zino said...

sama dengan arifah bila mula mula sampai tak boleh nak dekat melalak la dia .. jack sikit2 lama lama tu ok lah.. hehe pandai2 la nenek dia nak pujuk hehe

Unknown said...

ALhamdulillah, bahagia & berbunga2 lah hati kakrina skrg ni...
ni sampai raya ke semua anak2 ade sama..

FaAtip said...

Mmmmm....masak lemak ketam dgn nenas....terliur pulak teman....nanti bg resepi le ye!

Zaid sekeluarga raya sini ke? Seronok le kome....

:)

maklang said...

maksu mimi dengan umair nampak comel sekali...

meriah kan kalau berbuka beramai2 ni...:)

zura aini said...

bulatnya mata umair, sikit hari lagi takleh berenggang dengan wanmommy

Neeza Shahril said...

oooo.. menantu Neeza dah balik malaysia rupanya.. comelnya diaaa :)))..

Mimi kena gastrik? kesian dia.. semoga dia cepat sembuh...

JHaZ KiTaRo said...

laa.. umair dah tak tembam mcm waktu saye kat jordan dulu.. isk.. bagi dia makan banyak2.. kasi tembam balik.. hahah.. kirim salam kat zaid ehh..

Mia said...

haha.. geram tgk pp umaair.. ggggrrrr..bile dpt gomoi ni..

Tepi Sungai Batu said...

Selamat bergummbirraa dengan anak-anak dan cucu.

mama said...

comelnya ummair kak... sekejap je dia dah besar kan.. selamat berbahagia wanmommy..

Abang Long said...

Bila nak tambah cucu ya ? Hehehe ...

cikMilah said...

Mata dia tuuuuuu... ishhhhh, meh sini nekMilah nak gomol jugak.
kakRina kena practise skill nak tackle cucu ni...hihi...

Zareda Norman said...

kak rina

hensemnya Umair...

Kalau ada tok dady sure lagi meriah kan kak rina..

zaitun said...

Gerammmnya comel sesangat, masa jumpa dulu masih dalam pantang kot.Mesti wanmommy sibukkk ...

Ummi365 said...

wah dah besar umair . comelnya dia.. mata bulat, pipi gebu. meh sini aunty ummi nak gomol sampai dia nangis hehehe..

Mulan said...

sewonok nyaaaa.. ramai2 gitu.. meriah kemaman ni.. peluk cium utk umair & wan mommy nya..

cikdinz said...

meriah nya dapat berpuasa ngan canak dan cucu...

ummu said...

assalamualaikum,
syahdunya baca entry ni.bukan senang,satu family,bila anak2 dah besar2 nak berkumpul sekali sewaktu berbuka...

silversarina said...

zino,

Dah seminggu masih jinak2 merpati dengan saya, geram betul tau :)





kakyong,

Raya kami bertiga je raya sekali sebab yang lain akan beraya di tempat masing2 :(



Fa,

Ketam nenas memang sedap ...yummy.

Zaid raya di rembau tahun ni ..kira adalah di malaysia.

silversarina said...

maklang,

Umair awal2 dah nak gang dengan mimi, pandai dia cari gang kecik jugak :)





zany,

Umair kalau akak cakap dia tenung aje tapi masih tak berapa nak dengan akak...huhu.






neeza,

Bila boleh cucu aka masuk merisik ...hahaha.

akak yang gastrik, mimi sakit celah kangkang ada jangkitan sendi .





jhaz,

Dalam proses menembamkan Umair balik, dah mula nampak pipi dia yang semakin tembam sebab tak henti makan ...hehehe.

silversarina said...

Princess Nuur Qaseh,

Sabar, sabar ,biar Wanmommy gomol dia puas2 dulu ..hehehe.





manlaksam,

Terimakasih .



mama,

Dah nak setahun Umair tu , memang kejap betul masa berlalu .





abang long,

Itu kena tanya baba Umair ...hihi.




cikmilah,

susah betul nak tackle Umair, ikut mood dia , ada masa dia senyum kat akak ada masa tengok pun tak nak :)

silversarina said...

zar,

Tokdaddy memng tahun ni tak rezeki nak posa dan raya bersama...huhu.





kak zaitun,


Dulu kecik sangat lagi, ni dah meang gebob dia tu... salam buat akak semua.




ummi,

Meh akak tolong gomolkan, memang akak gomol jugak dia sampai nangis geram sebab dia bukan nak dengan akak, so, gomol jugak dia.





mulan,

Dah nak makin kurang dah ahli kat kemaman ni... esok maya balik, minggu depan sofie pulak balik :(




cikdinz,

Terkejut tengok cikdinz dah kembali dari bertapa... salam ramadan jugak buat cikdinz sekeluarga.




ummu masyitah,

Betul tu, 5 tahun tunggu baru dapat itu pun tak penuh lagi, ayahnya tak de, apapun itulah life bila anak2 dah besar.

Thanks for dropping by.