Alhamdulillah pagi ni rasa berbeza dari semalam. Pagi ni rasa sihat dan dah tak rasa gastrik . Syukur badan dah kembali kuat . Saya telan 5 jenis ubat yang diberi doktor semalam dan berkat rahmat dariNYA terasa ada perbezaan kesihatan saya pagi ni Alhamdulillah.
Masa saya terpaksa buka puasa sebab demam mula2 Mimi taktau , bila Maya sebut bab makan ubat dia terdengar , nasib baik dia jenis tak kisah , saya risau takut dia nak buka puasa jugak. Kuat rupanya dia walaupun badannya kurus, dia tak letih pun, cuma lepas zohor saya paksa dia tido sebab dia tak tido sejak bangun sahur. Dia siap pesan pada Sofie, Maya dan Izzat yang tido lepas subuh tak baik nanti sakit kepala . Harap Mimi terus sihat dan dapat berpuasa sebulan Ramadan tahun ini ( tahun lepas menangis terpaksa berbuka 3 hari sebab demam suhu tinggi , sian dia ) .
Pagi semalam sempat lalu di pasar besar Cukai... pelik betul... turun-temurun ... entah bila nak berubah, dari zaman BN, zaman PAS, zaman BN balik tetap sama..... MAKCIK2 MENJUAL NASI LEMAK , PULUT KUNING DAN PELBAGAI KUIH MUIH DI AWAL PAGI .... nak kata jual untuk bukan Islam, gerai kaum tionghua banyak je kat Kemaman ni ... yang saya nampak orang2 lelaki melayu yang balik keje shif malam di kilang2 berdekatan singgah membeli sarapan pagi...apa nak jadi.. geram je bila lalu depan pasar tu, agaknya kalau tak jual tak de income langsung ke, tak boleh tunggu ke sebelah petang untuk menjual.... MPK tak de kuasa ke nak sekat penjualan tu ???
Itulah luahan rasa saya pagi ini. Nak keluar kejap lagi hantar Izzat gunting rambut dan cari bahan mentah nak masak petang...taktau lagi apa nak masak...... awal lagi ni...........
Tuesday, August 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
dulu ada lelaki indon buat renovation dapur rumah masa bulan puasa, saya tengok sebulan dia tak puasa sebab hari-hari ada bungkusan air minum beli kat restoran mamak. saya terfikir bilalah depa ni nak ganti puasakan?
mak saya meniaga kuih muih juga, bulan puasa no income langsung, he, he....hari ni gaji, bulan ni kena bagi extra sikit kat mak.
zany,
Nampak yang ramai tak posa memang lelaki yang bekerja buruh/kilang, memang sampai tualah posa tak berganti , sayang sekali.
Bagus mak zany, InsyaAllah rezeki Allah lebih melimpah di bulan Ramadan walaupun tidak berniaga . Amin.
kak Rina..
Mimi tu mcm anak saya Izzah..bersemangat puasa..Alhamdulillah!
Kesian makcik tu..kalau dia berjual utk supply org yg tak berpuasa,alangkah ...Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah Allah..
Ditempat saya pun ada yang berjualan makanan diwaktu pagi. Semua bangsa membeli nasi lemak dan kuih muih.
Tapi, bila tanya pada ustaz, mereka jawab itu tugas penjual, mereka tidak tanggung dosa pembeli.
Sebab, ada juga bapa yang membeli kuih untuk anak kecil dirumah. Malah, saya juga membeli nasi lemak untuk orang tua yang sedang uzur.
Ditempat saya pun ada yang berjualan makanan diwaktu pagi. Semua bangsa membeli nasi lemak dan kuih muih.
Tapi, bila tanya pada ustaz, mereka jawab itu tugas penjual, mereka tidak tanggung dosa pembeli.
Sebab, ada juga bapa yang membeli kuih untuk anak kecil dirumah. Malah, saya juga membeli nasi lemak untuk orang tua yang sedang uzur.
Alhamdulillah..Rina dah sihat...:)
kalau yng membeli tu genuine case tak apa - masalahnya yang sengaja dan tak malu ni..
Alhamdulillah dah sihat, tapi masih kena jaga makan ya...
Pelik laaa they all ni....pikir nak untung je. Kalau silap parking kat pasar tu, cepat2 depa letak surat saman, tapi masuk bab ni, tak de pulak pihak yang berwajib cepat2 pegi warning ke.... :(
Syukur alhamdulillah Rina dah sembuh.Apa2 pun jaga pemakanan ya...
ada jugak yang masih meniaga pepagi yer.. apalah perasaan dorang.. dan apa plak perasaan yang beli pepagi tu..
pagi tadi saya nampak k.rina hantar izzat kat area bank rakyat tu, nampak laju jer bawa kete, insyaalah dah sihat la tu(dlm hati).
masa mula2 dtg kemaman, memang terkejut tgk suasana bulan ramadhan kat pasar tu...lastly, join gak sbb boleh beli b.fast utk anak2 yg masih kecil.pun gtu, mcm k.rina, masih tertanya2 bab org2 lelaki yg membeli tu, x der ke perasaan malu sbb kita yg pompuan ni pun, malu gak rasanya bila nak membeli...
alhamdulillah dah sembuh tapi nak jaga juga badan tu tau...hehe
ramadhan kareem makcik. kullu 'am wa antum bikheir..
akak, ina rasa pelik lah, macam tak percaya kat Terengganu ada orang niaga jual makanan pagi2. Yang berniaga tak rasa apa-apa ke, dan yang membeli tak malu ke? Macam-macam Terengganu ni!
Opp lupa, tak sabar nak tengok Mimi dengan spec baru.
pinatbate,
Ada jugak makcik2 yang tak menjual pagi di bulan posa, tu lah yang hairan bagi yang menjual , tak rasa bersalah. Saya memang dah mark makcik2 yang jual masa Ramadan dan saya dah lama tak beli dari mereka, boikot, beli pada makcik2 yang baik aje :)
abang long,
Kalau kat bandar besar saya rasa saya boleh faham, tapi kalau kata Kemaman yang kecik ni, manalah ada sangat bangsa lainnya dan dah ada gerai/restoran untuk mereka . Bagi yang beli makanan untuk anak2 kecil/ibubapa uzur saya rasa kalau makcik2 ni tak jual pun takkan jadi masalah untuk sediakan sarapan. Bukan kata tak payah jual tapi jualllah di sebelah petang macam majoriti penjual lain. Ini berkenaan etika dan adab , kalau dah jual makanan panas pagi2 surelah mengundang muka2 (lelaki ) yang tak tau malu untuk membeli .
maklang,
Alhamdulillah, rasa fresh semalam dan pagi ni jugak.
cikmilah,
Kalau tak jual tak delah nak beli.
aint-super-woman,
I selalu beli kuih pada makcik yang tak jual pagi masa Ramadan , yang jual ni memang I boikot, tak tau lah nak berubah, muka sama je jual bulan Ramadan .
zaitu,
Selera pun dah bertambah, saya makn jugak nasi tapi dengan sup ketam je semalam.
zar,
Kalau akak tak posa pun akak malu nak singgah beli di pagi hari, ini soal adab , memang akak dah lana bengang dengan keadaan ini tak berubah-ubah.
nita,
Oo ye ke... akak hantar Izzat gunting rambut kat kedai Bunga Melor kat area tu, memang dah sihat semalam Alhamdulillah.
Pelikkan jual waktu pagi macam hari biasa walaupun tak ramai makcik yang jual namun itulahs etiap tahun tiada perubahan. Bandar yang majoriti Muslim ....
kak elle,
Rasa macam excited sangat bila dah sihat, tak sangka saya terpaksa buka posa sebab demam, memang very unsangkarable :)
ainul arina,
kullu am wa antum bi khair ... take care !
ina,
Kat KT dulu2 masa tengah hari buta dah ada orang jual nasi campur (lauk) kat depan pasar payang, memang ramai lelaki muda yang singgah beli, kawan akak pernah sound pada orang2 muda yang beli " hoi, korang ni tak posa ke ? " selamba je muka diaorang tu tak jawab .Pakcik penjual selamba jugak..pelik. Kemaman ni jual tengah hari tak de pulak, pagi je yang dah berzaman .
ina,
Mimi dah pakai spek.... kami panggil prof , dia marah...hehehe.
Post a Comment