Saturday, December 26, 2009

1 Jumaat 2 Ahad

Salam pagi Sabtu buat semua .

Hari ni nak cerita kisah 1 Jumaat dan 2 Ahad semasa percutian kami ke Macau dan Hong Kong baru2 ni.


Jumaat di Hong Kong .

Hostel kami dekat sangat dengan Masjid Kowloon iaitu masjid yang terbesar di HK . Selepas solat Jumaat kami bercadang menyambung misi kami melancong ke Stanley market dan Repulse Bay jadi selepas Izzat dan darling keluar ke masjid saya dan Mimi tunggu hingga masuk waktu zohor dan kami solat jamak qasar di bilik dulu baru keluar ke Kowloon Park iaitu di mana masjid kowloon terletak menanti mereka berdua selesai solat Jumaat .




Waktu tiba di sekitar masjid solat belum dimulakan . Saya duduk di bangku berdekatan masjid dan melihat berduyun-duyun jemaah berjalan laju ke arah masjid . Hampir kesemua yang berjalan ke masjid adalah warga Pakistan dan India . Memang ramai mereka berkerja di HK . Selepas solat lagilah jelas kelihatan macam berada di Karachi , ramai sungguh mereka di sana. Kawasan depan masjid jam seketika kerana mereka berpelukan bertanya khabar antara mereka ( mungkin Jumaat adalah hari pertemuan mereka ) . Kami terpaksa lalu meredah jam manusia untuk menuju ke subway station yang bersebelahan masjid . Itu kisah gang ' Shah Rukh Khan' di HK sewaktu solat Jumaat . Memang mereka ini boleh dijumpai di mana sahaja ....



Ahad di Macau .

Hotel kami terletak di sebelah Largo do Senado iaitu satu kawasan famous bagi semua pelancong bila ke Macau . Ahad itu kami saksikan ratusan warga Indonesia dan Filipina yahg bekerja di sana berada di Senado.

suasana di senado, macau



Mereka bertemu rakan2 dari negara masing2 dan duduk di taman itu dari pagi hingga malam . Tak ubah macam di sekitar KLCC jika hari cuti umum . Saya tak pasti mereka bekerja sebagai apa di Macau sebab tak bertanya . Itu Ahad kami di Macau .




Ahad di HK .

Ahad berikutnya kami di HK dan tengahari tu kami ke Kowloon Park untuk lihat pertunjukan martial arts yang diadakan setiap Ahad untuk pelancong dan pengunjung taman . Kowloon Park terletak di belakang kawasan masjid kowloon . Punyalah terkejutnya kami bila lihat lorong nak ke taman itu penuh dengan warga wanita Indonesia , ribuan rasanya jumlah mereka semua. Mereka duduk berderet di atas tikar dan semasa kami lalu mereka memanggil2 kami sambil menyebut " bakso , nasi sama ikan/ayam " ... dan lain2 lagi . Ada yang tengah menumbuk cili dalam lesung batu . Rupanya mereka berjual makanan sesama sendiri dan tikar yang dihampar adalah untuk pelanggan yang datang ke situ untuk duduk dan manikmati makanan yang dibeli . selepas menonton martial arts separuh jalan ( tak minat silat HK tak berapa best , ramai makcik yang buat show seolah2 taichi aje ) , saya , maya dan mimi nak ke 'tikar ' Indonesia tadi untuk melihat makanan2 yang dijual sebab dah rasa jemu dengan makanan Pakistan yang kami makan hampir setiap hari yang dibeli di bawah hostel aje selain sempat 2 kali ke halal cafe di area masjid Ammar di sebelah HK . Darling kata pegilah sebab dia segan nak lalu di sekitar wanita2 indonesia tersebut ( memang macam ladies street aje ) .

setiap tikar menjual makanan



Kami lalu dan singgah di sebuah tikar yang menjual nasi campur lauk yang setiap bungkus $HK20 ~ RM10 yang sememangnya murah , nasi+ayam seketul, sayur beserta tempe + sambal cili , semuanya dijamin halal . Saya juga sempat order 2 bungkus gado2 dari tikar sebelah ( nak panggil gerai bukan gerai, setiap tikar adalah tuan berlainan ) yang juga sama harganya . waktu tunggu makanan siap dibungkus ( nasinya masih panas disenduk dari flask yang tersedia ) saya sempat bertanya kepada penjual dan pelanggan yang ada di situ, apa pekerjaan mereka di HK. Mereka menjawab bagi warga wanita Indonesia mereka sebagai pembantu rumah, bagi warga lelaki indonesia di HK mereka bekerja sebagai supir /drebar . Memang setiap Ahad mereka diberi cuti oleh majikan (itu yang Indonesia mahukan dari malaysia lakukan , cuti setiap Ahad ) . Mereka bagitau kalau di HK satu lagi pusat pertemuan mereka setiap Ahad adalah di area Causeway Bay yang katanya usah ke sana kalau Ahad sebab jalan jam dengan warga Indonesia . memang area causeway bay hari biasa pun ramai warga Indonesia di sana dan siap ada restoran2 Indonesia di situ ( kami sempat juga merayau ke Causeway Bay ) . Bagi warga Filipina pulak setiap Ahad port mereka adalah di sekitar Central . Siap makanan dibungkus kami berjalan pulang ke hostel dan dan pulun makan gado2 yang memang sedap . Saya kata pada Maya kan bagus kalau ada sekali lagi Ahad kami di HK, dapat jamah pelbagai makanan Indonesia yang terjual di Kowloon Park atau mungkin kami ke Causeway bay pulak ... Itulah Ahad kami di HK.

mananti makanan dibungkus



Saya lihat warga Indonesia di Macau dan HK amat gembira dan ceria bertemu rakan2 dan dapat bersosial sesama mereka. . Saya rasa ada di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi sebab semasa di kowloon park ada yang tengah beronline dengan laptop masing2 dan mereka bukan calang2 pembantu rumah .

Apapun ( my personal opinion ) saya melihat cuti Ahad bagi pembantu rumah satu perkara yang positif khas buat mereka sebab kalau di negara kita mereka bekerja 24/7 non-stop , tentu mereka akan tension jugak. Saya lihat mereka amat gembira dapat bercuti dan rasanya mereka pun takkan nak lari ke -mana2 sebab dikelilingi air laut dan yang penting mereka sudah punya pekerjaan yang pastinya memberi pulangan yang lumayan ( saya taktau berapa gaji mereka tapi ikutkan pada cost of living di HK tentu mahal gaji mereka ) .

Itulah pengalaman kami 1 Jumaat dan 2 Ahad semasa bercuti......

9 comments:

Kak Elle said...

memang ikut undang MOM mereka di beri cuti tiap ahad...

nampak mcm seronok gitu cuti Rina pandai mencari tempat hinggap yg ada jualan halal.

zura aini said...

kak, kalau di malaysia ni lain pulak jadinya kalau bibik dapat bebas macam tu. kat sini ramai illegal, kadang tu sedar tak sedar, anak, suami, sedara mara bibik tu ramai dah masuk Msia pun.Lepas sehari, tak balik2 dah. Salah satu sebab jadi bibik pun nak dtg jumpa anak suami bagai. Kat Hong Kong, susah nak masuk, susahlah juga nak keluar. Nak tak nak kenalah jaga kerja tu.

FaAtip said...

yela, nampak santai je warga2 Indon tu ye. At least dapatlah melepaskan rasa penat lelah bekeroje.

maklang said...

seronok nya nampak mimi dan Maya ..sempat berbaring kat tikar tu...

Zaitun said...

Seronok agaknya dapat makan atas tikar sebab susah nak jumpa tempat lain.


Masih belum terlambat ya

Tahniah dari kak zai sekeluarga buat Izzat.

silversarina said...

kak elle,

itukah agaknya sebab apa mereka minta cuti sehari seminggu bat pembantu rumah khasnya ... apapun masih dalam perbincangan kedua buah negara .



zany,

akak setuju sebab bila dah jumpa sanak-sedara mulalah panjang je langkah , mesti cabut lah cari keje lain , penat je majikan bayar beribu2 untuk dapatkan khidmat meraka . bibik mak akak yng dulu lari ikut sepupu dia , geram betul rasa .

silversarina said...

asw,

kalau ikutkan memang nampak ok je cuti tu diberi tapi sebab Indonesia ni dekat sangat dengan Malaysia akan timbul pelbagai ragam mereka pulak ...






maklang,

kami cari tikar yang kosong sebab nak lepak kejap :)




kak zaitun,

betul tu, gerai atas tikar , best jugak :)

Thanks for the wish and kejayaan jugak buat semua anak2 akak.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya silent reader. Boleh tak beritahu secara detail nama hotel & semalam berapa. Saya berminta jugalah nak book tiket ke HK & nak book hotel yg dekat dgn public trans. Tak naklah hotel yg mahal sgt utk tidur shjkan tapi biar selamat & sng cari makanan halal.
1 lagi tiket Air asia dari KL - Macau berapa ye. Saya nak yg KL - HK nmpk RM 322 incl tax. ok ke tak.

silversarina said...

anonymous,

Waalaikumusalam .

Harap dapat emel persoalan tentang HK trip ke emel suami saya sebab dia yang uruskan semua percutian kami ... namanya Anuar Nordin .. ini emelnya ... anuar7032@gmail.com .

Apapun selamat melancong, HK dan Macau memang seronok untuk dilawati .