Syukur dapat bersama lagi setelah kembali dari percutian kami selama 2 minggu di 2 buah Negara iaitu Macau dan Hong Kong . Perasaan gembira tak terkata kerana dapat berjalan lagi melihat Negara orang.Ucapan terimakasih buat darling yangsponsor kami dan menjadi tulang belakang (dari booking tiket , hotel, planning aturcara dsb )dalam setiap percutian kami , Alhamdulillah.
Kali ini adalah kali pertama kami berJJ dengan banyak beg besar termasuk 2 beg makanan ( satu untuk kami dan 1 untuk Sumayyah yang akan bersama kami nantidi Hong kong ) . Bawak makanan sebab Macau susah nak dapat makanan halal , Hong Kong tak sukar sebab muslim ramai tapi kami bawak juga sedikit bekalan makanan untuk dimakan bersama semasa berjalan2 ..
Kami berlepas dari KuantanAirportmenaiki pesawat MAS dan dari KLIA kami terus ke Tune Hotel di LCCT kerana flite kami ke Macau adalah keesokan harinya . Jadi, kami bemalam di Tune Hotel yang “ Sleeping at 5 star hotel at 1 star price “ … yelah tu , towel dan toiletries kena bawak sendiri, air-cond bilik kena bayar lain dan di setkan berapa jam yang boleh guna air-cond . Bilik memang buat kami nak ketawa aje bukan sebab bilik kelakar tapi inilah bilik terkecil yang pernah kami lihat , muat2 katil dan di kiri katil hanya ada dalam 2 kaki baki ke dinding dan di kanan katil ada 1 kaki je baki nak ke dinding. . Malam tu berimpit lah kami berempat tido , siap buat rule “ semua kena tido mengiring , tak boleh melentang “ …hehehe.
Kami menaiki shuttle hotel ke airport yang hanya 2 minit dari hotel . LCCT sentiasa padat , nak-nak musim cuti sekolah , memang sibuk betul LCCT .
Kami berlepas ke Macau menaiki pesawat Air Asia “ everyone can fly “ , memang pun sebab murah dan servis setakat ini okay , no komplen so far. .
Tiba di Macau sebelah petang dan dah mula nampak bandaraya Macau yang bergemerlapan dengan hiasan lampu hampir di setiap bangunan , memang sungguh ‘hidup’ susasana malamnya . Terus ke hotel kami di tengah2 bandaraya dan dalam perjalanan ke hotel memang dapat dilihat Macau memang pusat judi yang utama di dunia . Tak putus-putus lampu2 di bangunan ( kini musim sejuk, jadi walau pun baru jam 6 petang namun dah gelap macam dah tengah malam )menayangkan iklan judi di setiap premis judi.
Kami menginap di hotel antik (antara hotel terawal di Macau ) yangsengaja kami ambil kerana terletak di tengah2 bandar dan juga kerana ianya murah . Ada satu ruang tamu dan satu bilik tido dengan 2 katil kelamin. Bilik kami di tingkat 8 .Kira okaylah sebab kami hanya perlu tempat tido setelah penat berjalan dan merayau seharian .
Antara tempat yang kami lawati:
1/ Largo de Senado …. Area sebelah hotel kami yang menjadi tumpuan utama pelancong ke Macau yang mengandungi pelbagai bangunan dari pelbagai Negara di Eropah termasuk bangunan lama peninggalan penjajah Portugis . Buat pengetahuan semua, pada 20 Dec ini adalah genap 10 tahunMacau bebas dari penjajahan Portugis . Bayangkan begitu lama dibawah jajahan namun Negara Macau berkembang begitu pesat terutama dari industri perjudian.
2/ Fortress /kubu lama yang terletak di atas bukit juga berdekatan dengan Senado area. Dari kubu ini jelas kelihatan bandaraya Macau . Terdapat juga MacauMuseum di atas bukit ini .
3/ Ruins of St Paul. Kesan gereja lama yang terbakar lama dulu dan kini hanya bahagian hadapannya sahaja yang kelihatan. Ianya pernah merupakan biara Kristian yang amatterkenal . Penduduk Macau rata-rata adalah beragama Kristian , memang gereja ada di mana-mana dan paderi2 juga kelihatan di mana-mana.
4/ Ferry Terminal .. kami ke sana untuk booking tiket ferry untuk ke Hong Kong yang mengambil masa sejam dengan ferry laju .
5/ FishermanWharf yang terletak di sebalah ferry terminal . Sebuah pusat pelancongan yang mengandungi pelbagaipusat permainan termasuk theme park, dari Aladdin world hinggalah ke volcano dan pelabagai kedai yang direka khas dari senibina nya berkonsepkan Negara eropah.
6/ Kami kembali ke Senado area untuk menyusuri gerai2 di belakang lorong2 bangunan mewah yang menjadi tumpuan masyarakat macau membeli-belah. Barangan di Macau tidaklah murah . Jus buahan biasa segelas berharga $10 / RM5 . Makanan lain saya tak pasti sebab memang kami tidka membeli sebarang makanan sebab ragu tentang halalnya .
7/ MacauTower. Memang saya begitu teruja untuk ke sini kerana ingin merasa bagaimana pasukan The Amazing Race asiayang pernah ke sini dahulu dalam pengembaraan /pertandingan tersebut. Terletak lebih kurang 500m dari hotel , kawasanTower ini memang cantik. Tower yang berketinggian 368m dan uniknya di ketinggian 58 tingkat sebuah dek observation dibuat lantai dari kaca see-thru yang jelas menunjukkan betapa tingginya bangunan itu. Memang gayat mulanya untuk memijak lantai see-thru itu tapi lama-lama jadi biasa. . Di tingkat 61 terdapat open deck untuk aktiviti sky-walk, bungy jump , climbing untuk sesiapa yang adventurous tapi bayaran nya mahal. Untuk sky walk sahaja harganya $588 dan bungy lebih dari $1500.
8/ Flea Market di Taipa. Dari Macau kami ke bahagian Taipa untuk ke pasar lambak tapi tiada apa sangat barang yang dijual. Cenderamatanya sama sahaja harganya di Senado area.
9/ Venetian Hotel & Resort juga di bahagian Taipa.. Di sini juga saya amat teruja sebab pernah menonton di TV pembinaan Venetian ini yang amat menakjubkan. Sebuah bangunan yang begitu agam yang terdapat bukan hanya bilik2 hotel, pusat judi ( memang judi paling utama di Macau ) , pusat membeli-belah yang begitu indah dan terasa seperti berada disebuah Bandar besar . Hebatnya bangunan ini yang amat cantik dan bersilingkan langit buatan siap dengan awan dan langit birunya dan seolah2 kita bukan berada di dalam sebuah bangunan. Inilah bangunan yang paling cantik yang pernah saya lihat . Habat sungguh .
10/Guia Hill sebuah bukit terdapat rumah api lama dan kami meuruni bukit menggunakan kereta kable jenis lama (naik bukit naik taxi ) dan ini lah satu-satunya perkhidmatan dan produk yang bernilai RM1 yang kami perolehi di Macau .
11/Malam terakhir kami ke kawasan MacauTower sekali lagi untuk melihat suasana malam di Macau dari tasik di hadapan tower tersebut. Memang Macau hidup di malam hari dek lampu2 bergemerlapandi bangunan2 yang utamanya pusat2 judi .
Berakhirlah sudah lawatan kami ke Macauselama 3 hari .Hari ke 4 kami mengambil First Ferry ke Kowlooon, Hong Kong . Nanti akan saya ceritakan lawatan itu pula yang mengambil masa 11 hari ……….. jumpa lagi .
(ribuan gambar kami rakamkan... susunan gambar di atas tidak mengikut susunan tempat yang kami lawati...nanti bila siap slide saya akan letak dalam entries akan datang ... )
hye...best tgk pix2 trip to Macau & Hk tue...saya nk tny kat Macau tue safety x? Yelah kt situkn famous ngn gambling...sbb ktorg planning nk ke sana on tis November...harap kak rina dpt membantu. TQ.
13 comments:
cantiknyeeeeeeeeee...
hebat percutian kak rina kali ini...
memang seronok berjalan2 nasib baik ada yg sponsor...saya nak tunggu sape ek?Billy sekolah pun belum...hahaha
sofie,
memang cantik, macam europe :)
zareda,
seronok sangat sebab memang padat lawatan kami sebab banyak tempat menarik .
kak elle,
betul tu, best dapat jalan2 free.... tunggu Billy dah 5 tahun bolehlah mommy bawak jalan.... hehehe.
Rina...seronok tengok gambar2 kenangan di sana...
Paling seronok sebab bersama orang tersayang...
Cantik sungguh Venetian Hotel & Resort tu Rina...
selamat kembali...lama tak nampak...
seronok kalau bercuti kat tempat orang kan...:)
kak anie,
memang saya paling kagum bila berada di Venetian tu , macam kat sebuah bandar tapi semuanya dalam bangunan, sungguh hebat.
maklang,
bercuti di tempat yang kita belum pegi memang teruja betul rasa...anyhow, selamat bercuti, cuti jahit jugak tau :)
Wah!seronoknya gi melancong, cantik dan unik bangunannya begemerlapan lagi.
kak zaun,
macau memang tempat percutian yang cantik , memang penuh dengan pelancong luar .
waa..hebat holiday kali ni ye...cantiknya tempat. Eeee Mimi tak gayat langsung ke duduk atas lantai tuuu...tengok gambor pun dah rasa gayat....
seronoknye jalan2.. macau nampak mcm europe.. kesan2 tinggalan portugis masih elok2 lagi eh..
asw,
Memang mula2 mimi dan izzat gayat, anuar and I je tak rasa apa,lama2 baru bebudak tu berani nak pijak kat lantai tu, ramai pelancong yang gayat tau .
jhaz,
memang macau cantik , harini ada big celebration kat macau sempena 10 years anniversary bebas dari jajahan Portugis.
hye...best tgk pix2 trip to Macau & Hk tue...saya nk tny kat Macau tue safety x? Yelah kt situkn famous ngn gambling...sbb ktorg planning nk ke sana on tis November...harap kak rina dpt membantu. TQ.
Post a Comment