Sunday, November 29, 2009

cucu & cuti


Suasana meriah di rumah masih dirasai . 7 daripada 9 ahli keluarga ada di rumah termasuk darling yang tiba malam tadi , Zaid, Azra dan Umair yang tiba sehari sebelum raya. Syukur semuanya sihat dan gembira dapat bersembang dan bergurau senda sama-sama .



Sempatlah jugak saya buatkan 3 jenis biskut raya yang mudah buat bahan mengunyah masa bersama.






Gelagat cucu saya Umair bermain bersama Maksu Mimi membuat kami tak tak kering gusi. Ada aje yang dilakukannya yang mencuit hati kami . Satu yang saya masih 'geram' bila Umair masih tak berapa gang dengan saya. Tak boleh nak peluk dia lama-lama , pasti dia cuba melepaskan diri dari pelukan saya .




Mood bercuti masih melanda dan blog ini jugak akan bercuti buat seketika.





Selamat bercuti buat semua yang bercuti .... jumpa lagi InsyaAllah.

13 comments:

arsaili said...

salam eid buat aunty sekeluarga...cuteeee betul si umair..rasa mau cubit pipi dia

Kak Elle said...

selamat bercuti Rina .... best nya jeles nya saya...haha

Zaitun said...

Geramnya tengok Umair kalau dapat cubiiit pipinya,gebusss macam kuih pau(jangan marah ya)

Kemana agaknya percutian kali ini? mungkinkah ke negara drama yang digilai anak2 muda sekarang.

Kak aNIe said...

Salam Rina...geramnya tengok Umair...dah bersar dah nampaknya dia...

Rajin sungguh rina membuat biskut raya...kitorang kat sini buat kek aje...biskut raya banyak lagik...hahaha

Zareda Norman said...

kak rina

no worries.. lama lama nanti dia genglah tu...

Unknown said...

Jom sertai komuniti paksi.net!

PERSAUDARAAN KOMUNITI SISWA

Dengan penampilan yang lebih anggun dan ceria

- artikel tarbiyah, cerpen dll
- muat turun ebook, mp3, buletin ar-risalah
- dengar radio online (IKIM dan Nasyid fm)
- forum
- submit link blog anda
- tonton koleksi video menarik
- dapatkan kartun, wallpapers dll
- hantar karya anda (kartun, wallpaper, artikel)
- tinggalkan testimoni anda

Jom bersama membina generasi baru. Semoga usaha ini barakah.

http://paksi.net

Cat Cat said...

Kak Rina,
Umair semakin cute... Dah besar cucu Kak Rina... Love the outfit that he's wearing in the last picture. Cute.

Mulan said...

selamat bercuti... kan saya dah kata, kalau darling kak rina balik, mesti rumah tu kosong... hehehee..

soliloquy said...

waa...cik ina..ni rasa xsabo nak blik kemaman mkn kuih raya cik ina ni :P

Ain Mardhiah said...

salam makcik, selamat hari raya!

haritu saya turun amman raya, dah jumpa dah semua orang sana, tetiba terfikir kalau makcik sarina ada lagi, mesti bleh jumpa gak. hehe.. ;p

KAMATO said...

geram tenguk umair tu, comel.....

Mama Rock said...

sempat kak rina buat cookies untuk raya haji...kat sini kita orang beli cake aje kat bakery :)
selamat bercuti...dah kumpul ramai-ramaa tu seronok la jadinya!

Cek Non said...

Waduh, rajinnya wanmummy ni...nak bagi cucu n tokdaddy makan...Turun KL tak 19 Dis ni?