Saturday, November 7, 2009

berani vs takut

Malam tadi hadir kenduri jiran nak pegi haji . Jumpa jiran2 yang lain . Ada yang tanya kabar kami 3 beranak dan tanya tak takut ke tinggal bertiga aje. Saya kata setakat ni ok ,selalu je tinggal berdua dengan mimi bila izzat ada program sekolah. Jiran bagitau rumah dia pernah dimasuki pencuri tapi dia suami isteri tak sedar hinggalah setelah bangun pagi .Tapi rumah dia barisan belakang sekali dan tiada lagi rumah di belakang rumahnya . Saya setakat ni tak pernah pulak rasa takut dan tak selamat . Mungkin pasal rumah saya di hadapan sekali . Apapun tiap malam memang saya cek pintu , tingkap dan apa2 yang patut .


Malam tadi kami bertiga tido di ruang tamu, lama dah tak tido lepak macam tu . Jam 3.55am saya terjaga nak ke tandas (sejuk babe ) dan bercadang nak tido balik . Tiba-tiba terdengar bunyi baldi di luar rumah ( izzat gunakan untuk basuh kereta) macam disepak . Saya buka mata dan cuba dengar apa2 bunyi seterusnya...tiada.... mungkin angin . Tak lama lepas tu saya dengar ada macam bunyi angin lalu atas siling , sekali tu aje . Tak sedap hati saya bangun dan buka lampu ruang makan dan lampu siling . Kalau ada apa2 tentu dah tersentak bila lampu dibuka. Tiada apa pun . Baring dan tak tido dah lepas tu .


Kawasan kami setakat ni selamat sebab memang ada kawalan keselamatan setiap malam .



Walaupun berani namun bila ada je cerita2 yang negatif, mulalah hati ni jadi kecut jugak .

9 comments:

FaAtip said...

we all ni kadang2 beringat masa malam je. kalau siang pintu bawah tu terlapang je. dahlah org bagi salam atau ketuk pintu, dari atas memang tak dengar. tapi semenjak ada org bawak parang tu, atip kunci gril sokmo.

sambil2 kita ambik tindakan berjaga2, amalkan juga ayat2 pelindung, insyaAllah akan dipelihara.

Kak Elle said...

mmg takut juga ye rina ye lah malang tak berbau...semoga semua selamat di sana ye?

mungkin teringat pasal siang tak?bab tu masih di otak bolih teringat balik kot.

Zareda Norman said...

kak rina, sentiasa berjaga jaga ya. gril sentiaa kuncikan. dan pastikan semua pintu tingkap terkunci sebelum tidur

zura aini said...

berjaga2 selalu kak dan InsyaAllah dilindungiNya. Saya doakan sama setiap masa utk keluarga saya di kg. Ngeri dengar semua ni, siang hari pun mereka kacau keamanan.

arsaili said...

salam aunty, moga sentiasa dilindungi...sesiapa je bangun malam2 tu, suh la dia buka lampu kat luar untuk seketika...supaya kalau ada yang berniat jahat akan aware that ada org bangun lagi....apa pun semoga sentiasa berwaspada.

* kurtos tu pastry yg agak manis...dia luar tu dia golek dengan sugar and almond. Makan begitu saja..sesuai untuk tea time and kalau tak silap kurtos ni selalu ada for the hungarian wedding

::alifdalmim:: said...

seberani mana pun kadang perasaan takut tu mesti ada gak dlm hati tu..naseb baik ada superwomen peneman mak cik..[MIMI] ;)

sy da dkt sebulan tdo malam sengsorang kt rumah tu..mula tak de la perasaan tkut..tp bila cikgu bwh tnya..tak takut ke??..sy mula la terpkir bkn2..

silversarina said...

asw,

ooo tak jumpa lagi ye orang mengamuk tu ye,risau jugak kot sampai area I .





kak elle,

bila sekali orang sebut bab pencuri masuk rumah terasa juga takutnya kak.

silversarina said...

zar,

InsyaAllah zar,setakat ni tak pernah lupa lagi , kalau hubby akak ada pun, memang akak yang cek semua tu sebelum tido sebab dah terbiasa.






zany,

Haah kat kampung2 lagi kena hati12 lebih, masa balik kampung waktu raya dengar sedara akak cerita yang dia kena ragut rantai masa dia jirus pokok kat laman rumah , dia jatuh sampai patah tangan sebab kena rentap .

silversarina said...

arsaili,

lampu keliling rumah memang terpasang , tu yang akak bangun buka lampu dalam rumah supaya kalau ada orang kat luar dia tau yang penghuninya tidak tido.

kurtos tu kira special lah sebab hidangan masa wedding, nantilah kalau ada rezeki ke Hungary boleh akak nak try ... bilalah agaknya tu ..hihi.




adam,

anak lelaki kena berani, makcik kalau ada izzat tu dah kira cukup untuk makcik jadi berani , tapi apa nak buat kena jugak buat2 berani bila tinggal berdua dengan mimi kenit tu :)