Sunday, November 8, 2009

syukur dapat bertemu

Semalam berlangsung pertemuan alumni Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman dan sebagai bekas guru di situ saya juga dijemput bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ia berlangsung di pusat pengajian tersebut .

ada yang masih single, ada yang dah berderet anak , inilah wajah2 kesayangan hamba



Gembiranya hati saya bila dapat bertemu ramai anak murid yang ada antaranya telah berbelas tahun tidak bersua muka . Sekolah ini adalah sekolah agama swasta yang saya curahkan bakti selama 6 tahun( 93-98 ) iaitu setelah saya berhenti bekerja sepenuh masa di sekolah kerajaan . Ramai pelajar di sekolah ini tinggal di asrama kerana datang dari seluruh pelusuk negara .

mak2 dan anak2



Saya memang rapat dengan pelajar dan selalu merindui mereka . Setelah seorang demi seorang menamatkan pengajian dan ramai juga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara , suasana semakin berubah. Saya berhenti mengajar dan kami jarang bertemu kerana masing2 sibuk dengan urusan belajar dan ramai yang sudah berumahtangga.


bekas murid ... dah jadi bapak orang


Semalam bila saya diminta berucap , saya tidak bersedia sebenarnya , namun saya gagahkan jua dan menahan sebak di dada kerana memang saya sayang dan rindu pada mereka semua. Saya rindu saat di mana mula mengenali mereka, sekolah mereka (pondok moden yang terlalu asing bagi saya ) , adakala saya belai mereka adakala saya herdik mereka , semua itu buatkan saya sebak, kenangan yang tidak mungkin berulang .

antara ustaz-ustaz glamour yang hadir




Semalam saya amat berbangga kerana ramai antara anak murid saya telah menjadi ustaz yang ada di kalangan mereka yang sampai ke tahap yang saya boleh beri gelaran ulama kepada mereka . Beberapa orang menjadi Pengetua sekolah agama di tempat mereka dan juga menjadi pendakwah bebas yang semakin terkenal . Tak kurang juga ada yang telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya , muda lagi dah jadi usahawan dan punya syarikat sendiri yang berkembang maju .

wajah2 yang kurindui dan kusayangi



Apa yang cukup menceriakan saya ialah bila dapat bertemu puluhan cucu yang turut hadir. Ada yang 1 anak, 2, 3,3 4, 5, 6... setakat tu aje yang saya tahu, dah potong cikgu ye , cikgu ada 5 anak, anak murid ada 6 anak , syabas !

tengoklah cucu-cucu Wanmommy..... berderet






Tahniah buat pihak penganjur yang berjaya mengumpulkan bekas2 pelajar , semoga lebih ramai lagi bekas pelajar akan menyertai majlis sebegini di masa akan datang, InsyaAllah.



Semoga bertemu lagi... kalau lalu di Kemaman silalah singgah rumah Teacher ye ... ( pesanan dibuat kerana ada yang bagitau semalam yang mereka baca blog teacher ...hihi...malu I )

21 comments:

maklang said...

meriah sungguh...kita yang tengok pun tumpang suka...

tahniah kerana dapat mendidik mereka sehingga berjaya...Amin...

Kak Elle said...

tahniah untuk penganjur yg dapat menemukan cikgu dan anak murid selepas bertahun membawa diri masing2 dan pada bekas cikgu Sarina sabas mendapat cucu yg ramai begitu:)

Abang Long said...

TAHNIAH buat Tok Guru Wanmommy !

mommy said...

seronoknya dapat kumpul2 balik..peluang yang jarang2 ada..
ade muka2 yang masih dpt cam..ramainya x dpt..dulu kecik lagi..

zino said...

sungguh meriah...

FaAtip said...

antara ustaz2 glamour yg hadir tu...sorang tu macam kenallll jeee... heheheh

Achu Tra said...

salam singgah...ada dua orang ustaz sy kenal..sorang mudir sekolah anak sy...sorang pendakwah bebas..kedua2 nya mengajar disurau di shah alam...alhamdulilllah..berkat didikan ikhlas teacher...

JHaZKiTaRo said...

bestnye dpt jumpe semule anak2 murid.. :)

ada 2 saje 'title/gelaran' yg kekal sampai ke akhir hayat: 'Cikgu/Teacher/Ustaz/Ustazah & Doktor'.. Syukur kite tergolong dalam dua golongan tu.. (saya insyaAllah dec nanti) :)

silversarina said...

maklang,

Seronok bilalihat kejayaan anak2 murid, syukur .




kak elle,

Bukan senang nak kumpulkan bekas2 pelajar yang bertaburan serata negara , dikira satu kejayaan buat penganjur, syabas !

silversarina said...

abang long,

Hehehehe... gelaran yang tak layak...Wanmommy je layak lah, Tok Guru jauh sekali .





princess,


Ramai yang masih ingat Maya , budak kecik berkacamata dengan gelaran CT ...hihi.

silversarina said...

zino,

Ha ah memang meriah.




asw,

Yang itu paling glamer ,anak2 murid semua sayang kat ustaz glamer tu :)

silversarina said...

Achu Tra,

Mudir tu kami panggil abang Bee dan memang seorang yang berkaliber dan pendakwah bebas tu tak sempat akak ajar sebab dia ke Syria umur muda lagi, pakar ilmu dan penyampaian yang tak buat orang mengantuk .




jhaz,

Betul tu cikgu dan doktor akan disebut gelaran sampai bila-bila , syukur .

Nan Hannah said...

teacher.....

ummu said...

Salam
mesti bahagia kan hati seorang guru apabila melihat anak-anak aushannya berjaya dalam hidup masing-masing,yang penting mereka menjadi orang..

silversarina said...

nan hasanah,

Ye, teacher ni ..take care !!





um. masyitah,

Saya memang sayang semua anak murid walapun telah lama meninggalkan bidang perguruan . Dalam hati sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka semua.

arerif said...

salam teacher,seronok tgk gambar reunion x-student taman islam.... mengimbau kmbali dizaman nakal2 di taman islam,,,,,suatu pengalaman yg x dapat dilupakan hehehee....

silversarina said...

arerif,

memang seronok , teacher memang happy sangat dapat jumpa bekas anak murid... arerif kelas mana ye ..maaf bertanya :)

arerif said...

ehem... saya thn 95-2001... huhuhu lame sgh rasenye hehehe... sy adik suhaimi abdullah (jengka 5 )tmpg glomooor abg hehehe

silversarina said...

arerif,

oo arif , ingat je ..lama betul tak jumpa , harap semua ok,salam pada mie, dengar dia pegi Indonesia baru ni ye .

arerif said...

alhamdulillah ingat lg ye...

arerif said...

alhamdulillah ingat lg ye... x sangka dpt jugak bertemu dalam ruangan ini... keluarga semua apa khabar? lama tol x jumpa...