Wednesday, November 4, 2009

sedih


Kesian adik kawan saya .......... petang semalam suami dia terjatuh dari atap rumah apabila kayu yang dipijak semasa membaiki atap reput dan patah . Jatuh pulak terlentang dan kepala terhantuk atas batu2 di atas tanah. Terus tak sedar diri , dibawa ke hospital Kemaman dan dipindahkan ke hospital Kuantan . Kepala dibedah kerana ada darah beku dan sehingga pagi tadi masih belum sedar .

Adik kawan saya yang punya 4 anak yang masih kecil tak dapat ziarah suaminya di hospital . Nasib baik mak dan abang ipar dapat menjengok keadaan suaminya .

Sedih saya lihat keadaan anak2 yang masih kecil... takut kalau terjadi sesuatu yang buruk kepada bapa mereka .

Doa saya agar bapa anak2 itu sedar dan sembuh segera. Amin.

15 comments:

mommy said...

kesiannya
moga2 bapa mereka tu cepat sembuh

silversarina said...

princess ,

Kesian , muda lagi :(

tulipurple said...

sesungguhnya Dia Maha Pengasih n Maha Mengetahui....moga cepat sembuh.

silversarina said...

tulipurple,

Sama2 kita panjatkan doa .

arsaili said...

salam..ya ALLAH sedihnya baca....semoga mereka tabah dan semoga si bapa akan cepat sembuh..ameen

kak Anie said...

Alahai...kesian kat mereka...semoga suami kawan rina dan ayah anak2 itu cepat sembuh..

Tulah kan...orang kata malang tak berbau..hari ni nasib dia...nasib kita tak tau lagi...semoga kita dijauhkan dari perkara2 spt itu...

Zareda Norman said...

Allah... !!!sedihnya zar baca entry ni.. cuba bayangkan nasib anak anak yang masih kecil tu andainya terjadi sesuatu kepada bapanya...

hanieliza said...

kakliza tumpang simpati..
semoga bapa anak2 itu cepat sedar dan sembuh..

Mak Teh said...

Sarina,

Mak teh doakan semoga suami kawan sarina itu akan sembuh dan keluarganya di pelihara Allah SWT.

Semoga kita semua di pelihara Allah SWT. Sememangnya malang tak berbau.

zura aini said...

semoga sembuh dan sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

Kak Elle said...

kesian semoga bap padaanak2 yg masih kecil tu sembuh sediakala..

maklang said...

baru perasan ada n3 baru...

moga Allah beri kesabaran dan doa maklang buat mereka sekeluarga....Amin..

Abang Long said...

Ya Rabb. Jauhkan kami dan keluarga kami dari musibah. AMIN

Zaitun said...

Harap2 suami kawan Rina cepat sembuh.

Pernah terjadi pada hubby kak Zai tapi cuma luka sikit2 aje.

ummu said...

Semoga suami kawan Kak Rina segera sembuh,Amin.Semoga kawan kak Rina juga tabah hdapi musibah tak terduga ini.

Kejadian suami kawan akak mengingatkan kepada kejadian yang menimpa ayah housemate saya semasa bekerja di Kluang dulu.