++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
HUJAN
Hujan oh hujan
kenapa engkau turun
macamana aku tak turun
katak panggil aku .....
Sejak malam tadi hujan tak berhenti sehingga pagi tadi. Lepas tu hujan balik dan berhenti balik, hujan balik dan dah berapa round hujan turun saya dah tak kira.
Tinggal di Pantai Timur ni memang kena bersedia hadapi musim tengkujuh mulai hujung Oktober sehinggalah hujung Februari atau awal Mac . Kalau dah mula hujan memang boleh kata akan hujan hampir setiap hari. Jumlah hujan yang turun begitu banyak sampai saya selalu terfikir dari mana datangnya air yang banyak turun mencurah-curah. Saya suka hujan sebab sejuk . Cuma agak sukar bila anak2 sekolah . Apapun musim tengkujuh hujung tahun , cuti sekolah.
Lagi satu bila hujan berterusan mulalah risau takut banjir sebab kawasan kami pernah banjir . Beberapa tahun kebelakangan ini tak banjir tapi hampir2 banjir . Tadi darling dah pesan suruh beli silikon tape supaya jika keadaan hampir banjir hanya tapekan pada kepingan perspek untuk tutup lubang di bilik air . Harapnya tak banjir tahun ni InsyaAllah.
Nak kata katak panggil , tak de pulak dengar bunyi katak tapi hujan masih turun , rintik2 setakat lepas azan Isyak tadi.
15 comments:
mimi banyak sgt nyanyi kot..
tu yang hujan x renti2 turun..hehe
princess,
yang penakut katak yang panggil hujan ...hahaha.
kalau dah musim hujan gitu lah jadi nya...betul tu apa nasib mereka yg tinggal tepi pantai tu?
satu mesia tgh hujan kot. hari2 hujan. sejukkk. jimat karen, takyah pasang ekon hehe
Kak Rina,
Hujan memang bestkan cik moon suka sangat-sangat, tapi tulah bila hujung tahun memang freelah nak berjalan ke pantai timur cuma takut banjir jer dan ombak laut pun kuat sangat. Apa pun cik moon memang suka ke Terengganu memang best!
mebbe katak tempat u kurang kot. Baru balik dari Pasir Minal, kat sana bukan bunyi katak lagi, siap orkestra!
dari mana agak2nya datang katak tu ek?!! dari umah kita pun mungkin jugak sebab longkang besar tuh seberang jalan umah kita je...hihihihi...
kak elle,
Memang kesian , nak2 yang nelayan , waktu ni tak boleh ke laut sebab ombak besar laut bergelora .
AyunasiA,
Sekarang ni hujan akhir tahun boleh kata semua negeri kena ... ha ah kuranglah sikit duit api bulan2 sejuk macam ni .
moon,
Musim ni memang nak pergi dekat gigi air laut pun takut sebab memang ombak dah mula besar .
asw,
Pagi ni baru kedengaran bunyi kekatak....mungkin mintak henti hujan :)
sofie,
Dah mai bunyi katak, bunyi kuat , bendanya kecik dan lokasinya entah di mana katak2 tu .
pagi ni berita bagitau, pantai timur dah kena bersedia untuk hadapi banjir
Bukan hanya kat pantai timur aje yang hujan tapi hampir semua negeri.Kesian pada nelayan ,petani dan penoreh getah tentu income pun berkurangan.
katak oh katak knapa kau panggil hujan, mcm mana aku tak panggil ular nak mkn aku.
hujan2 ni buat jln raya jemm...klu balik kerja mesti smpai rumah dah mlm.
Masih belum sedar lagik.. moga2 cepat sedar dan sembuh..malang tidak berbau.. sedih bila baca
waaa...cik ina..
angkat barang tgi2...
in case la kan
haha...
ari tepon lupe nak tny pulau tempurung banjir ke x :P
kamato,
area besut dan hulu terengganu dah banjir , sini masih bertahan.
kak zaitun,
memang kesian pada mereka musim hujan ni hingga ada yang terpaksa berhutang .
zue,
usah sebut pasal ular.... takutttttttttt :P
sya,
setakat malam semalam masih belum sedar lagi , nanti pagi ni nak tanya kabar dia.
sas,
belum abngkat lagi, longkang belum penuh, kg tempurung ok aje, pulau pun rasanya ok lagi kot .
Post a Comment