Alhamdulillah , malam tadi tiba di rumah Zaid di Ipoh dan pagi ni nak ke Bota ziarah Mak yang tinggal bersama kakak di sana . Mak yang masuk wad lagi baru2 ni kini semakin sihat tapi masih belum boleh bangun dan berjalan sendiri. Doktor kenal pasti Mak mengidap arthritis . Malam ni kami bermalam di Bota bersama Mak InsyaAllah .
Bila pulang ke Ipoh pasti kenangan semasa tinggal bersama Mak dan arwah Abah serta kenalan2 semasa sekolah dulu akan timbul dalam ingatan. Walau hanya lebih kurang 5 tahun saya tinggal di Ipoh namun Ipoh adalah kampung saya , tempat Mak dan Abah tinggal ketika itu. Kini rumah Mak yang saya tido, makan, ketawa, menangis (buat homework biasanya ) sudah disewakan kepada orang agar rumah Mak tak terbiar lusuh tanpa penghuni . Saya pun dah begitu lama tidak menjengok rumah Mak. mungkin pagi ni nak melencong ke sana sekejap, melihat rumah yang suatu ketika dulu adalah " my home sweet home ".
Sahabat2 lama yang tinggal sekampung/semukim juga telah lama ditinggalkan, kini semakin sukar untuk menjejaki mereka kerana masing2 telah punya keluarga dan membawa haluan masing2 , di mana, ke mana, apa, siapa...semuanya menjadi persoalan yang tak mungkin dapat dirungkai sekelip mata. Syukur saya dapat berhubung kembali dengan beberapa rakan lama melalui FB dan sempat bertemu 2 dari mereka semasa pulang ke Ipoh hujung tahun lalu. Pertemuan yang sungguh indah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa girangnya hati ini ketika itu,Alhamdulillah .
Dulu stesen bas di Medan Kidd adalah tempat utama kami semua berkumpul untuk mengejar bas pulang ke rumah, ke pekan baru , ke library Tun Razak (jalan kaki aje dari bas stesen ), ke panggung wayang ...semuanya berkumpul di situ . Sebelum apa2 , kami akan singgah makan laksa Mat (katanya laksa dari belut ) yang cair tapi ketagih untuk makan laksa tu , tak sah kalau tak makan . Makan laksa pulak tak sah kalau tak pekena ais kacang dari gerai nyonya sebelah gerai mat laksa , sedapnya masih terasa hingga kini ... Saya tak pasti samada laksa mat atau ais kacang nyonya masih ada sebab dah labih 25 tahun tidak pernah ke situ lagi sebab dah tak naik bas dan tak de urusan di situ lagi .
Walau sejauh mana sekalipun kita merantau, tempat kita membesar tetap akan kekal dalam ingatan InsyaAllah .
Sekali-sekala pulang ke kampung dapat jugak hilangkan rindu bukan setakat rindu pada Mak, ahli keluarga yang ada di Ipoh, tapi jugak lepas rindu pada lokasi2 yang pernah tersimpan 1001 kenangan ketika remaja dulu .
..............................
Nak siap2 ke Bota dan nak beli BANYAK ikan pekasam untuk dibawak balik ke Kemaman ..... sedapnya pekasam yang busuk tu ( saya je makan, anak2 tak nak sebab busuk ) .... ate, oghang peghak kalau tak tau makan pekasam idak le namenya anak jati peghak , alang2 menyeluk pekasam , bio sampe ke pangke lengan ... tak gitu yeop /yong ???? Teman udah terlior bile sebut bab pekasam ni .... teman minta diri dulu ye ....
Selamat berhujung minggu semua !!!
Friday, April 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
dan bukan orang perak jugak kalo idak reti makan tempoyak. tak gitu? saya pun rindu sama ipoh sebab saya pernah bersekolah di sana.
anyway, stesen bas Medan Kidd tu dah pindah pi Medan Gopeng.
hampir 8th dok bota. rindu jugak.... dah hampir lupa slang paghit. hehehe.
Salam! Yong Ina,
Ce mike sebut tempat yg sebenornya ghomah dileghah Manjoi, jalan Datoh ke, Jalan Dewan ke, sapa jiran2 Yong Ina? Pakcik Shuib ke, Pakcik Dan ke? Begitu juga diBota Kanan (Kubang Chandung, Padang Tenggala ke, Padang Changkat ke) atau Bota Kiri ?
Tapi Yong Ina, kalor tak poghonah makan nasi dgn minyak ketiyor sama ikan pekasam, belom ler cukup pekat Peghaknye weh!
Kak Zai jati orang Perak tapi tak pandai makan ikan pekasam mungkin sebab bau dia kot.
hospital besar Ipoh tempat kelahiran ku. setakat tu je lah ingatan yg ada sbb pehtu migrate ke KL dan membesar di sana...uhuk!
KC
balik kampong banyak kenangan hehe
Salam di pagi minggu ..
Walaupun ummie org belah selatan... tapi suka makan ikan pekasam.... tak payah lauk apa dah... yummy...
maaf lama tak jenguk sini..
Kisah lama itu memang indah untuk dikenang
suealeen,
tempoyak memang dah lama jugak tak makan , kena tunggu musim durian baru banyak tempoyak dijual .
rumah kuning ,
8 tahun , lame tu . slang Bote unik tau .
tajnur,
salam yeop .. teman di Jalan Datok , kawan2 teman masih ade di sekitar Dato Ahmad Said dan Tg Hussein .
Minyak ketiyor emende nye , idak le teman tau yeop ooiii :)
kak zaitun,
ramai jugak orng perak tak tau nak makan pekasan macam arwah abah saya sebab busuk katanya, mengamuk dia kalau mak goreng pekasam :)
HC,
Ooo kira you ni anak Perak lah ye .
zino,
ha ah betul tu , kampung halaman mana maunya dilupakan .
umie@kakyong ,
samalah saya pun , tak de lauk lain pun tak pe bila dah ada pekasam , yummy !
kamato ,
sekali-sekala mengenang kisah lama , memang indah saat2 lalu .
Hai, loghat Perak auntie memang terbaik!
Bersimpang-sior saya dibuat nyer
munir,
ate mane buatnye, name pun anak jati peghak :P
Post a Comment