Melalui lorong belakang di tepi sungai bandar Cukai menuju ke sekitar Banggol, Kg. Tuan dan seterusnya ke Bakau Tinggi hati saya pasti terusik bila ternampak " Pakcik Plastik '. Telah banyak kali saya mahu berhenti mengambil gambarnya , namun tak tergamak melakukannya . Terasa seolah-olah jika diambil gambarnya akan menjatuhkan maruahnya , atau mungkin seolah-olah menghina beliau . ...
Berpuluh tahu sudah dia berseorangan di dunia yang hanya dia sendiri faham dan kenal . hampir seluruh badan dari kepala ke kaki dibalut oleh berpuluh-puluh plastik , diikat dengan tali, sukar untuk saya gambarkan dengan tulisan . Dahulu dia bergerak dengan basikal tapi kini tidak lagi, dia sentiasa duduk di birai tembok sungai , merenung dan terus merenung , tak siapa tahu apa yang direnungkannya . Dia tidak hirau berapa banyak kenderaan lalu-lalang dan berapa ramai yang melihat keadaannya , dia tidak sedikit pun mangangkat kepalanya untuk melihat apa yang berlaku disekitarnya .
Saya terusik dan sayu melihat keadaannya setiap kali melepasi tubuh badannya ...entah siapa dia, entah siapa waris dan sedara-maranya , entah mana asalnya , entah bagaimana dia boleh jadi begitu...soalan demi soalan terus bersambung-sambung tanpa dapat saya menjangkakan sebarang jawapan .
Cuma satu yang saya pasti ... di alam yang abadi kelak, dia adalah insan yang paling beruntung , yang punya hidup yang amat cerah serta berkilau bak berlian terbesar di dunia .... manakala kita pula yang diberi akal yang sempurna di dunia ini belum pasti arah tuju kita di alam akhirat itu kelak .......... renung-renungkanlah wahai sahabat sekelian .
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
salam sarina,
ye betul tuh....dia dah terlepas dari segala tanggungan dia di dunia ini..yang pasti di akhirat dia sgt beruntung!
betol kak rina, terkadang dia berjalan hingga ke bukit kuang saya nampak.. mana family dia yek?
kak nab,
rugi di dunia untung di akhirat ...dah takdir dia begitu .
mulan,
entahlah, kat mana dia tinggal pun akak taktau , dulu dia memang tido atas basikal je , dekat tepi bus station tu .
isk camne la perasaannya kan.... wonder... nak tanya, cuak pulak
sue,
Dah berpuluh tahun akak terasa nak tanya dia tapi terkunci mulut ini setiap kali terserempak .
Assalamualaikum Cikgu Sarina
Mana pemimpin
mana ketua
mana yg bertanggungjawab
keatas insan yg kurang bernasib baik di dunia ini
pilih lah pemimpin yg ingin menegakkan sinar Islam di tanah air kita ini
insyaalah, insan itu akan bahagia di akhirat
Wassalam
Salam Puan Silver,
Saya pun banyak kali jumpa. Kadang2tu sampai ke kawasan rumah saya ni (Gong Limau). Sangat kesian dan naif sangat bila kita tengok dia. Kadang2 tu terfikir jugak mana dia tinggal, mana anak2 dia tapi betul kata2 puan silver mungkin dia insan yang bertuah siapa yang tau.
salam kak ina
lps segala tanggungjawab dunia baginya, dan berbahagia di akhirat kelak
Allah maha kaya dalam menjadikan sesuatu kejadian itu
Salam kak,
Kesian pak cik tu... pastinya tiada saudara mara... Moga dia mendapat tempat istimewa "di sana"... Amin...
kak rina
itulah untungnya insan seperti itu.. dirinya bersih dari dosa dengan kekuarangan yang dia ada.. Wallahualam.. moga moga Allah menerimanya sebagai insan terpilih
rozali,
Wassalam ...saya cikgu 'pencen' :)
Saya pun tak pasti samada pakcik plastik pernah dibawa pergi oleh JKM atau tidak sebab memang selama yang saya ingat dia ada je kat bandar kemaman ni .sepatutnya memang diberi perlindungan pada pakcik ni.
ibu sayang ,
pakcik ni memang jalan jauh di siang hari, pagi2 portnya adalah di tepi sungai belakang kedai kek malta tu , nanti kalau saya berani nak aje saya tanya asal usulnya .
rezeki,
Kita kesian kat dia dunia tapi dia selamat di sana nanti , apapun pity him with his poor condition :(
atikah,
Saya pun rasa dia tak de sedara-mara yang tinggal di kemaman , entah dari mana datang nya dia .
zar,
rugi di dunia, untung di akhirat .
Post a Comment