Sunday, May 16, 2010

Saya sayang semua guru saya !!

Sebelum 16 Mei melabuhkan tirainya , saya ingin mengucapkan kepada semua guru di negara ini ;

SELAMAT HARI GURU !!

SEGALA JASA KALIAN AKAN KU KENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT INSYAALLAH !!

Pernah betugas sebagai pendidik , saya tahu tugas guru bukannya mudah . Se awal 7 pagi saya sudah bergerak ke sekolah dan sebelum itu berkejar menjemput pembantu rumah datang bekerja di rumah menjaga 3 anak kecil . Sekali-sekala sebak melanda kerana terpaksa meninggalkan anak2 kecil di rumah dan diasuh oleh orang lain dan saya pulak ke sekolah mengasuh dan mendidik anak2 orang lain . Buat saya bertambah sebak bila ada pelajar yang tidak mendengar kata , datang ke sekolah bukan untuk belajar . Mereka ke sekolah kerana dipaksa dan untuk buat guru marah. Kenapa pula untuk buat guru marah ??? Pelajar2 ini ketandusan kasih sayang di rumah dan menagih perhatian guru di sekolah . Guru pula bukannya tidak boleh melayan karenah dan kehendak pelajar , namun jika pelajar yang dididik lebih dari 500 orang , mustahil dapat diagih-agihkan kasih sayang kepada setiap diri pelajar tersebut . Saya selalu di dalam dilema bila berhadapan dengan pelajar bermasalah . Mahu dihukum selalu , sudah tentu mereka akan terus lari dari sekolah . Mahu dibelai setiap hari bukannya mudah apabila yang mahu dibelai adalah pelajar yang sudah lebih dari remaja ( tg 4/5 ) . Hati saya selalu sayu bila melihat pelajar2 bermasalah. Mereka tidak perolehi apa2 semasa di sekolah. Mereka hanya menghadirkan diri di sekolah tapi tidak mahu melakukan apa yang sepatutnya seorang pelajar lakukan di sekolah iaitu BELAJAR .

Mungkin saya tidak akan faham sampai bila2 kenapa pelajar2 ini tidak mahu belajar kerana setahu saya semenjak kecil saya suka belajar dan sentiasa teruja untuk berada di sekolah dan belajar .Saya tidak akan faham sampai bila2 kenapa masih ada anak2 yang tidak betah berada di sekolah..... kerana pada saya saat2 berada di sekolah adalah saat2 terindah yang sukar saya lupuskan dari ingatan walaupun telah hampir 28 tahun meninggalkan bangku persekolahan. Walau pernah dimarahi, didenda , dijerkah sehingga mengalir armata ..saya juga tidak akan lupa saat2 semasa nama saya dijemput naik ke pentas menerima hadiah atas kecemerlangan dalam pelajaran . Mana mungkin saya raih kecemerlangan tersebut tanpa didikan dari guru yang tidak pernah mengenal erti jemu dan lelah ( saya sebak ketika ini ) . Mana mungkin saya berjaya ke menara gading dan menggenggam segulung ijazah tanpa jerkahan dan sokongan dari para guru yang sentiasa menanti anak2 pelajarnya pulang membawa khabar gembira bahawa mereka berjaya menimba ilmu sebanyak mungkin.

Doa saya buat semua guru ... semoga dirahmati sepanjang hayat dan ketahuilah bahawa selagi ilmu yang dicurahkan membawa manfaat kepada sesiapa yang mempelajarinya , selagi itulah guru2 akan memperolehi pahala yang tidak akan putus dan berhenti .....

Itulah besarnya jasa guru ... saya sayang semua guru saya !!

9 comments:

aznaz said...

salam from Makkah


cl pun syang semua cikgu cikgu cl tau...


waslam

silversarina said...

Manzlie,

sejuk hati guru bila anak2 murid sayangkan guru ...alhamdulillah .

FaAtip said...

cakap pasal guru, timbul rasa simpati dengan guru2 sekarang, ramai yang terbeban dengan tekanan dari semua pihak kalau nak dibandingkan dengan guru2 kita dulu....

Helena said...

saya pun sayang cikgu2 saya dan cikgu2 anak saya, although sad to say, lately saya dapati rupa2nya guru2 ada yang tidak layak jadi seorang guru.

So sad la students di aniaya dan dipermainkan begini. Syukur percentage of them very small.

aNIe said...

Selamat Hari Guru...juga untuk Rina...memang tugas guru tugas mulia...bukan senang hendak mendidik begitu ramai murid dengan berbagai kerenah lebih2 lagi tanpa bantuan ibubapa mereka sendiri...

Abang Long said...

Saya bukan sekadar SAYANG pada semua guru saya, malah pernah 'terjatuh' hati dengan guru saya .... hahaha

rezeki said...

salam kak

selamat hari guru

jasa mereka tetap akan dikenang sampai bila2

KAMATO said...

Saya pun sayang sangat guru

Sahrul Hasmad a.k.a nbk466 said...

Besarnya pahala mjadi guru nie. Selamat hari guru.

SS jemput ke blog baru saya ya.