Friday, May 14, 2010

wanita ..... lelaki .. ketahuilah ...

Salam buat semua . Semoga hari Jumaat ini membawa ketenangan sepanjang hari buat kita semua InsyaAllah .

Pagi ni saya nak berkongsi cerita yang saya dapat dapat selepas membaca buku " For The Love Of A Son " hadiah dari Izzat buat saya semasa hari ibu baru2 ini .





Membaca kisah benar ini yang berlaku di Afghanistan membuatkan saya sebak , mual dan dalam masa yang sama geram terhadap lelaki2 dayus yang menzalimi kaum wanita termasuk isteri serta kaum keluarga masing2 . Mereka merasakan bahawa wanita sebagai makhluk sebagai tempat memuaskan hawa nafsu dan boleh disepak terajang serta dicederakan sesuka hati tanpa ada sebarang belas kasihan .

Kisah ini bukan berlaku zaman kolot , bukan berlaku di zaman jahiliyah tetapi ia berlaku masakini , zaman moden , zaman cyber . Pemikiran kolot yang menghina wanita sejak turun temurun masih lagi menjadi budaya kerana tanpa kaum lelakinya menunjukkan keganasan mereka terhadap kaum wanita, 'maruah' mereka kononnya tercalar dan tercabar .

Dalam kisah ini anak lelaki Maryam telah diculik oleh bekas suaminya dan setelah bertungkus-lumus berusaha untuk mendapatkan anaknya kembali tetapi akhirnya bila ditemui , malang sekali .... anak lelaki nya juga bersifat sama seperti bekas suaminya yang menganggap wanita seperti sampah dan yang tidak dilupakan apabila anaknya berkata .. " .. betapa ruginya dia sebab tidak sempat membunuh ibunya semasa dipertemukan dan betapa ruginya dia kerana tidak sempat merogol ibunya ketika bertemu ... " ... betapa dahsyat anak itu telah dibrainwash dan diasuh sedemikian rupa hingga tiada lagi sedikit rasa hormat dan rasa belas kasihan walau terhadap ibu sendiri ....

Semoga apa yang dipaparkan dapat membuat kita sedar bahawa Allah menjadikan lelaki dan wanita sebagai hambaNYA yang tiada beza melainkan amalan dan ketaqwaan kepada Allah sahajalah yang menjadi garis pengukur kemuliaan insan samada lelaki atau wanita dan Allah menjadikan kaum lelaki sebagai pelindung bagi kaum wanita dan kaum wanita pula sebagai pembantu kepada kaum lelaki .

Semoga kita semua dapat menjalankan amanah masing2 samada lelaki atau wanita .

10 comments:

Muhammad Izuan said...

Setuju...

aNIe said...

Rina...kadang akak sakit bila mendengar cerita2 begini...lebih kurang sama aje cerita yang kononya bila sorang lelaki itu bersikap lembut dan baik pada isterinya...maka dia dianggap telah diguna2kan...itulah anggapan masyarakat kita pula...tidakkah mereka tau bahawa Rasullullah adalah suami yang paling baik & begitu lembut tuturkata serta tingklaku baginda kepada isteri2nya? Dan bukankah baginda itu contoh terbaik?

D said...

Kak Rina, ish... teringin pulak saya baca buku ni!! tapi ya lah kan, malang sungguh terdapat banyak lagi negara yang berbudaya kolot ni. Yang lebih malangnya, mereka dikatakan Muslim!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

bersyukur kita kerana lelaki2 kat mesia tidaklah sekejam lelaki2 durjana kat sana! amat2 bersyukur kerana lelaki2 yang kita kenali adalah yang baik2 belaka..

mommy said...

masyaAllah..sebenarnya ramai lagi yang berfikiran macam..
tapi dorg tu x sedar ke , dari perut wanita yang 'hina' tulah dorg lahir ke dunia ni..

Ibu Sayang said...

Salam Puan,

Allahu Akhbar ...masih ada lagi org yg kolot macam tu. Mereka tu semua dari negara ISLAM.....sepatutnya mereka boleh tunjukkan contoh yg baik kpd org bukan Islam. Ini kisah Benar!!!

Zaitun said...

Kalaulah ramai lelaki kat negara kita ni masih mengamalkan budaya tu agaknya ramai wanita takut nak kahwin.

silversarina said...

muhammad burn,

terimakasih .




kak anie,

lalaki yang ego dan dayus sahaja melayan wanita seperti hamba dan sampah .





D,

bacalah buku ni, akak samapi geram rasa nak tumbuk aje muka2 lelaki yang dayus menzalimi wanita .

silversarina said...

kak nab,

di negara kita kes2 buli wanita ni ada tapi dikira kes terpencil tapi di negara afghanistan serta beberapa negara arab perkara ini sudah menjadi budaya yang semakin berkurang namun masih lagi berlaku tanpa disekat oleh undang2 kerana ia melibatkan maruah keluarga, kata mereka .





princess,

Betul tu, jika tiada ibu /wanita lelaki juga tidak akan ujud :(

silversarina said...

ibu sayang ,

Memang banayk lagi kes sebegini dan yang sedih tu memang mereka ini mengaku Islam .





kak zaitun,

betul tu kak. dalam cerita ini, Maryam semasa kecil tidak mahu dikenali sebagai perempuan dan dia ke sekolah berpakaian lelaki semata-mata kerana tidak mahu dbuli dan agar dia dipandang hebat sebagai pelajar lelaki , sampai begitu sekali takutnya wanita di sana melalui kehidupan harian sebagai seorang wanita :(